Anda di halaman 1dari 4

Sila ungkap peribahasa yang sesuai dengan setiap petikan pendek di bawah.

1. Pak Mahdi bekerja sebagai tukang kayu di kampungnya. Dia berjaya


menyiapkan beberapa buah rumah dalam masa yang singkat tetapi hasil
binaannya mendapat tentangan dan kritikan daripada beberapa orang
kampung yang tidak berpuas hati, sedangkan apabila ditanya akan binaan
rumah tersebut sebelum itu, mereka cuma berdiam sahaja.

2. Terdapat seorang hartawan di sebuah kampung yang suka berbudi dengan
rumah anak-anak yatim di situ. Beliau sering mengikuti aktiviti-aktiviti
yang diadakan di rumah anak-anak yatim tersebut seperti gotong-royong
dan sebagainya. Oleh sebab budi pekerti hartawan yang tidak terhingga
itu, dia amat dihormati dan disegani oleh penduduk kampung tersebut.

3. Sebuah tugu peringatan bakal dibina di pusat Kampung Cempedak. Ketua
Kampung tersebut menyerahkan tugas tersebut kepada Pak Abu yang
merupakan pengukir terkenal di kawasan tersebut. Akan tetapi, Pak Abu
yang sudah uzur dan sibuk dengan tempahan ukirannya tidak mampu untuk
menyiapkan tugu tersebut dalam masa yang ditetapkan. Ketua Kampung
terus berikhtiar untuk menyeru penduduk kampung untuk membantu Pak
Abu menyiapkan tugu tersebut dan dalam sekelip mata sahaja, tugu itu
dapat dibina dalam masa 2 hari sahaja.

4. Ah Meng merupakan anak bangsawan dan apa saja kemahuannya akan
dituruti oleh bapanya. Akan tetapi, Ah Meng tidak menghargai sebarang
pemberian bapanya dan menganggap perkara itu remeh-temeh kerana
kekayaan bapanya yang tidak terhingga itu.

5. Amran seorang yang optimistik. Suatu hari, selepas berkenalan dengan
seorang wanita hanya selepas beberapa hari, Amran tangkas menyuruh
emaknya menyiapkan perkakas dan segala kelengkapan untuk majlis
perkahwinannya. Alangkah sedih hati Amran apabila mendapati bahawa
wanita tersebut hanya berdamping dengannya kerana duit semata-mata.

6. George adalah seorang pelajar dari luar negara yang menuntut di Malaysia.
Walaupun George berasal dari Amerika, dia tidak malu untuk mencuba cara
hidup orang Melayu di kampung kawannya. Dia amat menghormati budaya
dan adat-istiadat sungguhpun dia ternyata mempunyai fahaman yang
berbeza.

7. Siti seorang yang angkuh di dalam kelas. Dia merasakan bahawa dirinya
adalah pelajar terpandai di sekolah tersebut. Sebarang ajaran gurunya
disangkal dan baginya hanya tindakannya sahaja yang bernas. Suatu hari,
apabila guru besar menyuruh Siti mengajar akan subjek yang sama kepada
pelajar-pelajar di sekolah tersebut dia hanya terkedu dan tidak mampu
untuk berkata-kata walau sepatah pun.

8. Para pelancong sering memuji akan khazanah yang ada di Malaysia kerana
khazanah tersebut masih lagi tampak sama seperti yang asal walaupun
sudah berusia beratus-ratus tahun lamanya.

9. Lumba haram adalah satu perkara yang membahayakan terutamanya
kepada para pengguna jalan raya yang lain. Halim yang tidak endah akan
nasihat emaknya akan perkara tersebut masih lagi gemar berlumba haram.
2 orang rakannya mati dalam satu kemalangan dan Halim cedera parah
pada bahagian kakinya. Penyesalan di atas kakinya yang lumpuh sudah tidak
bermakna lagi.

10. Perniagaan Pak Lukman menjadi kucar-kacir dan segala urusan di rumahnya
menjadi tidak tentu arah apabila Pak Lukman meninggal dunia. Anak-
anaknya yang sebelum ini mengambil mudah akan perkara tersebut merasa
terumbang-ambing sejak kematian bapa mereka. Mereka seakan buntu
akan jalan penyelesaian kepada semua kekacauan yang melanda mereka
sekarang ini.





Sila kenal pasti kesalahan tatabahasa dan kesalahan ejaan di dalam ayat di
bawah dan sila tulis semula ayat tersebut dalam bentuk yang betul.

1. Joseph sering termenung di dalam kelas. Fikirannya yang mudah merayap
di segenap dimensi lamnunannya membuatkan semua cikgu cepat naik angin
dengannya.

2. Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara menjalankan tugas mereka dengan
amat amanah sekali. Bandaraya tersebut tidak pernah dicaci akan
kebersihan dan lanskapnya, kerana semuanya baik-baik sahaja.

3. Pak Sulaiman adalah di antara ketua kampung yang menghadiri kursus yang
diadakan di balai raya itu. Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu
ternyata berguna untuk para-para pemimpin dalam kampung tersebut.

4. Mak Limah seghera memasukkan RM150 ke dalam banknya pagi tadi
setelah dimaklumkan kepada anaknya yang memerlukan sedikit wang untuk
membaya yuran pengajiannya.

5. Mei Ling gemar akan barangan electronik. Minatnya yang mendalam dengan
pelbagai perisian-perisian sofisthikated menjadikannya obses dan sanggup
menghabiskan ribuan ringgit demi untuk perkara tersebut.

6. Tok halim adalah antara guru silat yang dihormati dan diseghani di dalam
kampung tersebut kerana kelincahannya berdebat dan menghakis segala
ancaman pihak lawan yang datang kepadanya.

7. Sofea gemar melancong di Itali. Tambahan pula, minatnya akan makanan
itali seperti pizza, sphagetti, lasagna serta segala jenis pastri menjadikan
lawatannya ke Itali sebagai satu kenangan terindah buatnya.

8. Ah? Jangan kau nak mengada-ngada. Selama ini, sudah cukup ku berikan
betis, kau nakkan peha lagi? Johan ditaburi kata-katanya dengan nada
yang cukup manis.

Sila bina ayat daripada pasangan perkataan-perkataan di bawah yang
seterusnya menunjukkan maksud yang berlainan untuk setiap kata tersebut.

1. kesat & pesat

2. colok & jolok

3. tangkas & trengkas

4. congak & dongak

5. kelat & kulat

6. cungkil & cangkul

7. dukung & dorong

8. mentah & mengkal

9. hasut & busut

10. terompah & tempah

Anda mungkin juga menyukai