Anda di halaman 1dari 7

Individual Assignment

Critical Review Socialnomics by Erik


Qualman
SCCT 1033:
PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI
EN. SHAHNON MOHAMED SALLEH
MOHD SOFIAN MUHAMMAD 218431


ULASAN KRITIKAL SOCIALNOMICS by Erik Qualman
How Social Media Transforms The Way We Live And Do Business


SENARAI KANDUNGAN
ANALISIS KRITIKAL 3 - 6

BAHASA DAN GAYA BAHASA 6 - 7
PENYUSUNAN DAN GAYA PENULISAN
PANDANGAN

KESIMPULAN 7

RUJUKAN 7


INFORMASI BUKU
Pengarang : Erik Qualman
Tajuk Buku : Socialnomics
Penerbit : John Wiley & Sons, Inc
Jumlah halaman : 296 halaman
Tajuk Bahasan : Socialnomics: How Social Media Transforms the Way We Live and Do
Business




Ulasan kritikal yang dibuat ini kepada buku tulisan Erik Qulaman iaitu Socialnomics: How
Social Media Transforms The Way We Live And Do Business (Bagaimana Media Sosial Mengubah Cara
Kita Hidup Dan Menajalankan Perniagaan). Sesuai dengan tajuk buku ini, penulis memulakan tulisannya
di permulaan bab dengan dengan membuat tulisan mengenai kepentingan media sosial menerusi
rangkaian Internet memberi jawapan kepada kejayaan syarikat-syarikat besar, pengurusan di dalam
sesebuah syarikat malahan calon presiden yang berjaya tentang bagaimana pengaruh yang berbeza-
beza terhadap fungsi media sosial kepada masyarakat dan kepada individu-individu itu sendiri.

Penggunaan media baharu jugak diketengahkan oleh penulis melalui isu sosial seperti penggunaan
Twitter. Di sini dapat di lihat bahawa berita cepat di sebar kepada orang ramai melalui Twitter yang yang
mempunyai akses kepadannya sama ada melalui telefon bimbit atau komputer dan telah membuka satu
dimensi baru dalam menyebarkan maklumat oleh pengamal media membuat laporan mengenai apa jua
kejadian dengan lebih pantas dan berkesan daripada cara tradisional.

Media sosial sebagai medium interprestasi. Ini adalah salah satu daripada fungsi utama media sosial
kepada masyarakat. Ia juga amat berkait rapat dengan fungsi pengawasan yang memperlihatkan media
sosial sebagai pemberi maklumat menurut interprestasi media sosial itu sendiri dan tidak hanya
menyebarkan data dan fakta semata-mata. Penulis juga menyatakan bahawa media sosial membolehkan
masyarakat saling berhubung (linkage). Ini boleh dirujuk pada Bab 5. Ia memang benar dan contoh paling
tepat yang diberikan adalah Facebook. Bayangkan, berjuta-juta pengguna boleh berhubung dengan
tujuan apa sekalipu melalui laman sosial itu. Ia juga membolehkan pengguna untuk berhubung dengan
kawan baru atau lama, membuat group, memuat naik dan berkongsi gambar, video dan pautan dan yang
paling menarik sekali, ia membuka lembaran baharu untuk mengembangkan perniagaan. Ini juga
didokong oleh artikel oleh Times magazine seperti di bawah tentang periklanan terbaharu yang dibawa
oleh media baharu seperti Facebook ini.

Sumber: Times Magazine, Okt 25, 2013.
Tetapi awas, fungsi linkage ini juga menjadi penyebab kepada akibat yang boleh membinasakan. Penulis
memberi contoh pada tahun 2011, hampir kira-kira 1,000 laman web yang telah digunakan oleh
pengganas untuk merekrut ahli baru dengan menyemai kebencian dan menyebarkan propaganda dan
ideologi. Ini sangat bahaya dan boleh menhancurkan dunia.

Penulis juga menyatakan bahawa fungsi media sosial juga adalah untuk menyampaikan nilai-nilai
(Transmision of Value) iaitu juga di kenali sebagai fungsi sosialisasi. Ia merujuk kepada cara bagaimana
media mempotray masyarakat dengan cara melihat, mendengar dan membaca masyarakat dan
mempelajari bagaimana tingkah laku masyarakat kita yang seharusnya diamalkan dan sekaligus
menentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang harus diamalkan. Nilai-nilai murni yang diterapkan
agar menjadi ikutan kepada masyarakat dapat dilihat di dalam iklan-iklan di kaca-kaca televisyen juga
diberikan contoh oleh penulis.

BAHASA DAN GAYA BAHASA

Bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah bahasa Inggeris, yang tidak terlalu sukar
dibaca dan difahami walaupun terlalu banyak tatabahasa yang jargon. Paparan dan analisis dan contoh
yang dibuat juga singkat, padat, jelas dan tidak berbelit-belit

PENYUSUNAN DAN GAYA PENULISAN

Penyusunan dan gaya penulisan di dalam bab ini amat sistematik, dengan memberi
gambaran awal tentang peranan media sosial kepada masyarakat dan kemudian menghubungkannya
dengan fungsi-fungsi media sosial dan beberapa isu-isu dalam penggunaan media baharu melalui bab-
bab yang berlainan. Penulis buku ini juga tidak lupa memberikan contoh-contoh sebenar di dalam
penyebaran maklumat media kepada masyarakat sehingga ia amat dekat dan mudah difahami oleh
pembaca.

PANDANGAN DAN INTERPRETASI DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN BUKU

Ulasan demi ulasan, paparan demi paparan dalam bab ini secara umum menarik untuk
dibaca, kerana disamping saling berkaitan sub-sub bab yang disusun, penulis juga bertindak sebagai
narator di dalam penceritaaannya. Penulis berjaya memberikan contoh-contoh terkini seperti penggunaan
media baharu dan ia terasa amat menyegarkan berbanding buku-buku lain yang tidak dikemaskini.
Dengan kata lain, adalah menjadi kelebihan di dalam bab ini secara khusus dan buku ini secara umum.

Dengan kelebihan yang di miliki oleh buku ini, saya dapat menyoroti beberapa hal yang tidak tertulis dalam
bab ini namun tersirat di dalamnya.

Jaringan sosial telah berkembang dan melebihi jangkauan dengan cepat dan telas
mencetuskan satu revolusi tentang cara manusia berhubung. Di dalam buku ini, penulis telas
menunjukkan bagaimana mudahnya seseorang dengan menggunakan testimony atau pandangan
terhadap produk-produk dan perkhidmatan melalui jaringan media. Qualman juga menyediakan garis
panduan tentang pelbagai perkakasan dan tektik yang boleh digunakan untuk mendapatkan perhatian
daripada pengguna disamping mencipta imej jenama yang mantap.

Tidak dinafikan bahawa media sosial telah menyerap dan sebati di dalam budaya kita
sekarang. Malahan, tidak tidak memeranjatkan jika teknik-teknik pemasaran terkini dipengaruhi oleh media
sosial. Adakah fenomena terbaru ini terhasil daripada ledakan era komunikasi yang maha hebat ini?

Merujuk kepada tajuk buku ini ini iaitu Socialnomics, pada saya adalah satu konsep yang
bertindih dan kabur dan tidak betul-betul mendefinisikan maksudnya. Penulis tidak menengahkan benda-
benda baharu dengan memperkenalkan terma-terma dan istilah yang pada saya ia hanyalah satu cubaan
yang memalukan untuk membina reputasi dengan istilah dan slogan terkini di dalam perbincangan yang
telah diadun dengan pembendaharaan kata (jargon) yang terlalu banyak.

Tajuk pada Bab I iaitu Word of Mouth Goes World of Mouth, adalah satu mukadimah yang
mendakwa media sosial membolehkan kita membuat interaksi muka ke muka dengan lebih bermakna.
Apa yang dimaksudkan dengan interaksi muka ke muka dengan lebih bermakna? Di sini, kita telah
tertinggal fungsi otak kita untuk memikirkan apa maksud penulis di sini. Dakwaan yang telah dibicarakan
oleh penulis berdasarkan andaian semata-mata dan berdasarkan senario atau situasi yang munasabah.

Di dalam bab ini, penulis menceritakan tentang kisah Sally Supermarket yang berada di
pasaraya kegemarannya pada minggu ke-4 pada bulan Julai yang menjadikan barisan di kaunter bayaran
menjadi panjang daripada keadaan biasa. Selepas lebih 10 minit menunggu barulah tiba giliran Sally di
kaunter pembayaran. Dalam masa 10 minit itulah Sally mengambil kesempatan daripada membuat
panggilan ketika beratur dan telah mengemaskini akaun Facebook miliknya. Apabila beliau sedang
mengemaskini akaun Facebooknya, Sally juga telah membaca status Facebook kawan-kawannya. Di
sinilah dia dapat mengetahui perkembangan-perkembangan terkini kawan-kawannya tentang kehidupan
mereka yang indah-indah belaka.

Melalui pendapat penulis, apabila Sally berjumpa dengan kawan-kawannya selepas ini,
Sally tidak lagi membuang masa dengan bertanya tertangan keadaan mereka tetapi terus menjurus
kepada keadaan mereka berpandukan status yang dibaca olehnya tanpa memikirkan adakah kesemua
status rakan-rakannya betul-betul benar, Inilah yang dimaksudkan interaksi muka ke muka yang lebih
bermakna oleh penulis. Kebarangkali kejadian ini sebagai satu situasi atau senario mungkin benar-benar
terjadi, untuk menerima tafsiran yang penulis jelaskan itu yang juga secara andaian betul-betul menuntut
kita untuk melihat kepada tarikan kuasa di dalam komunikasi manusia atau lumrah kita sebagai insan iaitu
yang dinamakan sikap tidak mahu kalah.

Sesiapa yang mempunyai kecekapan di dalam bidang komunikasi khususnya di dalam
bidang perniagaan akan memahami dan selalu menunjukan sikap tidak mahu kalah ini. Selalunya,
walaupun tidak kerap, sikap ini selalu ditunjukkan dan kecenderungan untuk bersikap sedemikian.
Percaya atau tidak, kita telah memperdayakan diri kita sendiri jika kita menyangka semua status yang
tertera di Facebook atau laman-laman sosial lain, adalah betul dan selalunya benar. Sejarah telah
menunjukkan, salah satu aspek komunikasi yang perkara yang paling menarik melalui internet dibuat oleh
anominiti atau ketanpanamaan dan media sosial tidak dapat mengubah sejarah itu.
Meskipun nama dan imej muka dapat dilihat di laman media sosial, media ini seakan
merangsang pengguna untuk menyorokkan keburukan. Ini adalah lumrah kita sebagai insan yang
dinamakan manusia










KESIMPULAN
Media memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Secara sedar atau tidak, media memang
berada di sekeliling kita. Rancangan-rancangan yang kita tonton di kaca televisyen, lagu-lagu yang kita
dengar dI corong-corong radio, melalui bahan-bahan bacaan seperti buku-buku, majalah dan surat khabar.
Berita-berita mengenai isu semasa yang boleh dilayari di blog-blog, status-staus terkini yang terpampang
di laman-laman sosial sperti Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan segala macam. Tanpa media,
masyarakat akan terpinggir, bukan sekadar daripada kerajaan, kejiranan dan sosial malahan di dunia.

RUJUKAN
Joseph R.Dominick. (2013). The Dynamic of Mass Communication (12
th
Edition). New York:
McGraw Hill International.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2003). Pengantar komunikasi.
Sintok; Penerbit UUM.

Watston, J., & Hill, A. (1997). A dictionary of communication and media studies (4th edition).
New York: Arnold.

Anda mungkin juga menyukai