Anda di halaman 1dari 4

Tabung Infrastruktur Pelancongan

LATAR BELAKANG
Bagi membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan iaitu Tabung Infrastruktur
Pelancongan.

Tujuan Dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan
produk-produk pelancongan.

TUJUAN PINJAMAN
Untuk membiayai kos pembinaan projek baru/sedia ada dan tidak termasuk modal pembiayaan.
Bagi pemilikan tanah, jumlah maksima 40% dari kos tanah/projek yang mana lebih rendah.
KADAR FAEDAH
Kadar faedah pinjaman adalah 4.0% - 5.5% setahun berdasarkan asas anuiti tahunan.

TEMPOH PINJAMAN
Tempoh maksima pinjaman selama 20 tahun.

TERMA PEMBAYARAN BALIK
Tempoh pembayaran balik adalah bergantung kepada aliran tunai projek, keadaan ekonomi
harta yang diperoleh melalui pinjaman dan/atau mengikut budi bicara peminjam bank.
Tempoh menunggu boleh diberikan dan ditentukan berdasarkan tempoh dan aliran tunai projek
tersebut.
JUMLAH PINJAMAN MINIMUM
RM5.0 juta

JUMLAH PINJAMAN MAKSIMUM
RM50.0 juta atau sehingga 80% daripada jumlah kos projek yang mana lebih rendah

PEMOHON YANG LAYAK
Pemohon mestilah berdaftar dengan Akta Syarikat 1965,Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2002
dan/atau Akta Syarikat Koperasi 1970 atau Akta koperasi 1993.
Pemohon mestilah hak milik warganegara Malaysia dengan memegang saham sekurang-
kurangnya 51%.
Syarikat sedia ada atau baru yang menjalankan atau merancang melaksanakan projek
pelancongan juga adalah layak memohon.
Pemohon mestilah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM5 juta atau minima 20%
daripada jumlah pinjaman yang mana lebih tinggi.
PROJEK YANG LAYAK UNTUK PERTIMBANGAN PEMBIAYAAN PINJAMAN
Projek mesti bertempat di Malaysia dan semua projek yang berkaitan dengan pelancongan iaitu projek
yang menjana kepada pembangunan industri pelancongan adalah layak memohon. Keutamaan adalah
bagi projek-projek berikut:
i. Wilayah atau pusat pelancongan bersepadu /pusat tumpuan/kemudahan pelancongan dan
kompleks.
ii. Dewan persidangan.
iii. Galeri dan pusat maklumat.
iv. F&B atau kedai berkaitan pelancongan.
v. Hotel, chalet, resort dan lain-lain kemudahan penginapan dengan tema tersendiri seperti taman
tema air, taman tema safari, pelancongan kesihatan, ekopelancongan atau pelancongan sukan.
vi. Pembangunan semula kawasan sebagai tempat tarikan pelancongan.
vii. Pelbagai kemudahan pengangkutan bersepadu, terminal limousin dan laluan pejalan kaki bagi
menyediakan jalinan perhubungan yang efisien dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
viii. Pembangunan sungai dan waterfront.
ix. Taman tema dan/atau taman rekreasi dan pusat seperti taman tema air, tempat bersejarah,
muzium, taman safari, zoo, taman buaya, teater/pusat kebudayaan dan konsep taman tema khas.
x. Pelancongan marin.
xi. Kemudahan-kemudahan lain yang menyokong aktiviti di atas termasuklah kemudahan jalan, kereta
kabel atau jeti.
xii. Sektor-sektor lain yang berkaitan infrastruktur pelancongan yang dikenal pasti dari masa ke semasa
oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan/atau Bank.

PINJAMAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Pengambilalihan atau pemilikan saham/syer
Aset sedia ada syarikat
Mengambil alih keupayaan produk-produk sedia ada
Pembiayaan untuk kasino
ITEM YANG TIDAK BOLEH DIBIAYAI
PROJEK
PINJAMAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK PEMBELIAN
Wilayah atau pusat pelancongan bersepadu/pusat
tumpuan/kemudahan dan kompleks
Mesin permainan
Mesin tunggang
Jet-ski
Peralatan gimnasium
Padang golf
Taman Tema Mesin permainan
Marina Bot
Feri
Safari Haiwan
Time sharing apartment dan lease back

MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMUKAKAN UNTUK MEMOHON TABUNG INFRASTRUKTUR
PELANCONGAN
Surat permohonan rasmi syarikat
Borang Permohonan Tabung Infrastruktur Pelancongan (borang perlu ditaip)
Profil Syarikat merangkumi:
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Borang 9) atau Akta Koperasi 1993
Borang 24
Borang 49
Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (Memorandum and Articles of Association)
Profil Lembaga Pengarah dan Pengurusan Utama
Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tiga tahun terakhir
Kertas Kerja / Kertas Cadangan Projek merangkumi:
Kos Projek yang lengkap dan cadangan sumber pembiayaan
- nyatakan sumber pembiayaan bagi projek dengan terperinci
Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) projek yang dibuat oleh juru perunding (independent
consultant)
Jadual pelaksanaan projek dan tempoh pelaksanaan
Laporan penilaian tanah projek
Surat Milik Hak Tanah / Geran / Kontrak / Perjanjian Jual Beli
Surat Kebenaran / Sijil mendirikan bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan (untuk projek
pelancongan baru sahaja)
Laporan EIA dan/atau kelulusan JAS (jika perlu)
Unjuran aliran tunai (forecast cash flow) termasuk maklumat tentang kos operasi dan andaian-
andaian utama
Profil syarikat kontraktor utama dan kontrak pembinaan
Profil syarikat konsultan dan penasihat termasuk arkitek, Penilai Kuantiti (QS), Jurutera Awam,
Jurutera M&E, Pereka Dalaman, Syarikat Pengurusan Projek dsb.
Maklumat lengkap bank pembiayaan terkini institusi kewangan yang berkerjasama, kemudahan-
kemudahan lain, terma-terma utama sedia ada dan baki terkini
Cagaran yang mencukupi
Lain-lain dokumen sokongan dan maklumat yang berkaitan dengan cadangan projek.
Muat Turun

Anda mungkin juga menyukai