Anda di halaman 1dari 3

PETUA CUCI PAKAIAN TERKENA KOTORAN

Petua menghilangkan pelbagai jenis noda yg terkena pada pakaian :



1. Petua Membersihkan Pakaian Terkena Cat
- Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama
beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

2. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat
- Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus
sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena
karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti
biasa.

4. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak
- Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar
dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi
kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya
dengan sapukan sedikit margerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan
minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti
biasa.

5. Petua Menghilangkan kesan dakwat .
- Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pada pakaian jika anda tidak tahu
cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan
kesan degil dakwat pada pakaian.

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada
kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen
seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan
kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut.
Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau
detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis
ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian tenyeh2 dengan
tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan
dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur
hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika.
Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun
atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan
jemur hingga kering.


6. Petua Menghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian
- Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau
detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian
tersebut, cuba dulu petua ini.

- Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang
bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan
sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

7. Petua Menghilangkan Gam Kuat ( Brand gajah dll )
- Petua ni saya dah praktikkan sendiri dan ianya berhasil. beli tinner di kedai
hardware. kemudian basahkan baju yg terkena gam tadi kemudian tenyeh2
berulang kali hingga kesan gam itu hilang. buat berulang2 kali hingga kesan itu
betul2 hilang.

8. Petua menghilangkan kesan darah pada pakaian
- Basahkan pakaian yg terkena darah kemudian letak garam halus banyak2
kemudian tenyeh hinga kesan itu hilang
* rendam dengan air coca cola
* sapukan dengan sabun mandi ketul/cair kemudian tenyeh hingga kesan darah
hilang

9. Petua menghilangkan kesan peluh dikolar ataupun lengan baju
- Tenyeh dengan syamphoo ataupun sabun mandi ketul kemudian berus pelan2
hingga kesan hilang.

10. petua menghilangkan lunturan dibaju berwarna.
- Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis
kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur.
* rendam dengan air dan cuka makan

11. petua menghilangkan kesan chewing gum pada pakaian
- Letak tinner pada pakaian yg terkena chewing gum td kemudian tenyeh2 hingga
kesan td hilang
* tenyeh dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh
dgn minyak masak hingga benar2 hilang ( letak di frezeer dlm 30 menit pun blh jg
)

12. petua menghilangkan getah pisang pada pakaian
- Tenyeh dengan kapur makan biarkan sekejab kemudian basuh seperti biasa
bersama detergen.

13. Petua menghilangkan kesan kopi/teh pada pakaian
- Rendam dengan air hangat dan detergen dan perahan limau nipis dan letakkan
juga sedikit baking powder

Anda mungkin juga menyukai