Edit 0 28
Teori pengajaran konstruktif
Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan
konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Manakala Briner, M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai
panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas
iaitu pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan
asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan
fasilitator dalam pembinaan pengetahuan pelajar.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik
menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa
pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih
bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).
Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman
terhadap maklumat baru. Maksudnya pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap
sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai
pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas
konstruktivisme adalah:
murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka
sendiri
murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran
pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan
menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan
pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat
dengan pengetahuan sedia ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia
mempunyai keperluan dan kehendak. bagi keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama
dalam menjalani kehidupan (pengetahuan sedia ada) seperti makanan.Makanan diperlukan
oleh manusia untuk terus hidup.
Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu
menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat
mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar.
Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu
dikehendaki menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.
Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud
falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa
ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina
ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan
peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru
hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-
murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia
dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam
memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar
untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi
dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran
yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan
kehendak pelajar secara individu.
Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi,
Scaffolding, Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran
Kolaboratif.
__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di dalam P&P, mengikut Teori Konstuktivisme,peranan guru merupakan penolong,
pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran.
Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara
koperatif dan kolaborasi
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.Interaksi dan pertukaran idea-idea
antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang
boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran pelajar-pelajar. Bahan-bahan
pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina
pengetahuan.
Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme
Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid
Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah
Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
kepada murid untuk membina pengetahuan baru
PERANAN GURU KONSTRUKTIVISME
Menurut Chaille C. dan Britain L, dalam buku The Young Child as Scientist,peranan guru
konstruktivisme adalah seperti berikut:
1. Guru sebagai penyampai aktiviti, idea dan pilihan kepada kanak-kanak
2. Guru merangsangkan pembinaan pengetahuan melalui soalan-soalan yang dikemukakan
3. Guru sebagai pengelola persekitaran yang menggalakkan eksperimen, uji kaji dan arahan
diri
4. Guru sebagai pemerhati yang peka
5. Guru sebagai pemantau pembelajaran pelajar-pelajar
6. Guru sebagai penggalak dalam pembinaan pengetahuan dan teori
Peranan Pelajar Dalam Pendidikan Konstruktivis
Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstrutivis melibatkan sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu membuat
analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam
membantu pelajar mengubah atau mengkuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat
dan mendengar idea orang lain dan membina asa pengetahuan yang mereka faham.
Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk
membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran
penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,
manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana
idea dan pengetahuan baru.
Pembelajaran konstruktivis berlaku apabila pelajar menggabungkan pengetahuan sedia ada
dengan konsep-konsep serta pengetahuan yang baru untuk membentuk pengetahuan yang
baru. Guru hanya sebagai agen penggalak dan pembantu pelajar semasa proses pembelajaran
dimana guru akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Kelebihan
pembelajaran ini adalah lebih banyak berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih
berkemahiran sosial dan lebih seronok. Dalam teori konstruktivis, pelajar tidak lagi dianggap
belajar membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah susai realiti
tersebut. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis dan mempersembahkan maklumat.
Home|Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana
murid dapat memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan
Kognitif yang bermula sejak dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa
semua kanan-kanak dilahirkan bersama kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan
persekitaran mereka. Beliau merujuk cara atas menyusun dan memproses maklumat
sebagai struktur kognitif yang dinamakan sebagai skema. Skema digunakan untuk
meneroka persekitaran menggunakan deria sentuhan, perasaan, rasa dan pemerhatian.
Murid seterusnya akan berkembang melalui proses pengubahsuaian skema sedia ada
melalui dua cara iaitu asimilasi dan akomodasi.
Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an
yang dikatakan dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan
bagaimana makna dan pemahaman tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi
sosial. Vygotsky menekankan pengaruh konteks budaya dan hubungan sosial dalam
pembelajaran serta menyokong model pembelajaran inkuri-penemuan. Model ini
menekankan peranan aktif guru manakala murid pula akan membina kebolehan minda
mereka secara nyata melalui penemuan maklumat-maklumat baru.
Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Perkara Pengajaran Pembelajaran Pembelajaran Perbincangan Strategi
langsung kooperatif penyelesaian pembelajaran
masalah
Fahaman Psikologi Teori Teori kognitif; Teori Teori
teori
tingkahlaku; pembelajaran teori kognitif; pemprosesan
teori sosial; Teori konstruktivisme teori interaksi maklumat
pembelajaran konstruktivisme sosial
sosial
Pelopor Bandura; Dewey; Vygotsky; Dewey; Bruner; Bruner;
utama
Hunter Slavin Vygotsky Cazden; Ausubel;
Vygotsky Vygotsky
Hasil Penerangan Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
pengajaran
pengetahuan akademik dan akademik dan berbincang kognitif dan
asas; kemahiran sosial inkuiri dan berfikir metakognitif
akademik
Kaedah Bahan Kerja kumpulan Projek Perbincangan Pengajaran
pengajaran
pembentangan dengan manfaat berasaskan dalam explisit ,
dan demontrasi kooperatif dan inkuiri yang kumpulan pengajaran
yang jelas dan struktur tugas dilaksanakan dua hala
objektif dalam
tingkahlaku kumpulan
Ciri-ciri Struktur yang Fleksibel, Fleksibel, Refleksi, Refleksi,
persekitaran
erat, pengajaran demokrasi, pengajaran penekanan penekanan
berpusatkan pengajaran berpusatkan terhadap terhadap cara
guru berpusatkan inkuiri perbualan belajar
pelajar terbuka
TEORI PENGAJARAN KONTRUKTIF
Pendekatan Kontruktivisme Sosial
Pendekatan kontruktisvisme sosial tertumpu di dalam bilik darjah. Perubahan kea rah
inovasi-inovasi dilihat sebagai pemangkin dalam mewujudkan konteks social pembelajaran
antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar yang lain. Ilmu pengetahuan dibina
dan dikontruk bersama dengan penglibatan orang lain. Dalam situasi ini, pelajar didedahkan
kepada peluang-peluang untuk menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu
pengetahuan kea rah pemahaman yang kukuh. Justeru, pendekatan kontruktivisme social
membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. Dengan cara ini, pelajar
berkesempatan membina hubungan-hubungan social, belajar kemahiran pemprosesan
informasi untuk menguasai sesuatu ilmu pengetahuan yang dipelajari didalam situasi bilik
darjah.
Ciri-ciri pembelajaran konstruktif :
Pembelajaran berdasarkan masalah
Pembelajaran menerusi penyelidikan
Menitikberatkan kerjasama dalam pembelajaran
Kaya dengan persekitaran
Kaedah pentaksiran yang sah
Menitikberatkan tujuan secara global
Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme
Mengikut pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh menjadi pasif dalam
menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau juga, guru pula
harus menjadi penyampai ataupun penyalur ilmu dan menguruskan kelas.
Brooks & Brooks ( 1993 ) menggariskan lima prinsip penting dalam pendekatan pengajaran
konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan memberi masalah yang
relevan kepada pelajar. Masalah yang diberikan seharusnya menarik dan mencabar minda
pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep yang perlu
dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang
ingin diselesaikan. Ketiga, guru-guru juga perlu menyediakan peluang kepada pelajar serta
mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat. Keempat,
selepas mencungkil idea awal pelajar, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikir
pelajar. Kelima, guru-guru juga digalakkan membina soalan-soalan yang mencabar bagi
menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini akan
merangsang pembelajaran dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku.
Sehubung dengan itu, pendekatan pengajaran yang sesuai dengan perspektif
konstruktivisme ini perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan hands-on dan
minds-on ( Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ).
Menurut mereka juga, aktiviti yang sesuai adalah melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan
pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.
PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan
murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah
perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme.
Mari kita lihat dahulu apakah peranan guru dalam pembelajaran jenis ini. Di antaranya;
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan
lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan
memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi
dengan orang lain.
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran
dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
meneka dan membuat hipotesis.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang
telah dijanakan.
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam
membuat rancangan, proses, dan penelitian.
Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran
konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;
Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari.
Mereka perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu
mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan.
Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai
seorang yang tahu segala-galanya.
Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk
menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan dapat
membantu murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka.
Murid mencabar hipotesis yang telah mereka buat dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Seterusnya mereka berpeluang untuk menguji hipotesis mereka.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.
Selain daripada peranan guru dan murid yang perlu berubah, teknik pentaksiran juga perlu turut
berubah. Selalunya ujian digunakan. Murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan
yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya
menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja. Cara pentaksiran harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik pentaksiran yang boleh digunakan ialah peta
konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus
kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. Murid diterima sebagi
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu
dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka
diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan
mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Pendekatan Kognitif Bersituasi (Situated Cognition) untuk pembelajaran di
dalam kelas.
Kognitif bersituasi (situated cognition) merujuk kepada suatu pemikiran idea yang
terletak dalam konteks sosial dan fizikal dan bukan dalam minda individu
(Santrock, 2004). Kognitif bersituasi mempunyai beberapa implikasi untuk sistem
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini
merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran yang tinggi, mewujudkan kesedaran
dalam meningkatkan daya penaakulan ke arah penyelesaian masalah,
menggunakan kemahiran-kemahiran metakognitif untuk melihat masalah
pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah saya telah
menggunakan pendekatan yang sama iaitu dengan menayangkan video interaktif
untuk kali kedua kepada pelajar. Video interaktif ini berbeza daripada video yang
pertama tadi di mana video interaktif ini menayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa
dilakukan oleh seseorang usahawan seperti penghasilan produk-produk baru dan
pengubahsuaian barangan yang hendak dijual. Video tersebut menayangkan En Ali
seorang usahawan barangan permainan kanak-kanak yang mengeluarkan produk
mainan yang baru di pasaran iaitu permainan ikan terbang menggunakan alat
kawalan jauh. En Ali merupakan seorang usahawan yang telah membuat
pengubahsuaian kepada produk-produk mainan kanak-kanak yang berada di
pasaran sebelum ini.
Pendekatan kognitif bersituasi menyebabkan pelajar berasa pembelajaran adalah
efektif dan menyeronokkan. Pendekatan ini berfokus kepada keperluan-keperluan
pelajar berhubung pembelajaran dan kurang berfokus pada isi kandungan (content)
semata-mata.
Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar dan guru mengalami ilmu
pengetahuan baru atas pemahaman persekitaran (situasi) pembelajaran. Bagi
mewujudkan satu situasi yang melibatkan aktiviti pelajar di dalam kelas, pelajar
diberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar, kotak ubat gigi dan sebagainya.
Pelajar diminta mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui
kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta
berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan bahan-bahan
tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui pendekatan ini, secara tidak
langsung saya dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif dikalangan pelajar.
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kembali hubung kait di
antara video pertama dan video kedua yang telah ditayangkan kepada pelajar. Saya
membuat pengukuhan dengan bertanya kepada pelajar apakah perbezaan yang
terdapat di dalam kedua-dua video tersebut. Pelajar mula mengingat kembali
lakonan yang telah di buat di dalam kelas. Pelajar telah mula menyenaraikan ciri
ciri seorang peniaga berdasarkan kepada ingatan jangka panjang yang telah
disimpan. Kemudian, pelajar dapat membezakan ciri-ciri seorang usahawan
berdasarkan aktiviti rekacipta yang telah dibuat bersama dengan guru di dalam
kelas. Saya telah membuat kesimpulan bahawa, masalah pembelajaran di mana
pelajar tidak dapat membezakan konsep peniaga dan konsep usahawan telah
berjaya di atasi. Pelajar telah dapat memahami konsep peniaga dan usahawan dan
dapat membezakan di antara kedua-duanya hasil
daripada penggunaan Teori Peniruan Bandura dan Pendekatan Konstruktivisme
Sosial.
TEORI PENGAJ ARAN KONSTRUKTI F
DEFINISI TEORI KONSTRUKTIF
Sebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kita
perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konstruktif.Konstruktif di
ambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud
falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap
bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses
pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam
merealisasikan teori ini. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational
Phychology,A Contemporary Approach halaman 177 menyebut
Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the
opportunity to construct their own sense of what is being learned by building
internal or relationship among the ideas and fact being taught. Petikan ini dapat
difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada
pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari.
Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaitu untuk
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman 2
konstruktif tidak boleh tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru.
Setiap kumpulan ini mempunyai peranan mereka yang tersendiri bagi
merealisasikan perjalanan teori ini.
PERANAN GURU
Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik
darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-
ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan
sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu
itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid
dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar
dan murid-murid sendiri.Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan
mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang
sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa
minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan
pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan
kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu
proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat
membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam
menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di
dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam 3
mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan
terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-
idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P
berpusatkan murid.
PERANAN MURID
Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak
menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari
sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan peransang
bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk adalah
berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan
mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling
sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran idea dan
pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan suasana dingin
di kalangan pelajar itu sendiri.