Anda di halaman 1dari 2

Nama : Abang Azuan Bin Suud

Refleksi : BIG Fasa 5



Bagi program Bina Insan Guru fasa yang kelima ini, kami telah melaksanakan di
Sekolah Kebangsaan Penggu, Pasir Mas, Kelantan bagi mengadakan Lawatan
Penanda Aras atau Bench Marking. SK Penggu merupakan Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK) selama beberapa tahun berturut-turut atas pimpinan Tuan Haji
Mohd Fadzil Bin Ibrahim, Guru Besar SK Penggu. Bagi menyempurnakan matlamat
BIG pada kali ini iaitu memberikan kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan
pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti
ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional, kami
telah memilih SK Penggu bagi melihat sendiri pengurusan dari segi akademik
terutamanya Matematik kerana sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai
Sekolah Kluster Kecemerlangan dan mencatat rekod yang cemerlang dalam subjek
Matematik UPSR.
Melalui program ini, kami telah mempelajari pelbagai pengetahuan baru dalam
pengurusan BIG tersebut. Kerjasama di antara kami sangat menonjol kerana kami
saling bantu-membantu dalam sesuatu hal walaupun sudah mempunyai tugas dan
tanggungjawab sendiri. Selain itu, kami sering bergerak dalam kumpulan kecil bagi
menyelesaikan sesuatu seperti membuat tempahan bas dan sebagainya. Sikap tolak
ansur dan kerjasama ini amat penting bagi seorang guru kerana murid bukanlah
berjaya kerana seorang guru sahaja tetapi memerlukan kerjasama daripada
sekumpulan guru bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Pada pendapat saya, SK Penggu sememangnya sesuai dan tepat jika diiktiraf
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan kerana mempunyai sistem pengurusan yang
sistematik, kemas dan teratur. Pengurusan yang sistematik ini dapat dilihat dengan
jelas melalui sistem pemfailan sekolah tersebut kerana mempunyai bilik-bilik khas bagi
meletakkan fail murid dan fail pentadbiran. Selain itu, fail tersebut juga menggunakan
sistem arkib negara yang mudah untuk dicari, kemas dan teratur. Sistem seperti ini
haruslah digunakan di semua sekolah kerana memudahkan pihak pentadbir untuk
mencari fail apabila diperlukan. Selain sistem pemfailannya yang teratur, prestasi
akademik sekolah tersebut juga menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana
mempunyai bilangan murid yang lulus bagi semua subjek adalah tinggi. Bagi subjek
matematik pula, prestasi menunjukkan bahawa sekolah tersebut mendapat pencapaian
seratus peratus lulus bagi beberapa tahun berturut-turut. Ini adalah hasil kerjasama dari
pada pihak pentadbir, guru-guru sehinggalah kepada pembantu am yang bersama-
sama menjayakannya. Seterusnya, suasana sekolah tersebut sangat kondusif kerana
murid sekolah tersebut sangat berdisiplin. Ini adalah hasil jangka masa lama yang telah
diterapkan guru-guru bagi membentuk murid yang berdisiplin.
Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini
yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal, memupuk
sikap kerjasama antara kami dan seterusnya dapat membantu kami bagi membina jati
diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap agar program
Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu yang terakhir akan memberikan ilmu lebih lagi dalam diri
saya.

Anda mungkin juga menyukai