Anda di halaman 1dari 6

Anak-anak muda yang meraikan harijadi mereka yang ke - 18

pada tahun ini merupakan generasi yang pertama dilahirkan


dengan hak universal mereka sendiri.
20 November merupakan tarikh yang istimewa bagi kita semua. Lapan
belas tahun yang lalu, pada tarikh ini, seluruh dunia telah bersatu untuk
mengatakan ya bagi kanak-kanak; iaitu kanak-kanak kini mempunyai hak
asasi yang sama seperti orang-orang dewasa. Dalam keputusan yang
telah diambil sebulat suara, Konvensyen hak kanak-kanak (CRC) telah
diterima sebagai satu tahap piawai di mana semua pihak kerajaan patut
berusaha untuk mencapai matlamat di dalam melindungi hak kanak-
kanak yang paling asas, iaitu mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan
dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah
undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak
dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan
kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan
kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak tidak kira di
mana mereka dilahirkan, samada mereka lelaki atau perempuan, kaya
atau miskin mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat
yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara dan pendapat mereka
diperdengarkan.
Gerakan untuk perubahan sosial
Pada 20 November 2007, CRC meraikan ulangtahun yang ke-
18. Di kebanyakan negara, termasuklah negara-negara yang
kaya, CRC kini telah memulakan langkah untuk perubahan
sosial, dengan membina asas untuk dunia di mana semua
hak untuk kanak-kanak dapat dijamin dan dilindungi.
Dalam masa lapan belas tahun yang telah berlalu, usaha-
usaha untuk meningkatkan dan meluaskan hak-hak kanak-
kanak di dalam pergerakan hak-hak kanak-kanak telah
membawa manfaat kepada berjuta-juta orang di seluruh
dunia. Dua ciri utama yang membawa kuasa dan potensi
kepada CRC adalah: ia merupakan status yang tertakluk
kepada undang-undang dan keupayaannya untuk melibatkan
dan memperkasa orang ramai, iaitu daripada pegawai-
pegawai kerajaan yang tertinggi kepada warga tempatan.
CRC telah memainkan peranan yang penting di dalam
membentuk dan membangunkan kehidupan kanak-kanak. Ia
telah membantu mengurangkan kadar bilangan kanak-kanak
yang telah meninggal dunia sebelum mencapai umur lima
tahun, ia telah meningkatkan insiatif-insiatif di peringkat
benua dan global serta perkongsian memajukan pendidikan
untuk anak-anak gadis, ia juga telah menggalakkan
pendidikan secara percuma. Dalam masa beberapa tahun
lau, terdapat penekanan yang diberikan untuk mencapai
berjuta-juta orang kanak-kanak yang terpinggir, terutama
sekali kanak-kanak perempuan dan anak-anak orang asli,
pada masa yang sama memastikan agar mereka mendapat
perkhidmatan kesihatan dan pendidikan atau perkhidmatan
sosial yang berkualiti.
CRC adalah tentang tanggungjawab
CRC bukan sahaja tentang komitmen atau perjanjian, tetapi
ia adalah mengenai tanggungjawab. Melindungi dan
menjamin hak kanak-kanak bukanlah suatu matlamat yang
abstrak, di mana tiada kewajipan yang khusus untuk
seseorang, oleh itu tidak ada seorang pun yang boleh
dipertanggungjawabkan.
Ya, pelaksanaan CRC merupakan tanggungjawab pihak
kerajaan, tetapi CRC juga meletakkan tanggungjawab dan
kewajipan lain-lain sektor dan individu: terdiri daripada ibu
bapa, para guru, pegawai-pegawai kesihatan, para saintis,
para pengkaji dan kanak-kanak itu sendiri.
Dengan mengubah-suai undang-undang untuk memenuhi
kehendak hak kanak-kanak, memperkukuhkan kapasiti
sistem dan pembangunan, CRC kini menjadi sebahagian
daripada budaya dan undang-undang kebangsaan sesebuah
negara. Dengan melibatkan dan memaklumkan keluarga dan
masyarakat, ia akan memperkasa mereka agar melibatkan
diri dengan lebih mendalam untuk memenuhi hak mereka
sendiri dan juga meraih hak dan melindungi hak anak-anak
mereka sendiri. Semenjak penerimaan CRC, bilangan
organisasi - organisasi, kerjasama dan persekutuan yang
berkaitan dengan hak kanak-kanak telah meningkat secara
berterusan. Bersama ini, mereka telah berjaya meletakkan
hak kanak-kanak di dalam agenda-agenda politik di
peringkat antarabangsa dan negara yang tertinggi.
Fokus baru terhadap hak kanak-kanak
Pada tahun 2002, sesi khas untuk kanak-kanak PBB telah
memberi nafas baru kepada CRC, dengan deklarasi dan pelan
tindakan yang memasukkan tanggungjawab hasil daripada
CRC yang ingin membina Dunia bersesuaian untuk kanak-
kanak. Tambahan pula, Matlamat Pembangunan Milenium
(MDG) telah meletakkan kanak-kanak dan hak mereka
terhadap kehidupan, kesihatan, pendidikan dan
perlindungan di tengah-tengah agendanya.
Fokus yang diberikan kepada hak kanak-kanak ini telah
memulakan langkah yang baru semenjak beberapa tahun
yang lepas di mana penekanan telah diberikan kepada
kesinambungan kehidupan kanak-kanak yang sihat dan
sejahtera; ia memberi sokongan kepada kempen
UNICEF, Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang
AIDS dengan kesinambungan yang luas di pertingkat
kebangsaan selepas pelancaran kajian berkaitan keganasan
terhadap kanak-kanak PBB.
Walaupun agak sukar untuk menunjukkan bahawa
kemajuan-kemajuan yang dicapai untuk kanak-kanak boleh
dikaitkan dengan pelaksanaan CRC, namun begitu ia juga
tidak mustahil. Terdapat bukti-bukti tidak secara langsung
boleh didapati daripada laporan, kajian dan penilaian yang
telah dibuat, yang sedikit sebanyak telah menunjukkan
impak CRC terhadap kehidupan berjuta-juta orang kanak-
kanak dan keluarga di seluruh dunia.
Yang paling ketara adalah proses yang telah dimulakan oleh
CRC untuk seluruh dunia mengenalpasti dan mengambil
serius isu-isu terhadap hak kanak-kanak. Ia merupakan
proses yang boleh dikatakan sebagai satu revolusi. Satu
revolusi di sebalik tabir yang telah secara berterusan
mewujudkan perubahan-perubahan untuk semua generasi
yang akan datang.


Apakah hak-hak asasi kanak-kanak?
Secara am, setiap kanak-kanak mempunyai empat hak iaitu:
Hak untuk hidup: Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk
hidup. Orang dewasa bertanggungjawab menjaga mereka
supaya mereka dapat membesar dengan sihat.
Hak untuk mendapat perlindungan: Kanak-kanak mestilah
dilindungi daripada keganasan, penganiayaan, eksploitasi
dan diskriminasi, serta semua jenis keganasan dan
penculikan.
Hak untuk perkembangan: Kanak-kanak mempunyai hak
untuk mendapat pelajaran dan perkembangan diri.Setiap
kanak-kanak haruslah mendapat pendidikan asas yang
percuma, wajib dan berkualiti sebagai tapak untuk terus
mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan lengkap.
Hak untuk berpersatuan: Setiap kanak-kanak mempunyai hak
untuk bertemu dan berkawan dengan kanak-kanak lain.
Kanak-kanak boleh menganggotai mana-mana persatuan
dan berhubung di antara satu sama lain. Mereka mempunyai
hak untuk menyatakan pendapat dan menyertai aktiviti-
aktiviti yang memberi kesan kepada mereka, bersesuaian
dengan tahap umur dan kematangan mereka.
Kenapa kanak-kanak perlu mengetahui mengenai hak-
hak mereka?
Kanak-kanak perlu mengetahui mengenai hak asasi manusia
supaya mereka boleh mempertahankan hak-hak mereka dan juga hak-
hak orang lain. Masyarakat umumnya,akan menjadi lebih penyayang dan
dunia menjadi lebih baik sekiranya kita dapat menghormati dan
mempertahankan maruah sesama sendiri.

DI sesetengah negara atau budaya, golongan yang bekerja di ladang biasanya
membawa anak mereka ke ladang untuk bermain atau membantu mereka
bekerja. Ada yang berpendapat, ia tidak menjadi satu kesalahan. Namun ada
juga menganggap tindakan itu adalah satu eksploitasi atau mewujudkan
masalah buruh kanak-kanak.
Sebagai sebuah syarikat yang peka dengan isu melibatkan kanak-kanak,
syarikat Perladangan Kumpulan Sime Darby Berhad melarang anak-anak
pekerja ladang dan estetnya mengikut ibu bapa mereka ketika bekerja.
Sejak beberapa tahun lalu, peraturan ini telah diamalkan di lebih 20 buah
negara di mana syarikat berkenaan beroperasi.
Sebaliknya, syarikat berkenaan menyediakan pusat penjagaan harian di
ladangnya di mana anak-anak para pekerja boleh bermain dan belajar dengan
selamat pada waktu bekerja.
Baru-baru ini, Sime Darby mengukuhkan lagi komitmennya untuk
melindungi kanak-kanak melalui Pelancaran Dasar Korporat Perlindungan
Kanak-Kanak Sime Darby yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Nur Zahirah di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Sime Darby Plantations Sdn. Bhd., Datuk Azhar Abdul
Hamid berkata, dasar berkenaan akan menjadi panduan kepada lebih
100,000 warga kerja Sime Darby di pelbagai negara termasuk Malaysia,
Indonesia dan Liberia di Afrika.
''Setiap 100,000 warga kerja Sime Darby pasti mempunyai kanak-kanak
dalam keluarga masing-masing dan dasar ini akan memastikan anak-anak
Sime Darby ini sentiasa dipelihara dan dilindungi hak mereka," katanya
ketika berucap pada pelancaran dasar berkenaan.
Melalui dasar berkenaan, Sime Darby akan mengutamakan persekitaran yang
selamat untuk kanak-kanak dalam setiap operasinya.
Selain daripada itu, kesedaran mengenai keselamatan dan penjagaan kanak-
kanak akan diterapkan kepada warga kerjanya sepanjang masa.
Sempena pelancaran dasar korporat tersebut, satu forum mengenai
Perlindungan Kanak-Kanak turut diadakan.
Wakil Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Hans
Olsen yang menyampaikan syarahan pada forum tersebut menjelaskan,
masyarakat perlu diberikan kesedaran mengenai hak asasi golongan kanak-
kanak supaya mereka tidak menjadi mangsa sebarang diskriminasi.
''Antara tindakan yang disifatkan melanggar hak asasi golongan kanak-kanak
adalah kegagalan untuk mendaftar kelahiran, membiarkan kanak-kanak
kekurangan zat dan tanpa sebarang imunisasi, mengabaikan pendidikan
mereka dan mendedahkan mereka kepada penyeludupan, keganasan,
eksploitasi dan sebarang jangkitan.
''Tindakan tidak mendaftarkan kelahiran memberikan impak yang besar
dalam tempoh jangka panjang kepada hidup kanak-kanak tersebut kerana ia
akan menyukarkan kanak-kanak itu bersekolah, selain mendedahkannya
untuk diseludup," jelas beliau.
Olsen yang baru tiga minggu bertugas di Malaysia turut melahirkan rasa
terkejut dengan insiden yang melibatkan kanak-kanak di negara ini sepanjang
tempoh tersebut.
Antara laporan media tempatan yang mengejutkan beliau adalah beberapa
kes penderaan kanak-kanak sehingga mati termasuklah kes Syafiah Humairah
Sahari dan yang terbaru kes perkahwinan yang membabitkan dua kanak-
kanak bawah umur.
''Saya terkejut kes berkenaan boleh berlaku dalam sebuah negara dan
masyarakat yang membangun. Pada pandangan saya, kes-kes sebegitu berkait
rapat dengan masalah tekanan yang disebabkan pelbagai faktor.
''Masalah ini perlu ditangani oleh pelbagai pihak iaitu kerajaan, syarikat
korporat dan masyarakat secara bersama melalui kerjasama. Inisiatif Sime
Darby sebagai syarikat korporat pertama di Malaysia mewujudkan dasar
perlindungan kanak-kanaknya sendiri wajar dicontohi," katanya.
Olsen menambah, di peringkat global, pengeluar perabot terkemuka dari
Sweden, IKEA turut melancarkan Inisiatif Sosial IKEA lebih 10 tahun dulu.
Ia sebagai komitmen dalam menentang masalah buruh kanak-kanak dalam
rangkaian operasi dan pengedaran produknya di seluruh dunia.
IKEA mengambil langkah tersebut setelah didakwa mewujudkan masalah
buruh kanak-kanak dalam rangkaian pembekalnya.
Program yang diperkenalkan IKEA melibatkan pendekatan menyeluruh
dalam meningkatkan taraf hidup kanak-kanak dan memperkasakan golongan
wanita. Kini, IKEA merupakan antara rakan utama dalam program-program
Unicef.
Pengarah Pendidikan dan Latihan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Protect
and Save The Children atau PS The Children, Noreen Presseur yang
merupakan salah seorang daripada peserta forum itu berkata, di Malaysia kes
penderaan seksual yang berlaku melibatkan orang yang dikenali dan
dipercayai oleh mangsa.
Menurutnya, kebanyakan nasihat keselamatan untuk kanak-kanak hanya
mengingatkan mereka supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.
''Namun, kanak-kanak seawal usia empat tahun perlu dididik mengenai
sentuhan yang boleh diberikan kepada mereka dan sentuhan yang tidak boleh
diberikan kepada mereka termasuk oleh ahli keluarga mereka sendiri,"
katanya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kerajaan menitikberatkan isu kanak-
kanak sejak penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1946 yang
bertanggungjawab menjaga hal ehwal anak-anak yatim selepas Perang Dunia
Kedua.
''Komitmen kerajaan terhadap isu kanak-kanak terus kukuh sehingga hari ini
melalui penggubalan Akta Kanak-Kanak pada 2001 dan Dasar Perlindungan
Kanak-Kanak Negara pada tahun lalu. Kanak-kanak mempunyai hak asasi
yang sama dengan kumpulan umur yang lain," katanya.
Namun, jelas Shahrizat, cabaran hari ini adalah berlainan. Walaupun kanak-
kanak di negara ini tidak menghadapi penderitaan dan kesengsaraan yang
dialami oleh kanak-kanak di sesetengah negara, namun kita menghadapi
masalah yang agak membimbangkan iaitu kes buang bayi, penderaan dan
perkahwinan bawah umur.
''Justeru, kementerian dengan kerjasama agensi penguatkuasa seperti polis
dan Jabatan Imigresen merancang untuk membangunkan alert system atau
sistem amaran awal tentang kehilangan dan penculikan kanak-kanak,"
katanya.
Setiausaha Bahagian Polisi, Kementerian Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Masyarakat, Harjeet Singh berkata, antara pendekatan sistem
berkenaan adalah menyebarkan maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak
melalui mesej multimedia (MMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi,
mesin teler automatik (ATM) dan televisyen.
''Perbincangan mengenai sistem amaran awal itu kini di peringkat akhir
sebelum ia diperkenalkan," katanya.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0329&pub=Utusan
_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2Ww2MG9SA
Utusan Melayu (M) Bhd`

Anda mungkin juga menyukai