Anda di halaman 1dari 23

Teknologi Maklumat

Fadzil Bin Saidin


Teknologi Maklumat
Semua jenis TEKNOLOGI yang
digunakan untuk memproses
(processing), menyimpan (storing) dan
memindahkan (transmitting) MAKLUMAT
dalam bentuk elektronik
Era Kemajuan Manusia
ERA/ZAMAN/
MASYARAKAT

TEKNOLOGI

SUMBER
KEKAYAAN

Pindah-randah Pandai memburu Alat memburu
Pertanian Mempunyai tanah

Alat pertanian
Pelaut/Perdagangan Mempunyai kapal

Kapal
Perindustrian Tanah, buruh, modal Mesin
Maklumat/Digital Maklumat Komputer
Analog dan Digital
Contoh Nombor

1: 00000001 20: 00010100
2: 00000010 30: 00011110
3: 00000011 40: 00101000
4: 00000100 50: 00110010
5: 00000101 60: 00111100

Organisasi & Teknologi
Maklumat
ELEMEN KOMPUTER
KOMUNIKASI
(a) Manusia (pengguna komputer ialah orang ramai dan
profesional)
(b) Tatacara (kaedah dan peraturan menggunakan komputer)
(c) Data/maklumat (jenis dan jumlah data)
(d) Perkakasan atau Peralatan (jenis dan fungsi perkakasan)
(e) Perisian (perisian sistem dan aplikasi)
(f) Komunikasi (kemudahan telefon untuk menghantar dan
menerima maklumat).

saluran telefon
kabel sepaksi (coaxial cable)
kabel pasangan terpiuh (twisted pairs cable)
kabel optik gentian (fibre optic cable)
gelombang mikro (microwave), dan
satelit
PEMINDAHAN DATA
SECARA BERSIRI
Dalam pemindahan data secara bersiri (serial), bit data bergerak satu demi
satu secara terus menerus. Keadaannya sama seperti motokar yang
melalui jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data yang dihantar melalui
telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer
dinamakan port bersiri (serial port). Kabel dan sambungan bersiri
dipanggil juga dengan nama RS-232C dan port komunikasi.

SECARA SELARI
Dalam pemindahan data secara selari (parallel), bit data bergerak secara
berasingan selari diantara satu dengan lain. Keadaannya adalah sama
seperti motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong
dengan kelajuan yang sama. Pergerakan data secara selari adalah terhad
kepada jarak dekat sahaj. Pemindahan data dalam komputer dan
komputer dengan pencetak adalah secara selari (parallel).
OPERASI KOMPUTER YANG
ASAS
(a) Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam
komputer dan memberikan arahan. Perkakasan yang
digunakan ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas dan lain-
lain
(b) Pemprosesan dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan
menggunakan perisian dan data yang diproses tersimpan
dalam memori utama atau RAM
(c) Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan
ditunjukkan melalui monitor dan pencetak
(d) Storan sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut,
cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik
(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh
komputer
Lebuhraya Maklumat
Lebuhraya maklumat (information Highway atau Information
Superhighway) menunjukkan bagaimana mudahnya
perhubungan melalui komputer
Melalui Internet pengguna komputer boleh mendapatkan
maklumat dan pengetahuan dari seluruh dunia. Maklumat ini
diperolehi dalam masa yang singkat dan murah. Pengguna boleh
membaca akhbar tempatan dan luar negeri serta bahan bacaan
Edisi Elektronik.
Anda boleh melawat perpustakaan maya dan boleh membuat
capaian pengkalan data sekiranya mempunyai keahlian
perpustakaan tersebut yang sah.
Penguna di rumah perlu memiliki sebuah komputer dengan
sebuah modem dan talian telefon bagi membolehkannya
melawat ke semua tapak web (web site) didunia.
Internet ialah singkatan bagi perkataan inter-network.
Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer
global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan
berjuta-juta komputer didunia.

Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah komputer dengan
modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam
rangkaian (network) komputer di Malaysia. Rangkaian
komputer (network) dimalaysia dihubungkan dengan
rangkaian komputer diluar negara dan ini dinamakan
Internet.
BAGAIMANA DATA DAN
MAKLUMAT DIWAKILI
DALAM KOMPUTER
Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9)
dalam kehidupan seharian. Komputer menggunakan nombor
perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua
digit/angka iaitu 0 dan 1. Dalam komputer 0 diwakili
oleh arus elektrik dalam keadaan off (voltan rendah) dan 1
diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan on (voltan tinggi).
Semua data yang dimasukkan ke dalam komputer akan
ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).
Contoh
Sebagai contoh jika ditaip huruf H, isyarat
elektronik yang dimasukkan ke dalam
komputer ialah 01001000.

0
1
00 000
1
= H Aksara
Contoh Pendua (Binary)
AKSARA KOD PERDUAAN
N 0100 1110
O 0100 1111
P 0101 0000
Q 0101 0001
R 0101 0010
S 0101 0011
T 0101 0100
U 0101 0101
V 0101 0110
W 0101 0111
X 0101 1000
Y 0101 1001
Z 0101 1010
AKSARA KOD PERDUAAN
A 0100 0001
B 0100 0010
C 0100 0011
D 0100 0100
E 0100 0101
F 0100 0110
G 0100 0111
H 0100 1000
I 0100 1001
J 0100 1010
K 0100 1011
L 0100 1100
M 0100 1101
PTK = 0101 0000 0101 0100 0100 1011
UKURAN SIMPANAN SISTEM
PERDUAAN
Maklumat yang disimpan secara perduaan (binary) didalam
ingatan utama (RAM), cakera liut, cakera keras dan CD-ROM
adalah seperti berikut:
Bit Dalam sistem perduaan 0 dan
1 dipanggil bit iaitu huruf
ringkas bagi Binary digit
Unit data yang paling
Kecil dapat difahami
Oleh komputer
Bait Lapan bit akan menjadi Satu bait
atau satu aksara (huruf, nombor
atau tanda bacaan)
Satu aksara seperti
huruf (A,B,C), nombor
(1,2,3) atau tanda (?,/,#)
KILOBAIT
(KB)
1 kilobait bersamaan kira-kira
1,000 bait (1024 bait)
muka surat
MEGABAIT
(MB)
1 megabait bersamaan kira-kira
1 juta bait (1,048,576 bait)
500 muka surat
GIGABAIT
(GB)
1 gigabait bersamaan kira-kira 1
billion bait (1,073,741,824 bait)
2 set ensiklopedia
Jenis Komputer
Terbahagi kepada 4 jenis mengikut kepantasan
dan keupayaan menyimpan maklumat.

Superkomputer (Supercomputer)
Komputer Kerangka utama (Mainframe Computer)
Minikomputer (Mini Computer)
Mikrokomputer atau (Microcomputer/Personal
Komputer Peribadi Computer)
PERISIAN KOMPUTER
(a)
Perisian Sistem seperti DOS, Windows 3.11.
Windows 95, Windows 98, Windows NT,
Macintosh OS dan Unix.
(b)
Perisian atau program aplikasi dapat
dikelaskan sebagai perisian pengguna akhir
(end user). Perisian aplikasi seperti Word,
Excel boleh dibeli dari kedai komputer
Perisian Aplikasi seperti Word, Lotus, Excel &
Powerpoint
Contoh Perisian Aplikasi
Perisian Aplikasi Kegunaan Contoh
Pemprosesan Perkataan
(Word Processing)
Menulis surat,
dokumen
Word, Word Perfect,
Wordstar, Ami Pro
Hamparan Elektronik
(Electronic Spreadsheet)
Pengiraan Lotus, Excel, Quattro
Pro
Pangkalan Data (Data base) Menyusun data dan
maklumat
Access, dBase,
Approach
Persembahan (Presentation) Membuat persembahan Powerpoint
Grafik (Graphic) Lukisan Coreldraw
Penerbitan Meja
(Desktop Publishing)
Penerbitan akhbar,
majalah dan buku
Pagemaker,
Publisher
Reka bentuk Berbantukan
Komputer (Computer
Added Design-CAD)
Lukisan Kejuruteraan Auto CAD
Teknologi Komunikasi
TELEFON SELULAR
Telefon selular adalah sistem pembahagian kawasan kepada bentuk sel-sel.
Dalam setiap sel telefon mudah alih, ia boleh disambungkan kepada saluran
telefon biasa. Dengan sistem ini orang ramai boleh mebuat panggilan dari
motokar, keretapi dan tempat-tempat lain yang tiada telefon awam. Negara
seperti Malaysia yang sistem komunikasinya masih belum lengkap sangat
sesuai menggunakan sistem ini.

MESIN FAKS
Faks adalah nama singkatan untuk facsimilie yang bermakna a copy atau
salinan. Mesin faks mengimbas (scan) sesuatu teks dan gambar serta
menghantarnya dalam bentuk isyarat elektronik melalui saluran telefon ke
satu mesin faks yang lain. Mesin faks yang menerima isyarat elektronik itu
akan mencetak teks dan gambar diatas kertas.
Teknologi Komputer
KOMPUTER MULTIMEDIA
Perkataan multimedia telah menjadi sebutan orang ramai
mulai pertengahan 1990an. Mulitimedia adalah teknologi
yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih
daripada satu media iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik
dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah
komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video,
menjalankan CD-ROM dan memainkan permainan (games).

PEMBANTU DIGITAL PERSONAL
Pada tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers)
kecil telah dipernalkan. Kegunaannya adalah untuk
menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian. Pada
tahun 1993 penjadual elektronik telah digantikan oleh
pembantu digital personal (personal digital assistant) atau
ringkasnya PDA. PDA boleh menyimpan kalender temu janji,
menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet,
menghantar faks dan e-mail.
Ergonomi
Ergonomi (ergonomic) ialah kajian mengenai hubungan fizikal
antara manusia dan persekitaran tempat kerja mereka.
Persekitaran tempat kerja termasuk bangunan, perabot dan
peralatan yang mereka gunakan seperti meja, mesin taip,
komputer dan lain-lain.

Kajian telah dibuat untuk mencipta papan kekunci (key-board)
yang paling sesuai untuk pengguna komputer. Daripada kajian
ini terciptalah papan kekunci ergonomi yang reka bentuk
sesuai dengan jari dan tangan pengguna.
ERGONOMI: MENGGUNAKAN
KOMPUTER
Komputer ialah peralatan elektronik yang paling banyak digunakan pada masa
ini. Pekerja jabatan kerajaan dan syarikat swasta ada yang menggunakan
komputer melebihi lapan jam sehari. Menggunakan komputer untuk
jangkamasa yang lama boleh mendatangkan masalah kepada pengguna. Ada
yang sakit mata berair, sakit belakang dan pelbagai kesan lagi.

Kajian mengenai perabot dan kedudukan terbaik untuk menggunakan
komputer telah dibuat. Hasil daripada kajian ini, pelbagai jenis meja dan
kerusi untuk pengguna komputer telah dicipta. Kedudukan yang sesuai dan
baik untuk pengguna komputer juga telah dicadangkan. Dengan teknik yang
dicadangkan penggunaan komputer dimasa akan datang diharap akan lebih
selesa lagi kepada semua pengguna.
Laman Web Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_Maklumat

Anda mungkin juga menyukai