Anda di halaman 1dari 9

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

1


CERPEN
Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada
kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa
Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Dari segi criteria, keperluan, acuan dan
teknik atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen daripada short story
sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26).
Berbeza dengan novel yang panjang dan kompleks, cerpen hanyalah karya prosa yang
pendek. Sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 1500 patah perkataan
sahaja.
Dalam sesebuah cerpen, ceritanya berpusat pada watak yang menggambarkan satu siri
aksi atau peristiwa yang terbatas. Sebaliknya novel lebih banyak menunjukkan watak yang
berkembang akibat daripada beberapa peristiwa yang dialaminya.
Cerpen mengemukakan cerita dengan latar yang terbatas, jangka waktu yang pendek.
Pertalian ceritanya pula tidaklah kompleks berbanding dengan novel.
Menurut Hussain dan rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula
mendefinisikan cerpen sebagai singkatan 'cerita pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif
pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya, sesebuah cerpen
biasanya mengandungi antara 500-15,000 patah perkataan. Ia mempunyai kesatuan
terutamanya dalam plot disamping unsur lain seperti tema, kesan, watak, mood dan gaya.
Manakala menurut pendapat Arena Wati (1995: 112) cerpen iaitu cerita pendek yang
menentukan tentag dirinya sendiri, atau orang yang meneliti cerpen itu yang memberikan
batas lingkungan untuk dunia cerita pendek. Kalau cerita pendek membentuk dirinya begitu
dan persoalan genesis yang tumbuh secara wajar. Para pengarang tanpa sedarnya,
menumbuhkan asas, lalu para peneliti sastera kemudiannya menemukan ciri dalam tubuh
cerita pendek; dan daripada penemuaan ini mereka menggariskan suatu komponen norma
sebagai suatu pensyaratan identiti cerita pendek.
Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif
fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan karya-karya
fiksi yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian modern) dan novel.
NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
2

Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
a. Yang pertama
Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya
dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh
direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan
pengalaman.
b. Yang kedua
Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya
cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik
oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan
pengajaran dan hiburan.
c. Yang ketiga
Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir
iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada
matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.
d. Yang keempat
Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan
peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

TEMA DAN PERSOALAN
persoalan pusat atau persoalan pokok dalam sesebuah novel. Persoalan pusat ini
menjadi inti kepada keseluruhan idea yang diterapkan di dalam keseluruhan perjalanan
cerita, di dalam tema ini wujudnya semua cita-cita pengarang di dalam novel dan ia juga
menjadi konsep abstrak yang disampaikan melalui watak-watak dan imej-imej atau simbol.

Rahman Shaari (1985:99)
NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
3

Tema merupakan inti sari, idea pokok, atau dasar cerita. Dengan kata lain, tema
adalah gagasan pokok atau isu utama pengarang yang mendasari penyusunan cerita
sekaligus menjadi sasaran cerita itu. Tema boleh merupakan persoalan moral, etika, agama,
sosial budaya atau tradisi. Tema dapat ditimbulkan melalui berbagai cara, misalnya melalui
dialog tokoh-tokohnya, konflik-konflik yang dibangun atau melalui komentar secara tidak
langsung.
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara
langsung (eksplisit) atau tidak langsung ( implisit ). Sesuatu tema itu lazimnya dihidupkan
dengan memasukkan beberapa persoalan lain yang ada hubungannya dengan tema utama.
Wujudnya persoalan yang pelbagai dalam karya bertujuan menghidupkan dan
memperkukuhkan tema.
Dalam sesebuah karya sastera, tema tidak dapat dilihat hinggalah pembaca selesai
membaca karya berkenaan. Dalam sesebuah cerpen, tema juga amat penting. Walaupun
cerpen adalah hasil penulisan yang pendek, namun tetap memerlukan tema.
Manakala persoalan pula bermaksud perkara-perkara atau isu-isu yang lebih kecil
yang ada hubungan langsung dengan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam
karyanya. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada
hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera akan
membantu pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan dengan budaya
atau persekitaran masyarakat.







NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
4

ULASAN CERPEN - CERPEN DALAM MAJALAH DEWAN SASTERA
TEMA DAN PERSOALAN
1. Tubuh Tanpa Aura karya Azizi Haji Abdullah
(Dewan Sastera, Februari 2011)


LATAR BELAKANG PENULIS

Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj, Jamong,
Qalam Adly, Shahrulmanjarishah, Susilawati dan Tukya. Beliau lahir pada 4 April 1942 di
Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota
Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul
Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah
agama, kira-kira dalam tahun 60-an.
Dalam bidang penulisan cerpen, Panel Hakim Hadiah Karya Sastera pernah menyebut
Azizi sebagai cerpenis tanah air yang terbaik terutama setelah Azizi memenangi Hadiah
Karya Sastera sejak tahun 1972 hingga tahun 1975 berturut-turut. Pada tahun 1975 juga,
Azizi memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Agama anjuran Jabatan Perdan
Menteri dengan dua buah cerpennya yang berjudul Keakuan dan Menuju ke Takah Tiga.
Azizi pernah beberapa kali memenangi hadiah Sayembara Cerpen Esso- GAPENA yang
disertainya.


NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
5

TEMA DAN PERSOALAN DALAM CERPEN TUBUH TANPA AURA

Cerpen Tubuh Tanpa Aura nukilan Azizi Hj. Abdullah, berkisar pada watak Aku
yang berkenalan dengan gadis Surinam juga bernama Surinam (lahir di Changloon, Kedah
hasil perkahwinan Mohd Kabil, seorang Melayu dengan warga Surinam). Surinam dibawa
kembali ke negara asal ketika masih kecil, dan ibubapanya pula meninggal dunia tidak lama
selepas itu. Surinam menjadi rapat dengan watak Aku ketika mereka berjumpa semasa
sasterawan dan budayawan Malaysia mencari diaspora Melayu di seluruh dunia. Surinam
ingin sekali menjadi Melayu.
Sepuluh tahun selepas pertemuan pertama di Surinam, protagonis ini datang ke
Malaysia semata-mata mahu menjadi Melayu. Apa yang menariknya, watak Aku tidak
mampu untuk membantu Surinam menjatidirikan menjadi Melayu, kerana dari
keturunannya, memang dia seorang Melayu (ayahnya Melayu dari Malaysia). Kerana itu,
Surinam kemudiannya mencari jatidiri Melayu dengan menziarahi muzium dan mengkaji
ekologi orang Melayu dan dunia Melayu. Dapatannya sungguh mejengkilkan watak Aku,
kerana orang Melayu yang gagah dan kuat jati dirinya semasa zaman Tom Pires (1512-1515),
tetapi Melayu sekarang, seperti puisi Usman Awang Malangnya Melayu itu kuat bersorak.
Terlalu ghairah berpesta temasya, sedangkan kampung telah tergadai, sawah sejalur tinggal
sejengkal, tanah sebidang mudah terjual. Meski telah memiliki telaga, tangan masih
memegang tali, sedang orang mencapai timba. Surinam hampa bahawa orang Melayu sudah
kehilangan aura kemelayuan. Ini seterusnya membawa kepada tragedi Surinam yang
membunuh diri kerana kekecewaannya.
Secara pragmatik, cerpen ini menimbulkan persoalan mengenai jati diri Melayu. Azizi
memaparkan persoalan yang lama dari sudut yang baru pertemuan di antara diaspora wanita
Melayu-Surinam yang sedang mencari identitinya dengan lelaki Melayu yang sebati dengan
identiti kemelayuaanya. Namun, dapatan diaspora Melayu itu menunjukkan kelunturan jati
Melayu zaman sekarang sangat membimbangkan.




NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
6

2. Kocak di Rimba karya Jong Chian Lai
( Dewan Sastera, Februari 2011)

LATAR BELAKANG PENULIS

Jong Chian Lai dilahirkan pada 10 Oktober 1960 di Kampung Matang, Kuching,
Sarawak. Dunia penulisan Jong Chian Lai bermula dengan genre puisi diikuti dengan genre
cerpen dan novel. Namun begitu, bakatnya lebih menyerlah sebagai penulis cereka.

Meskipun menulis puisi, drama pentas dan rencana, beliau juga dikenali sebagai
penulis cerpen dan novel. Dari tahun 1980 hingga 2005, beliau telah menghasilkan 24 buah
cerpen dan empat buah antologi cerpen yang diterbitkan secara persendirian. Antologi beliau
ialah Musim Terakhir (1988), Bunga Rimba (1998), Menganyam Kedukaan (1999) dan
Dunia Sebayan (2005). Cerpen beliau juga telah diterbitkan dalam 35 buah antologi bersama
penulis lain dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Mandarin.

Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, 1986/87 dan 1988/89.
Pada tahun 1989, beliau memenangi Hadiah Peraduan Menulis Maybank DBP, Anugerah
Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1994 Kategori cerpen, ESSO-GAPENA 1994
Kategori novel (Pemberontakan), Hadiah Novel DBPCS 1997 Menganyam Kedukaan.
Anugerah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1997 Kategori novel dan Formula Malaysia
2000 Kategori cerpen (sagu hati).

Novel Long Busang memenangi Hadiah Novel Remaja DBPCS 2000, manakala novel
Lakei Rimba memenangi Hadiah Novel Umum DBPCS 2002. Pada tahun berikutnya, novel
beliau Ensera Marga Timur dari St. Anthony sekali lagi memenangi Hadiah Novel Umum
DBPCS. Kini beliau terus aktif dalam bidang penulisan. Jong Chian Lai adalah penerima
S.E.A Write Awards 2006 daripada Kerajaan Thailand.


TEMA DAN PERSOALAN DALAM CERPEN KOCAK DI RIMBA

Cerpen ini selain memperlihatkan kesinambungan struktur cerpen-cerpennya yang
terdahulu, turut memperlihatkan elemen yang menambahkan nilai kekuatan cerekanya.
NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
7

Penyelidikan yang dilakukan penulis telah membantu beliau menghasilkan cerpen cerpen
yang bercorak sejarah, perhubungan antara kaum, serta sosiobudaya suku kaum Penan dalam
pelbagai cabaran moden dan pembangunannya.
Kocak di Rimba karya Jong Chian Lai mengemukakan persoalan kejujuran yang
dipertahankan oleh suku kaum Penan di daerah Rimba Long Bedian, akibat berlakunya
pembalakan haram dan pencemaran hutan, di samping para pekerja balak yang merogol anak
gadis mereka bertahun-tahun tanpa pembelaan tauke balak. Watak yang lurus bendul seperti
Kurau Kusin, Gerawat Megud, Busak Elon dan anak perempuannya, dilukiskan pengarang
berdiri tercegat di hadapan tauke balak yang hodoh rupanya seperti seekor lotong itu, dengan
harapan untuk mendapat pembelaan atas perbuatan honar anak buah tauke itu. Tetapi mereka
hanya diberi wang RM100, garam dan ikan kering bagi menutup mulut.
Paling tragis anak buah tauke telah merogol anak gadisnya sendiri, kerana tidak tahu
perbuatan lampaunya (belasan tahun lalu) ke atas seorang gadis (anak Gerawat Megud dan
Busak Elon) menyebabkan gadis itu mengandung dan melahirkan anak perempuan. Suku
kaum yang selama ini dianggap lemah dan sering menjadi mangsa kapitalis itu, akhirnya
mengambil tindakan sendiri dengan membalas dendam. Gerawat Megud berjaya menyumpit
lelaki yang bernafsu serakah (si pennakoh, iaitu roh jahat dalam tubuh binatang) yang
merogol Bungan Gerawat itu.










NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
8

LATAR BELAKANG PENULIS

Jasni Mat Lani

Jasni Matlani adalah karyawan tersohor dalam dunia penulisan cerpen. Beliau mula
berkarya pada tahun 1981 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Sehingga kini beliau mempunyai 12 buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen karya beliau.
Beliau merupakan Yang Dipertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).


TEMA DAN PERSOALAN DALAM KISAH DI SEBUAH TAMAN

3. Kisah di Sebuah Taman karya Jasni Mat Lani
( Dewan Sastera, Januari 2010 )
Kisah di Sebuah Taman karya Jasni Matlani, memaparkan suatu pencarian dalam
hidup, terkesan kekuatan aspek naratif pengarang yang cuba mengauli dunia realisme dengan
nonrealisme. Taman boleh dianalogi sebagai sebuah ruang untuk kehidupan yang menyajikan
rintangan dan masalah. Ini kerana kehadiran saya dan isterinya di sebuah taman yang
selama 25 tahun lamanya menjadi tempat istirehat mereka, boleh dimasuki pelbagai dimensi
kehidupan.
Antara lain ialah persoalan siapa yang boleh mengubah takdir jalan ke taman itu,
sama ada saya (lelaki) atau isterinya (perempuan)? Hal ini dizahirkan oleh watak
perempuan langsing yang menjadikan pasangan suami isteri itu begitu obses dengan
kemunculannya secara tiba-tiba, dan juga dengan pendapatnya yang cukup mencabar.
Tetapi percayalah, suami puan akan melakukan kesalahan, walaupun dia seorang
lelaki biasa yang istimewa. Dia akan melakukan kesalahan yang besar, tegasnya beria-ia.
Cerpen ini juga boleh ditafsir sebagai sebuah fiksyen mimpi, kerana saya mengalami dunia
sub-concious, dan pernah membuang sepotong tubuhnya yang berisi ke tengah halaman
rumah dan hampir mengenai bumbung daun bunga. Apa yang menariknya, benda-benda
bernyawa mahupun yang kaku menjadi perlambangan yang perlu dimaknai menerusi akal
fikiran yang waras.
NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460
9

Tiga watak dipertemukan di dalam taman; sepasang suami isteri dan seorang wanita
bertubuh langsing. Suami isteri yang 25 tahun hidup bersama (dilambangkan dengan sudah
25 tahun melalui jalan yang sama di taman itu), tiba-tiba tergugat dengan kehadiran wanita
itu.
Konflik terbina daripada dialog di antara ketiga-tiga watak tersebut. Dialog
memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesan keseluruhan cerpen ini. Dapat
dianggap bahawa kekuatan cerpen ini sebahagiannya bergantung kepada dialog di antara
ketiga-tiga watak itu. Dialog telah berjaya menggerakkan cerita dengan membina konflik
yang kemudiannya mencapai puncak dengan dialog sedemikian: Banyak perkara yang
berlaku di dunia ini, tidak difahami, walaupun kita bersungguh-sungguh cuba
memahaminya. Secara keseluruhan, cerpen ini berkecenderungan menerapkan nilai-nilai
falsafah menerusi ungkapan-ungkapan yang terasa segar dan baharu.

KESIMPULAN
Tema dan persoalan ialah idea atau pemikiran yang timbul yang berkait secara
langsung dengan tema yang dikemukakan. Berdasarkan maksud tersebut, berkemungkinan
terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran tentang hasil sesebuah karya daripada pelbagai
buku rujukan, namun pemikiran tersebut pasti berkisar pada tema yang diutarakan dan tidak
ada banyak perbezaannnya.
Tema yang ingin disampaikan oleh cerpen adalah berkait rapat dengan gaya bahasa
yang digunakan dalam penulisan. Gaya penulisan tersebut akan membentuk ton bagi cerpen
itu. Tema yang timbul dalam cerpen-cerpen akan mempengaruhi metafora yang akan
digunakan.




( 2,041 patah perkataan )