Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI TERKINI YANG SESUAI DIGUNAKAN

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. PENGENALAN
Pengertian Teknologi Pendidikan (Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA, Olden Times, no. 102.078),
ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan
pengajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi
dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang
lebih berkesan.


Teknologi pendidikan merupakan satu keperluan pada masa kini. Jika zaman dahulu, seseorang yang
mempunyai peralatan teknologi dikatakan sebagai orang kaya, namun ianya telah berubah pada masa kini yang
mana setiap seorang sememangnya mempunyai peralatan teknologi seperti komputer, laptop, ipad dan
sebagainya di rumah masing-masing. Kegunaan peralatan teknologi ini sememangnya memberikan banyak
faedah kepada pengguna terutamanya para pelajar untuk memudahkan proses mencari maklumat dan lain lain.
Menurut kajian Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman dan Siti Zamriah Mohd. Hussin di dalam
artikel mereka yang bertajuk Aplikasi Terkini dalam Pengajaran dan Pengajaran Pendidikan Islam tahun
2009. Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan
objektif pembelajaran.
Di dalam laporan ini, saya ingin merujuk kepada tablet pendidikan yang telah dikaji oleh Syafik Bakri
tentang Artikel Mobil, Majalah PC, September 2012. Moga laporan ini memberi manfaat terhadap warga
pendidik.

2. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER TABLET
Tablet merupakan aplikasi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh
kebanyakan guru dan pelajar. Ianya sesuai dengan perkembangan teknologi semasa yang semakin canggih.
Berikut adalah sejarah ringkas dan perkembangan komputer tablet:
Tablet telah mula diperkenalkan pada tahun 1915 lagi. Kemudian pada tahun 1950,
komputer tablet telah di rekacipta oleh Tom Dimond. Beliau telah merekacipta Tablet
Styalator elektronik dengan pena untuk input komputer dan perisian untuk pengenalan tulisan
tangan teks secara real-time.
Seterusnya pada tahun 1985, Wang Laboratories memperkenalkan Freestyle. Freestyle kemudian dicatat
sebagai aplikasi untuk sistem seperti PC Tablet. Sistem operasinya adalah MS-DOS. Dalam perkongsian
dengan Fujitsu, Poqet Computer Corporation telah mengumumkan penggunaan PC Pocket. Tahun 1993, Fujitsu
mengeluarkan PC tablet Poqet pena pertama yang menggunakan LAN wayarles bersepadu.
Seterusnya, pada tahun 2001 pula, Bill Gates dari Microsoft menunjukkan prototaip umum pertama dari
sebuah PC Tablet.
Tahun 2003, PaceBlade menerima penghargaan "Innovation des Jahres 2002/2003" untuk PC Tablet
PaceBook dari PC Magazine Professionell di Cebit Fingerworks mengembangkan teknologi sentuhan dan
gerakan sentuhan yang kemudian digunakan di iPhone Apple.
Berikutnya, pada tahun 2006, Samsung telah memperkenalkan Samsung Q1 UMPC.
Windows Vista dikeluarkan untuk kegunaan umum. Vista termasuk fungsi Tablet PC edisi khusus dari
Windows XP. Di Disney Channel Original Movie, Read It and Weep, Jamie menggunakan Tablet PC untuk
jurnalnya.
Tahun 2007, Axiotron memperkenalkan Modbook, komputer (dan hanya) tablet pertama berdasarkan
perkakasan Mac dan Mac OS X di Macworld. 2008, HP mengeluarkan tablet Multi-Touch kedua: HP
TouchSmart seri tx2. 2009, Asus mengeluarkan sebuah netbook tablet, EEE PC T91 dan T91MT, yang terakhir
yang dilengkapi dengan skrin pelbagai sentuh. Tahun ini juga, Always Innovating mengeluarkan netbook tablet
baru dengan CPU ARM. Motion Computing melancarkan J3400.
Tahun 2010, MobileDemand melancarkan T7000 xTablet Rugged Tablet PC yang menjalankan OS
Windows dan ciri yang lengkap meliputi papan kekunci bernombor bersepadu, barcode scanner, credit card
reader, Apple telah memperkenalkan iPad dan melancarkan Apple iOS.
Sistem Quaduro memperkenalkan 10 "QuadPad 3G Plus, 900 gram Microsoft Windows berasaskan 3G
tablet PC dengan 8 jam kuasa bateri. Samsung memperkenalkan Galaxy Tab, menjalankan Google Android.
bModo melancarkan bModo12 yang menggunakan fungsi Windows 7 OS dan ciri-ciri termasuk TFT-LCD
11,6", 3G, Wi-Fi, GPS, Bluetooth 2.1, USB 2.0, slot SDHC, slot kad SIM yang tidak terkunci, penyambung
miniHDMI, OMTP Jack, webcam, mic, dan lain-lain. Manakala Neofonie menjalankan WeTab, tablet PC untuk
menulis berasaskan MeeGo, menampilkan skrin pelbagai sentuh 11,6 inci pada resolusi 1366 768 piksel.
Dixons Retail plc memperkenalkan Vega Advent, tablet PC 10" yang menjalankan Android 2.2, memiliki
chipset Tegra NVIDIA 1 GHz, RAM dan ROM 512 Mb, kamera 1,3 MP, WiFi dengan sambungan b/g,
Bluetooth 2.1, slot kad micro SD , USB port dan daya tahan bateri hingga 16 jam untuk main balik audio dan
6,5 jam untuk video 1080p. Dell Inspiron mengumumkan Netbook flip Duo Layar dan Tablet PC hibrida HP
mengeluarkan Slate 500, yang menjalankan versi penuh Windows 7.
Seterusnya pada tahun 2011, Motorola telah mengumumkan Xoom Tablet, tablet 10 inci dengan versi
Android 3.0 yang akan datang, yaitu Honeycomb. Asus EEE mengumumkan memo pad (tablet 7 inci), EEE
Slate EP121 (tablet Windows 7), EEE Pad Transformer (tablet 10 inch dengan Android) dan EEE Pad Slider
(tablet 10 inch dengan skrin gelangsar atas, keyboard QWERTY). Semua tablet menggunakan paparan IPS. Dell
memaparkan tablet Streak 7 yang beroperasi pada Streak 10 inci 10. Tahun ini juga, Apple telah melancarkan
iPad2.

3. BAGAIMANA TABLET DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kini muncul tablet pendidikan sebagai aplikasi terkini. Industri tablet semakin berkembang dan atas
kejayaan ini, kita boleh melihat pelbagai jenis tablet dikeluarkan serta tablet dengan ciri khusus seakan menjadi
trend hari ini. Selain bertujuan mengecilkan skop sasaran pembeli, tablet dengan pengkhususan mendidik telah
dibina untuk mencapai matlamat dan tujuan ciptaannya (Syafiq Bakri:2012:24).

Di dalam kajian oleh Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan yang bertajuk Tahap
Amalan dan Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains tahun 2012, pelajar boleh
mengakses buku pelajaran melalui pangkalan data atas talian atau laman web, atau mendengar pembelajaran
dalam bentuk fail audio pada pemain MP3. Sebagai contoh, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura
telah menggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen, tahun 2012).
4. SPESIFIKASI DAN APLIKASI TABLET STUDYBOOK YANG MENARIK PERHATIAN
PENGGUNA
Tablet terkini keluaran Intel 7 inci ini berkonsepkan reka bentuk mesra pengguna, ia beroperasi dengan
Android atau Windows dan dilengkapi pemprosesan Intel Atom Z650 single core 1,2GHz dengan memori DDR
1GB. Resolusinya 1024600 pixel dan terdapat kamera 2 MP di belakang serta kamera VGA di bahagian
hadapan. Ciri-ciri lain meliputi perhubungan Wi-Fi, port USB, slot microSD, kelajuan, serta speaker dan
mikrofon.
Sasaran penggunanya adalah di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan pertengahan usia yang
inginkan sesi pembelajaran interaktif. Reka bentuk tablet pendidikan Studybook ini turut memiliki perisian
pendidikannya sendiri termasuklah pengurusan bilik darjah, aplikasi LabCam yang menyokong pertanyaan
saintifik serta aplikasi aplikasi pencatat dan e-reader yang telah dioptimumkan penggunaannya bagi guru untuk
mengendalikan apa yang dapat diakses oleh muridnya di tablet mereka. Tablet ini merupakan tablet pendidikan
pertama super cerdas ini.
Tablet Studybook ini turut dibina dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel LS) serta disokong
oleh ekosistem pendidikan yang luas bagi penyesuaian penggunaan di dalam bilik darjah dengan keupayaan ciri-
ciri unik mobiliti.
Tablet ini boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual telefon bimbit dengan harga antara RM700.00 ke RM1,
000.00.
6. KELEBIHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Kelebihan tablet Studybook ini ialah walaupun ia bersaiz sederhana tetapi ia memiliki ketahanan fizikal yang
tahan lasak. Ia tetap dapat digunakan walau terjatuh dari ketinggian 70 cm. Tablet ini juga dilengkapi penutup
getah yang melindung port sehingga kekal berfungsi meskipun terkena air dan debu.
2. Ia turut dibina dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel LS) serta disokong oleh ekosistem
pendidikan yang luas bagi penyesuaian penggunaan di dalam bilik darjah.
3. Ia bermanfaat kepada pelajar dan guru yang membantu pembelajaran dalam memberi kefahaman kandungan
secara lebih interaktif, merangsang daya pemikiran dan meningkatkan kemahiran teras pelajar.
4. Tablet ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan kerana tablet ini telah dipasang perisian Trusted Platform
Module (TPM) yang berasaskan perkakasan dan penghalang kecurian.
5. Mudah untuk dikendalikan dalam pelbagai situasi seperti berdiri, atau pengendalian dengan tangan satu.
6. Lebih ringan, model kuasa yang lebih rendah boleh berfungsi sama dengan alat-alat bacaan yang khusus
seperti Kindle Amazon.
7. Persekitaran Touch membuat navigasi yang lebih mudah daripada menggunakan papan kekunci dan tetikus
atau pad sentuh dalam konteks tertentu seperti manipulasi imej, muzik, atau tetikus permainan
berorientasikan lukisan digital dan penyuntingan imej yang lebih tepat dan intuitif daripada lukisan atau
lakaran dengan tetikus.
8. Keupayaan untuk lebih mudah atau cepat kemasukan gambar rajah, catatan matematik, dan simbol.

7. KELEMAHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Tablet menghadapi masalah privasi. Contohnya, di dalam komuter atau LRT, jika menggunakan tablet, orang
yang berdiri di hadapan kita atau duduk di tepi kita mudah melihat apa yang kita sedang layari.
2. Tablet mempunyai port yang sangat terhad dan hanya bergantung pada perisian yang ada di dalamnya sahaja.
3. Harga yang lebih tinggi - komputer tablet jauh lebih mahal daripada PC mudah alih yang bukan tablet
walaupun gadjet ini telah diramalkan akan jatuh pasarannya. Tidak semua murid mampu memiliki tablet
peribadi masing-masing.
4. Sekolah perlu menyediakan lebih banyak gadjet berunsurkan tablet studybook sebagai bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kos yang tinggi.
5. Berkemungkinan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid hilang tumpuan kerana mengakses
internet atau aplikasi lain selain pengajaran guru.

8. RUMUSAN
Hakikatnya, tablet telah berkembang menjadi tapak pendidikan yang berkesan dan terkini. Penggunaan
komputer di bilik darjah kini boleh digantikan dengan tablet yang mudah alih serta mudah diselenggarakan.
Dengan adanya tablet pendidikan seperti Studybook ini telah membuka ruang untuk pendidikan
berasaskan teknologi gajet terkini untuk pengajaran dan pembelajaran, selari dengan keinginan dan keperluan
masa kini.
Harapan saya, pendidik hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang
semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi terhadap penggunaan
teknologi dan aplikasi terkini supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Disediakan oleh : Marsitah binti Mat Saad

9. RUJUKAN

Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem Komputer & Aplikasinya. Kuala
Lumpur : Venton Publishing.

NOTA (2010). Discovering Computers 2009. Kolej Universiti Islam Selangor.

Shelly & Vermaat (2010). Discovering Computers 2010 : Living in a Digital Word. United States of America : Course
Technology.

Syafiq Bakri (2012). Artikel Mobil Majalah PC. Selangor Darul Ehsan : Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.

Abu Safian bin Amir (2009). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Di
Sekolah. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.22 malam. URL
:http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooCysAAHR-IU1/
Jurnal%20 ilmiah. pdf? key= abusafianamir :journal:13&nmid=379026446

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran
Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Di akses pada 10hb.
Disember 2012, jam 9.21 malam. URL : http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf

Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman & Siti Zamriah Mohd. Hussin (2009). Aplikasi IT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Diakses pada 8hb. Disember 2012, 10.00 malam.
URL: http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-
islam

Halijah Binti Pakar, Dyg Hjh Yusni Binti Hj Jaafar, Nourul Hidayah Binti Hj Ibrahim &
Hjh Halina Binti Hj Kassim (2009). Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.35
malam. URL :http://www.slideshare.net/adeendra/penggunaan-teknologi-
pendidikan-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-1269281

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Diakses
pada 11hb. Disember 2012, jam 11.11 malam. URL
: http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/130.pdf

NTD Televisyen (2012). Singapore School Trials iPad as Textbook Replacement. Diakses pada 11hb. Disember 2012, jam
11.37 malam. URL : http://ntdtv.org/en/news/life/2011-01-14/196332269116.html

Wikipedia Insiklopedia ( 2012). Komputer Tablet. Diakses pada 10hb. Disember 2012,
jam 10.30 malam. URL :http://id.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet

Intel Atom Processor Z650 (512K Cache, 1.20 GHz). Diakses pada 23hb. Disember
2012, jam 6.33 petang. URL : http://ark.intel.com/products/55664/Intel-Atom-
Processor-Z650-512K-Cache-1_20-GHz

Afiq Hanif (2012). Intel perkenal Studybook. Kuala Lumpur : Harian Metro. Diakses pada
23hb. Disember 2012, jam 10.00 malam.
URL:http://www.hmetro.com.my/articles/IntelperkenalStudybook/Article/

Anda mungkin juga menyukai