Anda di halaman 1dari 10

1

BAB 1
PENGENALAN :
PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN


OBJ EKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Mengklasifikasikan negara-negara di dunia dari konteks
pembangunan dan pendapatan negara.
2. Membeza dan mengukur maksud pembangunan
ekonomi dan pertumbuhan ekonomi.

1.1 Klasifikasi Negara


Secara umumnya, negara di dunia ini boleh dikelaskan kepada dua
kategori utama, iaitu Negara Maju (NM) dan Negara Membangun. Negara
Membangun pula boleh dibahagikan kepada Negara Kurang Membangun
(NKM) dan Negara Sedang Membangun (NSM). Negara maju sering kali
dikenali sebagai negara industri kerana terdapat perhubungan rapat
antara pembangunan dengan perindustrian.
World Bank (1997) membahagikan dunia kepada empat kategori, iaitu
negara berpendapatan rendah, negara berpendapatan sederhana rendah,
negara berpendapatan sederhana tinggi dan ketiga-tiga kumpulan ini ialah
Negara Membangun, serta negara berpendapatan tinggi yang juga
Negara Maju.
Negara berpendapatan rendah mempunyai Keluaran Negara Kasar (KNK)
per kapita kurang atau sama dengan AS$730 pada 1995, negara
berpendapatan sederhana rendah mempunyai pendapatan sama dengan
atau kurang daripada AS$3,020, manakala negara berpendapatan
sederhana tinggi mempunyai pendapatan per kapita sama dengan atau
kurang daripada AS$8,10. Negara berpendapatan tinggi mempunyai
2

pendapatan per kapita tertinggi pada AS$40,630 yang dimiliki oleh


Switzerland.
Selain itu, terdapat sekumpulan negara dalam kumpulan negara
berpendapatan sederhana tinggi yang kebanyakannya terdiri daripada
negara Asia dan Amerika Latin yang dikenali sebagai Negara atau
Ekonomi Perindustrian Baru (EPB). Nama ini diberi berdasarkan
pertumbuhan output industri mereka yang sangat pesat.
Pendapatan per kapita bagi beberapa negara terpilih dalam keempat-
empat kumpulan negara ditunjukkan dalam J adual 1.1. J adual ini juga
menunjukkan jumlah penduduk negara tersebut.
Negara berpendapatan tinggi tidak semestinya mempunyai kurang
penduduk berbanding negara dalam kumpulan lain. Contohnya, J epun
dengan bilangan penduduk 125.2 juta orang mempunyai jauh lebih
banyak penduduk daripada Kenya dengan bilangan penduduk 26.7 juta
orang berada dalam kategori negara berpendapatan rendah. Namun,
disebabkan KNK J epun adalah jauh lebih tinggi daripada KNK Kenya
maka KNK per kapitanya (J epun) juga jauh lebih tinggi, iaitu pada
AS$39,640 berbanding AS$280 bagi Kenya. Dari segi kadar pertumbuhan
penduduk pula, sekiranya diperhatikan (J adual 1.1) bagi kebanyakan
negara berpendapatan rendah kadarnya lebih tinggi daripada negara
berpendapatan tinggi.
Bab ini menggunakan istilah NM, NSM, NKM, dan EPB dalam
membincangkan isu dan pengalaman pembangunan. Walau
bagaimanapun, sesetengah bab tidak membahagikan negara dalam
kumpulan negara membangun kepada kategori tetapi hanya merujuk dua
kumpulan negara di dunia, iaitu negara maju dan negara membangun.



3

1.2 Perbezaan Negara Kaya dan Miskin oleh Bank Dunia


Pendapatan ekonomi rendah (kurang daripada $785 per kapita pada tahun
1997). Pendapatan ekonomi menengah (antara $786 - $3,125).
Pendapatan ekonomi menengah atas (negara pendapatan sederhana - Asia &
Amerika Latin yang berkembang maju serta negara industri baharu) $3,126 -
$9,125.
Pendapatan ekonomi tinggi (negara industri) - kebanyakan dari negara yang
pendapatan melebihi $9,656.
Daripada perbincangan di atas, secara umumnya negara boleh diklasifikasikan
seperti berikut :
Negara Dunia Pertama
Negara Dunia Kedua
Negara Dunia Ketiga (ND3)

i) Negara Dunia Pertama
Merujuk kepada :
Negara perindustrian di Eropah Barat, Amerika Utara dan Pasifik.
Mewakili negara-negara kaya dan berpendapatan tinggi.
Negara perindustrian.
Mengalami tahap perkembangan perindustrian yang tinggi.

ii) Negara Dunia Kedua
Negara bekas jajahan Soviet Union, ekonomi berpusat di Eropah Timur
Negara ekonomi sosialis, kerajaan menentukan pengeluaran negara.
J uga mewakili negara berpendapatan tinggi (politik tidak stabil).
Negara maju (perbezaan fahaman politik - sosialis).
5

iii) Negara Dunia Ketiga (ND3)


Terdiri daripada :
2/3 penduduk dunia - merangkumi Amerika Latin dan Carribean, Afrika,
Asia Tengah dan Asia (kecuali J epun).
UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) -
diwakili oleh 127 buah negara Afro-Asia dan Amerika Latin (ND3).
Negara sedang membangun, negara pengeluar minyak, negara miskin.

1.3 CIRI-CIRI NEGARA MEMBANGUN
A. Taraf Hidup yang Rendah dari sudut :
i. Pendapatan negara per kapita.
ii. Kadar relatif pertumbuhan pendapatan negara (per kapita).
iii. Pengagihan pendapatan negara.
iv. Kemiskinan.
v. Kesihatan.
vi. Pendidikan.
B. Ciri-ciri Lain
i. Sistem politik.
ii. Kekurangan modal dan teknologi.
iii. Kadar tabungan yang rendah.
iv. Dualisme ekonomi. (golongan kaya dan miskin)




6

1.4 Perbezaan Pertumbuhan dan Pembangunan


Dalam penggunaan seharian, perkataan pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan ekonomi digunakan secara bertukar ganti. Namun demikian,
kedua-dua istilah ini sangat berbeza. Pertumbuhan ekonomi bermaksud
peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan)
negara per kapita. Sekiranya pengeluaran barangan dan perkhidmatan
sesebuah negara meningkat, negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan
ekonomi (Gillis et al. 1996).
Pembangunan ekonomi pula meliputi skop yang lebih luas. Ia bukan sahaja
merujuk peningkatan keluaran (pendapatan) atau keluaran (pendapatan) per
kapita tetapi juga melibatkan perubahan struktur ekonomi. Ini termasuklah,
kepentingan sektor yang telah berubah kepada perindustrian, perbandaran yang
berlaku dengan pesat, dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar
yang menyebabkan peratus penduduk bandar meningkat. Selain itu, kadar
pertumbuhan penduduk menurun, dan struktur umur penduduk berubah kepada
berkurangnya nisbah kebergantungan. Corak penggunaan juga berubah kepada
barangan dan perkhidmatan tahan lama serta barangan mewah dan bukan
setakat memenuhi keperluan asas sahaja.
Sesetengah negara mengalami peningkatan dalam pendapatan per kapita tetapi
sebahagian besar faedahnya dimiliki oleh orang asing melalui penyertaan asing
dalam aktiviti ekonomi. Sekiranya ini berlaku, negara ini tidak boleh dianggap
mengalami pembangunan. Perkara utama yang perlu wujud dalam
pembangunan ekonomi ialah penyertaan rakyat negara itu dalam proses
perubahan tersebut. Penyertaan rakyat tempatan ini adalah dari segi melibatkan
diri dalam proses pengeluaran dan mendapat manfaat daripada peningkatan
keluaran. Dengan kata lain, mereka sama-sama menikmati hasil peningkatan
keluaran dan perkhidmatan melalui peningkatan kekayaan individu. Ini boleh
berlaku melalui agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih sama rata.
Sekiranya peningkatan output hanya dirasai oleh kumpulan minoriti sahaja, maka
ia tidak boleh dianggap sebagai pembangunan. Ringkasnya, pembangunan
ekonomi merujuk pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial yang berlaku dalam
sesebuah negara.
Merujuk kepada J adual 1.1, kita dapati bahawa selain penduduk dan pendapatan
per kapita, beberapa ciri lain pembangunan termasuklah peratus penduduk
bandar, jangka hayat semasa lahir dan kadar buta huruf. Penghijrahan yang
pesat dari luar bandar ke bandar melalui proses pembangunan menyebabkan
peningkatan peratus penduduk bandar. Ini jelas dibuktikan oleh J adual 1.1.
7

Peratus penduduk bandar di negara berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi


lebih tinggi daripada peratus di negara berpendapatan rendah. Contohnya,
terdapat dalam kalangan negara berpendapatan tinggi yang mempunyai peratus
penduduk bandar yang mencecah 80 peratus ke 100 peratus seperti di
Singapura, United Kingdom dan Republik Korea. Sementara bagi negara dalam
kumpulan berpendapatan rendah pula, peratus ini tidak sampai 50 peratus tetapi
kebanyakannya dalam lingkungan 30 peratus dan ke bawah.
J angka hayat semasa lahir juga didapati lebih panjang bagi negara
berpendapatan lebih tinggi. Bagi kebanyakan negara berpendapatan tinggi ia
melebihi 70 tahun, malahan J epun mempunyai jangka hayat 80 tahun pada
1995. Sebaliknya, bagi kebanyakan negara berpendapatan rendah dan
pertengahan rendah, jangka hayat adalah lebih pendek, iaitu dalam lingkungan
60 tahun. Banyak faktor yang mempengaruhi peningkatan jangka hayat melalui
proses pembangunan seperti kemudahan kesihatan, pemakanan, pendidikan,
kesedaran rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan sebagainya.
Proses pembangunan juga mempunyai hubungan rapat dengan pencapaian
pendidikan. Ini boleh dilihat melalui kadar buta huruf. Seperti yang ditunjukkan
dalam J adual 1.1, negara dalam kumpulan berpendapatan rendah mempunyai
kadar buta huruf yang jauh lebih tinggi daripada negara dalam kumpulan
berpendapatan lebih tinggi. Contohnya, kebanyakan negara berpendapatan
tinggi mempunyai kadar buta huruf kurang 5 peratus, tetapi bagi sesetengah
negara berpendapatan rendah peratusnya melebihi 60 peratus seperti di Nepal
(73 peratus), Senegal (67 peratus), Ethiopia (65 peratus) dan Bangladesh 62
peratus).
Lazimnya, proses pembangunan akan menyebabkan sektor perindustrian
semakin penting dan mengurangkan peranan sektor pertanian. Keadaan ini
dialami oleh kebanyakan negara maju di dunia ini, malahan nama yang diberi
kepada Negara Perindustrian Baru merujuk kepada perkembangan sektor
perindustrian, khususnya sektor pembuatan. Perubahan ini seterusnya memberi
kesan kepada bilangan tenaga buruh menurut sektor dengan penumpuan yang
lebih tinggi kepada sektor perindustrian.
Daripada J adual 1.1 juga, dapat dilihat bahawa negara yang berada dalam
kategori berpendapatan lebih tinggi mempunyai peratus nilai ditambah sektor
industri yang lebih tinggi berbanding negara berpendapatan rendah. Secara
keseluruhannya, peratus nilai ditambah industri negara berpendapatan tinggi
adalah dalam lingkungan 30-40 peratus, manakala bagi negara berpendapatan
rendah peratus ini dalam lingkungan 10-20 peratus sahaja. Peratus tenaga buruh
8

sektor industri juga semakin besar apabila sesebuah negara itu makin maju.
Contohnya, bagi negara dalam kumpulan berpendapatan tinggi, peratus ini
mencecah 25-35 peratus berbanding hanya dalam lingkungan 2-19 peratus bagi
negara berpendapatan rendah. Terdapat juga negara berpendapatan rendah,
iaitu Nepal yang langsung tidak mempunyai buruh sektor industri. Bagi negara
yang berada dalam kategori sederhana rendah dan sederhana tinggi pula,
peratus tenaga buruh industri berada juga di peringkat pertengahan.
Satu ciri ekonomi lain yang berkait dengan proses pembangunan adalah
pendedahan kepada antarabangsa. Ini dapat digambarkan oleh kuantiti atau
jumlah eksport dan import sesebuah negara. Semakin membangun atau maju
sesebuah negara itu maka hubung jalin antarabangsa menjadi semakin penting
dan jumlah eksport dan import menjadi semakin tinggi.
J adual ini membuktikan bahawa nilai eksport dan import negara maju jauh lebih
tinggi daripada negara berpendapatan lebih rendah. Sehubungan itu, perbezaan
nilai eksport dan import juga penting dipertimbangkan kerana ia akan
menentukan imbangan pembayaran sesebuah negara.
Proses pembangunan berkait rapat dengan pembaikan aspek sosial seperti
kadar kematian bayi, kadar kesuburan dan kadar pendaftaran pelajar di setiap
peringkat pengajian. J adual seterusnya menunjukkan petunjuk ini bagi beberapa
negara terpilih dalam setiap kategori kumpulan negara. Kadar kematian bayi
mempunyai hubungan negatif dengan tahap pembangunan. Ini terbukti melalui
penurunan kadar kematian apabila kita membandingkan negara berpendapatan
rendah, negara berpendapatan sederhana dan negara berpendapatan tinggi.
Bagi negara berpendapatan rendah, kadar ini masih tinggi sehingga melebihi
100 bagi sesetengah negara seperti Etiopia (112), Haiti (123) dan Zambia (109).
Bagi negara berpendapatan sederhana rendah dan sederhana tinggi pula,
secara keseluruhannya kadarnya lebih rendah dalam lingkungan 20 hingga 50.
Kadar paling tinggi negara dalam kumpulan ini dialami oleh Bolivia, iaitu pada
kadar 69 dan paling rendah oleh Malaysia pada kadar 12 bagi setiap 1000
kelahiran hidup. Sementara bagi negara berpendapatan tinggi kadar ini kurang
daripada 10.
Kadar kesuburan jumlah juga mempunyai hubungan negatif dengan tahap
pembangunan. Hubungan ini dapat dilihat dalam jadual yang sama. Sekiranya
kita membandingkan negara dalam kumpulan berpendapatan rendah dengan
kumpulan berpendapatan tinggi, jelas terbukti bahawa negara maju mampu
9

menurunkan kadar kesuburannya sehingga ke tahap kurang daripada 2,


manakala negara kurang maju melebihi 2 sehingga mencapai angka 7.
Akhir sekali, hubungan pendaftaran dengan tahap pembangunan juga penting
untuk dipertimbangkan. Proses pembangunan akan meningkatkan pencapaian
pendidikan dan pendaftaran di semua peringkat. Pendaftaran yang sangat
signifikan berhubung pembangunan adalah peringkat tertiari bagi melahirkan
tenaga kerja yang mahir yang diperlukan negara. J adual ini, jelas membuktikan
bahawa NM mempunyai kadar pendaftaran tertiari yang sangat tinggi sehingga
melebihi 100 peratus seperti yang berlaku di Kanada. Sebaliknya, kadar
pendaftaran tertiari NKM masih di peringkat sangat rendah, iaitu secara
puratanya kurang daripada 10 peratus.
1.5 KESIMPULAN
PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN
PERTUMBUHAN EKONOMI
Merujuk kepada pertumbuhan atau keluaran dan pendapatan negara.
Pendapatan per kapita diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar (jumlah hasil
dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara dalam tempoh setahun)
dibahagikan dengan jumlah penduduk.
PEMBANGUNAN EKONOMI
Aspek yang lebih luas - semua penduduk terlibat memainkan peranan penting
dalam proses yang melibatkan perubahan struktur.
Penglibatan dalam proses pembangunan akan menghasilkan faedah
pembangunan seperti keluaran negara.
Pembangunan Ekonomi = pertumbuhan ekonomi + keadilan sosial yang
berlaku di dalam sesebuah Negara.
PERTUMBUHAN EKONOMI MODEN
Merujuk kepada zaman ekonomi semasa berbanding dengan zaman
sebelumnya.
Contohnya zaman kapitalis (sekarang) dengan zaman ekonomi feudal (dahulu).
Pertumbuhan ekonomi zaman moden - penggunaan teknologi moden dalam
proses pengeluaran, industri, urbanisasi dan pertumbuhan penduduk.
10



SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan istilah-istilah ekonomi yang berikut :
a. Pertumbuhan Ekonomi
b. Pembangunan Ekonomi
2. Apakah penentu World Bank dalam membahagikan dunia kepada
empat kategori, iaitu negara berpendapatan rendah, negara
berpendapatan sederhana rendah, negara berpendapatan sederhana
tinggi dan negara berpendapatan tinggi atau Negara Maju ?

Anda mungkin juga menyukai