0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
28 tayangan10 halaman
Deskripsi:
Haemostasis adalah proses yang menghalang kehilangan darah yang berlebihan dalam tubuh.
Terdapat 3 tahap dalam proses menghentikan pendarahan darah
1) Vascular spasm(Pencerutan Vascular)
2) Formation of platelet plug (pembentukan palam platlet)
3) Blood coagulation (Penggumpalan darah )
Haemostasis adalah proses yang menghalang kehilangan darah yang berlebihan dalam tubuh.
Terdapat 3 tahap dalam proses menghentikan pendarahan darah
1) Vascular spasm(Pencerutan Vascular)
2) Formation of platelet plug (pembentukan palam platlet)
3) Blood coagulation (Penggumpalan darah )
Haemostasis adalah proses yang menghalang kehilangan darah yang berlebihan dalam tubuh.
Terdapat 3 tahap dalam proses menghentikan pendarahan darah
1) Vascular spasm(Pencerutan Vascular)
2) Formation of platelet plug (pembentukan palam platlet)
3) Blood coagulation (Penggumpalan darah )
tubuh. Terdapat 3 tahap dalam proses menghentikan pendarahan darah 1) Vascular spasm(Pencerutan Vascular) 2) Formation of platelet plug (pembentukan palam platlet) 3) Blood coagulation (Penggumpalan darah )
VASCULAR SPASM (Pencerutan Vascular) Apabila saluran darah rosak/luka, otot lembut di dinding saluran darah akan kejang- ini akan meningkatkan pengecutan saluran darah yang akan menyekat bekalan darah ke kawasan tersebut. Jika saluran darah sederhana atau besar, proses kejang akan mengurangkan serta merta aliran darah bagi mengurangkan kerosakan/kelukaan pada minima untuk persediaan proses hemostasis yang akan datang. Jika saluran darah kecil, proses kejang akan memberi tekanan kepada inner wall (dinding dalam) bagi memberhentikan pendarahan serta merta. Kebiasaaannya trombosit (platelet) bergerak bebas dalam darah.Apabila dinding saluran darah pecah/rosak, ini akan menyebabkan kawasan yang luka tersebut terdedah dengan protein yang berada dalam saluran darah. Trombosit (platelet) akan mula mengembang dan mula membuat rantaian antara satu sama lain dan menjadi sekolompok. PLATELETS STICK TOGETHER TO SEAL A RUPTURED VESSEL (PEMBENTUKAN PALAM PLATLET) Trombosit (platelet) juga akan menjadi bergetah atau melekit dan akan mula bertaut antara satu sama lain pada dinding saluran darah yang pecah Kemudian semakin banyak Plug trombosit (platelet plug) akan berhimpun dan melalui perubahan yang sama. Hasilnya plug trombosit (platelet plug) akan menyembuhkan kawasan yang luka. Jikalau kawasan yang tercedera adalah kecil, plug trombosit (platelet plug) akan menutup kawasan yang tercedera dalam masa beberapa saat dan boleh menghentikan pendarahan. Walaubagaimanapun, jikalau luka lagi besar, proses pembekuan darah akan berlaku. BLOOD CLOTTING (PENGGUMPALAN DARAH) Peringkat ketiga hemostasis ialah penggumpalan darah (pembekuan darah) iaitu di mana cecair darah akan bertukar kepada gel. Proses ini melibatkan tindak balas kimia dan menghasilkan jaringan fiber protein bersama darah. Terdapat 12 jenis bahan yang dikenali sebagai faktor pembekuan darah terlibat dalam tindak balas kimia ini. Namun begitu, kita akan fokus kepada 3 fator pembekuan darah sahaja iaitu prothrombin activator, thrombin dan fibrinogen.
Kerosakan pada saluran darah meransang saluran darah dan plug trombosit (platelet plug) untuk mengeluarkan prothrombin activator. Kemudian prothrombin iaitu protein plasma akan bertukar kepada enzim yang dipanggil thrombin. Tindak balas ini memerlukan calcium ions (Ca 2+ ). Thrombin kemudiannya menukarkan fibrinogen kepada bebenang tidak larut protein yang panjang (long insoluble threadof a protein ) yang dipanggil fibrin.
Bebenang fibrin akan melingkari plug trombosit (platelet) yang berada di kawasan yang tercedera membentuk jaringan fiber yang memerangkap trombosit (platelet), darah merah dan pelbagai lagi molekul yang lain bagi menghalang kawasan yang luka terbuka lagi. Jisim fibrin, trombosit (platelet), dan darah merah yang terperangkap bergabung menjadi cecair beku awalan yang menghalang pendarahan lebih lanjut. Cecair beku fibrin boleh terjadi lebih kurang seminit. Selepas itu, trombosit (platelet) dalam cecair beku mula mengecut dan mengukuhkan cecair beku dengan menarik dinding saluran darah (vessel wall). Secara umumnya, keseluruhan proses pembekuan darah mengambil masa lebih kurang satu jam.