Anda di halaman 1dari 3

Assalammualikum wbt, Salam sejahtera dan salam 1 Makaysia .

Tuan pengerusi majlis, Yang


berusaha Tuan pengetua, Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-rakan yang dirahmati
Allah
Terima kasih kepada Jawatankuasa dan urusetia yang mengadakan majlis meraikan persaraan saya.
Saya merasa terharu diatas majlis yang dianjurkan. Izinkan saya mengimbau kenangan perkhidmatan
selama 36 tahun 7 bulan dan 12 hari disekolah ini.
Saya memulakan perkhidmatan pada tanggal 06 jun 1977. Memulakan kerier sebagai atandan
makmal sehingga hari ini. Saya pernah mendapat tawaran mengikuti latihan kejururawatan tetapi
menolak tawaran tersebut . Pernah ditawarkan naik pangkat ,tetapi saya menolak kerana ingin terus
mencurah bakti di SMK Nenasi.
Saya berkesempatan berkhidmat dengan beberapa orang pengetua iaitu Allahyarham Tn Hj Ab
Ghani bin Mat, ayahanda cikgu Norakmar, Allahyarham En Ab Hamid bin Hassan, En Musa bin
Ibrahim, En Saudi bin Lakin, Pn Zaabedah bt Osman, Tn Syed Annuar , Tn Hj Bakri dan terkini Cikgu
Nawawi. Sesungguhnya saya banyak belajar dari kesemua tokoh-tokoh yang dinyatakan
Tuan-tuan dan puan-puan selama perkhidmatan yang saya tempuhi banyak perubahan yang berlaku.
Seawal perkhidmatan sekolah ini hanya memiliki 2 buah makmal sains dengan seorang atendan
makmal. Guru sains hanya kelulusan Maktab Perguruan. Bukan mudah menguruskan 2 makmal
dengan seorang petugas, namun ketabahan dan kesabaran menjadi pegangan untuk meneruskan
kerja tanpa mengeluh dan mengalah. Sesungguhnya sebagai kakitangan bawahan tidak banyak yang
dapat saya sumbangkan bagi peningkatan akedemik khususnya subjek sains disekolah ini. Namun
saya yakin dan percaya keringat yang saya curahkan dengan ikhlas akan mendapat kebajikan dari
Allah Swt. Saya menguruskan 2 makmal sains secara solo selama 18 tahun, namun ada ketikanya
saya diminta membantu kerja-kerja pejabat kerana ketidaan kerani. Jumlah guru pada awal 70an
hanya kurang lebih 10 orang termasuk Guru Besar.Pada masa itu urusan gaji dibuat oleh guru-
guru.Kebanyakkan urusan perkeranian dibuat sendiri oleh Guru Besar dengan bantuan dari guru-
guru.
Disekolah ini saya bertemu jodoh dengan seorang guru yang tegas dan garang. Perwatakan beliau
yang tegas dan berpegang kpd prinsip telah meronton jiwa saya untuk menerimanya sebagai
pasangan hidup. Hasil perkongsian hidup yang bahagia bersama suami tersayang saya dikurniakan 4
orang putera dan seorang puteri yang menjadi cahaya dalam kehidupan kami.
Mengimbau kenangan lama saya berpendapat kehendak, cara,kaedah dan matlamat kerja agak
berbeza. Hari ini penekanan ditumpukan kepada kecemerlangan akedemik. Aspek lain agak
terpinggir. Guru menjadi sangat sibuk sehingga tidak cukup masa mendampingi masyarkat, atau
lebih malang mungkin tidak mencampuri masyarakat. Pada tahun 70an penganjuran sukan tahunan
sekolah dianjurkan dengan kerja sama ibubapa dan diraikan dengan sangat meriah. Ibubapa
memberikan sokongan dan dokongan yang sangat padu. Setiap kali majlis Hari kecemerlangan
ibubapa terlibat dengan serius dan pernah sambutan disambut dengan mengadakan persembahan
pada malam hari Orang kampung terlibat sehingga ada diantaranya turut mengambil bahagian.
Keadaan ini menjadikan hubungan masyarakat dengan guru sangat akrab. Guru pada masa itu
menjadi agen perubahan masyarakat. Disebabkan hubungan yang akrab antara guru dan masyarakat
ianya membakar semangat guru-guru untuk mendidik pelajar. Seingat saya guru-guru dulu adalah
guru yang serbaboleh bukan golongan yang banyak dalih. Mereka boleh dan sanggup menjalankan
tugas tanpa mengira dan berkira. Bagi mereka yang penting pelajar dan sekolah berjaya.
Perubahan juga berlaku dari aspek pembangunan. Dulu-dulu sekolah kita hanya ada 3 blok
bangunan dan dikelilingi oleh sekolah rendah dan berkongsi kantin sekolah. Hubungan antara kedua
sekolah amat erat dan sering mengadakan majlis secara bersama.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah murid sekolah rendah ditengking oleh Cikgu
Mahmud guru sains sehingga terkencing. Masa rehat sekolah rendah lebih awal dari sekolah
menengah. Murid berkenaan membuat bising berhampiran makmal sains. Cikgu Mahmud
menengking murid berkenaan , oleh ketakutan murid perempuan tersebut terkencing. Cikgu
Mahmud panik dan minta saya selesaikan masalah tersebut.
Selama berkhidmat disekolah ini saya mendapat 3 kali anugerah perkhidmatan cemerlang. Saya
mengambil kesempatan disini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada GPK dan pengetua yang
terlibat.
Selama berkhidmat disekolah ini saya sering mendapat tunjuk ajar dari kawan dan teman ,jesteru itu
saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih. Dengan rendah hati saya dan
keluarga memohon kemaafan diatas segala kesilapan dan ketelenjuran samada tuturkata, perbuatan
,tingkah laku. Halalkan segala makan minum.
Saya mendoakan semoga tuan dan puan mendapat perlindungan,pertolongan ,Rahmat dari Allah
swt . Semoga tuan dan puan terus diberi petunjuk dari Allah swt agar dapat terus mendidik anak-
anak menjadi insan yang cemerlang. Sesungguhnya pekerjaan GURU itu adalah satu bidang
pekerjaan yang sangat mulia disisi Allah. Barang siapa yang berkhidmat di sekolah dan bukan Guru
sebenarnya tuan dan puan berada dan bertugas ditempat yang sangat mulia.
Saya akhiri ucapan saya dengan 2 rangkap,pantun
Kek pandan cantik dan indah
Dihias cantik dalam raga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Kalau ada jarum patah
Jangan simpan dalam peti
Kalau ada silap salah
Jangan simpan dalam hati
Daun selasih ubi kayu, terima kasih thank you
Wasalam mualikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai