Anda di halaman 1dari 1

SOALAN :

TERANGKAN TIGA KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN.

Berfikir merupakan suatu proses menggunakan minda bagi mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir (KB) merupakan salah satu aspek penting dan perlu diberikan
penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu objektif dan matlamat
Matematik ialah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis,
dan kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan
matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan
berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
Dari segi pengkelasan kemahiran berfikir, secara umunya kemahiran ini boleh dikelaskan
kepada aras rendah, sederhana dan tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan suatu
operasi kognitf yang merangkumi tiga aras teratas dalam domain kognitif Taksonomi Bloom
iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Kemahiran berfikir aras tinggi juga dikenali dengan istilah High Order Thinking
Skills (HOTS). Pada masa kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sememangnya
menggalakkan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi bagi
melahirkan ganerasi yang intelek dan serba boleh. Kemahiran berfikir melibatkan beberapa
tindakan penjanaan minda.Kemahiran ini mungkin melibatkan sesuatu idea, falsafah,
peraturan, hukum, pendapat, konsep, ideologi, dan sebagainya. Bagi menguasai kemahiran
berfikir aras tinggi, para pelajar mestilah berpotensi untuk menguasai kemahiran berfikir pada
aras bawah atau yang terawal di dalam domain kognitif Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan,
pemahaman dan aplikasi. Aras-aras bawah ini merupakan asas utama serta saling berkait dan
penting bagi memastikan para pelajar menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.
Diantara kepentingan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran (pdp) ialah yang pertamanya para pelajar boleh membuat keputusan sendiri.
Maksud membuat keputusan sendiri itu ialah para pelajar tidak perlu menunggu jawapan
daripada guru dalam kelas. Mereka boleh menyelesaikan sesuatu masalah tersebut dan
membuat keputusan itu sendiri tanpa perlu bantuan daripada guru.

Anda mungkin juga menyukai