Anda di halaman 1dari 1

Pengantar Teknologi Komunikasi (SCCT1023)

1. Tugasan Individu (Ulasan Buku) - 20%


Buku pilihan
1) Socialnomics (Erik Qualman)
2) Technopoly (Neil Postman)

Berdasarkan buku-buku rujukan terpilih, sila berikan ulasan kritis tentang kandungan buku dari segi:

i) Tajuk dan pengarang
ii) Objektif dan isi utama
iii) Penilaian terhadap isi-isi penting serta contoh yang diberikan
iv) Penilaian terhadap interpretasi dan huraian isi kandungan
v) Perbandingan dengan buku-buku lain, jika ada
vi) Kesimpulan terhadap buku

2. Tugasan kumpulan (projek kajian kes teknologi komunikasi) - 30%
Berdasarkan tema-tema di bawah, sila kenalpasti satu isu/projek/kempen (contoh: laman web
komuniti, laman web Facebook, kempen pilihanraya digital dsb) untuk dijadikan sebagai kajian kes.
Nyatakan dengan terperinci konsep, tujuan, peranan dan kelompok sasarannya. Seterusnya
bincangkan kes yang dipilih dalam konteks penggunaan teknologi komunikasi baru dan sejauh mana
keberkesanannya kepada masyarakat.

i) Teknologi komunikasi dan penyiaran digital
ii) Teknologi komunikasi dan politik
iii) Teknologi komunikasi dan budaya
iv) Teknologi komunikasi dan hubungan masyarakat

Syarat-syarat tugasan (individu dan kumpulan)
i) Format penulisan berbentuk penulisan akademik.
ii) Tulisan hendaklah menggunakan samada Times New Roman (saiz 12) atau Arial (saiz 11),
dan langkau (spacing) 1.5 baris.
iii) Rujukan mengikut format APA.
iv) Tugasan individu: 8-10 mukasurat.
v) Tugasan kumpulan: 18-20 mukasurat.


Shahnon Mohamed Salleh
Pensyarah
shahnon@gmail.com
016 - 2173664

Anda mungkin juga menyukai