Anda di halaman 1dari 18

1 | P a g e

2 | P a g e



SKP 6014
TUGASAN 5 :
THINKING BASED LEARNING (TBL)
PROMOTING HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS)
AMONG STUDENTS IN THE 21
ST
CENTURY .






NAMA : NORAZELA BINTI DERAJI
NO.MATRIK : M20131000603
FAKULTI :SAINS DAN MATEMATIK
PENSYARAH : HAJAH CIK ASMAYATI YAHAYA


3 | P a g e

1.0 PENGENALAN
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM ) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritis dan
kreatif .Pendekatan ini baru diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama pendidikan
sains adalah menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif
aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun, matlamat masih belum tercapai sepenuhnya maka pelbagai
pendekatan telah diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif
dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di
persada dunia.
Menurut (Stein & Lane, 1996) :-
Jika inginkan pelajar yang berpotensi untuk berfikir dan mampu menyelesaikan
masalah kita perlu mula menyediakan tugasantugasan yang kompleks yang berkognitif
tinggi .
(Gilbert,2006) menurut pandangannya untuk mencapai matlamat ini pendekatan
pembelajaran konsep secara saintifik perlu ditekankan dan diaplikasikan secara terus
dengan masalah kehidupan sebenar.Maka, lahirlah satu pendekatan ke arah melahirkan
generasi hebat yang mampu bersaing di dunia antarabangsa iaitu KBAT yang kini
hangat diperkatakan yang membawa pengertian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Berdasarkan konsep Taksonomi Bloom, terdapat beberapa hirarki kemahiran yang
dipetik dari Taksonomi Bloom yang perlu dipraktikkan di kalangan pelajar iaitu
kemahiran untuk menjana idea serta cara baru , kemahiran membuat keputusan atau
tindakan yang wajar , kemahiran mengenalpasti dan mengkelaskan maklumat ,konsep
atau teori, kemahiran mengaplikasi maklumat atau idea dalam satu situasi lain,
kemahiran untuk menerangkan idea atau konsep dan kemahiran mengingat kembali
maklumat atau idea . Domain domain kognitif ini merupakan elemen penting dalam
mengamalkan konsep KBAT dalam pendekatan pembelajaran secara berfikir atau
dikenali sebagai Thinking based Learning(TBL). Dalam kemahiran berfikir aras tinggi
ini pada kebiasaannya dirujuk kepada empat aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom ;
yang digunapakai dalam meningkatkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
mengaplikasi ,menganalisa , menilai dan mencipta , dimana pelajar dapat menguasai
dan merasai pengalaman sendiri menggunakan kemahiran kemahiran ini dalam sesi
pembelajaran .


4 | P a g e


2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TEACHING BASED LEARNING)

Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking - Based Learning) merupakan satu teori
yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran
berfikir disebatikan. Maka, pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan
serta memupuk kemahiran berfikir secara aras tinggi dan berfikir dengan cekap
dikalangan pelajar. Terdapat strategi utama dalam pengajaran berasaskan pemikiran
yang dapat menggalakkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh
diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan pelajar , strategi
berasaskan sumber atau bahan dan strategi berasasan tugasan atau aktiviti (Mok Soon
Sang,2010) .
a) Strategi Pemusatan Pelajar
Program KBSR menekankan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran .Oleh itu, dalam strategi ini pelajar berperanan penting dalam
proses pembelajaran . Pengajaran dalam bilik darjah melalui aktiviti pemusatan
pelajar menggalakkan pemikiran aras tinggi apabila matlamat utama pengajaran
merangkumi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal . Antara teknik
pengajaran yang boleh digunapakai untuk meningkatkan KBAT dalam
pembelajaran berfikir adalah melalui kaedah kumpulan , inkuiri-penemuan
,perbincangan, penyelesaian masalah , bermain, simulasi, main peranan dan
aktiviti sumbang saran. Kaedah-kaedah ini akan menggalakkan pelajar lebih
berfikir dengan sendirinya dan dapat melahirkan pelajar generasi abad ke-21
yang berfikrah , bijak berkomunikasi, mudah bersosial , berketrampilan dan
berkeyakinan tinggi.
b) Strategi berasaskan sumber/bahan
Bahan pelajaran yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
biasanya bleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan
bahan pembelajaran .Bahan pengajaran adalah bahan yang dibunakan oleh guru
seperti carta, graf, peta minda, pengurusan grafik,model, spesimen,slaid , radio
,video cakera padat dan komputer .Bahan pembelajaran pula aterdiri daripada
buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer
.Penggunaan alat terkini seperti multimedia, CD ROM,internet ,E-mail ,laman
web dan pelbagai software boleh diguna di dalam kelas pengajaran untuk


5 | P a g e

perkembangan minda dan daya intelektual pelajar . Untuk melahirka genersai
abad ke-21 yang celik IT yang berkemahiran dalam teknologi maklumat dan
media .Dalam menjalankan aktiviti menggunakan sumber aktiviti pembelajaran
boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan guru maka, dengan ini
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk membantu
menyelesaikan masalah secara kendiri sekaligus meningkatkan pelajar yang
mampu berfikir dengan kemahiran berfikir aras tinggi .
c) Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti oleh guru
Aktiviti melibatkan tgasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh
pelajar untuk mencapai objektif pelajaran .Melalui aktiviti ini, pelajar berpotensi
dari segi intelek, rohani , sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan
secara menyeluruh dan seimbang . Di samping itu, pelajar dapat belajar dengan
lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan . Terdapat beberapa aktiviti
yang menggalakkan pelajar berfikir dan meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi ialah berbincang, membina model , menyelesaikan masalah dan
sebagainya.

3.0 APA ITU KBAT
KBAT bermaksud Kemahiran befikir Aras Tinggi merupakan salah satu komponen
utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Pemikiran peringkat
tinggi memerlukan seseorang memanipulasi informasi dan idea-idea yang diperoleh
dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada
kebiasaan. Gabungan fakta dan idea untuk membuat sintesis, generalisasi, penerangan,
hipotesis, interpretasi dan kesimpulan sendiri. Proses ini menemukan makna serta
kefahaman baru untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat.
Secara umumnya, pemikiran peringkat tinggi dalam Taksonomi Bloom adalah
kemahiran berfikir yang melibatkan hirarki proses kognitif empat teratas menganalisis,
menilai, mensintesis ilmu baru dan mengaplikasi .
Proses ini melibatkan pembelajaran yang kompleks yang terdiri daripada kemahiran-
kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran-
kemahiran ini sukar dipelajari tetapi hasil pembelajarannya sangat bernilai tinggi kerana
boleh digunapakai dalam aplikasi kehidupan seharian. Berikut adalah rajah berkaitan
elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi melalui pemikiran kritikal dan kreatif :-


6 | P a g e


Rajah 1.0 : Higher Order Thinking Skills

4.0 PENERAPAN JENIS-JENIS PEMIKIRAN DALAM MENINGKATKAN KBAT
DALAM GENERASI ABAD KE-21.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah termasuk pemikiran kritikal, logikal,
metakognitif dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan
dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema.
Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan,
membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras
tinggi di samping kemahiran intelektual pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang berfikir
aras tinggi ini Bernie Trilling dan Charles Fidel, (2009) menyarankan bahawa pelajar
abad ke 21 memerlukan menguasai kemahiran-kemahiran berikut :-
a) Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
b) Kreativiti dan Inovasi
c) Kolaborasi,kerja berpasukan dan berkepimpinan
d) Berkemahiran komunikasi, maklumat ,media dan teknologi






7 | P a g e

4.1 PEMIKIRAN KRITIS/KRITIKAL
Berfikir secara kritis bemaksud kecekapan dan keupayaan seseorang itu
menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea , meneliti kebernasan
kesahan atau kelemahan hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alas an dan bukti yang munasabah .Aspek utama pemikiran kritis adalah
aspek pengujahan. Selain itu, dalam Kamus Dewan (1984), perkataan kritis ditakrifkan
sebagai tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malah
menimbangkan buruk dan baiknya dahulu .
Pelajar yang mengaplikasi KBAT dalam pembelajaran dapat berfikir secara kritis supaya
mereka lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih konkrit dan lebih rumit atau
dipanggil masalah bukan rutin . Soalan bukan rutin adalah memerlukan tahap kognitif
yang tinggi dan diperlukan dalam melaksanakan pemikiran aras tinggi (KBAT) dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat membantu pelajar tersebut mempunyai
kebolehan diri untuk bertindak secara efektif melalui pemikiran kritis . Penekanan
kepada soalan bukan rutin kerana dapat membentuk modal insan yang berfikrah dan
merealisasikan hasrat negara untuk mencapai satu pertiga teratas dalam TIMSS dan
PISA .Mengikut data TIMSS 2007
[5]
, prestasi pelajar di Malaysa adalah di bawah paras
TIMSS average achievement dalam subjek matematk dan domain kognitif . Maka,
wajarlah kementerian pendidikan Malaysia menekankan konsep KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaransupaya pelajar generasi abad ke-21 yang berfikir secara
kritis dapat dihasilkan menjelang masa akan datang..Terdapat pelbagai cara untuk
berfikir secara kritis seperti menggunakan konsep membanding beza dalam
pembelajaran topik sains tertentu untuk menggalakkan pelajar menjana idea dan
membuat perbandingan berdasarkan masalah yang diberi oleh guru . Selain itu, konsep
mengklasifikasikan sesuatu idea kepada kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu juga
menggalakkan pelajar lebih berfikir secara kritis . Konsep menganalisis masalah perlu
ditekankan dalam pembelajaran di mana pelajar dapat menentukan pilihan untuk
menyelesaikan masalah tertentu dengan tepat . Pemikiran kritis juga bersifat tidak bias
atau tidak berat sebelah . Generasi abad ke-21 akan lebih bersedia dan mantap melalui
pemikiran kritis dapat melahirkan modal insan yang lebih kreatif dan inovatif dan mampu
menjadi penyelesai masalah yang terbaik bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar
negara dapat bersaing di persada dunia. Melalui pemikiran penyelesaian masalah akan
menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah yang kompleks
dan masalah bukan rutin.


8 | P a g e


4.2 PEMIKIRAN KREATIF
Menurut Dr.Edward de Bono mendefinisikan bahawa kreatif dan kreativiti sebagai :
At the simplest level creative means bringing into being something that was not there
before . Creative thinking includes processes as such as new ways of looking at things ,
new ways of organizing things and new ideas about ideas .
Rollo May pula menyatakan bahawa :
Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world.
Maka sebagai rumusan pemikiran kreatif bermaksud kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan , menghasilkan sesuatu
yang baru ,asli, luar biasa bernilai sama ada bersifat maujud atau abstrak . Melalui
pemikiran kreatif, pelajar berpeluang membina idea baru , dapat menghasilkan sesuatu
yang bermanfaat kepada sesuatu institusi pengajian dan apabila pelajar ini bekerja
maka akan melahirkan pekerja yang kreatif dan berinovasi .
Peranan guru adalah penting untuk membimbing pelajar menjadi kreatif dengan
menggunakan salah satu kaedah seperti pembelajaran berasaskan projek . Guru
akan memberi arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan
mencabar , yang perlu dilaksanakan oleh pelajar . Pelajar dikehendaki melaksanakan
projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian tentang
projek mereka . Melalui kaedah projek ,pelajar akan belajar menyelesaikan masalah
melalui proses inkiuri ,berkomunikasi serta berkolaborasi , berkemahiran untuk
mengakses maklumat melalui internet ,selain menggunakan pemikiran kritikal dan
amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik. Pelajar akan lebih
berminat untuk belajar di mana pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam konteks
dunia sebenar dan mampu berfikir aras tinggi dalam penyelasaian masalah .
Berikut adalah ciri-ciri pemikiran kreatif yang menjadi elemen penting dalam
perlaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu KBAT.:-
1) Menjana idea yang asli, luar biasa , provokatif dan mencabar .
2) Melihat perhubungan atau corak dan pola .
3) Mengaitkan idea dengan konsep yang dipelajari
4) Membuat analogi
5) Mensintesis maklumat
6) Merumus dan membuat kesimpulan
7) Mencipta metafora


9 | P a g e

8) Membuat hipotesis, generalisasi, memberi pandangan
9) Membanding beza
10) Menganalisis maklumat
11) Membuat urutan

4.3 PEMIKIRAN LOGIKAL
Pemikiran logikal ditandai oleh daya usaha bagi mengenalpasti apa yang betul dan apa
yang salah dari segi logiknya .Terdapat dua jenis logik; yang pertama adalah logik
ciptaan akal semata-mata contohnya logik seperti ini ialah matematik yang dikatakan
sebagai logik akal . Manakala yang kedua ialah logik yang berdasarkan realiti alam
sebenar seperti logik alam .Logik adalah alat dan berguna untuk memperjelas perkara
yang tersirat . Logik akal bersifat nyata dan langsung oleh itu maka tidak dapat dilihat .
Proses berfikir berlaku pada dua tahap. Tahap yang pertama iaitu berlaku apabila kita
membuat sebarang tanggapan atau persepsi sama ada positif atau negatif. Maka, tahap
yang kedua ialah tahap memproses di mana otak menggunakan logik . Aspek utama
pemikiran logik ialah memerlukan maklumat dan fakta dan mempunyai hubungkait
dengan pemikiran analitikal dan kritikal . Pemikiran logikal mementingkan pelajar agar
mencari perkaitan sebab akibat antara satu perkara dengan perkara lain . Pelajar juga
perlu mahir membuat kesimpulan dan deduksi dalam pembelajaran terutama dalam
subjek sains . Dengan pemikiran logikal pelajar mampu mempertahan hujah-hujah bagi
menyokong ataupun menolak satu cadangan , idea atau pandangan . Melalui pemikiran
kreatif ini pelajar generasi abad ke-21 akan mampu berkomunikasi dengan berkesan di
mana pelajar lebih berketrampilan dan berani menyuarakan pendapat masing-masing .
Melalui pemikiran logikal yang menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi akan melahirkan
pelajar generasi abad ke-21agar yakin berkomunikasi dengan baik sekaligus mampu
bekerja dengan orang lain dan berhadapan dengan masyarakat .

4.4 PEMIKIRAN REFLEKTIF
Menurut DeweyJ (1910), pemikiran reflektif didefinisikan sebagai satu proses yang
bersifat aktif , belaku secara berulang-ulang dan melibatkan pertimbangan yang teliti
dan penilaian teori secara berterusan membantu seseorang pelajar memahami sesuatu
isu atau permasalahan . Pemikiran reflektif memerlukan masa membolehkan seseorang
pelajar berfikir secara rasional sebelum bertindak .Ia juga membantu menjangkakan


10 | P a g e

implikasi dan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut .Melalui pemikiran reflektif
yang disemai. Melalui pemikiran reflektif akan meningkatkan pelajar berfikir aras tinggi
untuk menyelesaikan masalah rumit atau kompleks yang dihadapi . Sekaligus ,di
kalangan pelajar abad ke 21 maka mereka akan dapat menjadi penyelasai masalah
yang baik , berani mencuba, tidak mudah berputus asa dan sanggup mengambil risiko

3.5 PEMIKIRAN META-KOGNITIF
Wilson et al (1998), dalam Rajagopal Ponnasamy(2003) mendefinisikan metakognisi
sebagai suatu pengetahuan dan kesedaran seseorang mengenai proses pemikiran
strategi strategi , dan berkebolehan untuk menilai dan mengawal proses pemikirannya .
Pembelajaran yang memikirkan mengenai bagaimana dan mengapa sesuatu itu berlaku.
Metakognitif mengandungi tiga elemen asas :-
(i) Pembinaan satu rancangan tindakan
(ii) Memantau atau menyelenggara rancangan tersebut
(iii) Menilai rancangan tersebut
Pelajar generasi abad ke-21 berkebolehan memahami ,mengawal dan
mengeksploitasikan proses-proses kognitifnya sendiri dan seterusnya menggunakan
untuk mendapatkan kesimpulan mengenai tindakan yang dilakukan . Refleksi meta-
kognitif memerlukan pelajar agar memberi fokus untuk memikirkan tindakan, berupaya
membuat hubung-kait dan dapat menentukan keputusan . Penambahbaikan akan
sentiasa berlaku sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut . Melalui pemikiran
secara meta-kognitif , pelajar mampu berfikir secara aras tinggi dalam pembelajaran
sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik .

3.6 PEMIKIRAN PENYELESAIAN MASALAH
Pemikiran penyelesaian masalah adalah proses penyelesaian masalah yang tidak dapat
dihafal ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi
dan kaedah yang sesuai . Terdapat pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan
apabila kita menghadapi suatu masalah . Menggunakan pendekatan ini, pelajar
mempelajarisecara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah .
Pelajar diberi peluang untuk berlatih menggunakan strategi strategi penyelesaian
masalah dan memilih strategi yang sesuai kepada masalah yang dihadapi . Proses
penyelesaian masalah (problem-solving process) mendorong pelajar menggunakan
pemikiran untuk berfikir untuk cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian masalah .


11 | P a g e


5.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN DAPAT MENINGKATKAN KBAT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR
GENERASI ABAD KE -21
KBAT diperkenalkan untuk memperkayakan pelajar yang berfikiran secara
kreatif dan kritis melalui pelbagai strategi pengajaran . Guru atau pendidik berkewajipan
untuk mengamalkan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran .Pengajaran
yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat
dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan pelajar (student
centered-learning) dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan
mengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang
kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir aras tinggi :-

Strategi yang berkesan membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk
berfikir aras tinggi dalam pemikiran sains contohnya menghubungkaitkan
pembelajaran sains dengan keadaan sebenar yang dialami oleh mereka sendiri
di luar bilik darjah supaya pelajar dapat memahami konsep sains dengan lebih
dekat .Di samping itu, guru berperanan untuk membuka minda pelajar dengan
mengadakan perbincangan di dalam kumpulan mengenai sesuatu topik sains
dan sepanjang berlangsung guru bertindak sebagai fasilitator di mana pelajar di
beri kebebasan untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan bimbingan
guru.Pelajar juga dapat berkomunikasi dan berkolaboratif dengan baik.

Pihak yang berwajib haruslah menyediakan atau mengubahsuai eksperimen
yang sedia ada kepada yang lebih bersifat meningkatkan keupayaan kognitif
iaitu pembelajaran yang menekankan sifat ingin tahu sekaligus dapat memupuk
semangat dan minat ketika melaksanakan eksperimen . Pelajar generasi abad
ke-21 akan mampu berfikir secara sendiri.







12 | P a g e

Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif di mana pelajar
diberi peluang untuk memberi pendapat serta menyuarakan persoalan yang
berbangkit dengan mengadakan sesi soal jawab setiap kali tamat sesi
pengajaran di dalam kelas .Guru ditekankan untuk menggunakan kaedah
penyoalan untuk menggalakkan pelajar generasi abad ke-21 dapat berfikir aras
tinggi.

Guru mahupun pendidik disarankan menyediakan soalan-soalan , tugasan dan
aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk membolehkan
pelajar untuk mengaplikasi, menganalisa , mensintesis dan menilai sesuatu
maklumat daripada hanya menyatakan maklumat supaya dapat menggalakkan
pelajar agar lebih berfikir secara berterusan dan mampu menilai pemikiran
individu lain.Contohnya menggunakan pengurusan grafik seperti banding beza
dan sebagainya .

Guru digalakkan mengubah cara pengajaran dan melaksanakan transformasi
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran . Contohnya seperti guru perlu
berubah dari segi cara berfikir dengan memberi ruang kepada diri sendiri untuk
mengamalkan pemikiran kreatif dan kritis tidak hanya bergantung pada idea
lama. Guru perlu lebih bersedia dalam pembaharuan dan penambahbaikan isi
kandungan pelajaran agar tidak ketinggalan dan mengikut arus peredaran
semasa . Guru juga perlu celik IT supaya kaedah pengajaran lebih sistematik
dan terkini agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang
ceria .
Guru perlu mengurangkan kaedah chalk and talk malah memperbanyakkan
aktiviti yang bersifat hands-on dan minds-on secara tidak langsung untuk
menggalakkan pelajar lebih berfikir aras tinggi dengan lebih pantas dan lebih
fokus di dalam kelas. Dengan Ini akan dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan .






13 | P a g e

Guru juga ditekankan untuk sentiasa mengamalkan kaedah inquiry based
learning dengan sentiasa menyoal pelajar di dalam kelas agar dapat
mencungkil idea pelajar , sentiasa memotivasikan pelajar yang lemah agar
terus berusaha dengan gigih dan meningkatkan tugasan berkualiti yang diberi
kepada pelajar serta sentiasa memberi peluang pelajar agar bertanya,
berbincang dan memberi pendapat . Inkiuri bermaksud pelajar belajar konsep
sains berdasarkan penemuan yang mereka sendiri perolehi . Ini berlaku apabila
terdapat perkaitan antara konsep sains dengan soalan yang pelajar kemukakan
dan pelajar mencari jawapan melalui penyiasatan . Ini akan menggalakkan
pelajar abad ke-21 menjadi penyelesai masalah yang terbaik kerana sifat ingin
tahu dalam diri mereka serta kemampuan mereka untuk berfikir aras tinggi.

Guru perlu menggunakan strategi komunikasi arahan yang diperlukan untuk
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi .Guru perlu menyelaraskan objektif
, konten, kemahiran ,tugasan , aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Guru disarankan merancang aktiviti dan tugasan yang berkemahiran aras tinggi
yang tersusun dan diatur mengikut masa yang diperuntukkan . Guru perlu
menyediakan masalah atau soalan yang memerlukan pelajar berfikir
menjangkau dari kebiasaan . Guru perlu bersikap sebagai pemudahcara dengan
menerangkan tugasan dengan jelas dan perincikan dengan menunjuk carta alir
perlaksanaan serta memberikan contoh produk yang terbaik . Guru memberikan
maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau
kurang betul .Kaedah ini akan menyediakan suasana pembelajaran lebih
terancang dan pelajar juga lebih berminat dalam melaksanakan tugasan
sekaligus pelajar mampu menggunakan prinsip KBAT.

Di permulaan pengajaran seelok-eloknya guru perlu menggunakan perancah .
Perancah ialah yang melibatkan pemberian sokongan kepada pelajar pada awal
pengajaran.Kemudian , secara beransur-ansur guru menyerahkan
tanggungjawab kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran dan
menyelesaikan masalah atau tugasan sendiri (Slavin, 1995). Walau
bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya


14 | P a g e

terbatas kepada pemberian ala kadar sahaja supaya pelajar mampu bergerak
maju dengan sendirinya. Elakkan daripada memberi sokongan apabila pelajar
tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong mereka untuk menjangkakan
bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Guru memberi contoh serta cara
penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan
kebergantungan pelajar kepada guru. Seterusnya , berikan pelajar tugas
lanjutan yang berkait dengan pelajaran secara kerap dan cuba mengaitkan
dengan situasi dunia sebenar . Dengan kaedah ini menggalakkan pelajar
berdikari .

Guru juga dibataskan menggunakan kaedah pengajaran secara langsung malah
digalakkan mengabungjalinkannya dengan latihan berpandu dan kemahiran
secara berstruktur untuk mengajar isi kandungan supaya pelajar tidak merasa
bosan di dalam kelas (Crowl dan rakan-rakan ,1997) . Elakkan sesi kuliah
panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan
soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk
mengelakkan kebosanan. Gunakan alat-alat berfikir seperti pengurusan grafik
atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map(Agensi Inovasi
Malaysia) yang digunapakai kini untuk memudahkan proses pembelajaran
pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir aas tinggi dengan cepat dan
mudah.Selepas itu ,guru perlu membuat beberapa kesimpulan pendek sambil
menekankan isi-isi utama pelajaran yang dipelajari .

Penyediaan soalan haruslah lebih awal di mana jawapan yang dihasilkan
menarik, di luar jangkaan dan belum diketahui untuk menjana proses berfikir
aras tinggi. Ketika sesi pengajaran pelajar diberi peluang mengemukakan
soalan dan menyoal pelajar lain bermula dari soalan yang berkognitif rendah
hinggalah ke aras tinggi .Guru perlu memberikan sedikit masa kepada pelajar
untuk menjawab soalan . Teknik ini akan menghasilkan generasi abad ke-21
yang bersifat pemikir masalah yang baik dan cekap .





15 | P a g e

Sebagai guru adalah merupakan tanggungjawab kepada pelajar untuk memberi
maklum balas tentang kemajuan mereka . Maklum balas perlulah segera
,spesifik dan bersifat pembetulan dan elakkan yang tidak jujur atau memuji
pelajar secara berlebihan .Guru hendaklah memberi maklum balas yang positif
bukannya yang mengecewakan malahan memberikan semangat untuk pelajar
lebih bertanggungjawab dan gigih berusaha lagi agar tidak mudah berputus asa .


Pelajar perlu membentuk kumpulan yang berkesan dapat menjana pemikiran
aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya,
perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik
akan membolehkan pelajar terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran
koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan pelajar dan menggalakkan
kolaboratif dan komunikasi yang baik dalam proses pembelajaran. Penerapan
melalui pembentukan kumpulan pelajar melahirkan generasi abad ke-21 yang
bersifat warganegara yang bertanggungjawab dan mampu membina kerjaya
yang cemerlang melalui pergaulan sosial yang baik .

Guru perlu mendedahkan pelajar dalam penggunaan komputer di mana pelajar
dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis . Pelajar abad ke-
21 lebih bersedia untuk menjadi generasi celik IT yang mampu bersaing di
dunia antarabangsa . Berkemahiran dalam menguasai bidang maklumat ,media
dan teknologi agar tidak ketinggalan supaya dapat bersaing hebat di pasaran
kerja antarabangsa .











16 | P a g e

5.0 KESAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TERHADAP GENERASI
ABAD KE-21

Pembelajaran untuk mencapai kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan perubahan
atau transformasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran.Di dalam persidangan
,seminar ,penyelidikan dan wacana seringkali diutarakan . Tiga perkara penting ini perlu
dititikberatkan untuk melahirkan pelajar generasi abad ke-21 yang memiliki semua
kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, integriti, informasi, imaginasi, inkuiri , intention,
kreatif , berkemahiran komunikasi, kolaboratif , literasi maklumat , warganegara
bertanggungjawab dan kesemuanya memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk
memastikan anak bangsa Malaysia memiliki ilmu pengetahuan serta kepakaran yang
tinggi bagi penyediaan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam abad ke-21
ini. Justeru itu, modal insan ini perlu dilengkapi dengan kemahiran komunikasi berkesan,
kebolehan mengunakan ICT dengan cekap, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis
serta berkemampuan untuk bertindak secara rasional. Di samping itu, perlu juga dipupuk
amalan pembelajaran sepanjang hayat, penerapan nilai kerohanian yang suci dan murni
serta mempunyai ketrampilan tinggi dan gaya kepimpinan yang berkesan.
Selain meningkatkan KBAT ,pembelajaran berasaskan pemikiran (TBL) juga memberi
manfaat kepada pelajar generasi abad ke-21 dari pelbagai sudut. Menurut Robert
Swartz (2007),pengetahuan yang didapati melalui pembelajaran berasaskan pemikiran
membantu pelajar untuk memahami isi kandungan dengan lebih mendalam dan dapat
mengingati maklumat pengetahuan tadi dengan lebih lama. Lama-kelamaan , pelajar
lebih bermotivasi dengan sendirinya untuk mendapatkan pengetahuan dengan
kemahiran berfikir yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri . Pembelajaran berasaskan
pemikiran selalunya dilaksanakan melalui pembentukan kumpulan maka, akan
mengeratkan hubungan antara pelajar dan menyelesaikan tugasan secara kolaboratif
dengan berkongsi pandangan dan dapat menyuarakan pendapat masing-masing .
Sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar . Secara keseluruhan,
pembelajaran berasaskan pemikiran melalui KBAT dilaksanakan,akan merubah
suasana pendidikan. Kemahiran yang dipelajari semasa pembelajaran berfikir seperti
banding beza , menjelaskan sesuatu idea dan lain-lain lagi akan meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar (Coote,2007) . Pelajar juga dapat
diterapkan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan tabiat minda dalam
pembelajaran. Secara keseluruhannya, penerapan pembelajaran berasaskan pemikiran


17 | P a g e

melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat melahirkan generasi abad ke-21
yang mempunyai kriteria kriteria kemahiran tertentu yang diperlukan. Menurut 250
penyelidik dari 60 institusi di seluruh dunia mengkategorikan kemahiran-kemahiran yang
perlu ada bagi generasi abad ke-21 terbahagi kepada empat kategori yang besar iaitu
melalui :-
a) Cara pemikiran seperti pemikiran kreatif dan kritikal , penyelesaian masalah dan
membuat keputusan pembelajaran .
b) Cara bekerja seperti komunikasi berkesan dan bekerjasama dalam kumpulan atau
kolaboratif .
c) Kemahiran menggunakan alat untuk bekerja seperti Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan literasi maklumat
d) Kemahiran untuk hidup di dunia seperti kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran
sosial dan silang budaya ,warganegara yang bertanggungjawab dan berkepimpinan .

6.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pendekatan KBAT yang dikenali sebagai Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi memerlukan pelajar memahami dan mengaplikasi pemikiran kritikal, logikal,
dan kreatif . Kesemua kemahiran tercetus apabila pelajar berhadapan dengan masalah
yang tidak biasa dihadapi ,persoalan dan dilema .Kejayaan mengaplikasi kemahiran ini
dalam pengajaran dan pembelajaran akan membuahkan penjelasan ,keputusan yang
tepat, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan . Sekaligus dapat
meningkatkan intelektul pelajar . Pendidik dan pihak kementerian pendidikan perlu
mengatur strategi dan melaksanakan metodologi pembelajaran berasaskan pemikiran
(TBL) dalam institusi pendidikan langkah demi langkah disertai dengan panduan yang
sempurna supaya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dapat ditingkatkan terhadap generasi
abad ke-21. Selain itu, mendapat sokongan dari pihak berwajib seperti pihak sekolah ,
guru ,ibu bapa , masyarakat sekeliling dan diri pelajar itu sendiri dengan melengkapkan
diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang meluas melalui pengaplikasian
KBAT dalam pembelajaran di mana matlamat utama negara adalah melahirkan pelajar
generasi abad ke- 21 yang berfikrah dan mampu bersaing di persada dunia
antarabangsa .





18 | P a g e

RUJUKAN
1. Stein,M.K,& Lane, S.(1996).Instructional tasks and the development of student
capacity to think and reason:An analysis of the relationship between teaching and
learning in reform mathematics project .Educational Research and Evaluation
,2(1),50-80
2. John K.Gilbert (2006).Childrens science and its consequences for teaching
:Science Education(Vol.66July 2006,623-633)
3. Thinking tools, The Art and Science Thinking .[2 September 2013]
Available from :http://www.edwdebono.com/lateral.htm
4. Dewey J (1910) ,How we Think ; Published on 1
st
Jan 2008 .pg 5 .
5. Robert E.Slavin, Cooperative learning :Theory, research and Practise (Sept 1995)
6. Kauchak & Eggen (1998) ,Effective Teaching: Preparation and Implementation.
7. European Journal of Engineering Education-Promoting higher order thinking skills
using inquiry-based learning(Vol.37,No.2,May 2012,117-123)
8. B .Miri . BC David, Z Uni-Research in science education ,2007-Springer
9. Madhuri.G.V and Goteti.2011 ,Madrid,Spain-Imparting transferable skills and
creating awareness among students on non-conventional energy sources using
problem based learning .
10. Miller,R.Osbone,J.1998 .Beyond 2000 [Accessed on 8 September 2013]
Available from:http://www.kcl.ac.uk/content/1/b2000.pdf
11. Bhg. Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012,Higher Order
Thinking Skills in Science & Mathemaics (HOTsSM) ,[ Accessed on 15 September
2013]
Available from :
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/HOTs%20SAINS.pdf
12. MohdAzhar .Ab.Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif Skudai,
Penerbit UTM .h 91
13. Helmi, (1994) Pelbagai Istilah berfikir [Accessed on 10 October 2013]
Available from : http://pts.com.my/index.php/berita/pelbagai-istilah-berfikir
14. Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaiaan masalah dalam sains ,Siti
Rahayah Ariffin , [Accessed on 10 October 2013]
Available from :http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/d/1.pdf
15. Strategi meningkatan kemahiran berfikir aras tinggi
Available from : http://shamsina-urupendidikanislam.blogspot.com/2013/05/strategi
[Accessed on 20 November]

Anda mungkin juga menyukai