Anda di halaman 1dari 8

KAWAD KAKI

NAMA :NORATIKAH BINTI ABDUL HALIM


NO.MATRIK :2013683008
KUMPULAN :HBU133A
NAMA JURULATIH :ENCIK ARSHAD BIN HJ MAIL
SEJARAH KAWAD
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah
Melayu pada awal kurun ke -14. Kehadiran tentera Portugis yang
berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai
satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua,
sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di
Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-an dan diSingapura pada tahun-
tahun 1800-an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan
kawad. Walaupun tentera-tentera upahan berasal dari India, namun
corak dan cara disiplin yang ditunjukkan telah menunjukkan mereka
adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.Penubuhan awal
pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan
Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan
udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap, Pasukan
Palang Merah, St John Ambulance dan sebagainya telah
menyemarakkan aktiviti kawad di negera ini. Pertandingan kawad kaki
telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang
memaparkan kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan yang
paling penting menunjukkan identiti pasukan.Pada masa kini terdapat
tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungi oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (GO)
dan badan-badan bukan kerajaan(NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti
kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan kawad telah
dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun
usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format
pertandingan yang selaras telah dilakukan.





TUJUAN BERKAWAD

Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan
tatatertib cergas dan taat setia(menerima arahan dan
menjalankan arahan tersebut)
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu
kumpulan
Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib
di dalam pasukan,asas dan perpaduan tatatertib semasa
bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yg diperbaiki
berkali-kali
Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-
sebab berkawad itu,berkawad sangat-sangat dikehendaki
oleh pasukan,bukanlah sebagai hukuman atau mendera
tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan
itu

KESALAHAN-KESALAHAN BIASA
KEDUDUKAN SEDIA
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas
2. Tiada sedia dan mengerakkan mata.
3. Kaki dan badan tiada menghadap kehadapan, tumit tidak rapat
4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan dengan hal yang
demikianmembuka tulang belikat dan menyesakkan dada.
6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu
kebawahdaripada jari lain.
KEDUDUKAN SENANG DIRI
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri.
2. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut
3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak
lurus.
4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
KEDUDUKAN REHATKAN DIRI
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan.
2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan bercakap-cakap

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
1. kawad kaki statik
2. kawad kaki dinamik
3. kawad formasi yang juga dikenali kawat senyap

Untuk tujuan mengajar kawad kaki,eloklah dimulakan dengan kawad
statik,iaitu kawad yang tidak melibatkan pergerakan berjalan bagi tajuk
kawad statik
Antaranya :
Sedia,senang diri dan rehatkan diri
berpusing ke kanan,kiri dan ke belakang
langkah sebelah
hentak kaki
buka dan tutup barisan
luruskan barisan
hormat






BAHASA HUKUMAN KAWAD

1.Sedia
baris ...bariiiis sedia !
2.Senang diri
senaaang diri!
3.Rehatkan diri
rehatkaaaan diri!
4.Berpusing ke kanan
bergerak ke kanaaan ke kanaaan..pusing!
5.Berpusing ke belakang
Sekiranya platon(kumpulan)sedang menghadap ke arah
anda(jurukawat).untuk menghadapkan semula platon ke
hadapan,bahasa hukumannya :
baris akan menghadap ke hadapan ke kiriii..pusing!
Sekiranya platon(platon) sedang menghadap kearah
anda(jurukawad).untuk menghadapkan semula platon ke
hadapan ,bahasa hukumannye :
baris akan menghadap kehadapan ke kanaaaan ..pusing!
Sekiranya platon(kupulan)sedang menghadap ke arah
anda(jurukawad).untuk menghadapkan semula platon ke
hadapan,bahasa hukumannya :
baris akan menghadap ke hadapan ke
belakaaaang...pusing!
Ingatan apabila berpusing ke belakang hendaklah
berpusing melalui sebelah kanan badan ,walau ke arah
mana pun platon anda sedang menghadap
7.Langkah sebelah
satu/dua/tiga langkaaah..ke kanaaaan/kiriii..gerak!
8.Hentak kaki
Hentak kakiii...cepat!
Untuk menghentikan platon dari hentak kaki,bahasa
hukumannye :
Bariiiis..henti!
9.Buka/tutup barisan
Buka/tutup barisaaaan...gerak!
10.Luruskan barisan ke kanaaaan..lurus!
Apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan,berikan pula bahasa hukuman
kawad
Pandaaaang..depan!
11.Hormat ke hadapan
Hormat,hormat ke hadapan...hormat!

Anda mungkin juga menyukai