Anda di halaman 1dari 2

250 gm butter ~ potong kecil

400 gm coklat masakan ~ potong kecil



Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat,
kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada
suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang
telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang
dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan
cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang
bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses
untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan
masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk
anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan
untuk memotong brownies dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai