Anda di halaman 1dari 5

P a g e | 1

KPD 4046
( KAEDAH MENGAJAR )
REFLEKSI MACROTEACHING
Nama : Nurul Hidayah Bt Md Iasa
No. Matrik : 20112007888
Kad Pengenalan : 80!080"188
Kum#ulan : M $ %
Pensyarah : &r. Baharuddin Bin 'a(ar
P a g e | 2
Pendahuluan
Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah
dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Tujuan refleksi
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru
tersebut. Sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran guru tersebut,
haruslah mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Secara tidak lansung dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru sebagai budaya
kerja professional perguruan.
Refleksi dilakukan berdasarkan gambaran semula keseluruhan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilakukan. Pembelajaran menyentuh Bab 7 iaitu Perjuangan Rakyat
Tempatan engembalikan !edaulatan Bangsa bagi Tingkatan ". #uru telah menjalankan proses
pembelajaran melalui sub topik Rentap $ira Sara%ak & Agi Idup Agi Ngelaban. Refleksi
menyentuh kelemahan, kelebihan dan penambaikan dalam objektif pengajaran, isi pengajaran,
strategi dan aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran, nilai dan set induksi.
Objektif Pengajaran dan Sumber Pengajaran Pembelajaran
Rentap $ira Sara%ak merupakan sub topik yang telah diajar oleh guru selama '( minit.
Berdasarkan objektif pembelajaran ialah menceritakan perjuangan Rentap sebagai %ira Sara%ak,
rasionalnya ialah pelajar mengetahui kronologi perjuangan Rentap dalam mempertahankan
kedaulatan bangsa dan negara sesuai dengan tema 7 ini menekankan perjuangan rakyat
tempatan dalam mengembalikan kedaulatan bangsa. Secara keseluruhannya objektif pengajaran
telah tercapai kerana guru dapat menceritakan perjuangan Rentap dan murid mampu
menceritakan dengan menja%ab latihan pengukuhan dengan tepat dan juga mampu membuat
kesimpulan dalam perjuangan Rentap ini. Sumber yang digunakan oleh guru ialah buku teks
Sejarah Tingkatan ", sumber ini sememangnya sangat membantu guru untuk merancang proses
P a g e | 3
pembelajaran dengan lebih teratur dan berkesan. Buku teks ini adalah sesuai dengan
pekembangan murid Tingkatan " serta minat murid.
Isi Pengajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
)si pengajaran yang disampaikan oleh guru sangat bertepatan dengan tema 7 ini iaitu
menceritakan perjuangan rakyat tempatan iaitu Rentap. #uru dapat menyampaikan atau
menceritakan perjuangan Rentap dengan baik mengikut kronologi. )si Pengajaran juga tidak
bergantung dengan bahan rujukan seperti membaca isi pengajaran di slide atau pun buku teks.
#uru dapat menceritakan dengan intonasi yang sesuai dengan kronolgi isi pengajaran. Semasa
penyampaian isi pengajaran, guru dapat melakukan komunikasi atau eye contact bersama semua
pelajar di dalam kelas.
)si pengajaran telah dibahagikan kepada eleman yang lebih kecil agar memudahkan pelajar
melihat dan memahami apa yang ingin diceritakan oleh guru dalam perjuangan Rentap. Sebagai
contoh guru telah mengeluarkan peristi%a penentangan Rentap kepada bentuk jadual dan
menyusun peristi%a mengikut tahun. !aedah ini dapat memudahkan pelajar melihat
perkembangan perjuangan Rentap samada perjuangan berjaya atau tidak dan sebab berjaya atau
gagal serta kesannya.
!elemahan guru dalam isi pengajaran pula ialah guru lupa untuk menyentuh prinsip atau
pegangan Rentap iaitu Agi Idup Agi Ngelaban. Prinsip yang ditekankan oleh Rentap ini adalah
penting dan menjadi simbol atau kata kunci dalam mengenal Rentap sebaga pejuang tempatan di
Sara%ak. Selain itu, dalam menceritakan perjuangan Rentap guru kurang menggunakan kaedah
penyoalan kepada murid untuk me%ujudkan kominikasi antara guru dan murid dan secara tidak
lansung guru menyebabkan murid tidak aktif dalam proses pembelajaran. Sebagai penambaikan,
guru boleh menggunakan kaedah penyoalan kepada murid agar murid bersama*sama melibatkan
diri dalam proses pembelajaran kerana murid sememangnya sudah mempunyai pengetahuan
sedia ada.
P a g e | 4
Strategi dan aktiviti yang disediakan oleh guru tidak memberansangkan murid, guru hanya
menyediakan edaran lembaran kerja yang telah disediakan jadual mengikut tahun untuk murid
melengkapkan kronologi peristi%a penentangan Rentap dalam menentang Brooke dan juga soalan
pengukuhan berbentuk objektif. Sebagai penambahbaikan, guru boleh mengadakan permainan di
dalam kelas dengan mengaitkan peristi%a penentanga Rentap tersebut seperti kotak beracun,
teka silang kata, permainan menjawab soalan menggunakan dam dan lain*lain lagi. +engan ini
dapat menggerakkan murid dengan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam pembelajaran di dalam
kelas. Selain itu murid tidak bosan dengan kaedah yang digunakan oleh guru dan dapat
mengcungkil kelebihan murid.
Penerapan Nilai
,ilai*nilai murni perlulah diterapkan dalam setiap hasil pembelajaran Sejarah dan itulah
menjadi moto utama dalam pembelajaran Sejarah agar melahirkan murid yang lebih sensitif
kepada rakyat dan negara dan menghargai segala perjuangan dan pencapaian yang telah
dikecapi. ,ilai*nilai ini adalah bersesuaian dengan Rukun ,egara dan -alsafah Pendidikan
!ebangsaan. #uru telah menyebut secara ringkas sahaja dalam penerapan nilai pada penghujung
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai penambahbaikannya guru haruslah
menerapkan nilai dengan lebih terperinci untuk memberi kesedaran kepada murid untuk
menghargai perjuangan tokoh serta bijak dalam mempertahankan negara dan bangsa. Sebagai
contoh guru boleh menerapkan nilai dengan memberi kesan sekiranya tidak menghargai apa kita
nikmati sekarang hasil yang telah diperjuangkan oleh pejuang kita dahulu. #uru boleh
menunjukkan negara*negara yang binasa atas tidak ada kesepaduan dalam negara, kelemahan
politik dan lain*lain lagi. elalui prinsip Rentap iaitu Agi Idup Agi Ngelaban sudah memberi jalan
kepada guru untuk menerapkan nilai dalam proses pembelajaran kepada muridnya. #uru
hendaklah mengaitkan dengan keadaan sekarang agar murid lebih terbuka minda dalam
mempertahan bangsa dan negara.
Set Induksi
P a g e | 5
#uru telah memaparkan gambar peralatan yang digunakan oleh salah seorang pejuang
tempatan dalam menentang penjajah. Bermula dengan paparan gambar tesebut meransang
pelajar untuk meneka siapakah pejuang seterusnya yang akan dipelajari oleh murid pada hari
tersebut. Selepas murid meneka guru memaparkan gambar atau lakaran Rentap kepada murid
selama tiga minit digunakan.
!elemahan guru yang dapat dilihat disini ialah guru tidak mengcungkil atau mencabar
minda pelajar dengan lebih mendalam, secara tidak lansung guru tidak berjaya untuk
menimbulkan inkuiri pelajar serta tidak berjaya menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran
tersebut. Sebagai penambahbaikan dalam set induksi, guru boleh memperdengarkan lagu Putri
Santubong sebagai pemberitahuan baha%a pejuang yang ingin dipelajari adalah berasal dari
Sara%ak, kemudian guru menggunakan prinsip Rentap ./gi )dup /gi ,gelaban0 untuk menarik
minat murid.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya guru mencapai objektif pembelajarannya, namun masih ada
kelemahan atau kekurangan yang harus diperbaiki oleh guru dalam proses pembelajarannya.
Tindakan susulan perlu dibuat agar memantapkan lagi pembelajaran guru dalam menyampaikan
isi pengajaran serta pengetahuan seorang guru. encari kelemahan dan memperbaiki kelemahan
dapat meningkatkan profesionalisme seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai