Anda di halaman 1dari 17

Perayaan Kaum India

Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan:
Dipa + Gavali = Deepavali
cahaya dan perkataan barisan

Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November).

Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan
kebahagian.




Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga
akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan
pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India.
Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti
memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang
dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat
mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas
kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di
hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk
makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda
ucap selamat datang kepada para tetamu.


Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun
pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan
membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak
bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli
keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek.

Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna
yang garang seperti merah, biru dan oren.
Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam
atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu
barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain.
Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.



Thaipusam
Thaipusam merupakan perayaan menghapuskan dosa-
dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.
Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.
Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat
kepada dewaMurugan dan jika permohonan dikabulkan,
maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna
putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan
dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium.
Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,
warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas
kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua
penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari
tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren.
Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar
kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk
melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka
diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas
bahu atau di atas kepala.
Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau
kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan
dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan
bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada
lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat
dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh
beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-
masing.
Gambar Kavadi
Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk
perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke
semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-
tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka
memohon ampun. Antaranya ialah:
-berjalan di atas kasut berpaku.
-mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke
kanan dengan panah pendek dan panjang.
-mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata
pancing yang bersaiz 10 sm.

Ponggal
Ponggal diraikan secara beramai-ramai.
Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang
kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan
untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.
Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada
mereka yang lama terpisah.
Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Rujukan
http://bmk12010.blogspot.com/
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/201
0/09/masyarakat-india.html
Sekian Terima Kasih!!

Anda mungkin juga menyukai