Pen Gen Alan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak. Bermain


merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang
dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga
membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang
sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang
menyeronokkan.
Bermain tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia
merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai
perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.
Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motor-halus.
Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari
dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil
seperti menggunting, melipat dan lain-lain.
Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas,
mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit,
menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai