Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini: Soalan: Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan. Kerangka pendahuluan B - Masalah sosial -> semakin membimbangkan -> mencatatkan peningkatan yang mendadak. T - Gejala gengsterisme -> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah -> bermaharajalela di sekolah
S -> banyak faktor
Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan di bawah:
Pendahuluan Kualiti PMR Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat. Pendahuluan Kualiti SPM Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat. Jika kita mempunyai kesabaran dan kesungguhan yang konsisten, kejayaan pasti milik kita. Oleh hal yang demikian, saya berharap para pelajar dapat menggunakan teknik "B-T-S" untuk menulis karangan yang cemerlang. Menulis Pendahuluan Karangan Jenis-jenis Pendahuluan.
Berbentuk Soalan/Persoalan. Berbentuk Definisi Berbentuk fakta Bentuk sejarah. Bentuk suasana Bentuk peribahasa Bentuk puisi Bentuk gabungan Petikan tokoh Contoh-contoh : Pendahuluan Jenis Persoalan Marcapada ini, pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, kerancakan pembangunan itu disusuli dengan isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat duri dalam daging Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian? Bagaimana untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
Pendahuluan Jenis Definisi.
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan atau pihak berkuasa. Sebaliknya pembalakan haram merupakan kegiatan membalak yang dijalankan tanpa mengikut atau mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
Pendahuluan Jenis Fakta . Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes ponteng sekolah di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 membuktikan bahawa gejala ponteng sekolah telah meningkat kepada sebelas peratus berbanding hanya 9 peratus pada tahun 2010. Gejala ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru sekolah dan juga masyarakat perlu seia dan sekata serta sederap melangkah bagi menangani masalah ini.
Pendahuluan Jenis Peribahasa. Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah seperti kacang lupakan kulit dan seperti ulat lupakan daun. Peribahasa seperti kacang lupakan kulit bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup seperti kacang lupakan kulit tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berikut ini saya huraikan punca-punca pelajar tidak mengenang jasa ibu bapa.
Pendahuluan Jenis Sejarah. Malaysia dan seluruh pelosok Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan. Namun begitu, para pencinta bahasa berasa terkilan kerana masyarakat kian meminggirkan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Di bawah ini saya perjelaskan cara-cara untuk kita sama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Pendahuluan Jenis Gabungan.
Tiga buah pondok telefon dibakar, sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi, dan tandas awam diconteng dengan kata-kata lucah. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah. Ketika itu, kita sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan.
PANDUAN PENULISAN KARANGAN (Bahagian 2) Sumbangan Pendahuluan Memperlihatkan kematangan Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan) Isi Isi yang baik dan tidak berputar-belit Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda. Huraian berserta contoh yang konkrit Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan) Gunakan bahasa mantap Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa. Penutup. Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis Isu-isu menarik ( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman) Contoh soalan karangan. Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca- punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya. [ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p] [merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan] Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. (Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p) PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? ( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p) PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini . ( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
Walau bagaimanapun / namun begitu Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p ) PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. (ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p) Konklusinya / oleh itu,. [PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa