Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Definisi secara bahasa, Khutbah, secara bahasa, adalah perkataan yang disampaikan di atas
mimbar. Adapun kata khitbah yang seakar dengan kata khutbah (dalam bahasa Arab)
berarti melamar wanita untuk dinikahi. Khotbah berasal dari bahasa Arab yang merupakan
kata bentukan dari kata mukhathabah yang berarti pembicaraan. Ada pula yang
mengatakannya berasal dari kata al-khatbu yang berarti perkara besar yang diperbincangkan,
karena orang-orang Arab tidak berkhotbah kecuali pada perkara besar.

Definisi secara istilah, Sebagian ulama mendefinisikan khutbah sebagai perkataan tersusun
yang mengandung nasihat dan informasi. Akan tetapi, definisi ini terlalu umum. Adapun
definisi yang lebih jelas ialah definisi yang diberikan oleh Dr. Ahmad Al-Hufi yaitu, Cabang
ilmu atau seni berbicara di hadapan banyak orang dengan tujuan meyakinkan dan memengaruhi
mereka.

Dengan demikian, khutbah harus disampaikan secara lisan di hadapan banyak orang dan harus
meyakinkan dengan argumen-argumen yang kuat serta memberikan pengaruh kepada pendengar,
baik itu berupa motivasi atau peringatan. Adapun terkait khutbah Jumaat, tidak terdapat definisi
khusus yang diberikan oleh para ulama karena maksudnya telah jelas.

Dalam kitab Badaiush Shanai, pada pemaparan tentang hukum khotbah Jumat, disebutkan,
Khutbah, secara umum, adalah perkataan yang mencakup pujian kepada Allah, salawat kepada
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, doa untuk kaum muslimin serta pelajaran dan
peringatan bagi mereka. Penjelasan ini adalah penjelasan umum dan bukan definisi yang teliti
dan memenuhi syarat-syarat definisi ilmiah.

Adapun definisi yang hampir benar untuk khutbah Jumat ialah perkataan yang disampaikan
kepada sejumlah orang secara berkesinambungan, berupa nasihat dengan bahasa Arab, sesaat
sebelum sholat Jumaat setelah masuk waktunya, disertai niat serta diucapkan secara keras,
dilakukan dengan berdiri jika mampu, sehingga tercapai tujuannya.

Kata Jumat dalam bahasa Arab boleh dibaca dengan tiga cara: jumuah, jumah, ataujumaah.
Adapun bacaan yang terkenal adalah jumuah. Demikian pula cara baca padaqiraah sabah,
dalam firman Allah taala,


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian diseru untuk menunaikan shalat Jumat maka
bersegeralah mengingat Allah. (Q.s. Al-Jumuah:9)

Adapun bacaan jumah adalah bacaan ringan, iaitu dengan menghilangkan harakat pada
huruf mim, menjadi lebih mudah diucapkan. Adapun cara baca jumaah berasal dari sifat hari
Jumat yang mengumpulkan banyak orang, seperti kata humazah yang berarti orang yang
banyak mengumpat dan kata dhuhakah yang berarti orang yang banyak tertawa. Bacaan
jumaah dalam bahasa Arab dikenal sebagi dialek Bani Uqail. Adapun bentuk jamak kata
jumuah adalah jumuat atau juma.

Pada masa jahiliah, hari Jumaat disebut dengan hari Urubah, kemudian dinamakan Jumaat
beberapa saat sebelum Islam datang. Adapun yang memberi nama hari Jumaat adalah Kaab bin
Luai. Tatkala itu, orang-orang Quraisy berkumpul mendatanginya pada hari itu, kemudian ia
berkhutbah dan memberikan pelajaran kepada mereka. Ada pula yang berpendapat bahawa
penamaan hari Jumaat adalah setelah datangnya Islam.

Adapun tentang penyebab penamaannya, ada beberapa pendapat, iaitu:
Pendapat pertama: Allah taala menghimpun penciptaan Adam alaihis salam pada hari itu.
Dasar pendapat ini adalah riwayat dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam; beliau ditanya,
Kenapa dinamakan hari Jumat? Beliau bersabda,


Karena pada hari itu, tanah liat ayah kalian, Adam, dicetak. Pada hari itu, kiamat dan
kebangkitan terjadi. Pada hari itu pula, kehancuran melanda. Di akhir tiga waktu pada hari itu,
ada satu waktu, barang siapa yang berdoa kepada Allah pada waktu itu pasti doanya
dikabulkan. (H.r. Ahmad, 2:113)

Pendapat ini dinilai sahih dalam Fathul Bari dan Nailul Authar.
Pendapat kedua: Berkumpulnya orang-orang pada hari itu di Masjid Jami untuk shalat.
Pendapat ketiga: Allah mempertemukan Adam dan Hawa di bumi pada hari itu.
Pendapat keempat: Banyak kebaikan di dalamnya.

Sebahagian pendapat di atas, ada yang diambil dari makna kata Jumaat dan sebahagian
disimpulkan dari hadis dhaif. Namun, tidak ada masalah untuk menjadikan semua pendapat di
atas sebagai sebab penamaan hari Jumat. Allahu alam.

Hukum khutbah Jumaat

Para ahli fikih berbeza pendapat mengenai hukum khutbah pada solat Jumaat, apakah termasuk
syarat solat sehingga solat Jumaat tidak sah tanpanya, atau sekadar sunah sehingga solat Jumaat
tetap sah tanpanya. Berkenaan dengan hal ini, para ahli fikah terbahagi ke dalam dua pendapat.

Pendapat pertama menyatakan bahawa khutbah merupakan syarat solat Jumat. Pendapat ini
adalah pendapat Hanafiah dan majoriti Malikiah. Pendapat ini adalah pendapat yang sahih bagi
mereka. Demikian juga Syafiiah dan Hanabilah.

Disebutkan dalam kitab Al-Hawi, Hal ini merupakan pendapat seluruh ahli fikah selain Hasan
Al-Bashri, kerana ia bercanggah pendapat ijma; ia berkata, Khutbah tidaklah wajib.
Disebutkan pula dalam kitab Al-Mughni, Kesimpulannya adalah bahawa khutbah merupakan
syarat solat Jumaat; solat Jumaat tidak sah tanpanya, dan kami tidak mengetahui pendapat yang
bertentangan kecuali pendapat Hasan.

Pendapat kedua menyebutkan bahawa khutbah merupakan sunat Jumaat. Ini merupakan
pendapat Hasan Al-Bashri. Pendapat ini juga diriwayatkan dari Imam Malik, demikian pula
pendapat sebagian pengikutnya (Malikiah). Ibnu Hazm juga berpendapat demikian.

Tarjih: Pendapat yang kuat dalam permasalahan ini ialah pendapat pertama, bahawa khutbah
merupakan syarat sah solat Jumaat. Bahkan, sebahagian ulama menganggap hal ini menyerupai
ijma. Adapun dalil yang menguatkan pendapat ini adalah dalil yang diambil dari Alquran, hadis,
dan atsar dari sahabat serta tabiin. Berikut ini pemaparan dalil-dalil tersebut.

Dalil Alquran
Firman Allah subhanahu wa taala,


Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat maka
bersegeralah mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. (Q.s. Al-Jumuah:9)

Ulama salaf berbeza pendapat mengenai maksud dari mengingat Allah dalam ayat di atas.
Sebahagian salaf mengatakan bahawa maknanya adalah khutbah, sedangkan sebahagian yang
lain mengatakan bahawa maknanya adalah solat. Ibnul Arabi menilai bahawa yang sahih
adalah kedua pemaknaan tersebut.

Adapun yang berpendapat maksud dari mengingat Allah dalam ayat di atas adalah khutbah
menyatakan kewajibannya dari dua sisi: Ayat tersebut merupakan perintah untuk bersegera
menuju khutbah, sedangkan hukum asal perintah adalah wajib. Oleh kerana itu, tidak ada
perintah untuk bersegera menuju sesuatu yang wajib kecuali maknanya adalah untuk memenuhi
kewajiban.

Allah melarang jual beli ketika dikumandangkannya azan untuk khutbah Jumaat. Dengan
demikian, jual beli haram dilakukan pada waktu itu. Pengharaman jual beli menunjukkan
wajibnya khutbah, kerana sesuatu yang sunah tidak boleh mengharamkan yang mubah.

Adapun yang berpendapat bahawa maksud mengingat Allah dalam ayat di atas adalah solat,
menyatakan bahawa khutbah termasuk dalam solat. Seorang hamba mengingat Allah dengan
perbuatannya, sebagaimana ia bertasbih dengan perbuatannya pula.
Selain itu, Allah taala juga berfirman,

Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju
kepadanya (perniagaan dan permainan itu) dan mereka meninggalkan dirimu yang sedang
berdiri (berkhotbah). (Q.s. Al-Jumuah:11)

Allah taala mencela mereka kerana mereka berpaling dan meninggalkan khutbah, sedangkan
makna wajib secara syariat ialah sesuatu yang dicela kerana ditinggalkan.

Dalil hadis
Hadis riwayat Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma; ia berkata,


Nabi berkhutbah dengan berdiri kemudian duduk kemudian berdiri, seperti yang biasa kalian
lakukan sekarang. (H.r. Bukhari, 1:221; Muslim, 2:589)

Hadis riwayat Jabir bin Samurah radhiallahu anhu; ia berkata,


Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah dengan berdiri kemudian duduk kemudian
berdiri dan berkhutbah dengan berdiri. Siapa saja yang memberitakan kepadamu kalau beliau
berkhutbah dengan duduk, sesungguhnya dia telah berdusta. Sungguh, aku telah solat bersama
beliau lebih dari dua ribu kali. (H.r. Muslim, 2:589)

Walaupun kedua hadis di atas hanya sebatas perbuatan Nabi yang tidak menunjukkan hukum
wajib, tetapi hadis tersebut merupakan penjelasan dari kewajiban yang disebutkan secara umum
dalam ayat maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah (Q.s. Al-Jumuah:9).

Dengan demikian, perbuatan Nabi shallallahu alaihi wa sallam dalam hadis di atas merupakan
penjelasan dari perintah yang umum, maka perintah itu menjadi wajib. Wallahu alam.
Hadis lainnya yang menjadi dalil adalah hadis Malik bin Al-Huwairits, Nabi shallallahu alaihi
wa sallam bersabda,


Shalatlah kalian sebagaimana kalian melihatku shalat. (H.r. Bukhari, 1:155)
Lebih dari satu ulama mengatakan bahawa seumur hidup Nabi shallallahu alaihi wa sallam,
beliau tidak pernah sholat Jumaat tanpa khutbah, sedangkan beliau telah memerintahkan kita
untuk solat sebagaimana beliau solat. Kalaulah boleh solat Jumaat tanpa khutbah, pasti beliau
akan melakukannya walau sekali, sebagai pengajaran atas kebolehannya, kerana khutbah sangat
berkaitan dengan solat Jumaat dan merupakan bahagian dari solat Jumaat.

Dalil atsar sahabat dan tabiin
Atsar yang diriwayatkan dari Umar bin Al-Khathab radhiallahu anhu, ia berkata,

Khutbah merupakan tempat dua rakaat. Siapa saja yang terlewat dari khutbah maka hendaklah
dia solat empat rakaat.

Dalam riwayat yang lain, Khutbah itu tidak lain dijadikan pengganti dua rakaat. Jika seseorang
tidak mendapatkan khutbah maka hendaklah dia solat empat rakaat.
Atsar di atas menunjukkan bahawa dua khutbah merupakan pengganti dari dua rakaat solat
zuhur. Oleh kerana itu, keduanya adalah perkara wajib kerana merupakan bahagian dari solat,
begitu pula hukum penggantinya.
Atsar di atas adalah atsar yang sanadnya terputus dan tidak boleh dijadikan dalil. Kalaupun
atsar tersebut benar-benar perkataan sahabat, maka masih tetap ada perselisihan mengenai
penggunaanya sebagai dasar hukum. Adapun penyebuatan atsar tersebut di sini hanyalah sebagai
isyarat bahawa sebagian ahli fikah menggunakannya sebagai dalil dalam permasalahan ini.

Majoriti ulama yang mempersyaratkat khotbah untuk shalat Jumat berbeda pendapat: apakah
cukup hanya dengan satu khotbah atau harus dua khotbah. Dengan demikian, mereka terbahagi
menjadi dua pendapat.
Pendapat pertama, mempersyaratkan dua khutbah. Pendapat ini merupakan pendapat Imam
Malik dalam satu riwayat darinya, demikian pula sebagian pengikutnya (Malikiah). Begitu pula
Syafiiah dan juga riwayat yang masyhur dari Imam Ahmad, juga merupakan mazhab bagi
Hanabilah.

Pendapat kedua, tidak mempersyaratkan dua khutbah, bahkan satu khutbah saja sudah
mencukupi. Pendapat ini merupakan pendapat Hanafiah dan Imam Malik dalam satu riwayat
darinya, begitu pula sebahagian Malikiah. Pendapat ini juga merupakan satu riwayat dari Imam
Ahmad.
Tarjih: Pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama yang mempersyaratkan dua khutbah
untuk solat Jumaat. Berikut ini dalil-dalil yang menguatakan pendapat tersebut.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma,

Bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah dengan dua khutbah dengan berdiri.
Beliau memisahkan keduanya dengan duduk. (H.r. Bukhari, 1:221; Muslim, 2:589)
Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Samurah radhiallahu anhu; ia berkata,


Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah dengan berdiri kemudian duduk kemudian
berdiri dan berkhutbah dengan berdiri. (H.r. Muslim, 2:589)
Dari dua hadis di atas jelas bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah dengan dua
khutbah, sedangkan beliau bersabda,


Shalatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat. (H.r. Bukhari, 1:155)
Dalil berikutnya adalah atsar mengenai dua khutbah yang merupakan pengganti dari dua rakaat
solat zuhur, sehigga setiap satu khutbah merupakan pengganti satu rakaat. Oleh kerana itu,
kekurangan satu khutbah itu seperti kurang satu rakaat.
Sebagai catatan, atsar yang menyatakan bahawa dua khutbah merupakan pengganti dua rakaat
solat zuhur tidak boleh dijadikan dalil kerana sanadnya terputus dan itu hanya perkataan sahabat.
Adapun penyebutan atsar tersebut di sini hanyalah sebagai isyarat bahawa sebahagian ahli fikah
menggunakannya sebagai dalil dalam permasalahan ini.








Mafhum firman Allah:

Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu
mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual beli . itu adalah lebih baik bagimu jika
kamu mengetahui. Dan apabila selesai mengerjakan solat, bersurailah di serata ceruk bumi dan
carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu
beruntung. Dan ketika mereka melihat perniagaan serta permainan (hiburan), mereka berlari ke
situ dan meninggalkan engkau yang sedang berdiri (membaca khutbah). Katakanlah Apa yang
ada disisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan urusan perniagaan. Dan Allah itu sebaik-baik
pemberi rezeki.(surah al-Jumaah, ayat 9-11).

Ringkasnya, surah al-Jumaah mengandungi 11 ayat dan ia diturunkan di Madinah. Dinamakan
al-Jumaah kerana ayat-ayat terakhirnya iaitu ayat 9,10 dan 11 membahaskan perihal solat jumaat.
Hari jumaat adalah hari yang paling utama dan mulia bagi sekalian umat Islam. Keutamaan dan
kemuliaannya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari
jumaat. Padanya (hari jumaat) diciptakan Adam a.s, dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga pada
hari jumaat, dikeluarkannya dari syurga pada hari jumaat dan tidak berlaku hari kiamat kecuali
pada hari jumaat. (hadis daripada Abu Hurairah r.a dan diriwayatkan dalam shahih Muslim, jilid
2, hlm 585).

Manakala dalam kitab al-Muwatta`, al-Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah Sebaik-baik
hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari
jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari
itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali
akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat
kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang
solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu. Itulah antara
beberapa petikan mafhum hadis Rasulullah yang menggambarkan betapa utama dan mulianya
hari Jumaat dalam calendar umat Islam sejak dulu, kini dan selamanya. Sebelum didetailkan
perbahasan mengenai beberapa masalah fiqh dalam mafhum ayat 9-11 ini, wajar difahami;
meskipun solat jumaat adalah wajib (fardhu ain) berdasarkan ijma` ulama`, namun ia adalah
terkecuali ke atas beberapa individu sepertimana yang dinyatakan oleh Rasululllah sendiri
Sesiapa yang beriman (mukallaf) kepada Allah dan hari akhirat, maka dia wajib menunaikan
solat jumaat kecuali wanita, orang dalam perjalanan (musafir), hamba abdi dan juga orang sakit.
(diriwayatkan oleh al-Dar Qutni). Rukun jumaat dua perkara, iaitu; khutbah dan solat dua rakaat.


Kesimpulan

Secara ringkasnya, ada dua pendapat tentang hukum mendengarkan khutbah jumat, yaitu:
Pertama, hukumnya wajib. Pendapat ini dikemukakan oleh kalangan Hanafiyah, Malikiyah,
Hanabilah, dan al-Auzai. Ini juga merupakan pendapat Utsman ibn Affan, Abdullah ibn
Umar dan Ibn Masud. Bahkan kalangan Hanafiyah menyatakan bahwa setiap yang diharamkan
pada waktu shalat, diharamkan juga pada waktu khutbah, sehingga pada waktu khutbah
diharamkan makan, minum, bicara, walaupun hanya sekedar bertasbih. Diharamkan juga
melakukan amar maruf dan nahi munkar.

Kelompok pertama ini berdalil dengan firman Allah taala:

Artinya: Dan apabila dibacakan al-Quran, dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan
tenang. (QS. Al-Araaf [7]: 204)

Juga hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam:

Artinya: Jika engkau berkata kepada temanmu pada hari jumat, diam dan perhatikanlah,
sedangkan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah berbuat sia-sia. (HR. Al-Bukhari [934].
Diriwayatkan juga oleh Muslim, Ahmad, Malik, Abu Dawud dan an-Nasai dengan redaksi
masing-masing)



Mereka juga beralasan bahwa khutbah jumat seperti shalat, dan menempati posisi dua rakaat
shalat wajib.

Kalangan Hanafiyah dan Hanabilah memberikan pengecualian pada satu kondisi, yaitu saat
memberikan peringatan pada seseorang yang dikhawatirkan tertimpa kebinasaan. Sedangkan
Malikiyah memberikan pengecualian untuk zikir yang ringan, karena sebab tertentu, misalnya
mengucapkan tahlil, tahmid, istighfar, taawwudz dan shalawat kepada Nabi shallallahu alaihi
wa sallam, namun mereka sendiri berbeda pendapat tentang apakah zikir yang ringan tersebut
wajib dibaca secara sirr atau tidak.

Kedua, hukum mendengarkan khutbah jumat adalah sunnah, bukan wajib. Pendapat kedua ini
diajukan oleh kalangan Syafiiyah. Menurut mereka berbicara pada saat khutbah jumat tidak
diharamkan, namun hanya dimakruhkan. An-Nawawi menceritakan bahwa pendapat ini
dikemukakan juga oleh Urwah ibn Zubair, Said ibn Jubair, asy-Syabi, an-Nakhai, ats-Tsauri
dan salah satu riwayat dari imam Ahmad.

Hukum makruh ini mereka simpulkan dari proses men-jama dua dalil, yaitu hadits Jika engkau
berkata kepada temanmu pada hari jumat, diam dan perhatikanlah, sedangkan imam sedang
berkhutbah, maka engkau telah berbuat sia-sia., dan hadits dalam Shahihayn dari Anas
radhiyallahu anhu, bahwa ketika Nabi shallallahu alaihi wa sallam sedang khutbah di atas
mimbar pada hari jumat, seorang Arab badui berdiri, kemudian berkata, Wahai Rasulullah,
harta benda telah binasa, dan keluarga kelaparan, maka berdoalah agar Allah menurunkan hujan
kepada kami, kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengangkat dua tangannya,
sedangkan di langit tidak terlihat awan. Hadits kedua ini mengindikasikan kebolehan berbicara
saat khutbah ketika ada hajat, sedangkan hadits pertama menunjukkan larangan, sehingga
kalangan Syafiiyah mengambil kesimpulan hukum makruh (tidak haram) berbicara saat khutbah
jumaat, berdasarkan penggabungan dua dalil tersebut.



Rujukan :
1. Fathul Bari
2. Nailul Authar
3. Al-Hawi
4. kitab Al-Mughni
5. kitab al-Muwatta

Anda mungkin juga menyukai