Penulisan Reflektif
i) Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini.
ii) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.
iii) Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu
meningkatkan kefahaman anda tentang nilai dan etika dalam pengajian sosial.
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
memulakan refleksi saya ini.
Saya telah diberi tugasan untuk mengumpul maklumat berkaitan etika dan moral
di sebuah sekolah rendah.Saya telah menjalankan tugasan ini di sekolah praktikum
saya sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Tanah Merah.Tugasan ini adalah di bawah
kursus Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial PSS3107.Tugasani ini dibuat secara
berkumpulan dan individu.Antara objektif kerja kursus ini adalah mengenal pasti etika
dan moral murid di sebuah sekolah rendah,menjelaskan nilai murni,nilai patriotisme dan
nilai alam sekitar dalam disiplin pengajian sosial untuk pemupukan domain afektif yang
sesuai di sekolah rendah dan membuat sebuah persembahan multimedia berkaitan
dengan etika dan moral murid.
Pelbagai pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan tugasan
ini.Antaranya semasa mencari maklumat tentang tugasan ini.Pada mulanya saya dan
rakan kumpulan mengumpul maklumat melalui buku,internet,jurnal dan sebagainya
tentang nilai dan etika terlebih dahulu.Saya perlu membaca semua tentang nilai dan
etika ini sehingga faham barulah boleh untuk menjalankan tugasan ini.Setelah
menguasainya saya dan rakan kumpulan akan memulakan tugasan ini.
Pada awal pembelajaran mata pelajaran Nilai dan Etika Dalam Pengajian Sosial,saya
merasa sedikit tekanan kerana banyak perkara baharu yang perlu saya ketahui dan
menghubungkaitkannya dengan pengajaran dan pembelajaran disekolah..Sewaktu pensyarah
menyampaikan maklumat, saya cuba mengaitkan pengalaman saya untuk lebih
memahami apa yang ingin disampaikan..Saya cuba mendapatkan bahan-bahan
tambahan dari internet sebagai usahauntuk mendapat gambaran yang lebih jelas selain
buku-buku yang dicadangkan oleh pensyarah dan rakan-rakan. Saya dan rakan
sekumpulan juga cuba mendapatkan buku-buku rujukan yang sesuai di kedai -
kedai.Namun, ianya bukanlah kerja yang mudah kerana sumbernya amat
terhad.Dengan perbincangan bersama rakan kumpulan, saya berusaha
memahami tajuk secara perlahan-lahan. Saya bersyukur kerana mendapat rakan
kumpulan yang tidak lokek ilmu dan sanggup membantu saya yang agak lambat menguasai
pelajaran.
Seterusnya,semasa saya merakam gambar tentang nilai dan etika murid-murid di sekolah ini
pelbagai perkara yang saya dapat contohnya,pelbagai kerenah dan perangai murid yang telah saya
lihat di sekolah ini.Banyak gambar yang telah saya rakam untuk dijadikan bukti dan bahan di dalam
tugasan ini.Ada murid yang malu apabila di rakam gambarnya dan ada juga murid yang
suka.Pelbagai persoalan yang timbul di minda mereka dan saya juga dapat melihat nilai-nilai positif
dan negative yang ada di dalam diri mereka.
Saya juga membuat pemerhatian terhadap murid-murid di sekolah ini samaada di dalam
kelas mahupun di kawasan sekitar sekolah.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya telah
dapat banyak pengalaman bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai ini kepada mereka dan
sebagainya.Melalui pemerhatian saya,murid-murid di sekolah ini dapat mengamalkan pelbagai nilai
positif di dalam kehidupan seharian mereka di sekolah.Saya juga membuat soal jawab terhadap
murid-murid berkaitan nilai dan etika ini untuk mendapat beberapa maklumat.Keseluruhannya,saya
berasa sangat gembira dan berpuas hati menjalankan kajian di sekolah ini kerana murid-muridnya
dapat memberikan kerjasama yang baik dan mereka mengamalkan nilai-nilai yang positif berbanding
yang negatif.
Saya juga mendapatkan maklumat daripada guru-guru,guru disiplin sekolah dan warga
sekolah.Ini dapat menambahkan lagi maklumat kepada saya untuk membuat tugasan ini.Guru
disiplin sekolah ini banyak memceritakan pengalaman beliau semasa mengendalikan sekolah
ini.Banyak pengalaman yang saya dapat daripada beliau dan warga sekolah yang lain.Ianya sangat
berguna kepada saya untuk bekalan menjadi guru kelak.Semua pengetahuan dan pengalaman yang
saya telah dapat akan saya aplikasikan pada masa akan datang.
Yang seterusnya,saya ingin menceritakan tentang masalah yang saya hadapi semasa
menjalankan tugasan dan bagaimana saya mengatasinya.Sepanjang menjalankan tugasan ini tidak
banyak masalah yang saya hadapi.Semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang
diharapkan.Terdapat hanya beberapa masalah seperti kekangan masa kerana banyak
tanggungjawab yang perlu di selesaikan dalam masa berpraktikum ini.Contohnya,banyak rancangan
pengajaran harian yang perlu dibuat setiap hari dan komitmen terhadap aktiviti-aktiviti di sekolah dan
sebagainya.Tetapi dengan kesabaran yang tinggi saya dapat juga selesaikan masalah ini dengan
merancang masa dan membahagikan masa dengan baik dalam melakukan tugasan ini.Saya telah
membuat jadual waktu kerja untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu,masalah yang timbul adalah saya sukar untuk mencari bahan-bahan tambahan di
dalam internet dan buku-buku kerana sumbernya adalah terhad.Internet di rumah sewa tiada
manakala di sekolah pula internet kurang memuaskan kelajuanya untuk mencari maklumat.Masalah
ini telah saya atasi dengan mencari bahan di pusat komputer dan perpustakaan.Ianya memudahkan
saya untuk mendapatkan maklumat tambahan.Daripada segi kerjasama murid-murid tiada masalah
yang saya hadapi kerana kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh murid-murid kepada saya.Saya
bersyukur kerana tiada banyak masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan
ini.Semuanya berjalan dengan lancar.
Yang terakhir,saya ingin nyatakan di sini bahawa pengalaman,pengetahuan dan maklumat
yang saya dapat dan kumpul sepanjang menghasilkan tugasan ini mampu dan telah meningkatkan
kefahaman saya tentang nilai dan etika dalam pengajian sosial ini.