AJ20403 Tatacara Penyelidikan dan Penulisan Sejarah
Tracy Matthew (BA12110508)
Nur Hazimah Mohd Kassim ( BA1211036) Tutor: Miss Salbiah Masa & Hari: 10am & SELASA
Soalan 4 : A document usually means a primary sourcethat can give us information about a person or a specific period. This might be an eye witness account of some sort: a government proclamation, a photograph, a diary, film or even a building, ...Primary sources might equally constitute evidence that at first glance we might not imagine as evidence at all, revealing details about the past that the author of the document had not planned to divulge and informing many areas of historical study...There is then method to working with historical documents. Mostly this method consists of asking questions of the document. Bincangkan pernyataan ini. Pengenalan E.H. Carr - The function of the historian is neither to love the past nor to emancipate himself from the past, but to master and understand it as the key to the understanding of the present. Membincangkan bagaimana sumber primer menjadi satu elemen yang penting dalam ilmu sejarah. Membincangkan kaedah atau teknik yang digunakan untuk membuktikan kesahihan sesuatu sumber primer. Bagaimana sumber primer itu boleh membantu sejarawan atau pengkaji dalam sesebuah penulisan sejarah. Konsep Sumber Istilah sumber dalam sejarah sering ditafsirkan sebagai punca, dokumen, atau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau source bermaksud sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulin dan asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. (Suntharalingam, 1985) Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, beliau mengistilahkan sumber sebagai punca pemikiran atau ilham seperti penulisan. (Muhd Yusuf Ibrahim, 1997) Pendapat Profesor Sartono Kartodirdjo pula sumber adalah membawa maksud dokumen, monumen, artifak, foto, tape dan lain-lain lagi selain data verbal yang berbentuk tulisan. (Suntharalingam, 1985) Sumber Primer Merupakan sumber yang belum ditafsir dan diolah oleh sejarawan Bahan yang berbentu kerta, fosil, artifak dan keterangan lisan Bersifat asli Menurut Muhd Yusuf Ibrahim: Merupakan kumpulan sumber bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu. Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yele: A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic under investigation. The nature and value of a source cannot be determined without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same document, or other piece of evidence, may be a primary source in one investigation and secondary in another. The search for primary source does not, therefor, automatically include or exclude any category of records or documents. (http://www.library.yale.edu/refer/primsrcs.htm.)
Menurut Louise Gottschalk dalam buku beliau Understanding History : A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any another of the senses, or of a mechanical device like the dictaphone that is, of one who or that which was present at the events of which he or it tells (hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus have been produced by a contemporary of the events it narrates. It does not, however, need to be original in the legal sense of the word original-that is, the very document ( usually the first written draft) whose contents are the subject discussion for quite often a later copy or a printed edition will do just as well; and in the case of the Greek and Roman classics seldom are any but later copies available. Ciri-ciri sumber Primer Sumber yang belum di tafsir dan di ubahsuai kandungannya Tidak di terjemahkan dalam bahasa lain. Contoh, Inggeris kepada Bahasa Malaysia sukar diperolehi dan terhad Contoh-Contoh Sumber Primer
Batu bersurat di Terengganu Dokumen kerajaan
Catatan Klasik China Diari
Kaedah dan Teknik Kesahihan Sumber Primer Kritikan Sumber Menurut March Bloch, kritikan sumber merujuk kepada kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian dan syak wasangka terhadap sesuatu fakta. (Suntharalingam, 1985) R.G. Collingwood menyifatkan bahawa kaedah kritikan sebagai sejarah kritikal yang boleh diertikan pentafsiran sumber sebagai penilaian bagi memastikan sesuatu objek dan maklumat yang digunakan itu benar atau palsu. (Suntharalingam, 1985) Tafsiran Sumber satu proses penting dalam kaedah sejarah tafsiran sumber dilakukan dengan adanya kritikan keatas sumber dan dokumen tafsiran sumber juga dilakukan untuk mengenalpasti siapa penulis dan dari mana sumber itu dihasilkan. Menurut John Cannon : The historian is not a chronicler of the past events but an interpreter of the past and his success or failure depends to a considerable extent upon the balance he success in striking between himself and the past. (John Cannon, The Historian at Work) Faktor Kaedah atau Teknik Kesahihan Sumber Primer dilakukan. Perbuatan pemalsuan sumber tidak dapat dinafikan kewujudannya, yang mana dilakukan oleh individu atau organisasi yang mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding hasil daripada perbuatan mereka tersebut. Pemalsuan sumber disini bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam suimber yang asli bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber. (Muhd Yusuf Ibrahim, 1986) Memelihara sifat objektiviti sesuatu sumber primer seperti yang dikatakan oleh Leopold Von Ranke iaitu seperti sebenarnya berlaku. Hal ini disokong oleh penyataan R.G. Collingwood yang mana sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarawan itu sendiri mengolah sumber-sumber tersebut. ( Muhd Yusuf Ibrahim, 1988,1986) Memastikan sesuatu sejarah itu mampu menyumbangkan kegunaan kepada individu, masyarakat dan negara. Sebagai contoh empat kegunaan utama sejarah ialah digunakan untuk rekreaktif(mempelajari), inspiratif(inspirasi), instruktif(pengetahuan) dan edukatif(pengajaran). (Louis Gotschalk, 1950) Analisis soalan Sumber primer adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya itu yang memberikan kita pemahaman yang terus dari sumber asal , pemahaman seolah-olah anda berada di sana iaitu tentang masa lampau. Ia juga merupakan alat yang sangat penting yang perlu ada oleh seorang ahli sejarah untuk membina suatu pemahaman tentang sesuatu peristiwa. Sumber primer berfungsi sebagai bukti yang mana ahli-ahli sejarah gunakan dalam membina satu tafsiran dan dalam membina satu hujah untuk menyokong tafsiran itu. Sejarawan akan menggunakan sumber primer tidak hanya untuk menolongnya memahami dengan lebih baik apa yang telah berlaku, tetapi juga sebagai bukti apabila ianya menjawab soalan-soalan dan menbina hujah-hujah mengenai masa lampau. Kesimpulan Secara keseluruhannya, kita dapati bahawa sumber pertama adalah sumber yang belum diolah, ditafsir, diubahsuai dan bersifat asli. Sumber primer sukar untuk kita dapati kerana sumber ini terdapat di institusi-institusi yang terhad seperti arkib, muzium dan juga ada yang telah terhapus. Dalam mengkaji sumber primer, penggunaan kaedah kritikan dan kaedah tafsiran amat diperlukan untuk memcari atau mengenalpasti sama ada sumber yang dikaji itu adalah sumber pertama atau sekunder. Rujukan Abdul Rahman Haji Abdullah.1996.Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Louis Gottschalk,ed. ,Generalization in the Writing of History. London: University of Chicago Press.
Muhd. Yusuf Ibrahim.1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka dan Bahasa.
Muhd. Yusuf Ibrahim.1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam.1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn. Bhd.