Anda di halaman 1dari 13

Warkah Pengarah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya , Buletin i-Learn berjaya
diterbitkan buat ke 7 kalinya. Insya Allah kandungannya lebih jitu dan memberi
manfaat kepada pembaca kalian. Tahun 2012 merupakan tahun yang agak sibuk
bagi Pusat i-Learn dari segi pertambahan sesi latihan berkenaan e-pembelajaran,
pembangunan modul baru latihan e-pembelajaran, pengurusan dua projek POC
(Proof of Concept) untuk pembangunan e-kandungan serta permulaan fasa IV
pembangunan e-kandungan standard (standardized e-content). Lebih 10,000
pelajar dan 1800 pensyarah dilatih antara bulan Februari hingga Disember tahun
lepas. Saya bersyukur kerana staf i-Learn sentiasa giat bekerja untuk memastikan
agenda Pusat i-Learn berlangsung. Tahun 2012 juga merupakan tahun yang agak
mencabar buat Pusat i-Learn dalam usaha menggerakkan pembelajaran teradun/
blended learning (BL). Rata-rata masih ada warga UiTM yang kurang informed atau tidak yakin dengan
kaedah pengajaran ini.

Tahun 2013 menjanjikan rentak yang berbeza, malah lebih mengujakan kerana blended learning kini
diterima senat sebagai salah satu mod penyampaian yang pada hemat saya, akan menjadi satu kelaziman
dalam beberapa tahun akan datang. Justeru itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengurusan
tertinggi UiTM kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya dan warga Pusat i-Learn untuk terus
mengusahakan transformasi pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah blended ini. UiTM memang
beruntung kerana mempunyai ramai champion e-pembelajaran dan BL termasuk Tan Sri Dato Sri Naib
Canselor sendiri yang sentiasa menggalakkan wadah P & P ini. Kami juga bersyukur kerana Prof TNCAA
dan pihak UHEK tidak putus-putus memberi sokongan dan bekerjasama supaya BL dapat dilaksanakan.
Dengan penglibatan lebih ramai pensyarah (dianggarkan 30% kursus akan diajar secara BL September 2013)
, Pusat i-Learn akan melipatganda usaha untuk memberi sokongan dalam bentuk (1) penerangan dan taklimat
mengenai BL, (2) bengkel BL, (3) kursus-kursus berkaitan yang menyokong blended learning seperti Web
2.0, (4) penghasilan pakej-pakej e-content yang lebih mudah dan ringkas dan pembangunan dan penambaikan
modul sistem seperti BL registration online dan BL tracking.
InsyaAllah, tahun 2013 akan lebih bermakna dan menyaksikan penglibatan Pusat i-Learn dalam pelbagai
aktiviti e-pembelajaran. Pusat i-Learn akan mengadakan kolaborasi dalaman untuk menjayakan Karnival
e-pembelajaran serta kolaborasi dengan universiti luar bagi merealisaikan konferens ICEL 2013. Beberapa
projek perundingan juga dijangka akan bermula tahun ini.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Pusat i-Learn
yang dedikasi dan setia berkhidmat ke arah kejayaan Pusat i-Learn. Saya berazam menjadikan Pusat i-Learn
pusat sokongan bersepadu e-pembelajaram universiti serta rujukan tempatan dan antarabangsa dalam tahuntahun yang mendatang. Semoga semua usaha bersama kearah pengajaran e 3- efficient, effective & engaging
dirahmati.

Sekian , wassalam.
Prof Madya Dr Nor Aziah Hj Alias

Bahagian Pentadbiran
1.0 TEAMBUILDING PUSAT I-LEARN


Teambuilding Pusat i-Learn telah diadakan di Kendong
Village Resort, Sukabumi Adventure Centre, Daerah Kota, Rembau, Negeri
Sembilan pada 9 Jun 2013 hingga 11 Jun 2013 yang mana peruntukan program
diperolehi daripada pihak ILQAM, UiTM.
Selain Pengarah dan Staf Pusat i-Learn, program juga melibatkan sama wakil
daripada Institut Pendidikan NEO (iNED), wakil daripada Unit Kewangan Bendahari
Zon 17 dan wakil Trainers i-Learn.

9 Jun 2013 hingga 11 Jun 2013

Program berjalan seperti di jadualkan. Peserta di harap dapat mengimplikasikan


segala yang diperolehi sepanjang program dan di manfaatkan bagi memastikan
Pusat i-Learn menjadi pusat akademik yang membantu bersama pembangunan
akademik universiti khususnya.

AM BUILDING
TE

SANTAI ...
2.0 PROGRAM SANTAI I-LEARN
Pusat i-Learn telah mengadakan program santai i-learn pada 1 Mei 2013 di Agrotek Resort and
Training Centre, Batu 14 , Ulu Langat Selangor.

Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan kesinambungan hubungan erat sillaturrahim antara staf dan
keluarga berterusan . Program dihadiri semua staf Pusat i-Learn dan keluarga. Program berjalan seperti
dirancang dan yang amat dibanggakan ialah kos pembiayaan ditanggung sendiri oleh staf.

Ketua Unit : Azlan Abdul Aziz

Unit Pembangunan Bahan


PROJEK SME - Subject Matter Expert
E-Pembelajaran telah menjadi kebiasaan di kalangan institusi- institusi pengajian
tinggi di seluruh dunia. Pembelajaran atas talian telah terbukti berkesan bagi pelajar
dan pensyarah di mana maklumat boleh di akses secara 24/7 di mana sahaja tanpa
mengira masa.
Sehubungan dengan itu, projek SME yang merupakan singkatan bagi Subject Matter
Expert telah dilancarkan bagi mencapai matlamat e pembelajaran di kalangan warga UiTM


Sehubungan dengan itu, Pusat i-Learn masih lagi mencari pensyarah yang berkelayakan dan mempunyai
komitmen yang tinggi bagi mengisi salah satu pakej pembangunan bahan kursus seperti berikut:


Pakej 1 : Pensyarah hanya membangunkan papan cerita / stoyboard. Pusat i-Learn akan membangunkan
bahan pengajaran tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM1000 akan diberikan.
Pakej 2 : Pensyarah akan membangunkan papan cerita / stoyboard. Pusat i-Learn akan memberikan
template multimedia untuk dibangunkan oleh pensyarah tersebut. Pensyarah terbabit dikehendaki
menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM2000 akan
diberikan.
Pakej 3: Pensyarah akan membangunkan papan cerita dan template multimedia secara menyeluruh dan
menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia mengikut kemahiran dan kepakaran masingmasing.Insentif berupa wang tunai RM3000 akan diberikan.

eserta SME Fasa 4


Senarai P
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
12

Lokasi Bengkel Pembangunan


Makmal Komputer PTAR - Terbuka
Makmal Pusat i-Learn
Makmal UiTM Kampus Perak
Makmal UiTM Kampus Pulau Pinang
Makmal Pusat i-Learn - FSSR
Makmal Pusat i-Learn - Terbuka
Makmal Pusat i-Learn - FSG
Makmal Pusat i-Learn - FSSR
Makmal Pusat i-Learn - Terbuka
Makmal UiTM Kampus Jengka Pahang
Makmal UiTM Pulau Pinang
Makmal UiTM Kampus Kuala Pilah
Makmal UiTM Kelantan

Kumpulan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
11
12

Ketua Unit : Azlan Abdul Aziz

Unit Pembangunan Bahan


ihak luar

p
kerjasama dengan

Sebagai sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam pembangunan e Learning universiti, adalah menjadi
tanggungjawab Pusat i-Learn untuk sentiasa peka mengenai perkembangan teknologi berkaitan e Learning.
Sehubungan dengan itu, beberapa siri kerjasama dengan pihak luar telah diadakan dalam memberi
pendedahan kepada pensyarah UiTM. Antaranya adalah seperti kerjasama bersama pihak V-Cube (M)
Sdn Bhd , Panopto International dan sebagainya. Kesemua kerjasama ini merupakan salah satu kaedah
dalam memantapkan lagi Pusat i-Learn dalam memartabatkan kaedah pembelajaran secara dalam talian di
peringkat UiTM.

nsyara APB lam


inisiatif Bahasa telah melaksanakan satu projek inisiatif khasmdi kalangananpeperisianhLecturedaMaker.
an enggunak
ajian
ar
Akademi Peng
l
ngajaran dan pembelaj
uat naik ke dalam Porta
ndungan bagi tujuan pe
ya dihasilkan telah dim
bangunkan e Ka
mem
yang berja
e Learning
Khas dalam Anugerah
, sebanyak 8 kod subjek
a merangkul Anugerah
Sehubungan dengan itu
usny
dalam proses P&P seter
i-Learn untuk kegunaan
rformance
novative & Proactive Pe
2012 bagi kategori : In

jenis modul
Sehingga kini terdapat 3 modul perisian yang boleh diguna pakai dalam membantu pembangunan bahan
dalam bentuk multimedia. Modul terbabit merupakan salah satu modul yang tersenarai dalam kalendar latihan
Pusat i-Learn. Modul terbabit iaitu Lecture Maker, Adobe Flash dan Prezi

PROJEK RAKAMAN VIDEO


Pusat i-Learn juga turut menyediakan perkhidmatan rakaman video bagi mana-mana pensyarah yang
berminat untuk merakamkan syarahan mereka. Rakaman tersebut akan dimuatnaik ke portal i-learn dan
salinannya akan diserahkan kepada pensyarah terbabit. Pensyarah yang berminat bolehlah membuat
permohonan dengan menghubungi En Jefri Dahlan di talian 03-5543 5773 atau Emelkan ke jefri@
salam.uitm.edu.my

Ketua Unit : Mohd Ali Mohd Isa

Unit Sistem
Pendaftaran Blended Learning secara online


Bermula semester Mac Julai 2013, pensyarah yang ingin menjalankan mod pengajaran secara Blended
Learning boleh mendaftar secara online melalui Sistem i-Learn. Pendaftaran ini dibuka secara rasmi
mulai minggu 1 sehingga minggu 4 setiap semester bagi memastikan perjalanan kelas dan penentuan
kumpulan pelajar berada dalam keadaan stabil. Surat pengesahan yang ditandatangani oleh Timbalan
Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) akan dijana oleh sistem secara automatik setelah pensyarah
mendaftar. Pensyarah boleh melayari front page Portal i-Learn untuk mendaftar Blended Learning.

Pendaftaran BL

BL

SPeK
Sistem Pengurusan Kurikulum Elektronik (SPeK)
Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK, BHEA) dengan kerjasama Pusat i-Learn telah menghasilkan satu
sistem pendokumentasian secara elektronik yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kurikulum Elektronik
(SPeK). Sistem ini merupakan satu inovasi yang dapat memendekkan masa pembangunan dan semakan
kurikulum di samping menjamin ketekalan dokumen kurikulum di seluruh sistem UiTM. Di samping itu,
ia juga membolehkan penjanaan dokumen maklumat kursus untuk keperluan pemegangtaruh. Sistem ini
boleh dilayari di http://spek.uitm.edu.my.

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol Jono

Unit Latihan
PROGRAM & AKTIVITI PUSAT i-LEARN (JAN - JUN 2013)

JANUARI

1
Latihan Blended Learning 3

Lain-lain Latihan
8
Taklimat Blended Learning

6
Latihan Blended Learning 11

Lain-lain Latihan
8
Taklimat Blended Learning

FEBRUARI

MAC

4
Latihan Blended Learning 11

Lain-lain Latihan
12
Taklimat Blended Learning

3
Latihan Blended Learning 17

Lain-lain Latihan
10
Taklimat Blended Learning

APRIL

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol Jono

Unit Latihan
PROGRAM & AKTIVITI PUSAT i-LEARN (JAN - JUN 2013)

JUN

Latihan Blended Learning 13



Lain-lain Latihan
14
Taklimat Blended Learning

2
Latihan Blended Learning 4

Lain-lain Latihan
10
Taklimat Blended Learning

MEI

1,809
440

JUMLAH PENGLIBATAN PENSYARAH :



JUMLAH PENGLIBATAN PELAJAR:


JUMLAH MODUL LATIHAN:

JUMLAH PENGLIBATAN TRAINER PUSAT i-LEARN :

12

85

Untuk sebarang bentuk latihan yang berkaitan, sila berhubung dengan unit latihan
Pusat i-Learn iaitu En Mohd Nor Hajar Hasrol di talian 03-5543 5775

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

Karnival E-Learning UiTM 2013 (UCEL 2013) telah berlangsung pada 3-4 Jun 2013 bertempat di Dewan
Seri Budiman dan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Ia adalah cetusan idea kreatif Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan, eksplorasi
dan perkongsian pengetahuan mengenai e-learning. Karnival ini adalah bersempena dengan sambutan 5 tahun
Pusat i-Learn sejak penubuhannya sebagai institusi sokongan kepada pelaksanaan e-learning di UiTM. Karnival
ini merangkumi 3 program utama iaitu pameran, pertandingan dan anugerah e-learning universiti. Ia telah
dianjurkan secara bersama oleh Pusat i-Learn, INFOTECH dan iNED. Karnival ini antara lain berobjektifkan:
Sebagai platfom untuk menggalakkan e-learning dan pelaksanaan Pembelajaran secara Blended learning
kepada semua kakitangan dan pelajar UiTM
Sebagai platform untuk pelajar dan kakitangan berkongsi, menyampai serta mempromosikan produk inovasi
mereka
Sebagai sebuah majlis penyampaian anugerah kepada semua warga UiTM dan pelajar bagi pencapaian dan
prestasi mereka
Lebih daripada 2000 pengunjung termasuk peserta yang hadir sepanjang dua hari karnival berlangsung. Secara
umumnya, karnival ini telah berjaya mencapai objektifnya di mana penglibatan fakulti, kampus dan vendor yang
turut memeriahkan persekitaran pembelajaran elearning dengan inovasi terkini serta pencapaian elearning oleh
fakulti dan kampus berkaitan.
Sebanyak 40 booth dibuka dan penyertaan oleh 12 vendor iaitu INTEL, Panopto, Microsoft, ECS, DELL,
iSpring, CA Sdn Bhd, eLearning Mind, MTech, VCube, Edaran dan Pestariang. Sebanyak 17 fakulti dan kampus
telah menyertai dengan mempamerkan inovasi dan pencapaian yang telah dicapai oleh pensyarah dan pelajar di
fakulti/ kampus.
Sebanyak tiga kategori pertandingan inovasi dan teknologi dalam pendidikan telah dijalankan dan berjaya
menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar dan staf.
a) Pertandingan yang dianjurkan :
1.
Pertandingan Fotografik dan Manipulasi Digital
2.
Pertandingan Pembangunan Sistem dan Aplikasi Mobile
3.
Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDE)
Pertandingan Fotografik dan Manipulasi Digital telah dimenangi oleh Arif Zulhilmi b. Mohd Zin dengan foto
bertajuk Beyond Technologies sebagai pemenang pertama manakala pemenang kedua jatuh kepada Nik Mohd
Razif Othman dengan foto e-Education for e-Generation dan tempat ketiga dimenangi oleh Nabiha Mohd
Mashut dengan foto bertajuk Light of e-Nation (Cahaya e-Negara).

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan


Manakala Pertandingan Pembangunan Sistem dan Aplikasi Mobile menyaksikan 13 penyertaan inovatif di kalangan
pelajar dan staf dengan tempat pertama dimenangi oleh Mohd Hisham Hamdi Mohd Nadzri dan rakan-rakan dengan
aplikasi bertajuk DIE-EAT :- The Video Game Arcade (Dance Your Way Towards Healthy Eating!). Pemenang kedua
ialah Dr.Rezian-na Muhammad Kassim dan rakan-rakan yang mempertaruhkan inovasi Sistem Automasi Pengecualian
Kredit manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Azrul Amir Muhamad Tajudin dan rakan-rakandengan inovasi
UiTMCell Timetable Management.
Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDE) menyaksikan 60 penyertaan pensyarah dengan hasil
inovasi yang pelbagai. Inovasi mereka diberi penilaian sama ada bertaraf emas, perak atau gangsa. Tiga penyertaan
terbaik dimenangi oleh Teh Hong Siok dan rakan-rakan di tempat pertama dengan inovasi Perisian Kursus Bahasa
Mandarin 1 (BMD101/A) Satu Produk e-Pembelajaran untuk Blended Learning, kedua Sumardiansha Silah dan
rakan-rakan dengan inovasi e-Motif (Tradition and Transfomation on Contemporary Motif Design with Adobe Software
manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nor Azhar Mohd Taib dengan inovasi Oh La La ! Learning French is Fun with
Lecture Maker.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor dan
dihadiri oleh pengurusan kanan Universiti. Karnival ini berjaya membuktikan bahawa Universiti memiliki kepakaran
di kalangan pelajar dan staf yang pelbagai dalam mencipta inovasi dan teknologi seiring dengan perkembangan dan
keperluan elearning. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK yang bertungkus lumus bekerjasama menjayakan
konferens ini!

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan


PENERIMA E-LEARNING AWARD 2013
Terdapat 5 kategori anugerah e-learning dan satu anugerah khas yang akan disampaikan kepada individu, fakulti atau
kampus cawangan yang mempraktikkan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Anugerah tersebut
adalah sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan warga universiti di dalam menjulang aspirasi
universiti.
THE MOST DYNAMIC LECTURER 2012
The Most Dynamic Lecturer 2012 (Science & Technology) EN. ZAINI ZABIDI
The Most Dynamic Lecturer 2012 (Social Science & Humanities) PM DR. TEOH SIAN HOON
The Most Dynamic Lecturer 2012 (Management & Business) PN. SITTI SYAMSIAR MUHARRAM
THE MOST INTERACTIVE MULTIMEDIA CONTENT 2012
The Most Interactive Multimedia Content 2012 (Science & Technology) EN AZRUL NIZAM ALIAS
The Most Interactive Multimedia Content 2012 (Social Science & Humanities) - TIADA PEMENANG
The Most Interactive Multimedia Content 2012 (Management & Business) - TIADA PEMENANG
THE MOST COMPREHENSIVE CONTENT 2012
The Most Comprehensive Content 2012 (Science & Technology) EN. WAN YA WAN HUSSIN
The Most Comprehensive Content 2012 (Social Science & Humanities) PM DR TEOH SIAN HOON
The Most Comprehensive Content 2012 (Management & Business) - PN.YANTY RAHAYU RAMBLI
THE MOST ACTIVE FACULTY 2012
The Most Active Faculty 2012 (Science & Technology) - FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA
The Most Active Faculty 2012 (Social Science & Humanities) - FAKULTI PENDIDIKAN
The Most Active Faculty 2012 (Management & Business) - FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
iNED BEST LEARNING FACILITATOR 2012
Best Learning Facilitator for Diploma Program 2012 (iNED iClass System) PN KADULLIAH GHAZALI
Best Learning Facilitator for Degree Program 2012 (iNED iClass System) EN. SUMARDIANSHAH SILAH
Best Learning Facilitator for Online Assessment 2012 (iNED iClass System) PROF. DR MOKHTAR MUHAMMAD
SPECIAL AWARD : Innovative & Proactive Performance 2012 - AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah e-learning 2012 atas pencapaian dan sumbangan yang telah
ditunjukkan dalam merealisasikan aspirasi blended learning sebagai persekitaran pembelajaran utama dalam sistem
universiti kini.

Contentent
de velopm

Unit

Anda mungkin juga menyukai