Anda di halaman 1dari 3

MATEMATIK SOSIAL

Definisi dan fungsi



Matematik bermaksud ilmu yang berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan
aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan.

Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat.

Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah:
(i) membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang.
(ii) membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan berkaitan dengan
masa dan waktu.
(iii) Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.
(iv) Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu.

Komponen
Masa dan waktu

Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu didedahkan dengan
kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah
malam. Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut
bahagian siang dan malam.

Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang dan jarum pendek dan menyatakan
waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian dan mendapatkan maklumat daripada
jadual sedia ada.

Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan, minggu, bulan
dan tahun serta penyelesaian masalah yang berkaitan dengan masa dan waktu.


Wang
-

Murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen serta wang kertas RM1, RM2, RM5
dan RM10. Murid juga diajar perkaitan antara duit syiling dengan wang kertas dan cara menulis wang dalam bentuk
simbol sen dan Ringgit Malaysia. Murid juga didedahkan dengan kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang.
Ini bertujuan supaya murid dapat menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang
seperti belanja harian membeli-belah dan tambang menambang yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan
jumlah dan baki.


- Ukuran/ sukatan/Timbangan

Ukuran

Melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih
berat, lebih tebal dan sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan kepada perbandingan saiz fizikal,
kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan pengenalan mengenai unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahan-bahan
seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel,tuas dan lain-lain untuk memahami konsep panjang, pendek dan
seterusnya. Skim pengajaran awal tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran seperti
pengenalan, menjelaskan ukuran panjang, tinggi jarak secara mudah, pengenalan kepada unit ukuran standard,
keperluan menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris meter dan pita ukur dan
kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang dan menukar.

Timbangan

Pengajaran awal memberi tumpuan kepada perbandingan timbangan antara berbagai-bagai bahan. Perbandingan
itu adalah secara:

i. Kuantiti

Bilangan atau isipadu yang sama.

ii. Berat yang sama tetapi isipadu yang berlainan.

Tujuan nya supaya murid dapat membuat pengasingan pada pemikiran mereka bahawa berat dan kuantiti
bilangan atau isipadu ialah konsep yang berlainan. Skim pengajaran awal tentang berat meliputi peringkat
pengajaran pengenalan kepada ringan dan berat benda-benda, menimbang secara perbandingan, memperkenalkan
unit timbangan berat, menggunakan neraca spring.


4.5 Masalah Matematik

Masalah matematik perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang terancang. Penyelesaian masalah dalam
matematik adalah suatu situasi pembelajaran iaitu matlamat itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan
pelaksanaan operasi tersebut. Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid, guru
perlu bijak memilih soalan menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid. Kejayaan murid
menyelesaikan sesuatu masalah akan meningkatkan minat mereka untuk menyelesaikan masalah yang lain.

Penyelesaian masalah menggunakan Model Polya.

Polya(1973) dalam bukunya How to Solve It: Aspect of Mathematical Methode menyarankan bahawa dalam
proses penyelesaian masalah matematik, murid harus mampu berfikir untuk memahami masalah, merancangkan
penyelesaian, menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang sedang didapati dengan pengalaman dan pengetahuan
yang telah dilalui sebelumnya. Langkah-langkah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menurut Polya
adalah seperti berikut:

1. Mulakan di mana? Mula dengan apa yang diketahui.

2. Apakah yang boleh dibuat? Pandang masalah itu dari beberapa segi dan cari kaitan antaranya
dengan pengalaman lalu.

3. Bagaimanakah satu idea menjadi berguna? Ia memberitahu bagaimana masalah itu dapat
dimulakan serta diselesaikan.

4. Apakah yang dibuat dengan idea yang kurang lengkap. Pertimbangkan idea itu. Kalau ada
kebaikan, pertimbangkan seterusnya, kalau tidak ketepikan sahaja.

5. Apakah faedah yang diperoleh jika perbuatan itu berulang? Kalau idea pertama tidak sesuai,
fikirkan idea lain. Mungkin idea lain berupaya memberi penyelesaian kepada masalah. Walaupun kadang-
kadang idea yang tidak sesuai memakan masa, tetapi memikirkan pelbagai idea merupakan aktiviti yang
baik dan mesti digalakkan.

Untuk lebih jelas, Model Polya dilaksanakan dalam peringkat:

i) Memahami soalan bermasalah murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah,
perkaitan di antara item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab

ii) Peringkat merancang strategi memilih operasi-opersi yang sesuai, menggunakan gambarajah, cara analogi,
menggunakan kaedah uniter dan sebagainya.

iii) Peringkat melaksanakan strategi menghuraikan langkah penyelesaian secara sistematik untuk memndapat
jawapan yang betul

iv) Peringkat menyemak jawapan dan penyelesaiannya bmencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik
yang sama atau menggunakan cara songsang seperti jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak
dengan operasi darab.

Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman

Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan terletak
kepada peringkat kefahaman dan transformasi,iaitu menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol
matematik. Cramer & Karnowski, 1995) mengungkapkan ;

Childrens informal language can indicate a readiness to translate to formal abstract symbol.For
example,when student can talks about their action with manipulatives or describe how problems can be solved with
manipulatives or describes how story problems can be solved with manipulatives or pictures,they are ready to
record their ideas with written symbols.

Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan berkomunikasi dengan matematik
terutamanya dengan kurikulum matematik yang menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.

Anda mungkin juga menyukai