Anda di halaman 1dari 15

1

PENDAHULUAN

Ujian ataupun peperiksaan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur
keupayaan atau kelemahan di dalam bilik darjah. Selain itu juga mengukur keberkesanan
proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,
sesuatu ujian yang hendak dijalankan hendaklah dirancang bagi memastikan ketepatan objektif
ujian itu dijalankan.
Adakah ia untuk mengukur pelajar semata-mata?
Adakah untuk mengukur ketepatan kandungan pelajaran?
Adakah untuk menguji keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah?
Adakah untuk sela masa tertentu? Mingguan, bulanan atau tahunan?
Apakah format khusus bagi ujian yang hendak dijalankan? Objektif, struktur atau esei?
Adakah ujian dijalankan untuk penilaian penempatan atau diagnostik?

Kebanyakan ujian yang dijalankan di sekolah adalah berdasarka format yang dibuat oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ujian ini
adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang berteraskan objektif pengajaran. Sukatan
pelajaran dan huraiannya adalah penting dalam menentukan kandungan yang diajar oleh guru
kepada pelajar. Tanpa sukatan pelajaran dan huraiannya, pengajaran kandungan akan berbeza
antara sekolah. Sukatan Pelajaran dan huraiannya juga penting dalam menentukan hasil
pengajaran yang diharapkan. Oleh itu sukatan pelajaran juga sangat penting dalam pembinaan
item untuk ujian-ujian yang dijalankan di bilik darjah.
Pembinaan item atau soalan bagi setiap ujian hendaklah dibuat berdasarkan Jadual
Penentu Ujian (JPU) yang berlatarkan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran tersebut. Proses
pembinaan JPU pula mempunyai beberapa langkah bagi memastikan ujian itu seimbang dan
sesuai dengan kemampuan pelajar.






2

JADUAL PENENTU UJIAN (JPU)

Kandungan ujian hendaklah jelas dan tepat. Ia mestilah berdasarkan sukatan pelajaran
mata pelajaran yang telah ditentukan oleh bahagian kurikulum Kementerian Pelajaran.
Malaysia. Jenis ujian juga boleh merupakan kemahiran kognitif atau psikomotor. Ujian yang
berkualiti adalah ujian yang seimbang dan sesuai dengan kemampuan pelajar. Oleh itu,
pembinaan jadual penentu ujian adalah penting bagi memastikan ujian yang ingin dilaksanakan
menepati objektif ujian.
JPU boleh dibina dengan langkah-langkah berikut :
1. Menentukan kandungan sukatan mata pelajaran atau kemahiran yang hendak diuji.
Menyenaraikan tajuk atau objektif dalam sukatan pelajaran.
Menentukan bilangan soalan atau item mengikut aras kemahiran yang
bertepatan dengan penekanan dalam kurikulum.
Memberikan pemberatan yang saksama atau seimbang antara kandungan dan
kemahiran .

2. Menentukan jenis soalan atau item yang sesuai digunakan.
Objektif pelbagai pilihan.
Soalan jawapan pendek.
Soalan berstruktur
Soalan esei

3. Pembahagian bilangan soalan atau item bagi setiap bidang dalam sukatan pelajaran
dan menentukan masa yang diperuntukkan bagi setiap ujian.
Bergantung kepada jenis soalan dan masa yang diperuntukkan.
Pembahagian mengikut kadar tertentu seperti nisbah 5 : 3 : 2 , untuk kemahiran
pengetahuan-kefahaman, kefahaman-aplikasi, dan analisis-penilaian.

4. Menentukan aras kemahiran yang diperlukan .
Menetapkan soalan dari setiap bahagian mata pelajaran dengan
menggambarkan bahawa pelajar dapat menguasai.

5. Menentukan aras kesukaran item.
3

Proses pembinaan JPU mengandungi 6 peringkat :
Peringkat 1 Jadual dibahagikan kepada 2 dimensi, satu dimensi mengandungi
objektif dan dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran bagi setiap
objektif atau kandungan.
Peringkat 2 Objektif atau kandungan pengajaran disusun mengikut
kepentingan dari atas ke bawah atau mengikut pengkelasan dalam sukatan
pelajaran. (dimensi pertama)
Peringkat 3 bahagikan jalur kepada 8 bahagian iaitu Pengetahuan,
Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis, Penilaian, Jumlah Item dan Wajaran.
Peringkat 4 Setiap sel dibahagian paling kiri ditulis nombor bilangan item atau
soalan
Peringkat 5 - tentukan bilangan item yang diperlukan.
Peringkat 6 Semakan perlu dilaksanakan untuk memastikan item menepati
kehendak objektif kurikulum.

















4

PENULISAN ITEM

Soalan Objektif Pelbagai Pilihan.
Soalan objektif pelbagai pilihan mengandungi 2 bahagian iaitu Stem dan Opsyen. Stem adalah
pokok soalan, tugasan atau lebih dikenali sebagai soalan. Manakala Opsyen adalah pilhan-
pilihan jawapan yang diberikan. Pilihan-pilihan ini mengandungi satu jawapan yang tepat (kunci)
dan selainnya adalah jawapan yang salah (Penganggu/Distraktor)
Terdapat juga soalan-soalan objektif pelbagai pilihan yang menggunakan ransangan
bagi tujuan menjelaskan situasi sesuatu keadaan. Soalan yang diberi juga hendaklah berkaitan
dengan situasi tersebut.

Panduan Menulis Soalan Objektif Pelbagai Pilihan.
1. Soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada objektif perlakuan ; sesuatu yang
diketahui oleh pelajar ataupun pengetahuan sedia ada pelajar.
2. Tugasan yang jelas. Stem soalan hendaklah jelas dan opsyen yang diberikan berkait
rapat.
3. Stiap ospyen hanya satu sahaja jawapan yang betul (kunci)
4. Penggunaan bahasa dan pembendaharan kata yang mudah supaya pelajar tidak mudah
keliru.
5. Ransangan (stimuli) untuk tiap-tiap soalan hendaklah bebas daripada berkait rapat
antara soalan-soalan yang lain.
6. Pastikan tujuan soalan adalah jelas.
7. Bagi soalan yang sukar, pastikan bahawa soalan itu memerlukan pemikiran yang dalam.
8. Jangan gunakan dua negatif dalam soalan. Jika soalan berkehendakkan jawapan yg
salah, pilihan jawapan hendaklah dalam bentuk positif.
9. Mengambil soalan-soalan yang pernah digunakan oleh pakar-pakar pembinaan soalan
dan dijadikan sebagai panduan.
10. Elakkan penggunaan bahan daripada buku teks sebagai ransangan, stem mahupun
opsyen.
11. Perkara yang disoal adalah buakn daripada perkara yang using atau lama.
12. Elakkan membina soalan berdasarkan pendapat kerana jawapan pelajar mungkin
berbeza daripada pilihan jawapan yang diberikan.
13. Elakkan pengetahuan yang overspecific (terlalu terperinci)
14. Penekanan harus dibuat pada soalan yang berada pada aras tinggi.
5

JADUAL PENENTU UJIAN (OBJEKTIF PELBAGAI PILIHAN DAN ESEI)
Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup
Tingkatan : 1
No
Topik 3:
Elektrik
Aras Taksonomi Bloom
Jumlah
Jumlah
wajaran (100%)
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1
Sumber
Elektrik
Soalan 2 Soalan 5 Soalan 6 3 43
2
Kegunaan
Elektrik
Soalan 1 Soalan 3 2 28.5
3
Jenis wayar
dan kerja
pendawaian
Soalan esei Soalan 4 2 28.5
jumlah 2 1 1 1 1 1 7 100
Wajaran (100%) 28.5 14.3 14.3 14.3 14.3 14.3 100




6

Opsyen
Contoh soalan yang di bina.
Soalan 1

Rajah 1
1. Apakah fungsi pena ujian yang ditunjukkan dalam rajah 1 di atas?
A. Mengetatkan skru kecil
B. Menguji wayar hidup
C. Menguji kebocoran arus elektrik
D. Menguji tenaga haba pada seterika elektrik

Penerangan


Rajah 1
Apakah fungsi pena ujian yang ditunjukkan dalam rajah 1 di atas?
A. Mengetatkan skru kecil
B. Menguji wayar hidup
C. Menguji kebocoran arus elektrik .
D. Menguji tenaga haba pada seterika elektrik

Aras : Pengetahuan
Kata kunci dalam soalan ini adalah Apakah fungsi yang menuntut pelajar mengingati (recall)
dalam mendapatkan jawapan yang tepat. Soalan ini juga menggunakan gambar sebagai
Stem
Kunci
Penganggu
7

Opsyen
ransangan dan jenis soalan tertutup yang mengemukakan pertanyaan atau masalah dalam ayat
yang lengkap.
Opsyen diberikan adalah ringkas kerana stem soalan sudah menunjukkan aras
pengetahuan yang meminta pelajar mengingati (recall). Kunci adalah C dan selebihnya adalah
penganggu. Penganggu yang kuat adalah D. Jika pelajar membuat anggaran, kemungkinan
besar opsyen D akan menjadi jawapan sedangkan jawapan D adalah salah. Ini kerana nilai bagi
opsyen C dan D adalah berhampiran. Oleh itu, soalan ini hendaklah dijawab dengan mengingati
dengan lebih tepat.

Soalan 2
2. Antara berikut, pasangan yang manakah betul?


A
B
C
D
Alatan elektrik Penukaran tenaga
elektrik
Lampu suluh Bunyi
Kipas angin Bunyi
Lampu pendarflour Haba
Mesin gerudi Kinetik

Penerangan
Antara berikut, pasangan yang manakah betul?


Aras : kefahaman
Pada aras kafahaman ini memerlukan murid mencari pasangan yang betul. Proses
memadankan dilakukan untuk mencari jawapan yang betul. Kunci adalah D dan selebihnya
adalah penganggu. Penganggu yang kuat adalah B. Jika pelajar membuat anggaran,
kemungkinan besar opsyen B akan menjadi jawapan sedangkan jawapan B adalah salah. Ini
kerana nilai bagi opsyen B dan D adalah berhampiran. Oleh itu, soalan ini hendaklah dijawab
dengan memadan pasangan dengan lebih tepat.




A
B
C
D
Alatan elektrik Penukaran tenaga
elektrik
Lampu suluh Bunyi
Kipas angin Bunyi
Lampu pendarflour Haba
Mesin gerudi Kinetik
Stem
Kunci
Penganggu
8

Opsyen
Soalan 3
3. Pilih langkah-langkah yang betul ketika menggunakan peralatan elektrik?
A. Basuh tangan sebelum menggunakan alatan elektrik
B. Sentuh sedikit alatan elektrik untuk memastikan tiada arus
C. Pastikan memakai kasut bertapak getah ketika menggunakan alatan elektrik
D. Berhati-hati apabila menggunakan alatan elektrik yang telah rosak.

Penerangan

Pilih langkah-langkah yang betul ketika menggunakan peralatan elektrik?
A. Basuh tangan sebelum menggunakan alatan elektrik
B. Sentuh sedikit alatan elektrik untuk memastikan tiada arus
C. Pastikan memakai kasut bertapak getah ketika menggunakan alatan elektrik
D. Berhati-hati apabila menggunakan alatan elektrik yang telah rosak.

Aras: Aplikasi
Kata kunci dalam soalan ini adalah pilih langkah - langkah yang menuntut pelajar
mengaplikasikan langkah-langkah dalam mendapatkan jawapan yang tepat.
Opsyen diberikan adalah ringkas kerana stem soalan sudah menunjukkak aras aplikasi
yang meminta pelajar mengira. Kunci adalah C dan selebihnya adalah penganggu. Penganggu
yang kuat adalah D. Jika pelajar membuat anggaran, kemungkinan besar opsyen D akan
menjadi jawapan sedangkan jawapan D adalah salah. Ini kerana nilai bagi opsyen C dan D
adalah berhampiran. Oleh itu, soalan ini hendaklah dijawab dengan pengiraan yang tepat.

Soalan 4

4. Antara berikut, alatan tangan yang manakah paling sesuai untuk mencengkam dan
membentuk?


A.


B.


C.
Stem
Kunci
Penganggu
9

Opsyen


D.

Penerangan
Antara berikut, alatan tangan yang manakah paling sesuai untuk mencengkam dan
membentuk?


A.



B.



C.



D.


Aras: Analisis

Kata kunci yang manakah paling sesuai adalah merujuk kepada murid untuk menganalisa
soalan. Setiap jawapan diberi gambaran yang sewajar untuk pelajar memilih. Kunci adalah B
dan selebihnya adalah penganggu. gambaran ringkas dan menarik. Kunci bagi opsyen ini
adalah B dan selainnya adalah penganggu. Pengganggu yang kuat adalah A kerana
mempunyai persamaan yang sama dengan kunci iaitu B.



Stem
Kunci
Penganggu
10

Opsyen
Soalan 5
5. Susun semula langkah-langkah pendawaian plug 3 pin dengan betul?
i Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod warna yang ditetapkan.
ii Potong teras wayar jika tidak terlalu panjang bagi mendapatkan pendawaian yang kemas.
iii Potong penebat luar wayar tiga teras dengan teliti supaya tidak terpotong terasnya
iv Buang penebat luar dan benang yang terdedah.
A. i,ii, iii, iv
B. iv,iii,i, ii
C. iii,iv,ii,i
D. ii,iii,iv,i

Penerangan

Susun semula langkah-langkah pendawaian plug 3 pin dengan betul?
i Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod warna yang ditetapkan.
ii Potong teras wayar jika tidak terlalu panjang bagi mendapatkan pendawaian yang kemas.
iii Potong penebat luar wayar tiga teras dengan teliti supaya tidak terpotong terasnya
iv Pada bahagian teras, buang penebat luar dan benang yang terdedah.

A. iii,iv,ii,i .
B. i,ii, iii, iv
C. iv,iii,ii,i
D. ii,iii,iv,i

Aras: Sentesis
Kata kunci soalan ini adalah arrange/susun yang meletakkan soalan ini di aras kemahiran
sintesis. Murid perlu menyusun kembali cara-cara pendawaian yang betul bergantung pada
amali yang pernah dilakukan. Kuncinya adalah A iaitu jawapan yang tepat. Selain itu adalah
pengganggu/distraktor. Pengganggu yang kuat adalah C yang mempunyai persamaan yang
lebih besar dengan A berbanding dengan yang lain.




Stem
Penganggu
Kunci
11

Opsyen
Soalan 6

Rajah 2
6. Rajah 2 di atas menunjukkan binaan asas sesuatu sumber elektrik. X merujuk kepada
sumber
A. Tindakan kimia
B. Kemagnetan
C. Haba
D. Cahaya
Penerangan

Rajah 2
Rajah 2 di atas menunjukkan binaan asas sesuatu sumber elektrik. X merujuk kepada
sumber
A. Tindakan kimia
B. Kemagnetan
C. Haba
D. Cahaya .
Aras: Penilaian
Soalan ini meminta pelajar berfikir dengan lebih mendalam mengenai pemerhatian yang
mungkin berlaku dalam eksperimen yang diberikan. Item ini menggunakan gambar sebagai
ransangan.
Kunci bagi opsyen ini adalah D dan selebihnya adalah penganggu. Penganggu yang
kuat adalah C kerana persamaan yang lebih besar dengan kunci iatu D.
Stem
Penganggu
Kunci
12

Soalan Esei
Lukiskan pendawaian Plag 3-pin 13 Ampere dan labelkan? (10 markah)
Jawapan:


Penerangan
Lukiskan pendawaian Plag 3-pin 13 Ampere dan labelkan? (10 markah)
Soalan ini adalah pada aras pengetahuan dimana murid diminta melukis dan melabelkan.
Disini proses mengingat semula dilakukan untuk mengetahui bagaimana gambaran lukisan itu.
Soalan ini menggunakan respons terhad dimana jawapan yang dikehendaki dalam lingkungan
yang terhad.
Jawapan:

Stem
13

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, pembinaan item / soalan bagi pelajar perlulah dirancang dengan
sistematik agar matlamat dan tujuan ujian dijalankan tercapai. Perancangan yang perlu
dilakukan hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah diluluskan oleh Bahagian
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain sukatan pelajaran, pembinaan soalan juga
perlu merujuk kepada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi membina soalan yang
seimbang dan sesuai dengan kemampuan pelajar. Dari situlah pembinaan Jadual Penentu
Ujian dilakukan dan seterusnya pembinaan item. Pembinaan item juga perlu dirancang dari segi
penggunaan bahasa, bahan ransangan, jenis item (sama ada objektif pelbagai pilihan atau
esei) dan ospyen yang diberikan.

14

Bibliografi

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 1 Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bhasah Abu Bakar (2004). Asas Pengukuran Bilik Darjah.Tanjong Malim. Quantum Books.

Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim, Tuslah Binti Abdan (2012). Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 1. Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.



15

Lampiran
Huraian Sukatan Pelajar (HSP) Kemahiran Hidup Tingkatan 1.

Anda mungkin juga menyukai