Anda di halaman 1dari 4

Teori Kognitif Piaget

4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget



Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili
satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema
yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta,
memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada
pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan
dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu
akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-
pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur
sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya.
Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development
of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema,
sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu,
proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-
Skema (Schema)
Penyerapan
(Assimilation)
Pengubahsuaian
(Accomodation)
Keseimbangan
(Equilibrium)
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap
skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap
maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia
tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema
yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini
berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza
dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat
ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Sensori motor (0-2 tahun)
Pra-operasi (2-7 tahun)
Operasi konkrit (7-12 tahun)
Operasi formal (12 tahun ke atas)

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
Kemahiran berbahasa kian meluas;
Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan BBM yang konkrit;
Arahan ringkas dan difahami;
Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip
identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;

Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Pemikiran abstrak;
Pemikiran sistematik;
Kebolehan berhipotesis;
Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).

Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.

Anda mungkin juga menyukai