Anda di halaman 1dari 7

Permainan tradisional berupaya

membentuk sebahagian daripada


kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita.
Permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan
rakyat.
Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja.
Namun, ada juga yang masih dimainkan
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga,
gasing dan lain-lain.



Permainan tradisional Melayu kebanyakan
dimainkan secara berkumpulan.

Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka
hidup berkelompok dan juga senantiasa
mengamalkan semangat berkumpulan
dalam masyarakatnya.

Ada juga permainan tradisional yang boleh
dimainkan secara perseorangan.
Permainan-permainan tradisional ini
bukan sahaja dapat membangkitkan
semangat kerjasama dan berkumpulan
di kalangan masyarakat Melayu, malah
ia sudah menjadi sebagai salah satu
hiburan utama di kampung-kampung
dahulu.
Tambahan pula, terdapat juga
permainan-permainan tradisional yang
memerlukan pemain-pemainnya
menggunakan strategi-strategi yang
bijak untuk memenangi permainan itu!

Anda mungkin juga menyukai