Anda di halaman 1dari 3

MARIAH

TEMA:
Kegigihan seorang anak yang berhadapan dengan ayah yang berperangai buruk.
PERSOALAN:
(a)Kegigihan remaja menjaga ayah yang mengalami sakit atau tekanan perasaan.
(b)Sikap prihatin guru untuk membantu pelajarnya yang ditimpa malang.
(c)Persahabatan yang sejati akan berkekalan baik pada masa senang mahupun pada
masa susah.
PLOT:
(a)Dialog- contoh: “Ada orang cari Mariah,”kata Bidah.
“Ada lelaki berkumis di sana.”
(b)Pemerian- contoh:Mariah berdiri agak lama di luar bilik bimbimgan itu. Dia menolak
sedikit daun pintu untuk menonjolkan wajah bujur sirihnya. Ketika
matanya menyambar isi dalam bilik itu, dia tersambar mata Cikgu
Tini.
(c)Monolog dalaman- contoh:Mariah berkata-kata dalam hati sama ada dia hendak
bercakap benar atau berbohong kepada Cikgu Tini.
(d)Saspens- contoh:Pembaca tertanya-tanya apakah nasib Pak Bakar setelah dia
dilanggar kenderaan dan dirawat di wad kecemasan.
WATAK DAN PERWATAKAN
MARIAH
1. Mariah pelajar Tingkatan Enam.
2. Dia mengalami nasib malang dalam hidupnya. Adiknya,Hilmi,terbunuh kerana
dilanggar teksi. Ibunya meninggal dunia secara mengejut. Ayahnya pula
mengalami tekanan jiwa.
3. Mariah bermuka bujur sirih dan berbudi bahasa.
4. Dia tabah menghadapi penderitaan hidup.
5. Mariah rajin. Dia mencari nafkah dengan berkerja di warung Mak Usu Lijah
kerana ayahnya sudah tidak bekerja.
6. Penyayang. Buktinya, Mariah sangat sayang akan ayahnya sehingga dia sanggup
menyerahkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli buku kepada
ayahnya.

1
PAK CIK BAKAR
1. Ayah Mariah yang mengalami tekanan jiwa semenjak kematian anak dan
isterinya.
2. Dia mudah mengikut perasaan atau emosional. Dia menganggap bahawa dirinya
menjadi punca anak lelakinya, Hilmi mati dilanggar teksi. Oleh sebab itu, dia
sentiasa dihantui rasa bersalah.
3. Dia juga degil atau sukar dinasihati. Buktinya, Lebai Kudin sudah berkali-kali
menasihatnya supaya meninggalkan amalan minuman keras. Namun begitu, Pak
Cik Bakar tidak mempedulikan nasihat itu.
4. Dia sanggup mencari wang dengan cara meminta sedekah.

CIKGU TINI
1. Beliau guru kaunseling di sekolah Mariah.
2. Beliau bersikap prihatin. Contohnya, beliau mengambil berat tentang prestasi
pelajaran Mariah.
3. Cikgu Tini baik hati. Buktinya, beliau menawarkan beberapa buah buku rujukan
tambahan untuk dipinjam oleh Mariah.

LATAR
LATAR TEMPAT
1.di perpustakaan
2.kantin sekolah
3.bilik bimbingan
4.rumah Mariah
5.di luar wad kecemasan

LATAR MASA
Latar masa pula meliputi waktu pagi, tengah hari, dan malam.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru.
2. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Cth: Cikgu Tini segera bertindak
untuk membantu Mariah apabila pencapaian pelajarannya merosot.
3. Masyarakat peniaga, iaitu Mak Usu Lijah yang membuka warung. Di warung
itulah Mariah bekerja bagi mendapatkan wang.
4. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Mariah
berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik walaupun menghadapi
pelbagai masalah.

2
NILAI
1. Kasih sayang. Cth:Mariah sayang akan ayahnya yang hidupnya tidak menentu
dengan mengawasi pergerakan ayahnya. Dia memarahi ayahnya yang meminta
sedekah daripada orang ramai.
2. Simpati. Cth:Edah, sahabat baik Mariah yang sentiasa menunjukkan rasa simpati
kepada Mariah dan akan memberikan sebarang bantuan kepada kawannya itu.
3. Rajin.Cth: Mariah rajin belajar di samping bekerja di warung Mak Usu Lijah.
4. Sabar.Cth: Mariah sentiasa bersabar menghadai kerenah ayahnya yang selalu
bertindak mengikut emosi.
5. Ikhlas.Cth : Borhan ikhlas menghulurkan bantuan kepada Mariah demi kejayaan
Mriah dalam pelajaran.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersimpati dan memberikan bantuan kepada orang yang
bernasib malang. Cth: Cikgu Tini membantu Mariah dengan meminjamkan
beberapa buah buku rujukan.
2. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup. Cth: Mariah tabah
menghadapi masalah kewangan.
3. Seseorang anak hendaklah berusaha menjaga ayahnya setiap masa. Cth: Mariah
sentiasa mengambil berat akan masalah ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai