Anda di halaman 1dari 4

HBEF2803 [NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

1



FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 10
JAN 2014

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
KEGURUAN

NAMA : NORAIN BT MOHAMED SUDKI
NAMA TUTOR : EN SHAIFOL BAHARY SULAIMAN
NO. MATRIK : 680621085206001
NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206
NO. TELEFON : 012-7674729
E-MAIL : Anne5206@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
BATU PAHAT









HBEF2803 [NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

2

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

JURNAL REFLEKTIF

PENDAHULUAN


Syukur Alhamdulillah saya lafazkan kerana berjaya merealisasikan tugasan ini. Jutaan terima
kasih juga saya rakamkan buat tutor saya, En Shaifol Bahary Sulaiman serta rakan-rakan
talian yang sama-sama berkongsi idea dan pendapat sehingga tugasan ini dapat disiapkan
dengan jayanya.

Terdahulu, saya juga telah menyiapkan tugasan tentang dua pembentangan yang
bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan dan Motivasi Pelajar. Ulasan dan
rumusan tersebut juga membawa kepada penulisan Reflektif Jurnal ini.

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, kedua-dua pembentangan telah mengutarakan isu yang sangat
menarik untuk diambil perhatian oleh para mahasiswa OUM khasnya dan para guru amnya.
Sememangnya cabaran dalam dunia pendidikan terutamanya di sekolah pada masa kini amat
mencabar. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa bidang perguruan hari ini telah
menjadi berisiko dengan pelbagai asakan dan desakan dari pelbagai pihak.

Melalui pembentangan Dr. Nasaruddin b. Basar mengenai Pembangunan
Profesionalisme Berterusan, beliau amat menekankan tentang inisiatif kendiri yang perlu
wujud dan seharusnya kukuh dalam diri para mahasiswa ataupun para guru. Saya amat
bersetuju dengan pendapat ini. Dalam menghadapi cabaran dan tekanan dalam dunia
teknologi kini, semakin hari, guru sukar mempertahankan sokongan malahan semakin ramai
yang memperlekehkan golongan pendidik. Maka, di sinilah inisiatif kendiri dan motivasi diri
yang kuat amat berperanan penting untuk menjamin kualiti diri dan kualiti kerja guru sekali
gus menghasilkan impak yang besar kepada anak didik. Ia juga mungkin dapat
mempengaruhi dan mengembalikan kepercayaan sebahagian ibu bapa dan masyarakat
terhadap guru.
HBEF2803 [NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

3


Dari sudut emotifnya, saya dapat merasakan di tahap mana diri saya ketika ini. Dapat
saya rasakan bahawa saya belum cukup bermotivasi dan perlu menjana inisiatif kendiri yang
utuh untuk terus memacu dunia pendidikan sekolah rendah yang saya kenderai kini. Namun,
kadangkala terdapat kekangan-kekangan yang sedikit mengganggu usaha-usaha tertentu,
terutama untuk menyeimbangkan peranan sebagai guru, mahasiswa, isteri dan ibu pada masa
yang sama. Saya selalu cuba untuk menyelesaikan segalanya walaupun kadang-kadang
kurang berjaya dari segi kualitinya.

Sementara itu, dari segi kognitifnya pula, saya berfikiran bahawa golongan guru pada
masa kini bukanlah golongan yang tidak cerdik tetapi perubahan yang berlaku dari satu era ke
era yang baru memungkinkan penjejasan terhadap kualiti guru itu sendiri. Sebagai contoh,
diri saya sendiri yang telah melalui era KLSR, kemudian KBSR dan kini KSSR. Ketiga-
tiganya jelas berbeza dari pelbagai sudut. Tuntutan semasa memerlukan kecekapan dan
kemantapan dari segi ilmu, kemahiran, kepakaran, keprihatinan, bahan-bahan sokongan dan
sudah tentu sokongan padu dari pihak berkaitan. Selain itu, kerapkali guru terpaksa mengajar
subjek bukan bidang yang boleh mengurangkan kualiti ilmu yang disampaikan. Namun tidak
dinafikan, ada dalam kalangan guru yang mendapati bahawa subjek bukan bidang yang diajar
berjaya menjadi kecenderungan mereka mengatasi subjek bidang ikhtisas.

Justeru, pengalaman juga dapat mempengaruhi kualiti diri seseorang guru tersebut.
Pengalaman juga boleh menjadi sumber motivasi diri dan meningkatkan inisiatif kendiri.
Pengalaman yang menarik akan menjadikan seseorang itu merasa dihargai dan menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap diri dan produknya. Akan tetapi perkara sebaliknya juga boleh
berlaku apabila pengalaman yang dilalui amat perit. Sebagai contoh, sebagai seorang
mahasiswa, tidak dapat sokongan moral dari keluarga, tiada timbang rasa oleh pihak
pentadbir boleh menyebabkan mereka kandas dalam pengajian. Kemungkinan perkara ini
berlaku terhadap 5% mahasiswa program PPG yang gagal menamatkan pengajian seperti
yang dinyatakan oleh Dr. Nasaruddin.




HBEF2803 [NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

4

ANALISIS

Semua orang mahu menjadi hebat. Akan tetapi banyak faktor-faktor yang menyebabkan
ianya terjadi atau sebaliknya. Tidak semua orang boleh menerima suatu kritikan atau
kekurangan sebagai pendorong semangat agar menjadi lebih hebat. Tidak kurang juga yang
menganggap bahawa pujian juga boleh menjatuhkan.

Akan tetapi, berani saya katakan di sini bahawa salah satu faktor penting pendorong
semangat para mahasiswa guru ini ialah pendapatan atau gaji yang bakal diterima setelah
bergelar guru berijazah nanti. Walaupun ramai yang mengaku bahawa mereka melanjutkan
pelajaran kerana ingin menambah ilmu yang ada, tidak pula mereka menolak ganjaran
pendapatan yang bakal mereka nikmati kelak. Namun ia bukanlah sesuatu yang negatif
menurut Tuan Haji Ibrahim b Sakimin. Menurut beliau, ia juga merupakan suatu bentuk
motivasi diri. Malahan, dalam dunia serba maju kini, kewangan adalah faktor penting untuk
meningkatkan kualiti hidup.

KESIMPULAN

Motivasi diri dan inisiatif kendiri seperti yang dinyatakan ternyata kebenarannya.
Seharusnya setiap individu bukan sahaja guru perlu ada motivasi diri dan inisiatif kendiri.
Terpulanglah cara mana individu tersebut mewujudkan motivasi diri dan inisiatif kendiri
tersebut, mahu pun faktor-faktor yang mempengaruhinya. Apa yang penting, berbalik kepada
amanah yang telah diberikan kepada kita sebagai guru. Lunaskanlah tanggungjawab tersebut
dengan cara yang paling mulia. Saya juga mengingatkan diri sendiri agar terus memperbaiki
diri serta meningkatkan kualiti diri seiring dengan kemajuan bidang perguruan dan
pendidikan Negara.