Anda di halaman 1dari 22

1.

TEKNIK KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK



A. Menendang. (tendangan leret, lambung,voli)
B. Mengelecek ( dalam rancangan teknik kejurulatihan)
C. Melompat dan Menanduk (dalam rancangan teknik kejurulatihan)


Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah menendang,
menyerkap, menanduk, melakukan hantaran, mengelecek dan menjaga gol.
a) Menendang
Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.
Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan
kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan
sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan
gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.
i) Tendangan Leret
Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendang leret
Kedudukan bersedia. letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang
bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibengkokkan sedikit.
Tendang di bahagian tengah bola.
Ikut lajak selepas melakuan tendangan



1
2
3
4


Rancangan sesi latihan untuk tendangan dan hantaran leret.
















Contoh Urutan teknik sepakan leret yang sebenar
Contoh permulaan hantaran / tendangan Contoh penerima hantaran / tendangan
Teknik hantaran / tendangan yang
perlu dititikberatkan kepada pemain
dan pelajar
Dua teknik latihan yang digunapakai untuk latihan asas tendangan leret
Sesi latihan 1
Sesi latihan 2

ii) Tendangan Lambung
Tendangan lambung
Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan
sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan lambung
Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata
memandang bola.
Ayun kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkok sedikit.
Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.













Contoh Urutan teknik sepakan lambung yang sebenar
1
2
3
Teknik tendangan lambung

Rancangan sesi latihan untuk tendangan dan hantaran lambung.






















Teknik hantaran / tendangan yang
perlu dititikberatkan kepada pemain
dan pelajar
Tiga teknik latihan yang digunapakai untuk latihan asas tendangan lambung
Contoh permulaan hantaran / tendangan
Contoh penerima hantaran / tendangan
Sesi latihan 1
Sesi latihan 2
Sesi latihan 3

iii) Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaring gol.
Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kaki semasa bola di udara.

Teknik melakukan tendangan voli
Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata
memandang bola.
Tendangan di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.












Teknik tendangan voli
1
2
3
4
Contoh Urutan teknik sepakan voli yang sebenar

HURAIAN SISTEM PERTANDINGAN KALAH MATI DAN LIGA

PENGENALAN
Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu
jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk
mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan
tersebut.
Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem
pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga, klah mati, dan cabar- mencabar. Namun
begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan sistem pertandingan yang
harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya:
Masa yang diperuntukkan
Alatan dan kemudahan yang ada
Kewangan
Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
Penentuan pemenang yang sah
Agihan perlawanan yang adil
Jenis pertandingan.

SISTEM KALAH MATI
Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja. Peserta
yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan
sehingga diisytiharkan sebagai johan.




KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI
1. Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta.
2. Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk pertandingan-
pertandingan akan datang.
3. Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat
4. Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad
5. Mampu menerima penyertaan yang banyak.
6. Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI
1. Peserta hanya bertanding sekali sahaja
2. Penggunaan kemudahan yang minimum
3. Penentuan pemain pilihan adalah penting
4. Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut:
i. Bilangan peserta menunggu (bye)
Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang mengambil
bahagian dalam angka pangkat dua atau angka kuasa dua. Sebagai contoh, 2, 4, 8, 16, 32, 64
dan 128.
Formula sistem kalah mati:





Cara mengira jumlah perlawanan:
= 1
Cara mengira bilangan bye:
=kuasa dua (2

) , = 1,2,3,4,5..
Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:
=

2

N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding


Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk mendapat
bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
Angka
pangkat 2
(2

)
Jumlah pasukan
yang mengambil
bahagian
)
Jumlah pasukan
menunggu atau bye
2

2 -
2
2
3 1
2
2
4 -
2

5 3
2

6 2
2

7 1
2

8 -
2

9 7
2

10 6
2

11 5
2

12 4
2

13 3
2

14 2
2

15 1

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat dalam
pertandingan sebelumnya.
ii. Penempatan pasukan pilihan atau seeded



Peserta pilihan di tempatkan simetrikal.
Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu pertama akan
diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di bahagian bawah.
Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat berada di dalam
kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di dalam
kumpulan bawah.
Sekiranya peserta menunngu itu dalam angka ganjil, maka penanti seterusnya mesti
diletakkan di bawah kumpulan bawah.

Pilihan pertama
Contoh :
Carta perlawanan untuk 12 pasukan
pusingan awal suku akhir separuh akhir akhir

1
2
3
4
5
6 Johan
7
8
9
10
11
12


pertandingan kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye



Pilihan ke-4
Pilihan ke-2
Piihan ke-3

Sistem Kalah Mati Dua Kali
Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding sekurang-
kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Peserta yang kalah masih
berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir setelah mengalami kekalahan kedua. Peserta
yang menang pada peringkat awal akan maju ke kanan (kumpulan pemenang) manakala peserta
yang kalah pula ditempatkan ke sebelah kiri (kumpulan kalah).
Prinsip asas sistem ini ialah membenarkan dua peserta yang pernah bertemu di
peringkat awal untuk bertemu semula bagi kali kedua setelah mereka menang di kumpulan
masing-masing sehingga bertemu lagi di peringkat akhir.
Kelebihan
1. Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali
2. Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan
3. Dapat memilih pemenang yang sebenar
4. Penentuan peserta menunngu tidak diperlukan

Kelemahan
1. Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali.
2. Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak
3. Jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan







kiri















Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta





kanan

SISTEM LIGA
Sistem liga adalah satu sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta atau
pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan. Para peserta
tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan telah bermain
dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut.
Kelebihan sistem liga
1. Sistem ini senang untuk diuruskan kerana formatnya senang diuruskan
2. Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula dan setiap
pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam kumpulannya.
3. Peserta boleh memperbaiki strategi perlawanan dari semasa ke semasa kerana dapat
bertanding dengan banyak pasukan dalam kumpulan tersebut.
4. Setiap pasukan akan bertarung bersungguh-sungguh kerana kemenangan akan bergantung
kepada jumlah mata yang diperoleh hasil kemenangan atau seri, jumlah jaringan, dan
jumlah jaringan kena.

Kelemahan sistem liga
1. Memerlukan alatan yang banyak.
2. Masa pertandingan yang lama.

Sistem liga terbahagi kepada :
a. Sistem liga satu pusingan
Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali sahaja dengan pihak
lawan setiap kumpulan.

b. Sistem liga dua pusingan
Liga dua pusingan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut bertanding dengan lawan
sebanyak dua kali.
-Liga Perdana Inggeris.


Formula pengiraan bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga:
=
)
2

jumlah pasukan yang mengambil bahagian
Contoh:
=
)
2

=
2
2

= 20 perlawanan
Keputusan perlawanan akan direkodkan ke dalam carta skor.
Pasukan Cempaka Damai Aman Delima Zamrud
Cempaka ////////////////////// 1-1 1-1 3-0 2-0
Damai 1-1 ////////////////////// 1-1 3-1 2-0
Aman 0-3 1-1 ////////////////////// 2-2 2-1
Delima 0-3 1-3 2-2 ////////////////////// 1-1
Zamrud 0-2 0-2 1-2 1-1 ////////////////////




Borang skor rasmi 5 pasukan dalam liga satu pusingan
Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan
Cempaka 4 2 2 0 7 2 8 1
Damai 4 2 2 0 7 3 8 2

Aman 4 1 3 0 6 5 6 3
Delima 4 0 2 2 4 9 2 4
zamrud 4 0 1 3 2 7 1 5

P jumlah perlawanan K- kalah
M- menang J- jaringan
S- seri G- bilangan kena

SEPARA LIGA
Sistem separa liga ini lazimnya menggabungkan sistem liga satu pusingan dan sistem liga dua
pusingan di peringkat awal di peringkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir,
separuh akhir dan akhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem separa liga terdiri daripada
pelbagai jenis. Antaranya:
Separa liga 4 kumpulan
Separa liga 3 kumpulan
Separa liga 2 kumpulan
Separa liga 4 kumpulan
Faktor utama mengagihkan pasukan-pasukan yang bertanding kepada empat kumpulan ialah
bilangan penyertaan pasukan. Sekiranya terdapat 12 atau lebih daripada 12 pasukan maka agihan
pasukan kepada empat kumpulan adalah sesuai. Pasukan yang menjadi johan dan naib johan
bagi setiap kumpulan akan ke pusingan seterusnya yang akan dijalankan secara kalah mati.

Contoh perlawanan:
Agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan

Kumpulan A
1.Terengganu
2.Kelantan
3.Pahang
Kumpulan B
1.Perak
2.Selangor
3.Pulau Pinang
Kumpulan C
1.Wilayah Per
2.Sabah
3.Kedah
Kumpulan D
1.Johor
2.Sarawak
3.N. Sembilan



Johan kumpulan Naib johan kumpulan
A1-Terengganu D1-Johor A2-Kelantan C2-Sabah
B2-Selangor C3-Kedah B1-Perak D3-N. Sembilan

suku akhir separuh akhir akhir
A1
C2

D1
B1 Johan
B2
D3

C3
A2

JADUAL PERLAWANAN 25 PASUKAN KALAH MATI DAN LIGA YANG SESUAI
DALAM PERTANDINGAN INI

GROUP B

DIVISYEN B ( KALAH MATI)
PRIMIER GROUP (KUMPULAN SEKOLAH HARIAN BIASA)






















GROUP A
DIVISYEN A (LIGA)
SUPER GROUP (KUMPULAN SEKOLAH TUNAS SUKAN) PROJECT SCHOOL.
Pasukan A
Pasukan P Pasukan H
Pasukan G
Pasukan O
Pasukan F
Pasukan E
Pasukan D
Pasukan C
Pasukan B
Pasukan N
Pasukan M
Pasukan L
Pasukan K
Pasukan J
Pasukan I
B
JOHAN
DIVISYEN B


PASUKAN YANG BERTANDING P M S K J B MT









PERJALANAN LIGA KUMPULAN A DAN B SELEPAS MENCAPAI KEMENANGAN
PERINGKAT DIVESYEN


Pasukan
A
Pasukan
B
Pasukan
C
Pasukan
D
Pasukan
E
Pasukan
F
Pasukan
G
Pasukan
H
Pasukan
I
Pasukan
A

Pasukan
B

Pasukan
C

Pasukan
D

Pasukan
E

Pasukan
F

Pasukan
G

Pasukan
H

Pasukan
I

A
B
JUARA PIALA
PELAJARAN
NEGERI KEDAH
CONTOH LAKARAN PERJALANAN LIGA BAGI
PENGANJURAN INI







RASIONAL PEMILIHAN SISTEM PERLAWANAN

1. Sekolah yang berstatus bintang akan bertanding sesama mereka dan tiada laluan mudah
untuk sekolah berstatus bintang ini untuk menjadi juara piala pelajaran negeri seterusnya
dapat bersaing secara sihat untuk menentukan kejuaraan.
2. Sekolah dari harian biasa pula diletakkan pada kumpulan yang sama semua dan mereka
dapat bersaing dengan baik serta tiada ketidakadilan berlaku kerana semua pasukan
memiliki keseimbangan yang sama dalam setiap pasukan.
3. Jika diletakan bercampuran antara sekolah berprestasi tinggi dan biasa, dari skruktur
pemilihan bakat dan potensi individu tidak dapat dilakukan kerana didominasikan oleh
para pelajar dari sekolah berprestasi tinggi sahaja, perolehan pemilihan pemain berbakat
dari kalangan sekolah biasa diminimumkan.
4. Pertandingan dari kumpulan A akan dijalankan dengan kaedah peraturan liga kerana
ironinya ia dapat mempertingkatkan kemahiran bermain dari kalangan pelajar dan
pendedahan pada perlawanan sebenar dan seterusnya mempercepatkan proses
perkembangan teknik dalam bolasepak.
5. Pencarian bakat dapat dilaksanakan dengan sistematik dan professional kerana telah
melakukan proses pembahagian untuk sekolah-sekolah yang biasa dan berpretasi tinggi
serta proses pembangunan bolasepak dapat dijanakan dengan terperinci dan profesianal.


3. POWERPOINT SLAID
KURSUS KEJURULATIHAN ASAS BOLASEPAK PERINGKAT SEKOLAH

JOHAN GROUP A AKAN BERTEMU JOHAN GROUP B UNTUK MENENTUKAN
PENENTU JUARA PERINGKAT NEGERI KEDAH
VS








































SLAID POWERPOINT YANG TELAH DILAMPIRKAN INI AKAN DIBERI UNTUK
RUJUKAN BERUPA CD BURN.





















PERANCANGAN
DUA TEKNIK
LATIHAN ASAS
DALAM
KEJURULATIHAN
BOLASEPAK