Anda di halaman 1dari 17

X PENGENALAN

Terdapat beberapa ahli bahasa yang memberikan penekanan kepada aspek


peranan atau fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Sesetengahnya pula
memberikan penekanan kepada aspek struktur, ayat, perenggan dan wacana.
Selain itu, beberapa ahli bahasa juga mengemukakan pandangan yang
mengandaikan bahawa pengetahuan bahasa dan aspek-aspek yang berkaitan
dengan proses penghasilan dan pemahaman bahasa adalah berbentuk dikotomi,
iaitu wujud dalam bentuk dua lapis.

Bentuk atau lapisan pertama ialah pengetahuan abstrak, wujud dalam akal budi
atau minda yang juga dikenali sebagai struktur dalam. Bentuk kedua pula ialah
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

1
1
0
0

X
Aplikasi
dalam
Pengajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi
murid sekolah rendah dan menengah;
2. Menghuraikan pedagogi pengajaran berdasarkan aliran, kesesuaian
dan persediaan;
3. Menyediakan soalan untuk menilai penguasaan pelajar berasaskan
lima bentuk ujian bahasa;
4. Mempraktikkan tujuh langkah membina ujian; dan
5. Melakukan proses pemulihan dan pemantapan berasaskan peranan
guru dan peringkat pemulihan.
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
128
bentuk yang tertera jelas, sama ada dalam bentuk yang boleh ditanggapi oleh
pancaindera yang dikenali sebagai struktur permukaan. Chomsky adalah salah
seorang ahli bahasa yang berpegang kepada konsep bahawa bahasa dikatakan
bersifat dikotomi. Jelasnya, tatatingkat bahasa dimulakan dengan kata, diikuti
frasa, disusuli klausa, berikutnya ayat dan diakhiri oleh makna.
APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN
Jika anda meneliti strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa, anda akan
mendapati bahawa pandangan atau prinsip yang mendasari pelbagai bentuk
pengajaran bahasa adalah sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh
sarjana linguistik. Oleh itu, strategi yang banyak diaplikasikan oleh guru bahasa
pada masa ini adalah sesuai dengan pandangan de Saussure dan Firth yang
mementingkan teori komunikasi dalam keperihalan keadaan yang berbagai-bagai.

Menurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu tabiat
berbahasa. Ciri utama strategi ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Steinberg
(terj. Azhar M. Simin, 1990) iaitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa, ahli bahasa lebih suka menggunakan latih tubi. Kepentingan latih tubi
adalah berfokus kepada prinsip rangsangan dan gerak balas.

Prinsip pengajaran pula adalah berasaskan pandangan Chomsky dan pengikut-
pengikutnya. Ia tertumpu kepada pengetahuan nahu. Ini adalah selaras dengan
pandangan Chomsky bahawa aspek nahu atau sintaksis adalah penting dalam
menghuraikan berbagai-bagai aspek kebahasaan. Pada dasarnya, strategi ini
melibatkan dua komponen iaitu:
Kajian terperinci terhadap rumus nahu; dan
Perbendaharaan kata dan penggunaan terjemahan.
10.1.1 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar
Sekolah Rendah
Sebagai seorang pendidik, anda pasti ingin mengetahui teori yang sesuai untuk
pelajar anda. Untuk pengetahuan anda, pendekatan teori kognitif adalah sesuai
untuk murid sekolah rendah. Kognitif ialah kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris iaitu cognitive. Dalam bahasa Melayu, perkataan ini membawa makna
yang serupa dengan "akal", "pemikiran" atau "ingatan".

Menurut pakar-pakar kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar
dengan perubahan kognitif. Perubahan bentuk lakuan adalah bergantung pada
10.1
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
129
kuantiti maklumat-maklumat baru yang telah diterima oleh manusia. Pakar-
pakar kognitif juga turut mengambil kira proses persepsi yang terlibat dan
pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada dalam akal budi. Hakikatnya,
proses pembelajaran adalah bersifat evolusi iaitu mempelajari bahasa sedikit
demi sedikit.

Pakar-pakar kognitif turut berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang
berteraskan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek
pemahaman atau perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap
berjaya apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar iaitu bertambahnya
maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Pakar-pakar kognitif
menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman
atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan.

Berikut merupakan beberapa pendekatan oleh ahli-ahli kognitif dalam
mengaplikasikan pengajaran:
(a) Guru menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-
unsur yang bermakna.
(b) Unsur-unsur yang lebih kecil daripada morfem diperkenalkan diikuti
dengan paparan unsur-unsur bermakna. Contohnya, pengajaran
pembacaan peringkat permulaan mengikut pendekatan ini dengan cara
bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang
lebih kecil.
(c) Pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat,
frasa atau perkataan, selain memperkenalkan suku kata dan abjad.

Berikut pula adalah dua kaedah dan beberapa aktivitinya yang boleh dijalankan
semasa proses pembelajaran bahasa (Jadual 10.1).
Jadual 10.1: Dua Kaedah untuk Proses Pembelajaran Bahasa beserta Aktivitinya
Kaedah Aktiviti
Kalimat Guru memperkenalkan kalimat atau ayat pendek dan
bermakna kepada murid.
Guru menulis dan membaca sesuatu ayat beberapa kali.
Murid mengulangi ayat tersebut.
Murid menyisipkan perkataan dalam ayat baru.
Guru memperkenalkan unsur suku kata dan huruf dalam
perkataan.
Guru terlebih dahulu membacakan ayat. Contohnya, "dia
rakan baik saya".
Guru menarik perhatian murid kepada hakikat bahawa
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
130
ayat tersebut dibina daripada empat perkataan iaitu "dia",
"rakan", "baik" dan "saya".
Guru menarik perhatian murid kepada suku kata yang
membina setiap perkataan, selain huruf yang membina
setiap suku kata.
Pengajaran Rumus Guru mengemukakan pelbagai rumus dan menerangkan
kepada murid tentang cara setiap rumus berfungsi dalam
membentuk pelbagai jenis perkataan dan ayat. Contohnya
dalam proses pembentukan ayat majmuk pancangan
relatif, guru menerangkan kepada murid syarat yang
membolehkan ayat majmuk pancangan relatif terbentuk
iaitu dengan memancangkan klausa kecil dalam klausa
induk.
Guru menerangkan cara tentang unsur yang telah
digugurkan apabila dua ayat selapis dicantumkan.
Guru menerangkan cara tentang unsur yang telah
digugurkan digantikan dengan kata hubung relatif "yang".
Selepas murid memahami proses yang terlibat, aktiviti
merangsang kreativiti murid dilaksanakan.
10.1.2 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar
Sekolah Menengah
Setelah anda mengetahui pendekatan teori yang sesuai untuk murid sekolah
rendah, anda pasti tertanya-tanya pendekatan teori yang manakah sesuai untuk
pelajar sekolah menengah? Pendekatan teori kesahan psikologi sesuai
dipraktikkan untuk pelajar sekolah menengah. Kesahan psikologi ialah konsep
keilmuan yang mengandaikan bahawa huraian yang dikemukakan untuk
menjelaskan sesuatu perkara; ia perlu menepati perkara sebenarnya yang
berlaku dan harus bertepatan dengan realiti.

Jika anda membuat rujukan kepada nahu atau tatabahasa, huraian yang
dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan
psikologi (Steinberg, 1982). Dalam memberikan huraian tentang proses
penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari
sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara
wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada
bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa.

Chomsky (1985) menerangkan bahawa secara teknikal, teori linguistik adalah
teori mentalisme kerana teori ini terlibat dalam hal menemukan hakikat
mentalisme yang mendasari gerak laku sebenarnya.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
131
Daripada pendekatan ini, pengetahuan akan memungkinkan pengguna bahasa
menggunakan unsur yang terkandung dalam sesuatu bahasa secara tepat dan
berkesan. Maksudnya, akal budi pengguna bahasa telah dibekalkan dengan
pengetahuan bahasa utuh atau menyeluruh dalam jumlah yang berpada.

Berdasarkan pendekatan teori yang sesuai bagi sekolah menengah, pelajar
memerlukan pengetahuan tentang dua aspek kebahasaan iaitu:
Pengetahuan tentang rumus-rumus nahu; dan
Kemahiran untuk mengemukakan output bahasa, selain mentafsir input
bahasa dengan wajar dan tepat.

Aspek kenahuan merujuk kepada kebolehan menyusun unsur-unsur bahasa
dalam urutan linear atau dalam susunan selari secara betul, manakala kemahiran
mengutarakan output dan mentafsir input merujuk kepada keupayaan untuk
membuat pilihan yang tepat daripada pelbagai pilihan yang ada. Dengan
pengertian lain, aspek pertama melibatkan pengetahuan tentang struktur atau
bentuk ayat, manakala aspek kedua tentang kecekapan memilih unsur atau kosa
kata yang tepat dan bersesuaian dengan keperihalan keadaan sesebuah ayat.

Untuk memastikan wujud kesahihan tentang kesahan psikologi, sesuatu
program pengajaran bahasa seharusnya mengambil kira aspek pengajaran
seperti berikut:
(i) Pengetahuan nahu dan kekangan sosial semasa berbahasa.
(ii) Akal budi pelajar sekolah menengah sewajarnya mengandung kedua-dua
aspek pengetahuan bahasa.

Selain kemahiran lisan, seseorang pelajar yang unggul harus dapat
menyampaikan hasratnya secara bertulis. Ini kerana dalam dunia yang serba
moden, budaya berbahasa lisan dalam proses penyampaian maklumat semakin
hari semakin diganti oleh budaya bertulis. Oleh kerana kemudahan
telekomunikasi semakin hari semakin mementingkan kemahiran penulisan,
maka diharapkan setiap pelajar menengah dapat menguasai kemahiran menulis
dengan baik.

Walau bagaimanapun, kemahiran berbahasa di peringkat ayat belum mampu
memungkinkan seseorang pelajar sekolah menengah menjadi pengguna bahasa
yang berkesan. Ini adalah kerana bahasa tidak digunakan dalam suatu lowongan
atau vacuum, tetapi bahasa adalah alat komunikasi dalam keperihalan keadaan
yang pelbagai. Ketaksaan makna, sama ada yang bersifat leksikal atau struktur
boleh wujud jika ayat dianalisis secara tunggal atau terpisah daripada
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
132
keperihalan keadaannya. Ketaksaan sering kali terjelas apabila ayat diamati dan
difahami dalam keperihalan keadaan berdasarkan kewujudannya (Brown, 1980).
PEDAGOGI PENGAJARAN
Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang berkualiti harus sentiasa
memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan dengan pencapaian pelajar yang
maksimum. Ini juga menggambarkan bahawa guru perlu mempunyai satu
prinsip tentang pedagogi pengajaran. Sehubungan itu, mari kita pelajari dua
perkara yang disebutkan tadi dari sudut pengajaran yang berasaskan aliran
behaviorisme, kognitif dan interaksionalisme.

(a) Prinsip Pengajaran Bahasa Berasaskan Aliran Behaviorisme
Bagi aliran ini, prinsip pengajaran bahasanya adalah berhubung dengan
teori-teori pemerolehan bahasa yang berkisar kepada enam prinsip umum
berikut:
(i) Bahasa lisan menjadi keutamaan.
(ii) Bahasa adalah suatu tabiat.
(iii) Pengukuhan adalah penting dalam pengajaran.
(iv) Mengutamakan model bahasa yang baik.
(v) Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran.
(vi) Latihan pembelajaran yang diperkukuh.

(b) Prinsip Pengajaran Bahasa Berasaskan Aliran Kognitif
Ia adalah berhubung dengan teori pemerolehan bahasa yang turut berkisar
kepada enam prinsip umum iaitu:
(i) Pembelajaran merupakan proses mental.
(ii) Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka
dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.
(iii) Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama
bagi kanak-kanak dalam peringkat kematangan yang sama.
(iv) Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.
(v) Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.
(vi) Kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
disampaikan secara formal.

10.2
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
133
(c) Prinsip Pengajaran Bahasa Berasaskan Aliran Interaksionalisme
Ia adalah berhubung dengan teori pemerolehan bahasa yang hanya
berkisar kepada tiga prinsip umum iaitu:
(i) Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna diutamakan.
(ii) Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
(iii) Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugas atau aktiviti bermakna.
10.2.1 Pedagogi yang Sesuai dengan Tahap Pelajar
Dari aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengamal linguistik
Amerika, Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkaitan dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran
sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar.

Jadual 10.2 berikut memberikan huraian tentang beberapa jenis pendekatan yang
diamalkan dalam pembelajaran bahasa.
Jadual 10.2: Empat Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Pendekatan Huraian
Induktif Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.
Pelajar digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari.
Pelajar mengemukakan rumusan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan membuat generalisasi.
Deduktif Mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada
hukum tertentu.
Menggunakan proses penaakulan yang tinggi.
Pembelajaran dimulakan dengan melihat hukum atau
mempelajari peraturan tertentu, menganalisis dan
mengaplikasikannya.
Eklektik Gabungan beberapa pendekatan.
Menggabungkan ciri yang baik daripada beberapa pendekatan.
Tujuan pendekatan adalah untuk menghasilkan strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Sesuai digunakan bagi kelas yang terdiri daripada pelajar
pelbagai kebolehan.
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
134
Komunikatif Berpusatkan bentuk komunikatif seperti bercerita, melapor dan
menyampaikan maklumat.
Memberikan penekanan kepada penyerapan bentuk-bentuk
gramatikal untuk tujuan berkomunikasi.
Menyerapkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya.

Sekarang mari kita beralih kepada kaedah. Kaedah merujuk kepada satu set siri
tindakan guru yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran
tertentu dalam jangka masa pendek. Ia merupakan cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran melalui cara penyampaian yang berdasarkan susunan yang
teliti dan rapi (sila lihat Jadual 10.3).
Jadual 10.3: Empat Kaedah Pembelajaran Bahasa
Kaedah Huraian
Tatabahasa
Terjemahan
Dirancang untuk memberikan kemahiran menulis.
Menentukan perbendaharaan kata diberikan pada awal
pelajaran.
Kata-kata disusun dalam ayat menerusi hukum tatabahasa.
Isi atau kefahaman tidak terlalu dipentingkan, tetapi hanya
sebagai latihan tatabahasa untuk menentukan terjemahan
dalam bahasa ibunda.
Terus Membolehkan pelajar menguasai kempat-empat kemahiran
berbahasa.
Kaedah ini digunakan berlandaskan tiga asas iaitu
perhubungan langsung antara perkataan dan benda,
mengaitkan pengalaman dan menimbulkan perasaan ingin
tahu kanak-kanak dengan berpandukan lunas-lunas berbahasa.
Audiolingual Sistem mengekod makna.
Digunakan secara linear.
Bahasa dianalisis secara deskriptif.
Bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, klausa
dan ayat.
Situasional Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan.
Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah.
Aspek bahasa dilatih mengikut situasi.
Mematuhi perbendaharaan kata.
Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal
dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan sepenuhnya.

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
135
Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada ikhtiar keseluruhan yang
terbentuk dalam satu set prosedur yang tersusun dan berlandaskan suatu
pendekatan yang dipilih. Anthony juga membuat rujukan bahawa teknik ialah
satu strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang
optimum. Terdapat enam teknik yang boleh digunakan seperti yang diterangkan
dalam Jadual 10.4.
Jadual 10.4: Teknik untuk Mencapai Objektif Pelajaran yang Optimum
Teknik Huraian
Bercerita Pelajar lebih pantas menumpukan perhatian di samping
menjadikan pembelajaran menyeronokkan.
Bersyarah Menerang, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea dan
konsep.
Waktu terluang adalah untuk perbincangan.
Berbincang Pelajar dapat mengembangkan pertumbuhan diri dan sosial
dengan baik.
Mengutamakan pendapat dan bekerjasama.
Latih Tubi Memikirkan bahan yang dipelajari.
Mengulang bahan yang dipelajari.
Mengucapkan bahan di depan guru.
Mengingatkan bahan yang dipelajari.
Penyelesaian
Masalah
Mengenal pasti masalah.
Menentukan masalah.
Mencadangkan penyelesaian.
Meneliti penyelesaian.
Membuat kesimpulan.
Sumbang
Saran
Semua pelajar melibatkan diri dengan penuh komitmen.
Ahli kumpulan boleh mencadangkan pemikiran.
Semua idea diterima.
Pendapat diperkembangkan.
Mewujudkan pemikiran kritis.
10.2.2 Persediaan Pengajaran Mikro
Dalam pengajaran mikro, anda harus bersedia dengan pelbagai aspek,
khususnya yang melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Walau
bagaimanapun, pengkhususan haruslah berkisar kepada empat faktor berikut
(Jadual 10.5).
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
136
Jadual 10.5: Empat Faktor Pengkhususan Pengajaran Mikro
Faktor Huraian
Pemilihan Bahan
Pengajaran
Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran.
Bahan mengandungi unsur falsafah pendidikan.
Menggunakan bahasa secara efektif.
Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pengolahan Bahan
Pengajaran
Menjadikan dialog bersifat komunikatif.
Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran
ataupun psikologi.
Menggunakan bahasa autentik.
Pembinaan Bahan
Pengajaran
Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa.
Bahasa digunakan secara tepat.
Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk
mendedahkan pelajar dengan variasi bahasa yang
digunakan secara meluas dalam masyarakat.
Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk
mewujudkan satu strategi pembelajaran bermakna.
Penggunaan
Bahan Pengajaran
Mengikut keperluan pancaindera pelajar.
Pastikan bahan yang digunakan berasaskan sukatan
pelajaran bahasa.
Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isu semasa.
Kaji jumlah dan kualiti bahan.

SEMAK KENDIRI 10.1
1. Berikan lima contoh bagi pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran.
2. Huraikan langkah pengajaran mikro dalam bahasa.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
137
PROSES PENILAIAN
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia adalah aktiviti atau proses sistematik untuk mendapatkan maklumat berguna
dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Terdapat empat tatacara pelaksanaan penilaian:
(a) Penilaian formatif adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung
dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru.
(b) Tujuan penilaian formatif adalah untuk membantu dan membaiki proses
pengajaran dan pembelajaran.
(c) Keputusan penilaian adalah untuk pemeringkatan dan perbandingan
antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.
(d) Penilaian sumatif pula adalah untuk mengesan secara menyeluruh tentang
taraf pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Matlamat utama
penilaian jenis ini adalah untuk memberikan markah atau gred kepada
seseorang pelajar supaya dapat membandingkannya dengan markah
pelajar lain dalam kumpulannya.
10.3.1 Soalan untuk Menilai Penguasaan Pelajar
Soalan untuk menilai penguasaan pelajar hendaklah berasaskan kepada jenis
ujian bahasa. Ujian bahasa yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
(a) Ujian pencapaian juga disebut sebagai ujian sumatif. Tujuan ujian ini
adalah untuk menilai hasil pengajaran berdasarkan pengukuran
pencapaian pelajar secara menyeluruh.
(b) Ujian penempatan bertujuan menempatkan pelajar dalam kursus atau
kumpulan tertentu. Pelajar diasingkan mengikut kumpulan.
(c) Ujian bakat adalah khusus untuk menilai prestasi seseorang pelajar dalam
pelajaran atau kemahiran bahasa yang akan dipelajarinya.
(d) Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kelemahan atau masalah yang
dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuannya adalah untuk
mengesan daerah kelemahan, merancang dan menjalankan aktiviti
pemulihan.
(e) Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari
semasa ke semasa sepanjang pembelajaran. Ujian ini dijalankan semasa
kursus diadakan dan tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses
pembelajaran.
10.3
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
138
Mari kita lihat Jadual 10.6 yang menerangkan dua bentuk ujian.
Jadual 10.6: Dua Bentuk Ujian
Ujian Jenis Ujian
Ujian Objektif: Ujian pendek yang
melibatkan proses menanda, membulat,
menggaris, mengisi tempat kosong dan
gerak balas ringkas yang lain. Ujian ini
dibentuk daripada beberapa item objektif
yang boleh diperiksa secara objektif, iaitu
pemeriksa yang berlainan untuk
memperoleh skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa.
Item jawapan pendek.
Item jenis pilihan.
Item beraneka pilihan.
Item betul-salah.
Item padanan.
Item senarai utama.
Item aturan terbaik.
Item objektif kloz.
Ujian Subjektif: Lazimnya berbentuk esei.
Calon diminta membuat huraian tepat dan
jelas terhadap soalan yang diberikan. Ujian
ini memberikan peluang kepada calon untuk
memberikan gerak balas dalam tulisan dan
perkataan mereka sendiri.
Gerak balas terhad (jawapan
mengingat kembali dan pendek).
Gerak balas lanjutan (memerlukan
jawapan kepada perkataan seperti
terangkan, huraikan dan bezakan).
10.3.2 Langkah Membina Ujian
Setelah mengetahui bentuk-bentuk soalan yang sesuai untuk menilai penguasaan
pelajar, sekarang mari kita bincangkan pula langkah yang perlu diambil untuk
membina soalan ujian. Terdapat tujuh langkah dalam membina ujian. Rajah 10.1
menunjukkannya setiap satu.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
139

Rajah 10.1: Tujuh langkah membina ujian

Terdapat dua isu yang perlu diambil perhatian ketika membuat soalan. Isu
tersebut ialah:
(i) Kesahan: Sejauh manakah sesuatu bahan ujian dapat mengukur tentang apa
yang hendak diukur.
(ii) Kebolehpercayaan: Melihat ketekalan markah sesuatu ujian dalam mengukur
apa yang hendak diuji. Maksud ketekalan ialah markah yang diperoleh
dalam sesuatu ujian oleh calon tanpa sebarang gangguan. Gangguan seperti
keletihan, ketegangan, kebimbangan atau faktor-faktor lain boleh
menjejaskan calon.
10.3.3 Langkah Pemulihan dan Pemantapan
Akhir sekali, mari kita pelajari tentang konsep pemulihan dan pemantapan.
Pemulihan dan pemantapan merupakan langkah khas untuk membantu pelajar
yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan
biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa pendek. Sebagai guru, anda
berperanan untuk mematuhi beberapa prinsip pemulihan dan pemantapan yang
telah digariskan. Prinsip tersebut adalah berasaskan peranan guru seperti:
(i) Kebolehan dan kecekapan menjalankan pengajaran pemulihan;
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
140
(ii) Kemahuan untuk mempelajari dan mencuba kegiatan pemulihan; dan
(iii) Bekerjasama dengan rakan sejawat dan pengetua untuk pemulihan.

Proses pemulihan pula perlu melalui empat peringkat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Peringkat proses pemulihan


SEMAK KENDIRI 10.2
1. Nyatakan perbezaan antara kaedah dengan teknik pengajaran.
2. Sediakan satu teknik pengajaran yang sesuai untuk penulisan karangan.
3. Jelaskan ciri penilaian dan pemulihan.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
141

Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan dalam tingkah laku manusia adalah
sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam kognitif.
Proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit
demi sedikit.
Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang
dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria
kesahan psikologi.
Dalam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula, sesuatu
teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan psikologi
apabila huraian itu dapat menerangkan secara wajar lakuan penutur dalam
menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada bunyi-bunyi bahasa semasa
proses penghasilan output bahasa.
Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ialah
satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
supaya sesuai dengan tahap pelajar.
Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek.
x Terdapat tiga aliran bagi pengajaran iaitu berasaskan aliran behaviorisme,
kognitif dan interaksionalisme.
x Kesesuaian bagi pengajaran pula bergantung pada pendekatan, kaedah
dan teknik.
x Persediaan pengajaran pula bergantung pada empat faktor iaitu pemilihan,
pengolahan, pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran.
Penilaian merupakan aktiviti atau proses yang bersistematik untuk
mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran atau pembelajaran. Ia terdiri daripada penilaian formatif
dan sumatif.
x Soalan untuk menilai penguasaan pelajar disediakan mengikut ujian
pencapaian, ujian penempatan, ujian bakat, ujian diagnostik dan ujian formatif.
X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN
142
x Terdapat tujuh langkah yang perlu diambil untuk membina soalan ujian.
Antaranya ialah menentukan perkara yang hendak diuji, menentukan
objektif ujian dan menyediakan rangka ujian, menulis soalan dan sebagainya.
Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk
membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
x Tiga peranan penting guru dalam proses pemulihan dan pemantapan ialah
kebolehan dan kecekapan menjalankan pengajaran dan pemulihan,
kemahuan untuk mempelajari dan mencuba kegiatan pemulihan dan
bekerjasama dengan rakan sejawat dan pengetua untuk pemulihan.
x Tiga peringkat dalam proses pemulihan ialah menentukan pelajar
bermasalah pembelajaran, menentukan punca atau sebab wujudnya
masalah, memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif) dan menilai kejayaan
proses pemulihan.


Behaviorisme
Deduktif
Ekletik
Induktif
Interaksionalisme
Kaedah
Kebolehpercayaan
Kesahan
Kognitif
Komunikatif
Pemulihan
Pendekatan
Penilaian formatif
Penilaian sumatif
Teknik

TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W
143
Anthony, E. M. (1963). Approach, method and technique. English Language
Teaching, 17, 63-67.
Brown, H. D. (1980). Principles of foreign language learning and teaching.
Englewood Cliffs, New York: Prentice Hall.
Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of syntax. Massachussetts: Massachussets
Institute of Technology Press.
Steinberg, D. (1982). Psycholinguistic: Language, mind and world. London:
Longman.
Steinberg, D. (1990). Psikolinguistik: Bahasa, akal budi dan dunia. Terj. Azhar M.
Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai