Anda di halaman 1dari 8

NAMA PELAJAR

: HAIRNANEY BINTI SADRI

NO MATRIKS

: 210063

NO. K/P

: 801101-07-5520

NO. TELEFON

: 012-5762291

PROGRAM

: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

TAJUK TUGASAN

: ULASAN JURNAL
- EDUCATIONAL DEVELOPMENT AND
REFORMATION IN MALAYSIA: PAST, PRESENT
AND FUTURE (Pembangunan Reformasi Pendidikan
di Malaysia: Dulu,Kini dan Akan Datang)

KOD & NAMA KURSUS: SGRA3012-PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI


MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
NAMA PENSYARAH

: EN. SHUHAILI SHAMSUDIN

KANDUNGAN

NO.
1

TOPIK

MUKASURAT

Pengenalan: Pembangunan Reformasi Pendidikan di


Malaysia: Dulu,Kini dan Akan Datang
Pembangunan dan Perubahan Kurikulum: Selepas

2-3

Kemerdekaan sehingga 1990 an

Pembangunan Nilai-nilai Murni dan Perkembangan Terkini

3-4

Pendidikan

Pelaksanaan Kurikulum: Isu dan Dilema yang dihadapi

4-5

Ulasan, pendapat dan cadangan

5-6

Rujukan

1. Pengenalan: Pembangunan Reformasi Pendidikan di Malaysia: Dulu,Kini dan Akan


Datang
Perkembangan dan reformasi pendidikan di Malaysia sering diusahakan oleh kerajaan
untuk menerapkan pendidikan di dalam keperluan pembangunan negara. Sepertimana negaranegara yang sedang membangun, intipati perkembangan dan perubahan pendidikan itu haruslah
berdasarkan pembangunan kurikulum yang mana memberi pendidikan kepada pembangunan
sumber manusia yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik negara.
Di dalam kurikulum sekolah Malaysia, pendidikan moral dan nilai sentiasa menjadi tunjang
utamanya. Ia bermula sejak zaman British yang mana mereka menjalankan aktiviti dakwah
dengan menerapkan nilai-nilai murni. Mereka menjadikan aktiviti ini sebagai alasan dalam
menyediakan pendidikan kepada rakyat. Kurikulum pada ketika itu berdasarkan penggunaan kitab
Bible yang dijadikan subjek di peringkat menengah manakala pengajaran etika kepada pelajar
bukan Kristian.
Selepas itu, Sistem Sekolah Kebangsaan memasukkan Pendidikan Agama Islam dan
Moral. KBSR dan KBSM ysng diperkenalkan juga bermatlamat melakukan perubahan ke atas
kurikulum negara dengan meningkatkan penerapan nilai murni demi membentuk warga Malaysia
yang berkualiti menerusi pendidikan.
Jurnal

ini

memfokuskan

perkembangan

dan

perubahan

kurikulum

negara

yang

menitikberatkan penerapan nilai murni sejak era merdeka, kini dan akan datang. Ia juga
membincangkan isu-isu dan dilema yang dihadapi oleh warga pendidik dalam melaksanakan
penerapan nilai murni merentasi kurikulum.

2. Pembangunan dan Perubahan Kurikulum: Selepas Kemerdekaan sehingga 1990 an


Selepas kemerdekaan, Sistem Pendidikan Malaysia masih mewarisi ciri-ciri yang
ditinggalkan oleh kerajaan British. Akta Pendidikan 1961 yang digariskan bertujuan menyusun
semula sistem pendidikan yang berpecah belah dan objektifnya ialah untuk mencapai perpaduan
nasional dan pembangunan melalui pendidikan. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
3

dan kurikulumnya berorientasikan Malaysia. Perubahannya juga demi memenuhi pembangunan


sumber manusia dan pembangunan negara.
Pada akhir tahun 1970an, perubahan kurikulum telah berlaku secara keseluruhannya di
mana Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar bagi semua matapelajaran kecuali di
sekolah rendah. Tempoh persekolahan pula mengambil masa selama 9 tahun pendidikan secara
komprehensif. Perubahan ekonomi dan masyarakat telah mencerminkan kepentingan sains dan
teknologi sekaligus tempoh persekolahan telah dilanjutkan selama 11 tahun. Sehubungan itu,
aliran teknikal dan vokasional di dalam kurikulum sekolah telah diwujudkan dan bidang sains dan
teknologi maklumat menjadi keutamaan. Ia juga demi memenuhi permintaan tenaga kerja untuk
masa hadapan. Di dalam Laporan Kabinet, pendidikan secara holistik untuk melahirkan insan
yang berkualiti dari segi emosi, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap bangsa dan
negara amat dititikberatkan.
KBSM merupakan kesinambungan KBSR dengan penekanan perkembangan potensi
individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran,
kefahaman

dan

amalan

nilai-nilai

kerohanian,

kemanusiaan,

kemasyarakatan

serta

kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. Pada era ini, perubahan ketara
dapat dilihat di peringkat sekolah menengah yang mana peperiksaan-peperiksaan awam
diwujudkan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berusaha ke peringkat yang lebih tinggi seperti
Program Matrikulasi mahupun Program Asasi Universiti. Sekolah-sekolah swasta juga tidak
ketinggalan mengambil tempat di dalam sistem pendidikan negara kita. Tetapi, peranan sekolah
swasta pada ketika ini hanyalah sebagai penyelamat kepada mereka yang terkandas dan ingin
kembali ke arus perdana. Namun, apabila sistem persekolahan menjadi lebih baik, sekolah swasta
ini turut sama menyediakan pendidikn alternatif dengan mengikuti kurikulum kebangsaan.

3. Pembangunan Nilai-nilai Murni dan Perkembangan Terkini Pendidikan


Selepas kemerdekaan, penubuhan Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
subjek Agama dan bagi memastikan nilai-nilai murni ini diterap kepada semua pelajar,
4

matapelajaran Sivik diperkenalkan pada awal tahun 1970an. Ia dikhususkan kepada pelajar bukan
Islam. Semasa fasa ini juga, matapelajaran Agama mengalami perubahan seiring dengan
keperluan masa dan ditukar kepada Pendidikan Islam supaya menjadi relevan dengan kehidupan
seharian. Subjek Moral pula dirangka kepada pelajar bukan Islam dan Pusat Perkembangan
Kurikulum bertanggungjawab untuk merancang silibusnya dengan menerapkan nilai-nilai murni
yang mencerminkan masyarakat Malaysia. Nilai-nilai murni ini berasaskan kepercayaan dari
semua agama, tradisi dan adat resam yang diajar kepada semua peringkat. Ia bertujuan supaya
pelajar akan terus mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Silibus Pendidikan Moral
(1988) yang digariskan adalah bertujuan untuk membentuk individu yang berakhlak mulia
sekaligus menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan mampu
menangani isu-isu moral dalam dunia yang serba moden ini.

4. Pelaksanaan Kurikulum: Isu dan Dilema yang dihadapi


Pelaksanaan kurikulum dan perubahan yang berlaku selepas kemerdekaan secara jelas
memberi perhatian khas tentang penerapan nilai-nilai murni sebagai satu cara pendidikan yang
berkualiti kepada pembangunan negara. Berteraskan prinsip pembangunan individu secara
holistik dan berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan merupakan konsep yang harus diterapkan
kepada semua pelajar. Namun, disebalik semua ini, timbul pula isu dan dilema yang dihadapi oleh
para guru.
Keraguan timbul dikalangan guru apabila ingin melaksanakannya di dalam konteks KBSM.
Penerapan nilai ini haruslah merentasi kurikulum dan langkah ini merupakan satu proses yang
sangat kompleks. Dengan anutan dan kepercayaan masing-masing, dikhuatiri akan berlaku
pertembungan pendapat antara agama. Di sini, pendidik harus bertindak bijak dalam
mengimbangi tuntutan kurikulum dan kepercayaan masing-masing supaya seseorang pelajar itu
mencapai tahap moral yang sepatutnya. Persoalan juga timbul sama ada guru-guru lain mampu
menerapkan nilai-nilai murni secara serius seperti subjek Pendidikan Islam dan Moral.

Cabaran terus dihadapi oleh pendidik apabila kerajaan mewujudkan projek Koridor Raya
Multimedia dengan menubuhkan Sekolah Bestari. Sesi P&P yang berasaskan komputer dan
teknologi menambahkan dilema mereka tentang penerapan nilai merentasi kurikulum ini. Akta
Pelajaran

1966

juga

telah

memeterai

perjanjian

dengan

negara-negara

pelabur

dan

mengakibatkan kolej-kolej swasta dan institusi persendirian telah tumbuh dengan pesatnya.
Pertembungan kurikulum luar dan Malaysia menambahkan lagi dilema yang dialami. Untuk
mengawal kualiti pengajian tinggi, Lembaga Akreditasi Negara ditubuhkan dan mewajibkan subjek
Tamadun Islam dan Tamadun Asia di semua pusat pengajian tinggi. Ini bagi memastikan nilai-nilai
Malaysia tidak terjejas dengan wujudnya kurikulum luar.

5. Ulasan, pendapat dan cadangan


Jurnal ini membincangkan mengenai perkembangan dan perubahan kurikulum yang
merentasi tiga fasa masa iaitu selepas merdeka sehingga kini. Penulis telah menjelaskan isu-isu
dan dilema yang dihadapi sejak zaman British iaitu mengenai penerapan nilai di dalam kurikulum.
Kita menyaksikan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan pelajar Malaysia dilengkapi
dengan nilai-nilai murni yang boleh menjadi pemangkin negara pada masa hadapan. Bermula
dengan aktiviti dakwah oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan seterusnya matapelajaran Agama
dan Moral diperkenalkan. Apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar, ini merupakan
langkah yang bijak kerana secara tidak langsung perpaduan integrasi telah dapat dilentur seawal
usia kanak-kanak lagi. Komunikasi merupakan satu alat yang penting kerana di sini murid akan
diajar pengetahuan tertentu dan ditanamkan nilai yang disanjung oleh sesebuah masyarakat
sekaligus warisan dan budaya dapat dikekalkan (Kamarudin Hj. Husin, Kamarul Azhar, 1994).
Pembangunan dan penerapan nilai murni di dalam kurikulum terus diperkasakan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum dengan mengimplementasikan 16 nilai murni di dalam KBSR dan
KBSM. Di dalam konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang
meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat Malaysia (Mok Soon Sang, 2004). Namun begitu, isu yang
6

diketengahkan ini haruslah diberi perhatian khusus. Bukan sahaja nilai-nilai murni ini telah digarap
dengan cantik di dalam kurilulum dan silibus, tindakan berterusan haruslah diambil. Agen yang
paling

berkesan

untuk

menerapkan

nilai-nilai

murni

merentasi

kurikulum

ialah

guru.

Tanggungjawab ini tidak terhad kepada guru Pendidikan Islam, Sivik dan Moral sahaja malah
semua guru haruslah serius demi mencorak nilai-nilai Malaysia untuk generasi akan datang.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, kurikulum yang digubal adalah berdasarkan kepada
prinsip persepaduan yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan
seimbang (Mok Soon Sang, 1996). Untuk mengatasi dilema ini, pihak sekolah perlu bergerak
dengan lebih proaktif dengan memperbanyakkan aktiviti budaya di sekolah dan memantapkan lagi
aktiviti kokurikulum. Melalui cara ini, penyertaan pelajar akan lebih menyeluruh.
Seiring dengan kepesatan pembangunan dan kerancakkan dunia tanpa sempadan,
cabaran menerapkan nilai murni menjadi lebih besar. Guru-guru yang terlibat haruslah seiring
dalam mendidik pelajar dengan teknologi terkini dan pada masa yang sama tidak mengabaikan
nilai-nilai murni. Guru-guru juga haruslah sentiasa inovatif dan kreatif dalam mencorakkan P&P
mereka. Latihan dalam perkhidmatan dan penyediaan perisian bahan P&P yang bersesuaian
harus juga diambil kira.
Usaha kerajaan dengan penambahbaikan kurikulum dengan mengiktiraf kewujudan kolejkolej swasta dan institusi pengajian swasta merupakan satu langkah yang baik. Pelajar di
Malaysia bukan sahaja boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih
tinggi malah mereka juga boleh bersaing dengan pelajar-pelajar asing. Namun, kerajaan juga tidak
harus memandang ringan apabila isu kurikulum asing membanjiri negara kita. Kemasukan pelajarpelajar asing juga dibimbangi akan menghakis nilai-nilai Malaysia yang ada pada pelajar kita.
Kesibukan kolej dan institusi swasta ini mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kurikulum
yang sepatutnya disediakan haruslah sentiasa dipantau. Di sini kerajaan wajib bertindak tegas
demi memastikan piawai yang ditetapkan sentiasa dipatuhi. Perubahan kurikulum itu penting di
dalam sistem pendidikan negara kita dan semoga matlamat Malaysia menjadi pusat pendidikan
yang cemerlang di rantau ini menjadi kenyataan.
7

Rujukan

Kamarudin Hj Husin, Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III-Perkembangan dan Pelaksanaan
Kurikulum, Selangor: Longman Malaysia.
Mok Soon Sang (1996). Pedagogi dan Pelaksanaan Pengajaran, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Peperiksaan Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bahagian IKompetensi Profesional, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.