Anda di halaman 1dari 10

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)

13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


Disunting oleh: Indriaty Ismail, Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Ermy Azziaty
Rozali, Zul Azmi Yaakob, Salasiah Hanin Hamjah, Nurbazla Ismail, Mohd Aniq Mustah Muhamed,
Khairulnisa Amri, Muhammad Akmal Mukhtar, Nurul Akma Nordin, Muhammad Nazmi Abd.
Halim, Nik Norimah Tuan Mat, Suhazlinda Ghazaly


JENIS-JENIS SALAH LAKU REMAJA SELEPAS PERCERAIAN

Syafyny A. Rahman, Salasiah Hanin Hamjah & Zuliza Kusrin


ABSTRAK

Fenomena perceraian semakin meningkat dalam kalangan pasangan Islam. Dalam masa
yang sama juga pada masa kini peningkatan kes juvana turut berlaku. Remaja didapati
semakin berani terlibat dengan kes jenayah. Ada pandangan yang mengatakan perceraian
memberi impak kepada tingkah laku remaja. J usteru itu kajian ini dilakukan bagi mengkaji
jenis-jenis salah laku remaja selepas perceraian. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan.
Kaedah pemilihan sampling dilakukan secara purposive (N:68). Data dikumpul melalui
instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati 85.3% (58
orang) responden tidak mengambil dadah dan 80.9% (55 orang) responden tidak meminum
arak dan 75% (51 orang) responden tidak mengambil sesuatu yang memabukkan dan 75%
(51 orang) tidak mencederakan guru. Hasil kajian mendapati perceraian tidak mempengaruhi
responden untuk terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Hasil kajian berdasarkan min
mendapati antara salah laku yang dilakukan oleh remaja dalam kajian ini ialah membawa
telefon bimbit (min=2.28), diikuti bergaduh dengan kawan-kawan (min=1.99) dan ponteng
sekolah (min=1.91). Ini menunjukkan salah laku yang dilakukan oleh remaja masih dalam
keadaan terkawal tetapi perlu dibendung bagi mengelakkan gejala tersebut berterusan.

Kata Kunci: perceraian, remaja, salah laku, ponteng sekolah, telefon bimbit

PENGENALAN

Pernyataan Masalah

Agama Islam merupakan agama yang sempurna kerana memberi garis panduan kepada
umatnya untuk membentuk sebuah institusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat
melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, ada pasangan yang telah mendirikan
rumah tangga berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumahtangga mereka.
Perceraian merupakan langkah yang terakhir apabila pasangan tersebut yang mana tidak
dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri lagi. J usteru, Islam menghalalkan
perceraian. Namun ia bukan alasan kepada ibu bapa melepaskan diri mereka daripada
melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka perlu menjalankan
tanggungjawab seperti biasa dan memastikan anak-anak mereka tidak terabai kerana
perceraian tersebut. Oleh yang demikian, bagi menentukan hak penjaga dan anak-anak
terpelihara dengan wujud sistem hadhanah. Ia perlu dilaksanakan oleh ibu bapa atau
penjaga. Terdapat segelintir ibu bapa tidak dapat menjalankan tanggungjawab terhadap
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


773

anak-anak kerana mereka sibuk dengan urusan dan kehidupan masing-masing terutama ibu
bapa yang telah bercerai dan telah berkahwin lain. J usteru, ia memberi kesan kepada
perkembangan fizikal, mental dan tingkah laku anak-anak berkenaan.

Perceraian merupakan satu permasalahan sosial dan implikasinya terhadap suami,
isteri dan anak-anak. Kehilangan ibu bapa adalah impak yang paling signifikan dalam proses
pasca perceraian. Anak dari pelbagai peringkat umur akan merasa kehilangan dari segi kasih
sayang, sumber, emosi pengetahuan dan kemahiran daripada ibu bapa. Kesan negatif boleh
dilihat pada jangka masa pendek dan panjang. Kesan jangka panjang pula lazimnya dilihat
apabila anak meningkat remaja dan awal dewasa. Ini disebabkan remaja adalah zaman
peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Di alam transisi ini anak remaja
berhadapan dengan pelbagai perubahan yang lazimnya membawa konflik jiwa dalam diri
remaja. Berita perceraian ibu bapa sudah tentu menambahkan lagi konflik jiwa yang sedang
dialami remaja lebih-lebih lagi tertekan dengan perasaan ingin mengatasi krisis antara orang
penting dalam hidupnya (Rojanah, Rumaya & Siti Noor Yaacob, 2002: 122-23). Menurut
Kamus Dewan (2005: 12), remaja ialah orang yang mula dewasa, sudah baligh dan sudah
cukup umur untuk berkahwin. Remaja juga bermaksud muda seperti gadis iaitu puteri gadis
yang sudah mula dewasa. Menurut Ahmad Zaki Badwi (1987: 14) al-Murahiqah iaitu
remaja yang berada dalam peringkat perkembangan yang bermula dari umur baligh iaitu
kira-kira umur 13 tahun dan berakhir pada umur matang iaitu sekitar 18 atau 20 tahun, iaitu
kematangan dari segi akal, perbuatan dan hubungan sosial. Berdasarkan definisi ini, tahap
remaja ialah berdasarkan kepada sudut fizikal, tanggungjawab sosial dan kemampuan
individu selaras dengan kehendak ahli dalam sesebuah masyarakat dan budaya yang
dianggotainya.

Sementara itu, daripada sudut tahap perkembangan psikologi, ahli psikologi remaja
menjelaskan remaja adalah bersifat biologikal dan sosial. Permulaan peringkat remaja dapat
dikesan dengan perubahan biologi dalam kalangan kanak-kanak. Sebenarnya pertumbuhan
mendadak pra remaja berlaku sebelum akil baligh. Hurluck (1973: 2) dalam bukunya
Adolesent Development menyatakan perkataan adolesense berasal dari perkataan latin
adolescare yang membawa maksud untuk meningkat dewasa. Remaja ialah tempoh
perpindahan apabila berlaku perubahan individu secara fizikal dan psikologi dari alam
kanak-kanak ke alam dewasa. Medinnus dan J ohnson (1976: 442) pula menyatakan masa
remaja menurut ahli psikologi ialah bermula apabila seseorang mula menunjukkan tanda-
tanda kematangan seks untuk menunjukkan kedua-dua perkembangan fizikal dan sosial.
Perkembangan ini akan terhenti apabila seseorang individu itu telah menganggap dirinya
memiliki ciri-ciri kedewasaan dan menerima cara hidup sebagai seorang dewasa melalui
individu dicontohinya.

Apabila dilihat dari perspektif perundangan Malaysia, tiada istilah khusus mengenai
remaja yang dinyatakan. Namun, terdapat beberapa akta yang berkaitan dengan umur
golongan ini. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 menyatakan bahawa kanak-kanak ialah
berumur lapan belas ke bawah. Manakala Akta Mahkamah J uvana 1947 mentakrifkan
kanak-kanak sebgai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun ke bawah. Manakala Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mendefinisikan kanak-kanak sebagai mereka
yang berada dalam lingkungan 10 hingga 14 tahun. Manakala orang muda ialah yang bukan
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


774

lagi kanak-kanak tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen
2(a) mentakrifkan kanak-kanak sebagai individu yang berumur 18 tahun ke bawah.

Selain definisi remaja yang dibincangkan, pengertian akhlak juga perlu dinyatakan
kerana salah laku mempunyai perkaitan yang cukup kuat dengan akhlak. Akhlak ialah kata
nama yang bersifat jama atau plural yang berasal dari khuluq. Khuluq bermaksud karakter
atau peribadi semulajadi. Manakala akhlak bermaksud moral, etika yang mempunyai
maksud yang baik. Kamus Dewan (2005:25) menjelaskan akhlak sebagai budi pekerti,
kelakuan dan tingkah laku. Pengertian akhlak dari segi bahasa, ialah kata jama daripada al-
Khuluq. Ibn al-Manzur dalamLisan al-Arab ( 1992: 140 ) menyatakan bahawa akhlak
bermakna tabiat atau watak. Akhlak turut bermaksud maruah, al-Din atau fitrah menurut al-
Zawi dalam Tartib al-Qamus al-Muhith (1992:100). Pada hakikatnya, akhlak adalah
penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan
kandungannya yang tersendiri. Akhlak ini mencerminkan lahiriah, sifat seseorang dan segala
kandungan sifat itu. Gambaran ini sama ada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan
sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela.

Demikian juga dengan keruntuhan akhlak sosial dalam kalangan remaja di negara
kita pada hari ini juga dilihat semakin kritikal walaupun terkawal yang mana hampir setiap
hari kita akan didedahkan dengan salah laku remaja terutama daripada sekecil-kecil
kesalahan sehinggalah kesalahan yang melanggar sistem perundangan negara. Sering juga
didedahkan dengan pelajar tidak berdisiplin di sekolah dan luar sekolah, terbabit dengan
aktiviti ponteng, buli, merokok, dadah, tidak menghormati guru, vandalisme, merempit, seks
bebas, buang bayi dan ada juga sebilangan kecil yang terbabit dengan aktiviti jenayah seperti
mencuri, merompak dan sebagainya. (Mohamed Sofee Razak 2013: 35).

Berdasarkan statistik Salah Laku Remaja daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis
Selangor sebanyak 402 orang terdiri daripada remaja Melayu, 54 orang remaja bangsa Cina,
311 orang remaja bangsa India dan 46 orang remaja lain-lain bangsa (Statistik IPK Selangor,
2012: 7 Oktober 2013). Ini menunjukkan bilangan remaja Melayu melebihi remaja lain yang
terlibat dengan salah laku.

Sejak-sejak akhir ini kes perceraian juga semakin meningkat di Selangor. Statistik
yang dikeluarkan oleh pihak J AKIM menunjukkan negeri Selangor mencatatkan
peningkatan kes perceraian daripada tahun 2000 hingga 2007 semakin meningkat iaitu
daripada 2,075 kepada 3,722 kes perceraian. Manakala tahun 2010 ia meningkat kepada
5,342 pasangan yang bercerai ( J AKIM 2012). Oleh yang demikian, penulis ingin mengkaji
sejaumanakah perkaitan antara perceraian terhadap salah laku anak-anak orang Islam dan
sebagai sampel kajian melibatkan pelajar sekolah menengah di bandar dan luar bandar di
daerah Hulu Langat.

Kajian mengenai kesan perceraian terhadap remaja penting untuk dilaksanakan bagi
mengenalpasti apakah jenis-jenis salah laku yang biasa dilakukan oleh remaja akibat
perceraian ibu bapa. Masalah perceraian dalam kalangan pasangan Muslim bukan masalah
baru. Ia sering disebut dan dibicarakan sama ada oleh para cendikiawan mahupun orang
awam. Selain itu, pelbagai seminar turut diadakan bagi membincangkan peranan keluarga
dalam mewujudkan keluarga bahagia. Masalah ini semakin hari semakin meningkat dan ia
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


775

juga dikaitkan dengan salah laku anak-anak terhadap masyarakat. Antara kajian mengenai
kesan perceraian ialah kajian yang dilakukan oleh Khairani Zakaria @ Abdul Hamid (2004)
bertajuk Kesan Perceraian Terhadap Kehidupan Remaja Muslim. Kajian ini mendapati
daripada kajian beliau jelas bahawa remaja yang menjadi mangsa konflik rumahtangga ibu
bapa yang tidak bercerai lebih teruk kesannya berbanding remaja yang menjadi mangsa
perceraian. Ini kerana perceraian walaupuan pahit mungkin ada manisnya. Sabkiah bt
Mansor (2009) dalam kajiannya bertajuk Tahap Persepsi Remaja, Personaliti dan
Penyesuaian Terhadap Perceraian menunjukkan bahawa personaliti iaitu kekuatan peribadi,
dominan dan impulsive menjadi penyumbang yang signifikan terhadap penyesuaian.

Ahmad Redzwan Mohd Yunus (2003) juga membicarakan tajuk perceraian dalam
bukunya bertajuk Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan Penyelesaian. Beliau
menyatakan bahawa perceraian boleh membawa kemudharatan kepada anak-anak, keluarga
dan masyarakat. Rozumah Baharuddin dan Rumaya J uhari (2010) dalam bukunya yang
bertajuk Pengantar Perkahwinan dan Keluarga dalam Perceraian, Keluarga Induk dan
Perkahwinan Semula merumuskan tentang perceraian merupakan satu fenomena sejagat
yang memberi implikasi ke atas kesejahteraan hidup individu dan keluarga. Perselisihan
keluarga dan perceraian menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama pelajar dan ia
memberi kesan negatif kepada konsep kendiri mereka.

Rohani Ismail (2002) dalam kajiannya bertajuk Perilaku Devian Remaja Awal dan
Hubungan dengan Faktor Keluarga-Mengikut Persepsi Remaja, Satu Kajian di Sebuah
Sekolah Menengah di Selayang mendapati remaja berperilaku devian adalah tinggi dalam
kalangan remaja lelaki berbanding remaja perempuan dan dalam kalangan ibu bekerja.
Kajian beliau mendapati didapati sebanyak 4.3 peratus responden datang dari latar belakang
keluarga yang bercerai dalam kalangan orang Melayu jika dibandingkan dengan kaum lain
iaitu Cina 3.2.

Md. Myidin (2009) dalam kajian beliau bertajuk Buli/Poteng/Rokok mendapati
gejala sosial seperti buli, ponteng dan merokok (BPR) semakin meningkat dari semasa ke
semasa dan salah satu punca penglibatan remaja dalam masalah ini adalah disebabkan
perceraian ibu bapa. Koziey (1982) dalam kajiannya bertajuk Broken Homen: Impact and
Adolescent, berpendapat keretakan rumah tangga dan perceraian ibu bapa memberi kesan
kepada tingkah laku dan sahsiah anak-anak. Abd. Rahim Abd Rashid (2006) dalam
penulisan beliau yang bertajuk Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku
Remaja dalam Keluarga berpendapat bahawa keruntuhan institusi keluarga menyebabkan
meningkatkan kadar jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Berdasarkan kajian lepas, penulis dapati masih tidak ada kajian yang mengkaji jenis-
jenis salah laku remaja selepas perceraian. J usteru, tujuan penulis menjalankan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis salah laku remaja selepas perceraian. Ini berikutan
timbul persoalan adakah faktor perceraian menyumbang kepada jenis-jenis salah laku dalam
kalangan remaja Muslim.




Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


776

METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan jenis persampelan bertujuan (purposive), yang merujuk kepada
persampelan kajian (Chua Yuan Piau 2001:201). Penulis memilih seramai 68 orang remaja
yang ibu bapa mereka yang telah bercerai. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada remaja
beragama Islam di lapan buah Sekolah Menengah sekitar Daerah Hulu Langat.

Pemilihan sekolah ini berdasarkan daripada cadangan pihak J abatan Pelajaran Negeri
Selangor. Kebanyakan sekolah yang dipilih mempunyai rekod yang dikemaskini dalam
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) dan mempunyai kes-kes salah laku pelajar.
Kebanyakan sekolah yang dipilih terdiri daripada kawasan bandar, pinggir bandar dan
kawasan pedalaman di daerah Hulu Langat. Data-data daripada borang soal selidik dianalisis
menggunakan SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

J adual 1 menunjukkan salah laku responden yang menjadi mangsa perceraian kedua ibu
bapa. Responden sangat tidak setuju mengambil dadah selepas ibu bapa mereka bercerai
merupakan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 85.3 peratus (58 orang),. Diikuti peratusan
kedua tertinggi responden tidak setuju meminum arak ketika menghadapi masalah sebanyak
80.9 peratus (55 orang). Manakala peratusan ketiga tertinggi sebanyak 75.0 peratus (51
orang) responden sangat tidak setuju mengambil sesuatu yang memabukkan selepas ibu bapa
mereka bercerai dan sebanyak 75.0 peratus (51 orang) responden sangat tidak setuju
mencederakan guru.

J adual 1 J enis-J enis Salah Laku Remaja Selepas Perceraian

Bil Perkara Sangat
Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sang
at
Setuj
u
Min
1 Saya mengambil barang
orang lain
36
52.9%
20
29.4%
11
16.2%
1
1.5%
1.7
2 Saya mencederakan
guru
51
75%
17
25%
0
0%
0 1.25

3 Saya mengancam murid 40
58.8%
21
30.9%
6
8.8%
1
1.5%
1.53
4 Saya memukul murid 40
58.8%
13
19.1%
14
20.6%
1
1.5%
1.65
5 Saya mencederakan
Murid
46
67.6%
15
22.1%
6
8.8.%
1
1.5
1.44
.
6 Saya memeras ugut 48
70.6%
16
23.5%
4
5.9%
0
0%
1.35
7 Saya bergaul dengan
gangster
40
58.8%
13
19.1%
13
19.1%
2
2.9.
%
1.66
8 Saya menghisap dadah 58 9 1 0 1.16
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


777

85.3% 13.2% 1.5% 0%
9 Saya meminum arak 55
80.9%
10
14.7%
1
4.4%
0
0%
1.2
10 Saya membuli pelajar 45
66.2%
13
19.1%
8
11.8%
1
1.5%
1.48
11 Saya memiliki rokok 34
50.0%
15
22.1%
12
17.6%
7
10.3
1.88
13 Saya menyimpan rokok 34
50%
17
25%
10
14.7%
7
10.3
1.85
14 Saya menjual rokok 46
67.6%
17
25.0%
4
5.9%
1
1.5
1.41
15 Saya mengedar rokok 46
67.6%
15
22.1%
6
8.8%
1
1.5%
1.44

16 Saya ponteng sekolah

31
45.6%
17
25%
15
22.1%
1
1.5%
1.91

17 Saya berdua-duan
dengan bukan Muhrim
42
61.8%
18
26.5%
6
8.8.%
2
2.9%
1.53

18 Saya membawa bahan
lucah
47
69.1%
16
23.5%
3
4.4.%
1
1.5%
1.51
19 Saya biadab terhadap
guru
44
64.7%
12
17.6%
9
13.2%
3
4.4%
1.57

20 Saya minum minuman
yang memabukkan
51
75.0%
10
14.7%
7
10.3%
0
01%
1.35
21 Saya merosakkan harta 36
52.9%
15
22.1%
15
22.1%
2
2.9%
1.75

22 Saya membawa telefon
bimbit
24
35.3%
11
16.2%
23
33.8%
10
14.7
%
2.28

1.352
941
1.367
647
1.402
985
1.426
471
1.985
294
1.588
235
1.852
941
1.779
412
1.558
824
1.514
706
1.426
471
1.485
294
1.617
647
1.558
824
23 Saya menconteng
dinding tandas
48
70.6%
17
25%
2
2.9%
1
1.51
%
1.35

24 Saya menconteng
dinding kelas
46
67.6%
20
29.4%
1
1.5%
1
1.5%
1.37

25

Saya memecahkan meja 44
64.7%
20
29.4%
3
4.4.9%
1
1.5%
1.40

26 Saya memecahkan
kerusi
44
64.7%
20
29.4
3
4.4
1
1.5%

1.43
27 Saya bergaduh dengan
kawan-kawan
27
39.7%
18
26.5%
20
29.4%
3
4.4%
1.99

28 Saya melawan guru

38
55.9%
22
32.4%
6
8.8%
2
2.9%
1.59

29 Saya lepak di tempat
hiburan
34
50.0%
16
23.5%
12
17.6%
6
8.8%
1.85

30 Saya meniru peperiksan 33
48.5%
19
27.9%
14
20.6
2
2.9%
1.78

31 Saya mencuri barang
orang lain
39
57.4%
21
30.9%
7
10.3%
1
1.5%
1.56

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


778

32 Saya mengganggu
ketenteraman awam
40
58.8%
22.1
32.41%
5
7.4%
1
1.5%
1.51

33 Saya melanggar
peraturan asrama
45
66.2%
19.1
27.9%
2
2.9%
2
2.9%
1.43
34 Saya mengancam orang
lain
39
57.41%
26.1
38.21%
2
2.9%
1
1.5%
1.49

Sumber: Borang Soal Selidik

Kajian ini mendapati responden dalam kajian ini tidak melakukan salah laku yang
kronik seperti mengambil dadah dan minum arak meskipun ibu bapa mereka bercerai. Ini
menunjukkan perceraian tidak menjadi sebab utama kepada penglibatan remaja dalam kes
jenayah dan gejala moral yang kronik. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan dalam
kajian yang dilakukan oleh J as Laile Suzana J aafar (2008) dalam bukunya bertajuk
Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja mendapati remaja yang menjadi
mangsa konflik rumahtangga ibu bapa yang tidak bercerai lebih teruk kesannya berbanding
remaja yang menjadi mangsa perceraian. Sungguhpun demikian, kajian ini mendapati ada
juga sebilangan kecil remaja dalam kajian ini terlibat dengan gejala sosial yang kronik
seperti minum arak (min=1.24) dan menghisap dadah (min=1.16) akibat perceraian ibu
bapa.

Analisis secara min pula mendapati trend salah laku remaja selepas perceraian kedua
ibu bapa mereka, responden dalam kajian ini melibatkan pelbagai perkara antaranya Saya
membawa telefon bimbit (min=2.28) diikuti Saya bergaduh dengan kawan-kawan (min=
1.99), Saya ponteng sekolah (min=1.91), Saya memiliki rokok (min=1.88), Saya
menyimpan rokok (min=1.85), Saya lepak di tempat hiburan (min=1.85), Saya meniru
peperiksaan (min=1.78), Saya merosakkan harta (min=1.75) Saya mengambil barang
orang lain (min=1.66), Saya bergaul dengan gangster (min=1.66), Saya memukul
murid (min=1.65), Saya melawan guru (min=1.59), Saya berlaku biadab terhadap
guru (min=1.57), Saya mencuri barang orang lain (min=1.56), Saya mencederakan
pelajar lain (min=1.56), Saya mengancam murid (min=1.53), Saya berdua-duan dengan
bukan muhrim (min=1.53), Saya membawa bahan lucah (min=1.51), Saya menganggu
ketenteraman awam (min= 1.51), Saya mengancam orang lain (min= 1.49), Saya
membuli pelajar lain (min= 1.48), Saya mengedar rokok (min= 1.44), Saya
memecahkan kerusi (min=1.43), Saya melanggar peraturan asrama (min=1.43), Saya
menjual rokok (min=1.41), Saya memecahkan meja (min=1.40), Saya menconteng
dinding kelas (min=1.37), Saya memeras ugut (min=1.35), Saya minum minuman
yang memabukkan, (min=1.35), Saya menconteng dinding tandas (min=1.35) dan
Saya mencederakan guru (min=1.25).

Walaupun kajian ini tidak mendapati remaja terlibat dengan gejala sosial yang kronik
selepas perceraian ibu bapa mereka, tetapi kajian ini mendapati remaja ada terlibat dengan
jenis salah laku yang lain seperti ponteng sekolah (min=1.91), memiliki rokok (min=1.88),
menyimpan rokok (min=1.85), menjual rokok (1.41), mengedar rokok (1.44), bergaduh
(min=1.99), melepak di tempat hiburan (min=1.85), meniru dalam peperiksaan (min=
1.78), merosakkan harta (min=1.75), mencuri (min=1.51), bergaul dengan gangster (min=
1.66), memukul murid lain (min=1.65.), melawan guru (min=1.59), biadab terhadap guru
(min=1.57), mencuri barang orang lain (min=1.56), mencederakan pelajar lain (min=1.56),
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


779

mengancam murid (min= 1.53), berdua-duaan dengan bukan muhrim (min= 1.53),
membawa bahan lucah (min= 1.51), menganggu ketenteraman awam (min= 1.51),
mengancam orang lain (min=1.49), membuli pelajar lain (min=1.48), mengedar rokok
(min=1.44), memecahkan kerusi (min=1.43), melanggar peraturan asrama (min=1.43),
menjual rokok (min=1.41), memecahkan meja (min=1.40), menconteng dinding kelas
(min=1.37), memeras ugut (min=1.35), minum minuman yang memabukkan (min=1.35),
menconteng dinding tandas (min=1.35) dan mencederakan guru (min=1.25). Meskipun
nilai min yang diperolehi adalah rendah dan sederhana tetapi ini jelas menunjukkan bahawa
perceraian memberi impak kepada salah laku remaja selepas perceraian meskipun salah laku
yang dilakukan itu tidak melibatkan kes jenayah tetapi perkara ini perlu diambil berat oleh
semua pihak.

Dapatan ini adalah selari dengan dapatan Md. Myidin (2009,) dalam kajian beliau
bertajuk Buli/Poteng/Rokok. Beliau mendapati gejala sosial seperti buli, ponteng dan
merokok (BPR) semakin meningkat dari semasa ke semasa dan salah satu punca penglibatan
remaja dalam masalah ini adalah disebabkan perceraian ibu bapa di samping faktor yang lain
seperti rakan sebaya, tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin,
terlalu dimanjakan oleh ibu bapa, bosan dengan sekolah, membuli pelajar dan ingin
menunjukkan kekuatan mereka.

Demikian juga menurut Koziey (1982: 99) dalam kajiannya bertajuk Broken
Homen: Impact and Adolescent, keretakan rumah tangga dan perceraian ibu bapa memberi
kesan kepada tingkah laku dan sahsiah anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam
suasana harmoni dan kasih sayang akan melahirkan personaliti yang baik. Sementara anak-
anak yang dibesarkan dalam keluarga kucar kacir dan bercerai cenderung membentuk sikap
dan personaliti tidak baik.

Dapatan ini selari dengan kajian Rojanah, Rumaya dan Siti Nor (2002 : 126) yang
mendapati bahawa remaja yang mempunyai ibu bapa yang bercerai berpotensi untuk
melibatkan diri dalam tingkah laku delinkuen, antaranya penyalahgunaan dadah, ponteng
sekolah, seks bebas, kelakuan membela diri, lari dari rumah, digantung sekolah, bergaduh,
memusnahkan harta benda, mencuri. Menurut Abdul Rahman Muhamad al-Isawi (1987:50)
dalam kajian remaja yang mengalami tekanan kebanyakan daripada keluarga yang
bermasalah. Tetapi remaja yang stabil mereka datang daripada keluarga yang stabil dan tiada
masalah. Remaja yang bermasalah akan melepaskan masalah mereka dengan minum arak,
dadah dan kadang-kadang membawa kepada jenayah seperti bunuh, rogol dan sebagainya.
Demikian juga, pandangan Koziey (1982, 95) remaja yang datang daripada rumah tangga
yang runtuh disebabkan perpisahan dan perceraian ibu bapa atau pun kematian salah seorang
daripada keduanya juga mempunyai konsep kendiri yang rendah, mereka lemah dari segi
kawalan diri, hubungan sosial dan penampilan diri berbanding remaja yang keluarga induk.

KESIMPULAN

Kesimpulannya dari kajian ini dapat dirumuskan bahawa perceraian ibu bapa adalah
memberi implikasi terhadap salah laku anak-anak mangsa perceraian. Walaupun tiada salah
laku kronik namun masalah-masalah ponteng sekolah, memiliki, menyimpan, menjual
rokok, membawa telefon bimbit dan bergaduh perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Ini
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


780

kerana salah laku ini dilakukan pada sesi persekolahan yang boleh memudharatkan orang
lain. Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menanganinya walaupun ia termasuk
dalama masalah kecil dan sederhana. Ibu bapa, sekolah (guru dan PBIG) dan masyarakat
perlu menggembeleng tenaga dalam menangani masalah salah laku dalam kalangan remaja.
Nasihat dan tunjuk ajar dan program membina jati diri remaja di peringkat akhir sekolah
rendah sehingga peringkat sekolah menengah adalah memerlukan usaha sama dari semua
pihak tersebut. Ini kerana pada peringkat tersebut bermulanya berlaku perubahan pada
remaja dari segi fizikal, mental dan tingkah laku. Tahap pengukuran sejahteranya
masyarakat ialah bermula dengan zaman remaja, sekiranya remaja sejahtera maka sejahtera
sesebuah masyarakat, agama dan negara.

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2006. Institusi Keluarga 21 Menghadapi Alaf Baru. Cet. 1. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distribuors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Muhammad al-Iysawi. 1987. Al-Saikulujiyyah al-Murahiqah al-Muslim al-
Muasir. Kuwait: Dar al-Saiq.

Ahmad Redzwan Mohd Yunus. 2003. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam dan
Penyelesaian. Selangor: PTS Publications.

Ahmad Zaki Badwi. 1987. Mu
c
jam Mustalahat al-Ri
c
ayat al-Tanmiyyat al-Ijtima
c
iyyat.
Kaherah: Dar al-Kutub al-Misri.

Al-Razi, Muhammad b. Abi Bakr b. Al-Qadir. 1993. Tartib mukhtar al-Sihah. Kaherah: Dar
al-Kutub al-Misri. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Tahir, Ahmad Al-Zawi. 1992. Tartib al-Qamus al-Muhith al-Tariqatu al-Misbah al-
Munir wa Asasu al-Balaghah. t.tp: Darul Alimu al-Kutub.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Hurluck, Elizabeth B. 1973. Adolescent development. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Inc.

Ibn. Manzur al-Afriqiyyi al-Maisir. 1967. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sodr.

J AKIM, Statistik Pendaftran Cerai Mengikut Negeri tahun 2006-2011: 27 Dis 2012.

J as Laile Suzana J aafar. 2008. Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja.
Selangor: Percetakan Polygraphic (M) Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Bahasa. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairani Zakaria @ Abdul Hamid. 2004. Kesan Perceraian Terhadap Kehidupan Remaja
Muslim: Suatu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Langkawi. Ijazah Sarjana
Usuluddin. Universiti Malaya.
Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013)
13 November 2013
ISBN 978-967-5478-61-1


781

Koziey, P.W. 1982. Broken Homes: Impact and Adolescent. J ournal of Educational
Research. v 28: hlm. 95-99.

MD. Mydin Md. Syeriff. 2009. Gejala Sosial Negeri Selangor Buli/Ponteng/Rokok. Seminar
Mencegah Gejala Sosial Selangor. Hotel Grand Bluewave, Selangor, 24-25 J un.

Medinnus, Gene R, J ohnson, Ronald C. 1976. Child and Adolescent phsycology. Edisi
kedua. New York: J ohn Wiley & Sons, Inc.

Mohamed Sofee Razak. 2013. Gejala Moral Remaja Ancaman Besar Negara. Berita Harian.
1 Mac.

Rohani Ismail. 2002. Perilaku Devian Remaja awal dan hubungan dengan faktor keluarga-
mengikut persepsi remaja satu kajian di sebuah sekolah menengah di Selayang. Tesis
Ijazah Sarjana Sains Perubatan. Fakulti Perubatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozumah Kahar, Rumaya J uhari & Siti Nor Yacoob. 2002. Pengantar Perkahwinan dan
Keluarga. UPM: Malindro Printers Sdn. Bhd.

Sabkiah Mansor. 2009. Tahap persepsi remaja, personaliti dan penyesuaian terhadap
perceraian. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Statut

Akta Kanak-Kanak 2001

Akta Mahkamah J uvana 1947

Akta Pekerjaaan Kanak-Kanak Dan Orang Muda 1996

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

Anda mungkin juga menyukai