Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN TENTANG LATIHAN INDUSTRI




1.1 PENGENALAN
-----------

1.1.1 Pendahuluan.

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam
kurikulum pembelajaran Politektik Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum
diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.
Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester
iaitu selama enam bulan bagi mendedahkan mereka kepada alam
pekerjaan yang sebenar.








1.1.2 Objektif Latihan Industri.

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar :

a)Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
b)Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
c)Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari
dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
d)Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
e)Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan semasa di industri.


1.1.3 Objektif Laporan.

Objektif laporan untuk latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar :

a)Membina personaliti individu.
b)Merujuk semula kerja yang telah dilakukan semasa latihan industri.
c)Memberitahu kerja-kerja yang telah dilakukan semasa latihan industri.
d)Menguji sama ada pelajar faham tentang kerja yang dilakukan.
e)Menyediakan laporan rasmi dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan
oleh politeknik.




1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar.

Latihan 3ndustry ini sangat penting bagi pelajar untuk memahami
dengan lebih mendalam lagi tentang apa yang mereka pelajari di
politeknik. Latihan Industri ini banyak memberi gambaran tentang apa
yang bakal ditempuhi oleh Pelajar di alam pekerjaan nanti. Latihan
3ndustry ini dapat membantu pelajar melakukan sendiri kerja-kerja yang
diberi oleh penyelia mereka. Pelajar juga dapat mempraktikkan
kemahiran yang mereka pelajari di politeknik.

Pelajar dapat membina 3suasana yang baru ketika mereka
menjalani latihan 3industri ini. Mereka akan menjadi seorang yang lebih
matang dalam pemikiran dan lebih bertanggungjawab dalam melakukan
tugas mereka. Diharap latihan 3industri ini akan diteruskan untuk
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.












1.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.2.1 Pengenalan Firma




























BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


2.1 PENGENALAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri di Syarikat Telekom
Malaysia ini iaitu dari 4 Julai 2011 sehingga 2 Disember 2011,kira-kira selama
20 minggu. Banyak aktiviti yang telah saya lakukan. Aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang latihan industri ini telah memberi pelbagai manfaat dan
pengetahuan kepada saya tidak kira pada masa sekarang mahupun di masa
hadapan. Selain itu, saya juga dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah
dipelajari di politeknik semasa di organisasi ini. Semasa berada di organisasi ini
saya telah dibahagikan kepada unit-unit berikut :

1. Unit Main Distribution Frame (MDF)
2. Unit Local Maintainance Group (LMG)
3. Unit DSLAM
4. Unit FIBER
5. Unit Distribution Side (DSIDE)
6. Unit Exchange Side (ESIDE)
7. Unit Primer Red Infra (PRI)
8. Unit (ICC)
9. Unit Ibusawat (SWITCHING)
10. Unit Restoration Coordination Centre (RCC)
11. Unit High Speed Broadband (HSBB)

2.2 Unit Main Distribution Frame (MDF)
MINGGU 1 :
Melapor diri kepada En.Zailani Bin Mohd Zain di Exchange TM Sg.Way.
Kemudian melaporkan pula diri kepada En.Anuar Bin Mohamad di TM Subang
Airport. Saya diperkenalkan kepada En.Ahmad Bin Osman di unit MDF.
Diterangkan tentang tugas yang dilakukan di unit ini. Selain itu, saya diajar
bagaimana cara untuk membaca bacaan LEN yang dirujuk dari buku sisi
ibusawat LEN GUIDE.
CONTOH BACAN LEN : 000010841
BACAAN DI BUKU LEN GUIDE : 7 N / 1 3
Selain itu, saya diterangkan juga tentang beberapa maklumat tempahan :-
1. P-N -> Pemasangan baru untuk talian biasa.
2. P-Y -> Pemasangan baru untuk talian streamyx.
3. T-N -> Pindah tanpa talian streamyx.
4. T-Y -> Pindah dengan talian streamyx.
MINGGU 2 :
Belajar bagaimana cara untuk memasukan data baru kedalam buku pertukaran
pair E/SIDE. Selain itu, saya juga diterangkan tentang BAR dan LEN, 1 blok LEN
terdapat 96 atau 100 pair. Manakala bagi 1 blok BAR pula terdapat 100 pair.
Salah seorang daripada kakitangan MDF iaitu En.Siva. Beliau telah mengenalkan
kepada saya peralatan-peralatan yang digunakan untuk proses jumpering dan
cara untuk menggunakannya.
Antara peralatan-peralatannya :-
1. Puncher Krone -> untuk blok jenis krone.
2. Puncher Quante -> untuk blok jenis quante.
3. Puncher Siemen -> untuk blok jenis siemen.
4. Puncher Northen -> untuk blok jenis northen.


MINGGU 3 :
Diberi peluang untuk menarik jumper bagi tempahan jenis P-N, dibawah
pemerhatian En.Siva. Setelah selesai proses penyambungan jumper. Saya
akan mendail 1313 untuk memastikan sama ada no.telefon sama dengan
tempahan yang diterima atau tidak.

2.3 Unit DSLAM
MINGGU 4 DAN 5 :
Saya dikenalkan kepada En.Saiful dan En.Fahmi dari unit Dslam. Mereka telah
Memberikan saya penerangan tentang jenis-jenis kabel yang digunakan di TM
dan kabel yang jarang digunakan di TM.
Sering diguna oleh TM Jarang digunakan oleh TM
- 24 core
- 48 core
- 96 core
- 144 core
- 2 core
- 4 core
- 8 core
- 12 core

Jadual 2.3.1 : jenis-jenis kabel
Selain itu, saya juga telah diberitahu tentang sistem fiber untuk talian telefon.
Ia terbahagi kepada dua, iaitu :-
Sistem DLC Sistem MSAM
- Fujitsu
- Marconi
- Permec
- Mini DC
- Huawei
- ZTE
- Marconi Edison


Jadual 2.3.2 : jenis sistem




2.4 Unit Fiber
MINGGU 6 :
Saya diperkenalkan kepada En.Jefri dan En.Afiq dari unit Fiber. Mereka
menerangkan tentang kerja-kerja yang dilakukan di unit mereka.






Gambarajah blok 2.4.1: untuk fiber optik

2.5 Unit Local Maintanance Group (LMG)
MINGGU 7 :
Saya diperkenalkan kepada En.Hamizi dari unit LMG. Beliau memberi
penerangan tentang perkara yang perlu dilakukan selepas menerima
DOCKET, sama ada dari sistem sipikat ataupun diambil dari pejabat, manual.










Sumber
isyarat
Penukar
voltan
pemodulat LED
Photo
diod
Penukar
I /V
Penyahmodulatan Penerima



















Jadual 2.5.3 : perkara yang perlu dilakukan selepas menerima DOCKET

MINGGU 8 :
Mempelajari cara-cara pemasangan talian steamyx dirumah pelanggan dan
bagaimana cara penyambungan yang dilakukan di kabinet. Selain itu, saya juga
diajar cara untuk menkofigurasi modem bagi talian streamyx.


kabinet
E/side D/side
Tiada
kerosakan
Terdapat
kerosakan
Perlulah
menghubungi
unit MDF
Periksa
dibahagian
switching
Tiada
kerosakan
Terdapat
kerosakan
Hubungi
pelanggan
untuk
memaklumkan
Pergi ke
premis
pelanggan
Tiada tone di
telefon
Periksa semula
di E/side
(kabinet)
Periksa
telefon untuk
kepastian
Ada tone

MINGGU 9 :
Mengenali jenis-jenis kabinet yang biasa digunakan untuk talian tempatan,
Iaitu :-
1. Kabinet APO (Australian Post Office)
2. Kabinet KRONE (Cross Connecting Cabinet)
3. Kabinet POUYET (Cross Connecting Cabinet)

2.6 Unit Distribution Side (D/SIDE )
MINGGU 10 :
Saya dikenalkan kepada En.Hasyim, En.Abu dan En.Firdaus dari unit D/Side.
En.Abu telah menerangkan tentang susunan warna pada kabel kepada saya.
Kabel 10 talian :-
1. Putih dan biru
2. Putih dan oren
3. Putih dan hijau
4. Putih dan coklat
5. Putih dan kelabu
6. Merah dan biru
7. Merah dan oren
8. Merah dan hijau
9. Merah dan coklat
10. Merah dan kelabu
Susunan setiap pair ini haruslah mengikut turutan dan dibaca mengikut arah
jam.






2.7 Unit Exchange Side (E/Side)
MINGGU 11 :
Saya dikenalkan kepada En.Param dan En.Ramasamy dari unit E/Side.
Dibawa kebilik CHAMBER untuk melihat sambungan kabel dari biliK MDF
terus keluar. Terdapat 3 jenis kabel yang terdapat dibilik ini iaitu :-
1. Lead Kabel
2. Echo Kabel
3. Fullfill Kabel
Saya juga diterangkan tentang joint yang terdapat didalam bilik CHAMBER ini.
Terdapat 2 jenis kabel yang terdapat dibilik ini iaitu :-
1. Joint Universal
2. Joint PSI Closure Dielectric

2.8 Unit Primer Red Infra (PRI)
MINGGU 12 :
Pada minggu ini saya telah pergi ke TM Subang Jaya untuk meneruskan Latihan
Industri saya. Saya dikenalkan kepada En.Azhar dari unit PRI. Beliau telah
menerangkan kepada saya tentang PRI. Setiap PRI mempunyai 200 saluran
tetapi hanya 30 saluran sahaja yang boleh digunakan dalam satu masa.
30 saluran itu termasuklah panggilan masuk dan juga panggilan keluar.








2.9 Unit ICC
MINGGU 13 :
Pada minggu ini saya masih lagi berada di TM Subang Jaya tetapi berada di unit
ICC dibawah pemerhatian Pn.Fazilawati dan Pn.Azmarika. Di unit ini saya telah
ditunjukkan kepada sistem-sistem yang digunakan oleh TM di bahagian RNO.
Salah satu sistem yang digunakan ialah sistem I-Careprime (ICP). Didalam
sistem ICP ini saya boleh melihat :-
1. Tempahan untuk talian telefon
2. Tempahan untuk talian telefon streamyx
3. Tempahan yang baru diterima
4. Docket dan lain-lain

2.10 Unit Ibusawat (SWITCHING)
MINGGU 14 :
Pada minggu ini pula saya telah dipindahkan ke TM Kelana Jaya pula untuk
meneruskan Latihan Industri saya. Saya telah diperkenalkan kepada En.Khairul
dari unit Switching. Beliau telah membawa saya ke bilik bateri dan telah
mengajar saya bagaimana cara untuk memeriksa bacaan voltan pada setiap
bank-bank bateri yang terdapat dibilik ini.
MINGGU 15 :
Dibawah tunjuk ajar En.Rosli, saya telah diajar bagaimana cara untuk membuat
COMMAND HANDLING di dalam sistem.






2.11 Unit Restoration Coordination Centre (RCC)
MINGGU 16 :
Pada mingu ini pula saya telah pergi ke TM Sg.Way untuk meneruskan Latihan
Industri saya di unit RCC. Saya dibawa berjumpa dengan En.Ramli selaku
penyelia di unit ini untuk melapor diri. Kemudian diserahkan kepada Pn.Hidayu
untuk diberi tunjuk ajar tentang RCC.
Di unit RCC ini saya dapat melihat dengan lebih lengkap tentang data-data
pelanggan di dalam sistem I-Careprime (ICP), MCM & B dan sistem WEBSTAR.
MINGGU 17 :
Saya telah ditugaskan oleh Pn.Lina untuk membuat Trouble Report Closing
Form, dimana saya haruslah menjawap panggilan daripada kumpulan docket
dan membuat remark bagi setiap panggilan yang diterima.

2.12 Unit High Speed Broadband (HSBB)
MINGGU 18 :
Pada minggu ini pula saya berada di TM Subang Airport. Dan meneruskan
Latihan Industri saya di unit HSBB. Saya telah ditugaskan untuk mengikuti
En.MZ dan En.Najib di bahagian pemasangan baru.
Peralatan yang diperlukan dalam pemasangan UNIFI :-
1. VDSL2 MODEM / ONU
2. RESIDENTIAL GATEWAY (RG)
3. DECT PHONE MOTOROLA
4. SET-TOP-BOX (STB)






MINGGU 19 :
Ditugaskan untuk melakukan proses DONE bagi proses pemasangan UNIFI
yang telah dibuat di premis pelanggan. Sistem yang perlu digunakan untuk
proses ini ialah Nextgen Opportunity and Vibration (NOVA) .
MINGGU 20 :
Mempelajari proses menkonfigurasi VDSL2 MODEM/ONU dan RESIDENTIAL
GATEWAY (RG). Hanya peralatan ini sahaja yang perlu dikonfigurasikan
sebelum proses pemasangan dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai