Anda di halaman 1dari 4

BAB 6

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN


Pengenalan
Kesemua tamadun mengajar tentang moral dan kemanusiaan serta keperluan memelihara alam daripada
bencana akibat perbuatan manusia.
Dunia Berbilang Tamadun
Masyarakat timur memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama dgn harmoni dan toleransi
walaupun berlatarbelakangkan tamadun tamadun yang berbeza.
Tamadun Barat perlu memahami perkara ini yang selama ini bersikap mendominasi.
CABARAN GLOBALISASI
Dampak Budaya Kebendaan Barat
Cabaran tamadun Islam dan tamadun Asia masa kini ialah arus globalisasi kebudayaan kebendaan
tamadun Barat moden.
Dampak dunia Barat hampir menghilangkan ciri-ciri jatidiri seseorang Islam atau Asia sama ada
peringkat individu, budaya dan tamadun
Dunia kini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemoni yang memperlihatkan
identiti tamadun Barat.
Pengaruh Barat ke atas dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yg memberi kesan kpd
masyarakat Islam dan Asia dari aspek ekonomi, institusi politik dan nilai budaya.
Kesanya, tamadun Barat dijadikan piawai utk menilai pencapaian ketamadunan manusia. Keadaan ini
memperkukuhkan dominasi Barat.
Walaupun negara2 Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah
masih ketara.
Ada negara tidak memiliki kebebasan dalam menentukan halatuju negaranya sebaliknya dikongkong oleh
Barat dalam bentuk dominasi yang batu.
Dominasi Politik
Terdapat negara yang dikatakan merdeka tetapi masih terikat dgn telunjuk Barat / negara
kuasa besar dalam membuat keputusan politik.
Malah PBB turut didominasi oleh kuasa besar spt AS yang mempunyai kuasa veto bersama
Rusia, UK, Peranchis dan China.
PBB merupakan sebuah badan politik dunia terpenting. Namun keputusan-keputusan yang
dibuat dipengaruhi oleh AS yang mempunyai kepentingan. Malah AS adakalanya bertindak
sendirian dgn membelakangkan Majlis Keselamatan PBB spt pengeboman ke atas Sudan dan
Afghanistan (1998) dan Iraq (2003)
Persengketaan wilayah dan negara yg berlaku spt di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Paletin dll,
AS telah terlibat secara langsung kerana menganggap selaku polis dunia.
Ini menunjukkan AS mendominasi kuasa politik dunia disebabkan memiliki kekuatan
ketenteraan dan tiada negara pesaing setelah Soviet Union berpecah pd 1991.
Dominasi Ekonomi
Pada zaman penjajahan, penjajah barat mendominasi sumber semulajadi wilayah jajahan.
Kini syarikat2 multinasional dari Barat menguasai perdagangan antarabangsa dgn
mendominasi sumber alam, perindustrian, sains dan teknologi dan juga sistem kewangan.
Pola dominasi ekonomi ini disokong oleh institusi spt International Monetary Fund (IMF),
World Bank, Wold Trade Organisation (WTO).
Negara-negara membangun dan miskin tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber
tenaga manusia utk mencapai kepentingan Barat.
Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan (economic globalisation) yg didominasi
Barat.
Dominasi Media
Melalui teknologi komunikasi dan maklumat, Barat mendominasi penyebaran berita
antarabangsa.
Media cetak dan elektronik kini sememangnya dikuasai syarikat besar dunia spt CNN, BBC,
Bloomberg, Reuters dll.
Mereka yg menentukan bagaimana suatu berita diolah dan disebarkan kepada masyarakat
dunia.
Malah sesuatu peristiwa yg berlaku sering dipesongkan atau dimanipulasi atas tujuan atau
kepentingan tertentu seperti melebalkan pejuang Islam sebagai pengganas / terrorist bg
menjatuhkan maruah orang Islam dan agama Islam.
Dominasi Budaya
Barat khususnya AS sememangnya telah mendominasi budaya dunia terutama dalam dunia
hiburan.
Gaya hidup Barat berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyayian, kartun telah
tersebar luas ke seluruh dunia.
Rancangan-rancangan televisyen spt American Idol telah ditiru oleh kebanyakan stesen tv.
Jenama2 Barat spt McDonalds, Levis, Pepsi dll menjadi sebahagian gaya hidup global.
Kesemua ini telah mencorakkan jatidiri / identiti masyarakat Islam dan Asia.


TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN
1989, Francis Fukuyama (The End of History) menyatakan dunia akan menjadi homogen dgn dicirikan
oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat. Buktinya, apabila Rusia dan China merupakan simbol
blok Timur membuka pintu kpd dunia luar.
1993, Samuel P. Huntington (The Clash of Civilizations?) mengemukakan teori pertembungan antara
tamadun Barat dgn tamadun2 lain sehingga mencorakkan politik dunia.
1996, Huntington menghuraikan teorinya dgn mendalam dlm buku The Clash of Civilizations and the
Remarking of World Order. Beliau mengandaikan:
Selepas perang dingin perbezaan ketara antara masyarakat ialah budaya bukan politik,
ideologi atau ekonomi
Konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yg membawa kpd
pertembungan antara tamadun
Teras utama kepada isu-isu berkaitan berpunca perbezaan antara pelbagai tamadun.
Ada pandangan yang menolak teori huntington ini dan situasi yang berlaku di dunia kini tiada kaitan
dgn pertembungan tamadun.
Walaubagaimana pun, konflik antara Barat dgn Islam dgn pelancaran memerangi keganasan oleh AS
seolah2 membenarkan teori Huntington.
Apa yg jelas hubungan Barat dan dunia Islam sememangnya sedang bergolak seolah tiada kesudahan.
Dampak Peristiwa 11 September 2001
Peristiwa yg dianggap kemuncak konflik antara dunia Islam dgn barat
Beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan barat yg berlaku tlh menimbulkan kecurigaan ke
atas umat Islam.
Operasi ketenteraan yg diketuai oleh US ke atas Afghanistan dan Iraq yg kononnya bertujuan
memerangi keganasan merupakan pencabulan dan penjajahan baru.
Beberapa sekatan termasuk sekatan ekonomi ke atas negara Islam yg disyaki melindungi pengganas
menyebabkan hubungan dunia barat dgn Islam semakin tidak menentu.
Akibat peristiwa 11 Sept., beberapa dialog antara golongan minoriti Islam dan golongan bukan Islam
sering diadakan menjadikan Islam semakin difahami.
Namun media2 Barat sering memberikan pandangan yang bersifat prejudis terhadap orang Islam dan agama
Islam.




ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN
Keganasan dan ketidakadilan
Perebutan kuasa politik dan ekonomi
Kejahilan tentang tamadun lain
Layanan buruk
DIALOG TAMADUN : DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN
Dialog antara tamadun di Malaysia
Melibatkan golongan etnik yg berlainan budaya. Perkara yg perlu diberi perhatian:
Persefahaman antara kaum yg berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya
Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia
Mengambilkira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun
Melalui dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan akan hakikat
kepelbagaian tamadun, budaya dan agama.
Dialog antara Tamadun Barat dgn Tamadun Islam dan Asia
Perkara berikut perlu diambilkira:
Nilai-nilai sepunya
Menghormati realiti dunia berbilang tamadun
Saling kebergantungan
Memahami isu-isu yang memisahkan
Memahami isu keganasan dari semua perspektif