Anda di halaman 1dari 6

Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan
elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian
aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka
pengetahuan dan pengalaman baru.
Secara keseluruhan dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua
pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:
o Berdasarkan aktiviti
o Berdasarkan psikologi

Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa
melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang
tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai aktiviti
yang tertumpu kepada psikomotor ( elemen tersurat ) tanpa menyatakan aspek lain
seperti aspek sosial, kognitif dan afektif ( elemen tersirat ) Berdasarkan aktiviti
Menurut Neill 2003, Pendidikan Luar berlaku apabila segolongan
peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang
sebenar. Mereka menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah.
Menurut Kethies 1990, Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan
peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran.
Priest 1990 menggambarkan Pendidikan Luar merupakan proses ujikaji
dengan menggunakan pancaindera sebagai alat dan alam semulajadi sebagai
makmal. Simon Priest, 1986, menyatakan Pendidikan Luar adalah pendidikan
yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam
semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar
dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.



Berdasarkan psikologi
Menurut the outdoor institute Pendidikan Luar didefinisikan sebagai
pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di
luar kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis,
1975, dalam pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan
pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis
Ford, 1981 mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang
mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang.

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman,
menyatakan pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam
pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut
Maznah Hassan, Program Pendidikan Luar ( PPL ) adalah satu program yang
akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta
memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward Lappin, 2000

Outdoor education is...a means of curriculum enrichment,
whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor
education broadly includes environmental education, conservation
education, adventure education, school camping, wilderness
therapy, and some aspects of outdoor recreation

Rumusan Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan Luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta
mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira
aspek keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai
komponen utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Luar menggunakan sumber luar
bilik darjah.

Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan Luar bertujuan
meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal
serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan L uar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai
nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat.
Pendidikan Luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa
lapang yang bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.

Knap ( 1981 ) menyatakan Pendidikan Luar sebagai alat untuk
mencapai matlamat dan objektif organisasi Apa yang dimaksudkan dari
pernyataan tersebut adalah pendidikan luar boleh dijadikan satu kaedah untuk
mengorientasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman
dan pengukuhan pembelajaran.

Hammerman ( 1985 ), pula menyatakan Pendidikan Luar sebagai
landasan untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam
situasi harian Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu
dalam pendidikan. Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang,
memanjat, mendaki, menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari
dalam Pendidikan Luar.

Ford ( 1981 ), menegaskan Pendidikan Luar sebagai program yang
meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada Ini
merangkumi perkembangan pengetahuan, kematangan dan sikap. Khususnya
dalam penggunaan waktu senggang.






Pendidikan Luar Di Zaman Purba
Tidak dapat dipastikan bilakah PendidikanLuar bermula. Namun
menurut Shivers ( 1989 ) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman
kuno lagi, yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan
manusia dengan alam semula untuk mendapat makanan amat penting sejak
zaman awal kewujudan manusia.
Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat
bahan makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan
sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak
zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu.
Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat
tinggal, menjaga keselamatan dan memasak dilihat merupakan permulaan
Pendidikan Luar.

Pendidikan Luar Era Moden
Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas
pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau
Brownsea. Selepas itu beliau telah menganjurkan banyak program Pendidikan
Luar. Di peringkat awal program Pendidikan Luar lebih tertumpu kepada
kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta
sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program Pendidikan Luar
dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu
puteri.
Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti
Pendidikan Luar. Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti
berteraskan fizikal saja tetapi telah diluaskan kepada elemen kognitif dan
afektif. Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan
dengan lebih jelas ke dalam aktiviti Pendidikan Luar. Pengajur Pendidikan
Luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuan-
persatuan akedemik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan
agama islam dan lain-lain lagi.

Bermula tahun 1990an program Pendidikan Luar mula dikomersialkan
secara meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancongan
telah merancakkan lagi aktiviti Pendidikan Luar. Dalam bidang pendidikan
program Pendidikan Luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh
syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu
menyembuhkan penyakit dewasa ini Pendidikan Luar digunakan dalam
industri kesihatan.

Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus
Perguruan Asas ( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan
mengikuti Program Pendidikan Luar ( PPL ). Setiap maktab perguruan perlu
mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan
perancangan dan penyelarasan.

Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada
tahun 1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani
sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih ( KDPM )
Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah) major atau minor Pendidikan Jasmani ( PJ ) , Program Pendidikan
Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan
Jasmani ( PJ ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ dikehendaki menjalani
Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai
komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum
Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.