Anda di halaman 1dari 20

Ketahui Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam Pembinaan List

STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST



STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

2


Isi Kandungan

Senarai Kesilapan Pembinaan List yang Perlu dielakkan ......... 2
Kesilapan 1 :Tidak menggunakan Autoresponder Pro ............. 4
Kesilapan 2: Squeeze page yang tidak dibina dengan baik ..... 7
Kesilapan 3: Gagal melakukan Split Test ............................ 10
Kesilapan 4: Mempromosikan produk yang tidak relevan ..... 12
Kesilapan 5: Gagal menyediakan kandungan bermutu ......... 13
Kesilapan 7: Gagal untuk membuat segmen ....................... 16
Kesilapan 8: Manfaatkan 'Penulisan/Copywritting' ............... 18
Kesilapan 9: Gagal untuk membuat duit ............................ 12
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

3

Senarai Kesilapan Pembinaan List yang Perlu dielakkan

Apabila merancang untuk menjana pendapatan online, ingatlah bahawa membina
pangkalan subscriber yang aktif dan pembeli yang berulang (repeat customer)
adalah komponen penting dalam resipi kejayaan.
Memiliki list akan membantu anda mencapai lebih ramai audien sekaligus
memudahkan anda menjana wang tanpa perlu melakukan banyak kerja.
Sebagai contoh, dengan memiliki mailing list, anda boleh menghantar broadcast
ke seluruh pangkalan subscriber anda yang mengandungi maklumat yang terkini
dan bahan-bahan promosi yang berkualiti.
Anda juga boleh memasukkan promosi affiliate untuk produk dan servis yang
anda rasa boleh dibawa ke hadapan para subscriber anda, sekaligus mendapatkan
respon mereka terhadap kepelbagaian jenis produk yang mereka berminat.
Maklumat ini akan membantu anda dalam menghasilkan produk yang berkualiti
yang ditunggu-tunggu oleh para pelanggan yang sudah bersedia untuk membeli
produk tersebut.
Adalah amat mudah untuk membina senarai emel, walaupun anda masih baru
dalam dunia perniagaan online. Masalah hanya akan timbul jika anda
melakukannya bukan dengan cara yang betul.
Mari kita lihat kesilapan-kesilapan paling umum yang dilakukan oleh para email
marketer:

STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

4

KESILAPAN #1: TIDAK MENGGUNAKAN AUTORESPONDER PROFESIONAL

Salah satu langkah yang paling penting yang perlu diambil sebagai email marketer
ialah dengan memiliki akaun penyedia autoresponder yang profesional untuk
membina senarai emel anda.
Terdapat beberapa sebab yang berlainan kenapa pemilihan akaun autoresponder
adalah penting, termasuklah:
1) Menjamin Penghantaran
Tidak ada gunanya anda menghasilkan broadcast atau emel yang berkualiti jika
tidak ada orang yang menerimanya. Anda boleh memastikan broadcast atau
emel anda sampai ke dalam inbox penerima dengan membuka akaun
autoresponder yang profesional.
Ini kerana sudah menjadi kerja mereka untuk
menyediakan servis yang membantu
menghubungkan anda dengan para subscriber
anda dengan mudah dan cepat.
Penyedia autoresponder profesional biasanya
menawarkan pengesahan emel atau double
optin untuk memastikan pelanggan benar-benar ingin menyertai list anda.
Kalau tidak, anda mungkin dituduh sebagai seorang spammer


STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

5

2) Penjagaan Rapi Senarai Emel Anda

Penyedia autoresponder profesional sentiasa melakukan backup terhadap
database anda untuk mengelakkan berlaku kerugian di pihak anda jika
berlaku apa-apa kerosakan padanya.
Ini adalah amat penting kerana sudah tentu anda tidak mahu segala penat
lelah anda mengumpul senarai emel sia-sia jika berlaku apa-apa kehilangan.
Penyedia servis autoresponder anda juga akan mengendalikan semua
permintaan untuk subscribe, secara tidak langsung membantu anda
mengelakkan diri dari melanggar akta Spam dan juga membolehkan anda
menulis seberapa banyak mesej-mesej newsletter yang anda mahu serta
menentukan waktu dan tarikh anda mahu ianya dihantar.
Ini bermakna anda boleh menyiapkan kesemua mesej-mesej anda awal-
awal lagi dan menghantar kesemuanya ke seluruh database subscriber
anda sekaligus.

3) Kelebihan-kelebihan yang Penting

Jika anda berminat untuk memaksimumkan kadar buka emel (open rate)
dan keseluruhan kadar respon, anda perlulah memanfaatkan kesemua
kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam akaun autoresponder anda
seperti average open rate, opt-out rate, response rate dan melakukan
semakan kalau-kalau ada penerima yang menghantar rungutan berkaitan
dengan emel-emel anda sebelum ini.

Memerhatikan perkembangan pengkalan subscriber anda dan mengetahui
bagaimana mereka bertindakbalas terhadap broadcast anda akan
membantu meningkatkan mutu mailing dan memajukan lagi kempen yang
anda jalankan dan ini bermakna mengukuhkan lagi hubungan dan cara
anda berkomunikasi dengan mereka.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

6

Anda juga boleh melihat dengan lebih terperinci statistik untuk newsletter
anda dengan login ke dalam panel administration autoresponder
(kebanyakan servis autoresponder menawarkan kelebihan-kelebihan yang
sangat berguna).

NOTA PENTING: Adalah sukar untuk menukar penyedia autoresponder
setelah anda telah lama menggunakan penyedia yang sedia ada. Ini kerana
para subscriber anda terpaksa mendaftar sebagai subscriber anda sekali
lagi jika mereka ingin terus menerima broadcast dari anda.
Anda harus ingat perkara ini apabila mula membina senarai emel anda dan
memilih akaun autoresponder profesional yang betul.

Servis-servis Autoresponder Profesional:
www.GetResponse.com
www.Aweber.com
www.TrafficWave.com







STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

7

KESILAPAN #2: SQUEEZE PAGE YANG TIDAK DIBINA DENGAN BAIK

Salah satu elemen terpenting kempen pemasaran emel yang berjaya bermula
dengan squeeze page yang dibina dengan baik dan menjadi sasaran carian.
Squeeze page anda ialah pintu masuk ke dalam sistem pemasaran emel anda
dan jika ianya gagal berfungsi untuk menukar pengunjung kepada subscriber,
anda akan mengalami masalah untuk menjana jumlah leads yang cukup untuk
menjayakan kempen pemasaran anda.
Anda perlu pastikan satu perkara: apabila ada seseorang berkunjung ke laman
web anda, satu-satunya tindakan yang akan diambil olehnya ialah menjadi
subscriber anda.
Ini bermakna anda perlu meminimumkan link-link dalaman, menekankan atau
menonjolkan kotak opt-in anda kerana ia adalah pintu masuk ke seluruh sistem
anda.
Anda juga hendaklah menghadkan penggunaan grafik di dalam squeeze page
anda supaya ia boleh dipaparkan dengan lebih cepat dan tidak membosankan
pengunjung kerana terpaksa menunggu sehingga beberapa minit untuk melihat
squeeze page anda.
Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan squeeze page yang mampu
memujuk para pengunjung menjadi subscriber anda, pertimbangkanlah beberapa
insentif yang boleh anda tawarkan. Apabila menyenaraikan faedah-faedah, anda
perlulah jelas dan padat.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

8

Pastikan mereka faham apakah yang disediakan untuk mereka dan tunjukkan
apakah faedah-faedah yang bakal mereka perolehi jika menjadi subscriber anda
(penyelesaian masalah, tawarkan panduan, nasihat, tips dan sebagainya).
Squeeze page adalah lebih kurang sama dengan salespage dari segi objektif
utamanya iaitu untuk menimbulkan minat dan menarik para pengunjung untuk
mengambil tindakan (menjadi subscriber anda). Untuk melakukannya secara lebih
berkesan, anda perlukan call to action yang KUAT.
Call to action adalah penting dalam membina squeeze page yang berkesan dan
anda hendaklah berusaha untuk memujuk (melalui squeeze page) pelanggan agar
menjadi subscriber anda, jika tidak, mereka tidak akan berada dalam senarai emel
anda.
Anda hendaklah memberitahu para pengunjung
secara jelas untuk memasukkan nama dan alamat
emel mereka ke kotak opt-in untuk menyertai senarai
subscriber anda.
Apabila membina bahagian teks untuk squeeze page
anda, pertimbangkan tentang underline, highlight
atau mewarnakan bahagian yang mengandungi
maklumat yang penting supaya anda boleh menarik
perhatian mereka untuk melakukan sesuatu yang anda mahu.
Anda juga haruslah menggunakan bullet points untuk menonjolkan lagi bahagian
yang mengandungi maklumat penting dan untuk memudahkan para pengunjung
meneliti apa yang anda ingin sampaikan kepada mereka.
Untuk mempunyai insentif terbaik untuk ditawarkan kepada mereka, anda
perlulah meneliti dan menilai dengan baik pasaran anda, begitu juga dengan
tawaran yang diberikan oleh pihak lawan. Ini membolehkan anda merancang
dengan baik demi untuk menguasai pasaran anda.
Anda boleh tawarkan:
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

9

Ebook percuma
Laporan percuma
Rekaan atau Template percuma
Pakej Grafik percuma
Panduan Video percuma
Tutorial percuma
Preview percuma (dari produk yang berbayar)
Jika anda berminat untuk outsource projek anda kepada freelancer, anda boleh
merealisasikannya dengan berkunjung ke laman-laman berikut:
http://www.Guru.com
http://www.Elance.com
http://www.Scriptlance.com

Kesimpulannya, pembinaan list anda terdiri dari tiga bahagian utama:
1: Squeeze page dengan Kotak Opt-In
2: Tawaran atau Insentif Berkualiti Tinggi yang Menarik
3: Emel-emel Follow Up dan Broadcast

Di bawah ini ialah beberapa sumber untuk mendapatkan squeeze page yang
telah siap dibina:
http://www.hotvideosqueezetemplates.com/
http://www.squeezepages.com

STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

10

KESILAPAN #3: GAGAL MELAKUKAN SPLIT TEST

Tidak kiralah bagaimana rekaan laman web anda atau bagaimana teliti sekalipun
anda melakukan analisa ke atas setiap halaman squeez page anda, tidak ada cara
untuk anda mengetahui dengan tepat bagaimana untuk mengetahui apakah
respon pengunjung anda terhadap tawaran yang anda lakukan, tanpa menguji
rekabentuk alternatif yang boleh dibanding.
Satu cara mudah untuk menguji squeeze page anda dan menilai kadar pertukaran
ialah dengan menggunakan Website Optimizer kepunyaan Google, satu tool
percuma yang boleh membantu anda menjalankan split test ringkas ke atas
mana-mana laman web anda.
Anda boleh mendaftarkan akaun percuma di:
http://www.google.com/analytics/
Anda perlu menambahkan kod ke squeeze page anda setelah akaun Google
Analytics anda telah disahkan. Kod ini akan diberikan oleh Google dan sudah
tersedia di dalam akaun anda sebaik sahaja lokasi laman web anda telah disahkan
oleh Google.
Setelah kod ini telah diletakkan di laman web anda, Google Analytics akan mula
menjejaki jumlah pengunjung dan trafik anda.
Apabila melakukan split testing, mulakan hanya dengan satu elemen setiap kali
melakukannya.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

11

Contohnya, jika anda menukar headline squeeze page anda, tinggalkan bahagian
yang lain sehinggalah anda dapat menentukan samada headline anda itu
menguntungkan anda atau tidak.
Setelah anda mengetahui tahap keberkesanan headline yang diubah tersebut,
barulah anda boleh menukar elemen-elemen lain squeeze page anda itu seperti
warna, tetingkap kotak opt-in atau ringkasan tawaran yang anda lakukan.
Sentiasalah melakukan kajian dari masa ke semasa demi meningkatkan kualiti
squeeze page anda untuk memastikan ianya berfungsi sebagaimana yang
sepatutnya.










STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

12

KESILAPAN #4 : MEMPROMOSI PRODUK YANG TIDAK RELEVAN
Membina dan menjaga hubungan baik dengan para subscriber anda adalah amat
penting kerana semakin tinggi kepercayaan mereka terhadap anda maka semakin
tinggi pula kemungkinan mereka akan terus membeli dari
anda.
Setiap mesej dan broadcast yang anda hantar kepada para
subscriber anda hendaklah mengandungi mesej yang jelas
tentang apa yang ingin anda sampaikan kepada mereka.
Anda patut mendaftar akaun nama domain anda sendiri
dan memiliki akaun hosting profesional yang akan
menempatkan laman web dan squeeze page anda. Adalah
penting anda mengukuhkan kedudukan online anda dan
memberikan orang ramai tujuan yang jelas tentang
bagaimana mereka boleh mencari dan menghubungi anda.
Setiap emel yang anda hantar kepada subscriber anda merupakan satu langkah ke
arah memperkukuhkan kesedaran awam terhadap jenama produk anda. Oleh itu
anda mestilah berhati-hati dalam memilih jenis produk yang ingin ditawar atau
disyorkan kepada mereka.
Samada anda pemilik produk atau tidak, jika anda menyertakan stem approval,
subscriber anda tahu yang anda adalah bertanggungjawab jika produk yang
dihantar gagal sampai kepada mereka.
Oleh itu anda haruslah selalu membuat analisa terhadap mana-mana produk atau
tawaran yang akan anda tawarkan kepada para subscriber supaya anda bukan
sahaja akan merasa yakin dengan usaha promosi anda bahkan juga boleh
meyakinkan para subscriber anda.
Pastikan juga apa yang ditawarkan itu relevan dengan newsletter dan topik anda.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

13

KESILAPAN #5: GAGAL MENYEDIAKAN KANDUNGAN BERMUTU

Ini mungkin merupakan kesilapan terbesar yang dilakukan oleh IM baru dan lama
apabila menjalankan kempen mereka.
Walaupun objektif pembinaan senarai emel adalah untuk menukarkannya
menjadi wang, namun anda perlu mendapatkan kebenaran untuk menghantar
emel-emel promosi.
Pertama, anda mulakan dengan membina hubungan dengan senarai emel anda
dengan menawarkan kandungan yang berharga, maklumat yang berguna, tools
yang percuma dan lain-lain perkara yang bermanfaat kepada mereka.
Setelah itu, anda perlulah menjaga hubungan itu dengan terus menghantar
kepada mereka material-material yang berkualiti disertakan dengan emel-emel
promosi anda.
Sebenarnya, satu cara untuk memaksimumkan open rates dan respon dari
subscriber anda ialah dengan menghantar kepada mereka bahan-bahan berkualiti
walaupun ketika anda tidak berhajat untuk melakukan pelancaran produk atau
program affiliate.
Mereka akan menyedari sesuatu tidak kena apabila anda hanya menghubungi
mereka jika mempunyai produk untuk dipromosi dan jika ini berlaku anda akan
kehilangan kredibiliti dan kepercayaan mereka.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

14

Anda mestilah sentiasa ingat perkara ini apabila mula menghasilkan kempen emel
atau broadcast yang baru.
Pastikan emel anda benar-benar mempunyai nilai kepada para subscriber. Jika
anda berusaha untuk menjaga hubungan dengan mereka nescaya tidak ada sebab
mereka tidak mempercayai anda.


















STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

15

KESILAPAN #6: MENGABAIKAN SENARAI EMEL

Anda mesti fokus untuk terus berhubung dengan subscriber anda. Ini bukanlah
bermakna anda perlu menghantar emel kepada mereka setiap hari, tetapi
sekurang-kurangnya buatlah jadual penghantaran emel yang tetap kepada
mereka sehinggalah ini menjadi satu tabiat buat anda. Ini akan memudahkan para
subscriber anda menjangkakan ketibaan emel-emel dari anda dan sudah tentu ia
akan meningkatkan lagi open rates anda.
Lebih konsisten anda dengan penghantaran broadcast, maka lebih mudah bagi
para subscriber anda mendengar dan menerima apa-apa promosi dari anda
tentang sesuatu produk atau servis yang anda tawarkan.








STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

16

KESILAPAN #7: GAGAL UNTUK MEMBUAT SEGMEN
Klasifikasikan senarai emel anda kepada beberapa segmen. Ini akan membantu
anda menjadikan kadar penghantaran emel yang lebih tinggi. Segmen list juga
akan membantu anda berkomunikasi dengan lebih efektif dan membantu
mensasarkan subscriber tertentu, meningkatkan kadar respon dan membantu
anda menghasilkan broadcast yang berjaya.
Contohnya, jika anda membina mailing list, ada kemungkinan subscriber anda
datang dari pelbagai latar belakang, mempunyai tahap kemahiran dalam
perniagaan yang berbeza dan mempunyai perbezaan minat terhadap pelbagai
niche. Dengan mengkategorikan list anda, anda boleh menghasilkan bahan-bahan
berdasarkan kumpulan-kumpulan tertentu yang mempunyai tahap yang berbeza-
beza.

Dengan menggunakan Aweber atau Getresponse, anda boleh melakukan segmen
terhadap list anda dengan mudah dengan membuat custom field untuk opt-in
sebenar anda. Custom field inilah yang membantu anda mengenalpasti para
subscriber dengan lebih baik berdasarkan minat, kemahiran dan lokasi mereka.
Dengan menggunakan list Internet Marketing kami sebagai contoh, custom field
boleh jadi Berapa lamakah telah menceburi bidang Perniagaan Internet? yang
mana akan dijawab oleh para subscriber ketika melakukan subscription.
STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

17

Kemudiannya anda boleh masuk ke akaun Aweber anda dan lakukan carian yang
akan memberikan keputusan yang lebih spesifik dalam custom field.

Anda kemudiannya boleh menyimpan setiap kumpulan di dalam senarai individu
dan namakannya dengan betul (Newbies, 3 Tahun Pengalaman dll.) supaya anda
boleh ingat dengan mudah apabila menghantar broadcast kepada mereka.
Anda hanya perlu pilih kumpulan manakah yang akana anda tuliskan emel dan
ianya akan dihantar kepada kumpulan tersebut.









STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

18

KESILAPAN #8: MANFAATKAN PENULISAN/COPYWRITTING

Anda mestilah menjauhkan diri dari mempraktikkan masalah umum iaitu IM
pemalas apabila mempromosi produk affiliate kepada para subscriber anda.
Sebaliknya buatlah emel-emel yang benar-benar mampu menghubungkan anda
dengan para pelanggan dan yang mampu menjadi jurucakap anda kepada
mereka.
Oleh kerana majoriti IM menggunakan bahan-bahan yang telah disiapkan untuk
usaha pemasaran mereka (menggunakan PLR dsb), anda boleh melakukan
sesuatu yang unik dengan menghasilkan bahan-bahan promosi anda sendiri.
Anda lebih tahu tentang subscriber anda dan anda juga tahu apakah perkara yang
mereka akan memberikan lebih respon jadi dengan memasukkan perkara-perkara
yang anda rasakan penting bagi mereka, anda akan meningkatkan hasil yang lebih
baik untuk setiap broadcast.


STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

19

KESILAPAN #9: GAGAL UNTUK MEMBUAT DUIT
Walaupun penting untuk menyediakan list anda dengan bahan-bahan berguna,
percuma dan baru, anda berada dalam pemasaran emel jadi anda boleh membina
bisnes yang menguntungkan dan menjadikan tabiat buat duit sejak dari awal
pengumpulan senarai emel anda.
Beberapa cara segera untuk buat duit:
1) Produk-produk Affiliate

Anda boleh mempromosikan produk-produk affiliate kepada para
subscriber anda. Kunjungi http://www.ClickBank.com atau
http://www.PayDotCom.com untuk mendapatkan produk-produk pihak
ketiga.

2) Menjual Ruang Iklan

Terdapat banyak faedah menjual ruang pengiklanan dalam newsletter anda
termasuklah hakikat anda boleh mengenakan harga anda sendiri untuk itu.
Apabila memasukkan iklan-iklan pihak ketiga ke dalam newsletter anda,
pastikan ianya adalah relevan dengan topik newsletter itu sendiri. Ini untuk
tidak mengganggu fokus para subscriber anda terhadap produk atau servis
utama yang anda tawarkan kepada mereka.
Untuk mendapatkan pengiklan-pengiklan yang berpotensi, anda boleh
berkunjung dan membuka akaun di www.Text-Ad-Links.com atau
www.Adbrite.com di mana anda boleh membina pengiklanan anda sendiri
dan menentukan harga yang akan dikenakan kepada pengiklan-pengiklan
tersebut.

STRATEGI TEPAT MEMBINA LIST

20

3) Menjual Bahan-bahan PLR

Produk-produk PLR adalah yang telah siap dihasilkan dan boleh digunakan
dengan segera. Apa yang boleh anda lakukan ialah mendapatkan produk-
produk PLR yang berkualiti tinggi dan jadikannya satu produk baru untuk
ditawarkan kepada para subscriber anda.

Ramai penyedia produk PLR tetapi kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris.
Di Malaysia, PLRSeries.com merupakan salah satu platform utama yang
membekalkan e-book PLR BM di Malaysia yang dikeluarkan setiap sebulan /
dua bulan sekali.

4) Cipta Produk Anda Sendiri

Setelah anda mengenali subscriber anda, maka anda bolehlah mula
menghasilkan produk anda sendiri dengan memasukkan perkara-perkara
yang anda tahu mereka meminatinya.

Sebab itulah seboleh-bolehnya mengenali setiap subscriber anda dan
mengetahui apa yang mereka suka dan sebaliknya. Ia akan membantu anda
dalam menghasilkan produk yang benar-benar dihajati oleh mereka dan itu
bermakna keuntungan buat anda.

Anda mungkin juga menyukai