Anda di halaman 1dari 6

EDU3083

Tajuk 1: Isu-Isu Profesion dan Profesional




GURU SEBAGAI SATU PROFESION
Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang
berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling,
kejuruteraan dan perniagaan.
Ciri-ciri Profesion
Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru
pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru,
iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru .
Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan
pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion
keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan
akauntabiliti terhadap masyarakat.
Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi
Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai
pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan
Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang
berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang
ikhtisas yang lain
Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan
Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai
PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG
BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan
kelayakan sebagai guru.
Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang
berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan
dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan.
mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam
segala aktiviti profesionalnya.
Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan
negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep
bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang
yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar
sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak
semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada
televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.
Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak
boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru
tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru
itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru
diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak
kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.
Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan
profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan
nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan
tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai
atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion
masing-masing.
Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan
tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu
profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu
profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA
PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap
ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik
dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan.
Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan
tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu
profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat
ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar
(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama
ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri
daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan
persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara
(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
Akauntabiliti Guru akauntabiliti = bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan.
Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut
kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang
lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada
pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan
pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang
berlaku di sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan
perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang
tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih
Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan
ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan
murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan
tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat
setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai
murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan,
pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti
berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar
Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan
bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan
pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran
Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak
membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan
elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik
Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang
kegiatan negatif atau merbahaya
Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang
boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun
dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara
cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli
masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat
_____________________________________________________
PROFESION GURU SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH DAN KOMUNITI

Pekerjaan yang dilakukan oleh individu berdasarkan ilmu PROFESION pengetahuan
dan kemahiran yang dipunyainya. Perkara yang berkaitan dengan Pengajaran
guru(kamus dewan 1989) KONSEP (peranan, tugas dan kelayakan) PERGURUAN
KEGURUAN

CIRI CIRI PROFESION-
Mempunyai latihan khas
Mempunyai kawalan kemasukan
Mempunyai kebebasan untuk mengamal
Mempunyai autonomi untuk membuat keputusan
Terdapat kod etika profesion

CIRI CIRI PROFESIONAL-
Merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-
ahlinya
Keadaan perkhidmatan yang ditetapkan
Diiktiraf oleh awam sebagai profesion
Seringkali dikaitkan dengan ganjaran material

ADAKAH GURU MERUPAKAN SUATU PEKERJAAN YANG PROFESIONAL - YA
ATAU TIDAK?


Mempunyai kepakaran bidang yang khusus Mempunyai latihan khas.
Mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang ditetapkan
Mempunyai autonomi dalam bilik darjah Mempunyai kod etika keguruan.
Mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,sosial dan profesional.
Mempunyai akauntabiliti
Autonomi membuat keputusan di luar bilik darjah
Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza
Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Kesatuan Bidang ikhtisas yang lain

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN PENDAPAT ?
Tabiat membandingkan profesion ini berlaku dalam kerjaya guru di negara maju
dengan kerjaya seperti Amerika Syarikat. Didapati bahawa guru gagal memenuhi
beberapa kriteria profesion ygsetara dgn profesion lain
Tozer dan rakan-rakan (1998) Menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru
dibandingkan dengan kerjaya profesional lain ::
Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal guru yang
selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain.
Kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program
profesion lainDisebabkan kualiti kelayakan akademik dan kualiti program latihan
yang kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak cekap.
Amir Hasan Dawi (2009) Melihat profesion guru dalam konteks dan ciri-
cirinya yang tersendiri Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk
memperbaiki kekurangan yang ada dalam sesuatu profesion
KOD ETIKA - Suatu sistem yang menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan
betul yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan
salah yang sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu
organisasi dalam sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan
yang buruk. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu
panduan kepada profesion ahli-ahli berkenaan

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang baik
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat
Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN PROFESION
KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan diri
sebagai guru