Anda di halaman 1dari 8

PRINSIP 1: TASAWWUR ISLAM SEBAGAI ACUAN PEMBANGUNAN

Sumber epistemologi ilmu Islam:


* Al-Quran
* Al-Sunnah
* Ijma membentuk TASAWWUR ISLAM
* Qiyas

Tasawwur Islam:
* gambaran bentuk Islam yang hakiki
* menjelaskan prinsip asas Islam secara benar dan lengkap

3 Pokok Utama Tasawwur Islam:
* Allah sebagai pencipta
* Manusia adalah makhluk
* Sumber alam adalah makhluk

2 Ilmu terbentuk dari sumber:
* Fardhu Ain
- kewajipan setiap individu manusia
- kandungan:
- tauhid (hal ehwal ketuhanan)
- fekah (peraturan hidup)
- ibadah
- muamalah
- munakahat
- jinayah
- tasauf (penyucian jiwa)

*Fardhu Kifayah
- kewajipan manusia secara kolektif
- hal ehwal kehidupan kemasyarakatan
- perundangan, kedoktoran, politik, ekonomi, dsb.
- memenuhi keperluan masyarakat
- pengurusan jenazah, pengajaran, pengajian ilmu, dsb.

Nota:
Tanpa Fardhu Ain, Pembangunan Tidak Boleh Dikatakan Sebagai Fardhu Kifayah.



PRINSIP 2: MANUSIA SEBAGAI PELAKU PEMBANGUNAN

Pembangunan Lazim
* melihat manusia dari aspek fizikal dan keupayaan sahaja
* tidak mengambil kira aspek spritual
* manusia fizikal/pseudo-manusia
* manusia yang tidak cukup satu manusia

Teori PBI
* manusia cukup satu manusia
* ada fungsi khusus
* ketetapan fungsi khusus melalui satu pertanyaan:

bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi [al-Araf:172]

* semua manusia ketika dalam alam roh mengakui bahawa Allah adalah Than dan mereka adalah
hamba.

Roh
* Rohul-hayah
- nyawa

* Rohul-tamayyiz
- roh yang bersaksi bahawa Allah adalahTuhan dan manusia adalah hambaNya
- berperanan penting menghadapi hidup di dunia
- berfikir akal
- berperasaan qalbu/hati raja
- berkeinginan/berkehendak nafsu

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu perkara urusan
Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
[al Israa:85]

5 Tingkat Iman
* taqlid ( menurut-nurut tanpa ilmu)
* ilmu (tidak beramal dengan ilmu)
* ayan (beramal dengan ilmu)
* haq (benar)
* haqiqat (iman para Nabi dan Rasul)

7 Peringkat Nafsu
* amarah
* lawwamah
* mulhamah
* mutmainnah
* radhiyah
* mardhiyyah
* kamilah

Manusia mampu menjadi hamba Allah seperti yang dijanjikan ketika di alam roh sekiranya:
* peningkatan iman dan nafsu dapat dipertahankan
* anggota lahir yang tujuh terpelihara dari perkara maksiat

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan khalifah di muka bumi [al-Baqarah:30]

* manusia sebagai hamba dalam hubungan menegak dengan Allah
* manusia sebagai khalifah dalam hubungan mendatar sesama manusia dan sumber alam
* pembangunan untuk manusia, bukan manusia untuk pembangunan


PRINSIP KETIGA: ALAM ROH, DUNIA DAN AKHIRAT SEBAGAI SKALA WAKTU
PEMBANGUNAN

Manusia di alam roh rohul tamyyiz membuat perjanjian dengan Allah. Kesannya:
* manusia dikurniakan status sebagai hamba Allah
* manusia dikurniakan garis panduan/pelan induk/blue print kehidupan di dunia
* manusia dimaklumkan bahawa 3 alam adalah berkesinambungan dan tidak terpisah antara satu sama
lain.

Alam roh alam perjanjian terbentuk garis panduan/kaedah/bentuk pelaksanaan
Alam dunia alam pembuktian berlaku pembangunan
Alam akhirat alam pembalasan natijah dari segala pelaksanaan di dunia

Ayat al-Quran yang menerangkan kejadian, kehidupan dan kebangkitan manusia:
* al-Muminun : 12-16
* al-Hajj : 5
* Ghafir : 3

Nota:
Pembangunan yang berjaya hanyalah pembangunan yang pelakunya diberi ganjaran syurga oleh
Allah di akhirat nanti.


PRINSIP KEEMPAT: ILMU FARDHU AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBANGUNAN

Fardhu ain
* tanggungjawab individu
* wajib
* berdosabagi yang tidak mempelajari dan mengamalkannya

3 Jenis Fardhu Ain:
* Tauhid
- berhubung dengan aqidah
- mengandungi rukun Islam dan rukun iman
- sebagai teras supaya pembangunan yang diusahakan todak terpisah dari aqidah

* Fekah
- berhubung dengan syariat
- empat bahagian:
i) ibadah
ii) muamalat
iii) munakahah
iv) jinayat
- menyediakan kaedah-kaedah supaya pembangunan dikira sebagai ibadah

* Tasawwuf
- berhubung dnegan akhlak
- memandu manusia mengenali sifat mahmudah dan mazmumah
- menyediakan manusia dengan sifat-sifat terpuji supaya pembangunan dapat
dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berakhlak.

Fardhu Kifayah
* imu pembangunan, perundangan, politik, perubatan, dsb.
* tuntutan fardhu kifayah dapat dipenuhi dengan melaksanakan fardhu ain.

Dalil
* dalil aqli
- pembuktian melalui pancaindera dan keterbatasan akal.
- ilmu daruri
- meyakini dengan ilmu pengetahuan apabila dapat dibuktikan melalui pancaindera

* dalil naqli
- ilmu nadhari
- peringkat haqqul-yaqin
- meyakini sesuatu kebenaran melalui ilmu pengetahuan walaupun tidak dapat dibuktikan
meleui pancaindera.

Asas ilmu Fardhu Ain sebagai Kerangka:
* menyediakan asas yang kuat dan jitu
- tauhid
- perkaedahan syariat
- pelaku pembangunan yang berakhlak

* dinamik
- pelaksanaan memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah
- melahirkan pemangunan berteraskan Islam yang sepadu

* lahir dari sumber mutak
- dari al-Quran dan as-Sunnah



PRINSIP KELIMA: IBADAH SEBAGAI PERKAEDAHAN PEMBANGUNAN

Ibadah Asas
* wajib dilaksanakan oleh setiap manusia
* berbentuk fardhu ain
* untuk menegakkan hubungan dengan Allah (hablumminallah)
* untuk menegakkan pembangunan kerohanian

Amalan-amalan Utama
* sunat muakkad
* amalan tambahan kepada amalan wajib
* menjadi asbab Allah cintakan seseorang (menurut hadith Qudsi)
* menegakkan hubungan dengan Allah
*menguatkan lagi pembangunan kerohanian
Ibadah Umum
* bersifat fardhu kifayah
* menegakkan hubungan sesama manusia dan sumber alam (hablumminannas)
* menegakkan pembangunan material dan fizikal

Ibadah asas + Amalan utama PEMBANGUNAN KEROHANIAN
Ibadah umum PEMBANGUNAN MATERIAL DAN FIZIKAL

P. KEROHANIAN + P. MATERIAL DAN FIZIKAL PEMBANGUNAN HOLISTIK

Kaedah Ibadah
* asas dan amalan utama
- ilmu fardhu ain tauhid, fekah, tasawwuf
- ketauhidan kepada Allah menjadi tunjang
- fekah sebagai garis panduan
- tasawwuf menentukan kekhusyukan

* umum
- 5 syarat:
i) niat kerana Allah
ii) isi kandungan tidak bertentangan dengan syariat
iii) pelaksanaan memetuhi syariat
iv) natijah tidak bertentangan dengan syariat
v) ibadah-ibadah asa tidak ditinggalkan

Nota:
Kaedah pembangunan berteraskan Islam sebenarnya adalah kaedah ibadah. Maka pembangunan
menjadi alat kepada pengabdian manusia kepada Allah.



PRINSIP KEENAM: SUMBER ALAM SEBAGAI ALAT PEMBANGUNAN

* sumber alam sebagai alat pembangunan yang utama
* meliputi bumi, langit, laut, semua cakerawala
* sama ada yang sudah diterokai ataupun belum diterokai
* sama ada yang sudah diketahui namanya atau belum diketahui namanya

Pencipta Sumber Alam
* Allah adalah pencipta segala sumber alam
* dalil Allah sebagai pencipta:
- al-Baqarah : 21-22
- al-Baqarah : 29
- al-Baqarah : 164

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau keluarkan siang ke dalam
malam [Ali Imran:27]

dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-
masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarannya. [al-Anbiyaa:33]

Pemilik Mutlak
* Allah pemilik mutlak sumber-sumber alam ini
* dalilnya:

tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan
Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong.
[al-Baqarah:107]

kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
[al-Baqarah:284]
[Ali Imran:109]
[Ali Imran:129]

dan kepunyaan Allah-lah tenteralangit dan bumi. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana. [al-Fath:7]

Fungsi Sumber Alam
* untuk kegunaan manusia
* supaya manusia sedar tentang sifat Allah ar-Rahman dan ar-Rahim
* agar manusia berserah diri supaya menjadi lebih beriman dan patuh kepadaNya.
*dalil fungsi bintatang ternakan:
- [an-Nahl : 5-8]
- [an-Nahl : 66-69]
- [al-Mukminun : 19-22]

* penciptaan sumber alam ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan manusia terhadap Allah
* sumber alam dicipta untuk kegunaan manusia
* sumber alam sebagai peralatan pembangunan paling utama

Keterbatasan Sumber Alam
* teori lazim sumber alam terhad sedangkan kemahuan manusia tidak terhad
* dalam PBI, kemahuan manusia tidak terhad adalah disebabkan dorongan nafsu jahat
* hakikat sumber alam tidak terhad dari perspektif tauhid:
- konsep rezeki:
- Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya

Jangan kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.
Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.
Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.
[al-Israa:31]
[al-Anaam:151]

- ayat seribu dinar [at-Talaaq:2-3]

- kaedah pengagihan semula rezeki
- golongan kaya mengagihkan semula rezeki kepada golongan miskin
- rezeki diagihkan melalui:
- zakat
- sedekah
- hadiah
- cukai
- kaedah pengagihan ini menjadikan sumber reeki itu tidak terhad
- nilai rezeki terletak pada nilai kualitatif bukan kuantitatif
- pengagihan sumber adalah berdasarkan konsep saksama, bukan sama rata

- konsep barakah
- barakah bermaksud mendapat restu dari Allah
- kepenggunaan berdasarkan keperluan,bukan kepada kemahuan
- walaupun rezeki sedikit, tetapi mencukupi dan berasa puas.
- kemahuan yang tidak terhad boleh dihadkan dengan menghapuskan nafsu-
nafsu jahat dan gantikan dengan nafsu-nafsu baik yang mendorong kepada sifat
mahmudah

- kaedah kepenggunaan sumber alam
- empat peringkat:
i) memenuhi keperluan (dhoruri) keperluan asas
ii) memenuhi keperluan hidup kenderaan, barang dapur, etc
iii) kemewahan berlebih-lebihan
iv) perhiasan dan kecantikan bunga hiasan, gambar-gambar, dsb

- peringkat i dan ii saja dibenarkan
- peringkat iii dan iv dijauhkan kerana mencacatkan hati dan jiwa

- tiga hukum pembaziran:
i) makruh pembaziran menyebabkan hisab di Mahsyar
ii) haram arodhi (haram mendatang) pembaziran dilakukan ketika
masyarakat terlalu memerlukan bantuan. Wajib membantu pada waktu itu
iii) haram mutlak (haram haqiqi) pembaziran untuk perkara haram
seperti patung, alat muzik, pinggan mangkuk emas, dsb

Sumber Alam sebagai Alat Pembangunan
* alat manusia membangun
* memenuhi keperluan asas
* supaya manusia taat dan patuh seperti yang dijanjikan ketika alam roh
* gunakan sumber alam mengikut etika dan peraturan yang telah ditetapkan

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi. [al-Baqarah:168]


PRINSIP KETUJUH: MARDHATI LLAH SEBAGAI MATLAMAT PEMBANGUNAN

* pembangunan sebagai alat untuk mencapai mardhatillah
* apabila tercapai redha Allah, Allah kurniakan al-Falah

Cara mendapat redha Allah
* pertama
- tauhid dengan Allah mesti jelas
- pembangunan yang dilakukan mesti ikhlas kerana Allah
- apabila dipuji tidak berasa gembira pulangkan pujian kepada Allah
- apabila dikeji tidak berasa sedih dan marah kejian sebagai cermin diri
- tidak bergantung kepada kata-kata sebaliknya bergantung pada reaksi hati
- dorongan supaya berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal
- cinta dan rindu kepada Allah melebihi dari segala-galanya
- hubungan dengan Allah menentukan bagaimana hubungannya dengan manusia dan alam
* kedua
- syariat dijaga dan dipatuhi sungguh-sungguh
- segala peraturan dihayati, diamal dan dilaksanakan

* ketiga
- akhlaknya dengan Allah dijaga sungguh-sungguh

Nota:
Berjaya atau tidak pembangunan yang dilakukan hanya dapat ditentukan di akhirat kelak.
Al-Falah hanya kesan daripada keredhaan Allah s.w.t.



ISLAM HADHARI

Kenapa Islam Hadhari?
* IH merupakan proses pelaksanaan IP yang komprehensif
* IH telah dilaksanakan di peringkat negeri (Terengganu) sebelum dilaksanakan di peringkat negara
* IH lebih dikenali di dalam dan di luar negara
* melibatkan perbincangan banyak pihak sehingga JAKIM dan UKM menerbitkan Jurnal Hadhari

Ciri-ciri IP
* unsur-unsur lazim yang tak selari dengan Islam digantikan dengan unsur-unsur PBI
* dilakukan secara akomodatif dan apologetik
* dilaksanakan secara beransur-ansur tanpa menghapuskan unsur lazim

Kenapa Malaysia pilih IP?
* 40% penduduk Malaysia bukan beragama Islam
* IP lebih mudah dilaksanakan kerana bersifat beransur-ansur dan tidak dilaksanakan sekali gus.

Unsur-unsur IP dalam IH
* tauhid sebagai tunjang
* kekalkan unsur-unsur lazim kait dengan kemodenan terangkan teori modenisasi
* bukti: syarahan DS Abdullah Ahmad Badawi di:
- Oxford Centre for Islamic Studies
- Forum Strategi Arab 2004 di Dubai
- Jamia Milia Islamia di Delhi

Kegagalan IH
* bersifat campur aduk antara tasawur Islam dengan tasawur lazim
* sistem dan struktur bertunjangkan tasawwur lazim (eventhough ada unsur tauhid)
* dikritik banyak pihak terutama pembangkang
* tidak sepenuhnya menepati kehendak Islam
* berlaku kontradaksi tahanan ISA belum dibebaskan
* tiada gagasan dan acuan bersifat konkrit kedudukan tidak jelas dlm strategi pembangunan negara
* IH sebagai slogan politik terikat denganUMNO
* terlalu menekankan aspek material
* penggunaan istilah kurang sesuai
* tiada prinsip tapak yang kukuh supposely based on 7 PBI
* dilihat sekadar lanjutan DPNI

Nota:
Akomodatif: penerimaan/penyesuaian
Apologetik: pertahankan fahaman