Anda di halaman 1dari 24

1/24

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA



MODUL KURSUS PENDEK

REKABENTUK DAN PENANAMAN
(STA)



SIJIL LANDSKAP DAN PENGURUSAN NURSERI

KOLEJ KOMUNITI MAS GADING
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
BAU, SARAWAK
2010


2/24

KANDUNGAN




PENDAHULUAN 3

OBJEKTIF 3

MODUL REKABENTUK 4

MODUL PENANAMAN 6

PERALATAN DIGUNAKAN 8

TEMPOH KURSUS 9

BIODATA PENULIS 10

NOTA RINGKASAN MODUL REKABENTUK 11

NOTA RINGKASAN MODUL PENANAMAN 22








3/24

PENDAHULUAN


Modul rekabentuk dan penanaman ini merupakan pendedahan kepada teknik asas di dalam susunatur tanaman dan cara
penanaman di lakukan terutamanya kepada penggemar atau mereka yang meminati di dalam bidang landskap. Ini dapat membantu
kepada penggemar-pengemar atau individu mendapatkan idea bagaimana susunatur tanaman dapat di lakukan di kawasan kediaman
sendiri atau kawasan yang ingin di buat perlandskapan. Selain itu juga, modul rekabentuk dan penanaman ini juga dapat membantu
di dalam mendapatkan kemahiran asas teknik melukis pelan dan lakaran serta teknik penanaman pokok secara betul seperti
penanaman pokok utama, pokok palma, tumbuhan renek dan penutup bumi. Kreativiti dan susunatur dalam merancang penanaman
landskap yang tersusun dengan konsep yang bersesusaian dapat diperolehi melalui modul ini.


OBJEKTIF

Modul rekabentuk dan penanaman ini adalah untuk membantu pengemar atau individu :

1. Mengenalpasti dan memilih tumbuhan hiasan yang sesuai di dalam sesuatu kawasan yang ingin di buat perlandskapan
semula atau untuk meminati tanaman hiasan yang digunakan di dalam industri landskap

2. Merekabentuk dan menghasilkan pelan landskap

3. Mengetahui teknik penanaman pokok, palma, tumbuhan renek dan penutup bumi dengan kaedah yang betul dan tersusun

4. Mengenalpasti kesesuaian kawasan yang boleh di buat perlandskapan yang lebih menarik dan berkonsep


4/24

MODUL REKABENTUK
TOPIK HASIL DAPATAN AKTIVITI

LANDSKAP
1. Jenis landskap



1. Menyatakan tujuan
perlandskapan
2. Mengenalpasti landskap lembut
dan landskap kejur




PEMILIHAN TUMBUHAN LANDSKAP
1. Faktor pemilihan tumbuhan
landskap







2. Fungsi tumbuhan dalam
landskap


1. Menyenaraikan faktor pemilihan
tumbuhan hiasan landskap

2. Memilih tumbuhan untuk
perlandskapan




1. Menyatakan fungsi fizikal
tumbuhan dalam landskap




1. Faktor pemilhan tumbuhan
dalam landskap:
a. Rupabentuk
b. Saiz tumbuhan
c. Kepadatan daun dan dahan
d. Kadar tumbesaran
e. Warna dan tekstur daun
f. Warna dan bau bunga

1. Fungsi fizikal dalam landskap;
a. Mengawal pandangan
b. Menghalang pergerakan
c. Mengawal iklim


5/24


2. Menyatakan fungsi estatika
tumbuhan dalam landskap

1. Fungsi estatika tumbuhan
dalam landskap
a. Melembut bentuk
b. Mencantik kawasan
c. Selesa dan harmoni


PELAN REKABENTUK LANDSKAP


1. Menyatakan prinsip yg
digunakan di dalam rekabentuk
landskap
2. Mengenalpasti alatan melukis
pelan
3. Melukis symbol grafik landskap
mengikut skala dan saiz
4. Konsep perlandskapan
5. Membuat pelan

1. Prinsip fdalam merekabentuk
a. Ringkas dan mudah
difahami
b. Aneka
c. Seimbang
d. Tumpuan
e. Turutan
f. Skala

2. Pelan rekabentuk (pelan induk)








6/24

MODUL PENANAMAN

TOPIK

HASIL DAPATAN

AKTIVITI

TUMBUHAN LANDSKAP

1. Pokok utama
2. Palma
3. Pokok renek
4. Penutup bumi
5. rumput



1. Menyenaraikan beberapa
contoh tumbuhan hiasan
landskap

2. Menyatakan fungsi tumbuhan
landskap



1. Pengelasan tumbuhan hiasan
landskap mengikut kategori,
kegunaan, bentuk, dan cirri
pertumbuhan

2. Kriteria pemilihan tumbuhan
landskap ialah :
- Mudah di tanam
- Mudah di pangkas
- Banyak pilihan
- Sesuai di tanam
- Mudah dijaga
- Mudah di perolehi
- Mudah di biak dengan
banyak




7/24


PENANAMAN LANDSKAP

1. Prosedur penanaman

a. Menanaman di dalam
polibeg
b. Menanam di dalam pasu
c. Menanam di dalam tanah





2. Susunatur

3. Saiz lubang penanaman
a. Pokok
b. Palma
c. Tanaman renek






1. Melakukan penanaman di
dalam polibeg
2. Melakukan penanaman di
dalam pasu
3. Melakukan penanaman di
dalam tanah
4. Melakukan pemindahan
tanaman

1. Kaedah susunatur tanaman


1. Saiz lubang pokok
2. Saiz lubang palma
3. Saiz lubang tanaman renek

















Menggali lubang mengikut saiz lubang
tanaman yang hendak di tanam.





8/24

PERALATAN DIGUNAKAN

1. Modul rekabentuk
a. Alatan melukis
b. Kertas lukisan

2. Modul penanaman
a. Tanaman pokok hiasan
1. Pokok utama
2. Palma
3. Tanaman renek
4. Penutup bumi
5. Rumput

b. Cangkul
c. Tanah campuran (topsoil)
d. Sungkupan









9/24

TEMPOH KURSUS

- kursus di cadangkan di jalankan selama 2 hari dan bergantung kepada kategori peserta dan keadaan cuaca untuk
melakukan kerja-kerja penanaman ditapak.

a. MODUL REKABENTUK
1 HARI (8 jam) Di lakukan secara teori di dalam kelas dan bergantung kepada kategori peserta.

b. MODUL PENANAMAN
1 HARI (8 jam) Di lakukan secara amali di luar kelas dan bergantung kepada keadaan cuaca















10/24

MAKLUMAT PERIBADI PENGGUBAL MODUL REKABENTUK DAN PENANAMAN (STA)













NAMA : WAN FADHILAH BIN WAN HITAM
JAWATAN / GRED : PENSYARAH LANDSKAP / DH 41
KOLEJ : KOLEJ KOMUNITI MAS GADING, BAU, SARAWAK
NO. TEL (PEJ) : 082- 763730
NO. FAKS : 082-763731
KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.


11/24

MODUL REKABENTUK
JENIS LANDSKAP
1. Landskap terbahagi kepada 2 :
LANDSKAP LEMBUT (softscape)
Merujuk kepada sumber alam semula jadi seperti topografi, air dan tanaman.

LANDSKAP KEJUR (hardscape)
Merujuk kepada semua jenis struktur hasil binaan manusia seperti perabot jalan, laluan pejalan kaki, wakaf,
pancuran air, lampu taman, arca dan sebagainya.




12/24

PEMILIHAN TANAMAN LANDSKAP
Terbahagi kepada 5 :
1. Pokok - Ciri utama pokok utama adalah mempunyai batang kayu keras dan ketinggian melebihi 4 meter.


2. Palma - Ttanaman palma mempunyai daun pelepah. Terbahagi kepada 2 iaitu berbatang tunggal dan berumpun.

3. Tanaman Renek - Tanaman renek terbahagi kepada 4 jenis utama
a. Berbatang keras ranting kayu dan berbatang keras
b. Berbatang lembut berbatang lembut
c. Berdaun (foliage plant) berdaun tanpa bunga
d. Berumbisi (rhizome) dan berbawang membiak dengan kaedah pembahagian umbisi dan
bebawang


13/24

Tanaman berbatang keras Tanaman berbatang lembut

Berdaun (foliage plant) Berumbisi (rhizome) dan bebawang Jenis Pemanjat

Penutup bumi Rumput



14/24

FUNGSI TUMBUHAN LANDSKAP
Perlindungan daripada iklim mikro Penghadang
Perlindungan alam sekitar Ekologi dan kepelbagaian biologi
Penanda dan penunjuk arah estatika
Peningkatan kualiti hidup Penyelidikan dan pendidikan


REKABENTUK PERANCANGAN LANDSKAP
KAWASAN DESA
untuk mengekalkan tanaman sedia ada. mewujudkan persekitaran semula jadi yang seimbang dan juga dapat mencerminkan identiti
sesebuah kawasan desa.

KEPERLUAN RUANG
a. Kawasan Pintu Masuk Utama b. Kawasan Pinggiran Jalan c. Kawasan Halaman Rumah


15/24



Jenis Tanaman
i. Pokok yang boleh dimakan mempunyai nilai perubatan.
ii. Pintu masuk utama tanaman yang berbunga dan dapat menonjolkan ciri kawasan desa.
iii. Kawasan halaman rumah daripada spesis tanaman yang berbunga dan mempunyai ciri tempatan.

Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman bebas adalah supaya berharmoni dengan suasana persekitaran semula jadi di kawasan desa.
ii. Kaedah penanaman secara berkelompok adalah digalakkan
iii. Jarak tanaman perlu bersesuaian dengan rupa bentuk dan saiz silara tanaman untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.
iv. Kawasan pemandangan tidak menarik . Jarak penanaman rapat untuk tujuan pengadang pemandangan.
v. Kawasan tumpuan utama - Jarak tanaman bergantung kepada kesesuaian kawasan, Contoh : kawasan balairaya ~ jarak
tanaman sama; kawasan padang bola ~ jarak tanaman bebas.





16/24

KAWASAN HALAMAN RUMAH
Cadangan tanaman







KAWASAN PINGGIRAN JALAN
Cadangan tanaman









Lidah buaya Birds nest Keladi
Ati-ati Jambul merak Bunga cina
Turnera Keladi gajah Bunga kertas
Puding Jejuang draceanan melur
Kenanga Salam Bungor
Tanjung kelapa Kelapa gajah Calathea
Kayu manis Cempaka hutan Cempaka
Tekoma Palma fan Duranta


17/24

KAWASAN PINTU MASUK UTAMA DAN KAWASAN TUMPUAN
Cadangan tanaman

Ciku Sukun Belimbing
Manggis Rambutan Jambu batu
Cempedak Nangka Mata kuching
Duku Langsat Pulasam
Asam jawa Bunga tasbih keladi


KAWASAN PERKUBURAN
berdasarkan jenis kawasan perkuburan dan kepercayaan yang dianuti, meningkatkan kualiti visual.

Keperluan Ruang
i. Ruang meletak kereta
ii. Ruang kawasan perhimpunan / menunggu
iii. Ruang pejalan kaki
iv. Kawasan tanah perkuburan / lot
v. Sempadan kawasan perkuburan






18/24

JENIS TANAMAN
A. Ruang di kawasan perkuburan

1. Kawasan perhimpunan / menunggu
- pokok utama yang berbunga dan berbau harum, silara rendang, batang tidak berduri, dahan tidak mudah patah
dan berakar tunjang.
- penanaman pokok buah-buahan tidak digalakkan.
- penanaman pokok renek berbunga di kawasan sekitar.
2. Laluan pejalan kaki
- Pokok utama berakar tunjang dan tidak mempunyai akar menjalar, tidak berduri atau beracun, dahan tidak
mudah patah dan berfungsi sebagai peneduh.
3. Kawasan kubur
- Pokok renek berbunga atau daun berwarna adalah digalakkan.
4. Sempadan kawasan kubur
- Pokok renek berdaun padat dan rimbun.

B. Spesis tanaman yang tidak meluruhkan daun dengan banyak, berbatang lurus dan mudah diselenggarakan.
C. Spesis tanaman yang mempunyai nilai kepercayaan kepada setiap masyarakat.



19/24

CADANGAN TANAMAN

Cempaka Kemboja Putih Kemboja Merah
Jenjuang Bunga Cina Bunga Raya
Bunga Melur Turnera Kenanga
Tanjung Keboja Kuning Puding
Draceana Spider Lily Susun Kelapa





KAWASAN BANGUNAN AWAM
Merujuk kepada bangunan kompleks pejabat kerajaan, sekolah dan semua institusi yang berkaitan dengan latihan, pengajaran dan
pembelajaran, masjid, bangunan keagamaan yang lain dan hospital (merangkumi kompleks hospital, pusat kesihatan masyarakat dan
klinik kesihatan kecil).

Keperluan Ruang

i. Mengutamakan nilai estetika, kesan selamat datang,
ii. Penunjuk arah dan memberikan persekitaran yang selamat dan selesa.
iii. Memberikan keselesaan kepada pengunjung
iv. Elakkan penanaman pokok berkanopi besar terlalu rapat dgn bangunan


20/24

Jenis Tanaman

Pokok teduhan tujuan mendapatkan kesan sense of place
1. Tanaman yang dapat menonjolkan imej dan identiti bangunan.
2. Pokok berbunga menarik atau palma yang mempunyai bentuk menarik bagi kawasan pintu masuk utama atau kawasan
berkumpul
3. Untuk kawasan masjid dan bangunan keagamaan yang lain tanaman yang mempunyai perkaitan dengan kepercayaan
agama.

Jarak Penanaman
1. Jarak minimum antara pokok utama dan bangunan adalah 5m, mestilah juga mengambil kira kesan reka bentuk landskap dan
faktor keselaman bangunan.
2. Kawasan pintu masuk utama dan halaman hadapan bangunan awam, jarak penanaman yang dicadangkan adalah secara
tidak sekata untuk menimbulkan persekitaran yang semula jadi.




21/24

CADANGAN TANAMAN


Kenanga Penaga lilin Kemboja putih
Asoka Pinang merah Alamanda
Bunga kertas Pudding Ati-ati
Kelat paya Semarak api Tanjung
Kemboja Tekoma Pinang kuning
Lidah buaya Bunga tasbih Jejuang
Dracaena Duranta
















22/24

MODUL PENANAMAN

KAEDAH PENANAMAN

PENYEDIAAN LUBANG TANAMAN
lubang tanaman mestilah dibersihkan terlebih dahulu meliputi kerja pembuangan rumpai, tunggul kayu, batu-bata dan sisa bahan
binaan dan juga memastikan kawasan tanaman bebas daripada kulat dan serangga perosak tanaman.

Kaedah
i. Menentukan lokasi lubang tanaman seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Penanaman.
ii. Menandakan lokasi lubang penanaman dengan kayu penanda. Pastikan cara penggalian lubang bersesuaian dengan
keadaan tapak

Saiz Lubang Tanaman





Jenis Tanaman Saiz Lubang
Pokok utama 1 meter x 1 meter x 1 meter
Palma 1 meter x 1 meter x 1 meter
Pokok renek 0.5 meter x 0.5 meter x 0.5 meter
Penutup bumi 0.2 meter x 0.2 meter x 0.2 meter
Pokok matang 1.5 meter x 1.5 meter x 1.5 meter


23/24

KAEDAH PENANAMAN
tanaman mestilah ditanam dengan segera sebaik saja tiba di kawasan projek. Jangan menjalankan penanaman dalam cuaca kering
dan panas terik kerana ia akan mengakibatkan sistem akar mengering dan daun hangus.
Pokok Utama/Palma
1. Pastikan lubang tanaman telah disediakan mengikut spesifikasi 1m x 1m x 1m.
2. Masukkan 1/4 daripada lubang penanaman dengan tanah campuran dan baja pengakaran.
3. Keluarkan bahan tanaman pastikan akar tidak rosak.
4. Akar tua dan berserabut perlu dicantas dan dirawat dengan racun kulat.
5. Masukkan tanaman ke dalam lubang penanaman. Pastikan bahan tanaman tegak dan lurus.
6. Pacak kayu pancang berukuran 3000mm x 50mm x 50mm ke dalam 1000mm tanah di sisi bebola akar.
7. Isi lubang penanaman dengan tanah campuran.
8. Padatkan tanah.

Langkah Perlindungan Semasa Penanaman
a. Untuk mengurangkan kadar kehilangan air pada peringkat awal penanaman:
Pokok utama cantas dahan.
Palma bungkus atau ikat pelepah.

b. Siram sebaik sahaja bahan tanaman ditanam.
c. Jika kawasan tanaman terdedah kepada terik cahaya matahari, perlindungan daripada pancaran cahaya matahari secara
terus perlu disediakan.



24/24

Pokok Renek

1. Pastikan lubang tanaman telah disediakan mengikut spesifikasi.
2. Masukkan 1/4 daripada lubang penanaman dengan tanah campuran dan baja pengakaran.
3. Keluarkan bahan tanaman. Teknik pengeluaran adalah seperti berikut:
- Sebelum polibeg dibuka, padatkan tanah.
- Gunakan pisau untuk membuat torehan di tepi polibeg.

4. Akar tua, mati dan berserabut atau tidak dikehendaki perlu dibuang.
5. Masukkan bahan tanaman ke dalam lubang tanaman.
6. Masukkan tanah campuran dan padatkan.

Catatan :
Pemancangan adalah diperlukan untuk spesis pokok renek yang bersesuaian.







- Sekian terima kasih -
@private & confidential
wankkmg

Anda mungkin juga menyukai