Anda di halaman 1dari 2

SMK SERI LALANG

PROGRAM RAHSIA KEJAYAAN


PMR 2013

Peperiksaan PMR tinggal 7 hari sahaja
lagi. Tentunya anak-anak kita sudah
cukup bersedia untuk menghadapi
peperiksaan tersebut, peperiksaan
yang akan menentukan nasib mereka
di tingkatan 4 nanti. Kalau baik keputusan boleh masuk aliran sains, tapi kalau
keputusan kurang baik, memang sukar untuk masuk aliran sains.

Semestinya semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti. Sebab itu ibu bapa
sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk hantar anak-anak mereka ke
pusat-pusat tusyen supaya anak-anak mereka benar-benar bersedia semasa
peperiksaan nanti.

Sebenarnya usaha kita bukan terhenti setakat itu sahaja. Malah semasa anak-
anak di dalam dewan peperiksaan ibu bapa masih boleh membantu anak-anak
dengan amalan-amalan dan doa-doa memohon supaya anak-anak mereka
dipermudahkan menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Antara
amalan-amalan yang boleh di buat oleh ibu bapa adalah seperti berikut. Malah
hal ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di rumah mahupun di
pejabat.

1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Baca syahadah 3 kali
4. Baca Al Fatihah 10 kali




5. Baca 3 Qul 1 kali







6. Baca suruh Insyirah 1 kali




7. Selawat atas nabi 10 kali
8. Baca surah Yasin 1 kali
9. Baca Surah Insyirah 100 kali

Niatkan dalam hati supaya Allah S.W.T
permudahkan anak-anak kita menjawab
soalan dengan mudah dan tenang.
Sesungguhnya antara doa yang mujarab
adalah doa ibu bapa terhadap anaknya.