Anda di halaman 1dari 6

Peraturan Bermain Bola Keranjang

1. Tidak boleh memegang bola dan berjalan sebanyak tiga langkah.


2. Tidak boleh berjalan selepas membawa dan memegang bola.
3. Tidak boleh tekan bola dan sentuh tangan pihak lawan semasa ingin
melempar bola.
4. Tidak boleh melukakan atau melanggar pihak lawan secara berniat
semasa ingin memasukkan bola.
5. Tidak boleh melukakan pihak lawan dan melakukan sesuatu yang boleh
mempengaruhi pihak lawan seperti menjerit.
6. Tidak boleh memukul bola dengan menggunakan tapak tangan dan hanya
memukul bola menggunakan jari tangan.
7. Bola tidak boleh keluar dari kawasan gelanggang dan pihak yang
mengeluarkan bola dari kawasan gelanggang akan memberi hak pembuka
bola kepada pihak lawan.
8. Tidak boleh menahan tempat pihak lawan yang ingin memasukkan bola
secara berniat (blocking).
9. Bola dapat dilemparkan ke segala arah dengan menggunakan salah satu
atau kedua tangan.
10. Bola dapat dipukul ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau
kedua tangan, tetapi tidak boleh dipukul dengan memakai kepalan tangan
(meninju).
11. Pemain tidak boleh berlari sambil memegang bola. Pemain harus
melemparkan bola tersebut dari titik tempat menerima bola ataupun
pemain boleh berlari dengan kelajuan yang cepat.
12. Bola harus dipegang di dalam atau di antara tapak tangan. Lengan atau
anggota tubuh lainnya tidak boleh memegang bola.
13. Pemain tidak boleh menahan, mendorong atau memukul, pemain lawan
dengan cara tertentu. Pelanggaran pertama berdasarkan peraturan ini
akan dianggap sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan diberi
hukuman. Apabila pelanggaran tersebut dilakukan dengan tujuan untuk
mencederai pihak lawan, maka pemain pelanggar akan dikenai hukuman,
iaitu tidak boleh ikut bermain sepanjang pertandingan. Pada masa ini,
pergantian pemain tidak juga tidak dibenarkan.
14. Satu kesalahan akan dikenakan kepada pemain apabila memukul bola
dengan kepalan tangan, melakukan pelanggaran terhadap aturan 3 dan 4,
serta melanggar hal-hal yang disebutkan pada aturan 5.
15. Apabila salah satu pihak melakukan tiga kesalahan berturut-turut, maka
kesalahan itu akan dianggap sebagai gol untuk lawannya (berturut-turut
tanpa adanya pelanggaran balik oleh lawan).
16. Gol terjadi apabila bola yang dilemparkan atau dipukul dari lapangan
masuk ke dalam keranjang, dalam hal ini pemain yang menjaga keranjang
tidak boleh menyentuh atau mengganggu gol tersebut. Apabila bola
terhenti di pinggir keranjang atau pemain lawan menggerakkan keranjang,
maka hal tersebut tidak akan dikira sebagai sebuah gol.
17. Apabila bola keluar lapangan pertandingan, bola akan dilemparkan
kembali ke dalam dan dimainkan oleh pemain pertama yang
menyentuhnya. Pelempar bola diberi masa 5 saat untuk melemparkan
bola dalam genggamannya. Apabila dia memegang lebih daripada waktu
tersebut, maka pemilik bola akan berpindah. Apabila salah satu pihak
melakukan hal yang dapat menunda pertandingan, maka wasit dapat
memberi mereka sebuah peringatan pelanggaran.
18. Wasit berhak untuk memerhatikan permainan para pemain dan mencatat
jumlah pelanggaran dan memberi tahu wasit pembantu apabila terjadi
pelanggaran berturut-turut. Wasit memiliki hak penuh untuk
mendiskualifikasi pemain yang melakukan pelanggaran sesuai dengan
yang tercantum dalam aturan 5.
19. Wasit pembantu memerhatikan bola dan mengambil keputusan apabila
bola dianggap telah keluar lapangan, pergantian kepemilikan bola serta
mengira masa. Wasit pembantu berhak menentukan sah tidaknya suatu
gol dan mengira jumlah gol yang terjadi.
20. Waktu pertandingan adalah 4 quarter masing-masing 10 minit.
21. Pihak yang memasukkan gol terbanyak akan dinyatakan sebagai
pemenang.















Peraturan Tiang Gol Bola Keranjang












Ukuran Papan

Alatan Bola Keranjang
Saiz bola untuk peringkat Umur 12 tahun dank e bawah ialah saiz 5.
Saiz bola untuk peringkat Umur 15 dan ke 18 tahun perempuan dan ke
bawah ialah saiz 6.
Saiz bola untuk peringkat Umur 15 dan ke 18 tahun lelaki dank e
bawah ialah saiz 7.

Tiang Gol Bola Keranjang Bola Keranjang
Gelanggang Bola Keranjang

Anda mungkin juga menyukai