Anda di halaman 1dari 14

Jom Belajar Membuat

Homemade Pizza
Dough







Saya tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza
kerana saya tidak berapa gemar memakan pizza. Tapi
Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai pulak dia nak
memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat
pizza juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti
orang tengok masakan yang sama jer". Hahaha itulah
bijak budak kecil tu memainkan perasaan kita. Memang
dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang
tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya
saya bangun pagi pagi dan sediakan cucur udang untuk
dia makan sebelum ke sekolah, bila saya beritahu yang
saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.

Untuk memujuk Aween, saya mencari resepi pizza yang
mudah, ada pizza ekspress yang hanya menggunakan roti
gardenia saja sebagai base. Tapi dia tak mahu kerana itu
bukan original pizza katanya. So apa nak jawab dengan
anak anak yang minta dimasakkan makanan kegemaran.
Tiada pilihan melainkan saya mengajak hubby ke Village
Grocer mencari bahan bahan untuk membuat pizza.
Seperti biasa saya akan cari yang mudah dibuat,
menggunakan bahan yang simple dan yang penting,
hmmm semestinya sedaaappp.... Doh ini sangat gebu dan
lembut. Saya sangat sangat berpuas hati.


Sementara menunggu Aween balik dari sekolah saya
menyediakan doh pizza. Hanya akan dibakar panas panas
bila dia hampir sampai di rumah. Sesampai saja di rumah,
dia terus membuat topping pizza sendiri. Jom saya layan
anda semua dengan langkah demi langkah menyediakan
doh pizza resepi omputih. yeah...

Homemade Pizza Dough

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis.
Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.




Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam.
Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan
olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.








Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi
ke tepi sehingga menjadi sebati.





Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh
sehingga tidak melekat di tangan.




Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh
sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua
tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan
kedua dua tangan.








Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap
diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan
atas doh.




Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh
selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali
ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian








Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza
dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi
mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza
dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.










Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk
diletakkan sos dan topping ...

Anda mungkin juga menyukai