Anda di halaman 1dari 24

1

TAJUK 2 :KOD ETIKA PERGURUAN: ISU DAN CABARAN



1. Pengenalan
2. Definisi Etika
3.Tatasusila profesion perguruan
4.Etika Guru Muslim
5.Ciri-ciri guru yang berkesan
6.Program pendidikan guru
7.Isu-isu berbangkit
8.Cadangan
9.Penutup

PENGENALAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini
bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang.
Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan
sekadar member pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-
citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi
dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah
negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak
didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak
menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup
mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga
seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya menyelinap ke
dalam lubuk hatinya.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam
agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh
kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input
) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko
kurikulum.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas
mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan
melahirkan insane harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih
bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat
pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem
kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di
Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi
keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan
2

kita kehilangan jatidiri.Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh,
seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan
panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak
mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan
sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau
sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam
dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat,
watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula
ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux
(2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan
yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan
fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil
kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku
individu,bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu,
Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik
dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu
yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul
dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab.
Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau behavioral science yang mengkaji
tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai
tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul
berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta
masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline
which can act as theperformance index or reference for our control system". Oleh
demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur
pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara
khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan
dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan
3

prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi
sebagai alat untuk mengadili segala tindakan yang secara logika-rasional umum
(common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah
refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan
diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.Selain dari itu, kerana
kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi
melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard
tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat
dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi
profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal
ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan
disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun
penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu dapatlah
disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari
masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat
untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada
masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal
sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan
pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme
danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun
kepercayaan yangdiberikan kepada para golongan profesional ini. Maka Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik, Pengerak ke arah
Kebaikan,Memperkotakan apa yang dikatakan,Berdisiplin dan beradab,Menghargai
dan bertanggungjawab.


NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA(KPM)

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ikhlas, Penyayang

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod
tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai
pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan
4

kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan
Negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

Tanggungjawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani,mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
merekayang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang
dapatmemberikan contoh yang baik kepada pelajar.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supayapengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusipendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
bolehmenjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

5

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.

Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa,
atauberbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dansosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya
mereka yang baharudalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesionperguruan.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam
konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,termasuk guru terlatih
yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan

ETIKA GURU MUSLIM

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai
oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini
6

boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah
oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion
keguruan .Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan
kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.

Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.

Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam
dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNyadengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

Tanggungjawab Terhadap Diri

Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
fizikal, emosional, mental mahupun moral.

Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.

Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.

Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.

Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :

Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

Beriltizam dengan amanah ilmiah.Prihatin untuk mengamalkan dan
mengembangkan ilmu yang dipelajari.

7

Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu
yangberkaitan.

Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamananumat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.Dalam
semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.

Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para
pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentinganmasyarakat, persatuan atau persendirian.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak
kirabangsa, agama atau kepercayaan.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.

Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
dayacipta dan rohani.

Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenaidiri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar,masyarakat awam atau negara.

8

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.

Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.

Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.

Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar
atauahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.

Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Untuk mendapatkan
pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah
sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
dari hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikancontoh yang baik kepada pelajar.. Membimbing atau mengajar
seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata- mata pelajaran yang diajar
dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

9

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaranmencapai mutu yang setinggi-tingginya

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin
danbersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi
segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk
meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan
masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.




10

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yangboleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan
membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran
guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan
maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.


CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN
Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly
effective)boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
i. Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam
pekerjaannya.
ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping
sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.
iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar ia jugamembimbing dan
menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa sahaja




11

Ciri mengajar yang memberikan hasil.
seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-ness")
dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga
mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran,
nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran
memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

Seseorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar,
berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat danterbuka,
melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan
menyeluruh(banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu
di dalam yangbanyak.
Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis
manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan
harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya
factor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri.
Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu
mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita
terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan
jatidiri.


PROGRAM PENDIDIKAN GURU

Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik
berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru
pelatih membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk
menjadi guru permulaan yang berkesan.Namun begitu, kualiti pengajaran dan
pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya.
Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack (1975)
mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesional yang
dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru
termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa,
12

berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,beretika
dan mempunyai latihan yang cukup.

Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-
murid berkembang dan belajar.Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat
yang berjaya diwujudkan denganpelajar, kemampuannya mengembangkan program
dan merancang aktiviti,kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu
bapa dan rakan sejawatyang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan
perkembangan professional.Guruyang baik ialah guru yang efektif iaitu guru yang
berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran
yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui
latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan.
Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran,
kecekapan serta keberkesanan didalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa
yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi
meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.Walau bagaimanapun selain latihan
yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan
pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting
yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan
semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai.Penglibatan
sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan
kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawabbersama,
rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership"
bagimembantu perkembangan profesionalisme.

Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan
lebihdiutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian
pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras
pelaksanaan praktikum dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari
segi peningkatan ikhtisasguru pelatih.Komponen utama yang perlu ada dalam
program pendidikan guru ialah:

(a) pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,
(b) pengajaran dan pengalaman luar bilikdarjah, dan
(c) pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.
13


Objektif Program Pendidikan Guru
Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara
lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik
darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar:
tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan. mengenal pasti dan memahami
murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan
pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut. mengamal dan mencuba
kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang telah
dipelajari di dalam kursus. menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan
pengajaran dan pembelajaran. prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan
kokurikulum mempraktikkan etika keguruan.

Sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. mengamalkan, mengubah suai dan
mencuba teori-teori dan metodologi pengajaranberasaskan keseluruhan ilmu
keguruan dan disiplin pengkhususan. menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar
dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi
masalah yang dihadapi. membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan
diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza. mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat
berfungsisecara positif dalam bidang perguruan. melibatkan diri secara aktif dalam
pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencubapendekatan-pendekatan yang sesuai
dan inovatif.

Guru Sebagai Penyelidik
Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu
budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat.
Disamping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan
menimbulkansense of ownership di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam
penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam
memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas
menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori
dan amalan mereka yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada
kemahiran menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang
dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan
14

kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal
yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dankemasyarakatan. Perwakilan seperti
NGO, key personal, wakil dari organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman,
adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh
dijadikan bahan penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru
hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka
menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan
sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendedahan untuk menjalankan
penyelidikan perlu diberi kapada guru supaya aspirasi negara untuk membina insan
yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara intrinsik.Donald Schon
(1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuktechnical
rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksi sebagai
asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep reflection-in-action
dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk
perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep reflection-in-
action dan knowing-in-action membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa
seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu
berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan.
Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama
ada secara sedaratau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang
mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan
maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi
membaiki amalannya secara berterusan.Elliott (1993) menekankan betapa perlunya
refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan
tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan
paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan
pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan.
Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.Dari
pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik
ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing
guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya
menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru
didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang
berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan
15

keyakinan dan self-esteem guru. Budaya menyelidik juga didapati telah dapat
menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada
kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, konsep guru
sebagai penyelidik ini akan mula berakar umbi di kalangan guru di negara ini.
Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan
amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan
dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan
serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh
menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam
melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada
masalah itu dapat dibuatdengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan
memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru di
setiap peringkat, metodologi,proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami
dan digunakan sebaik-baiknyaoleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan

ISU-ISU BERBANGKIT

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang
tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan,
Malaysia)? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod
Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi
adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia yangmerupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa
peratuskah Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami
kod etika ini dan betul-betu mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani (2001)
dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya
termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya
kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program
tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami
dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggapprofessional.
Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besaryang seolah-
olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor
yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.Tajul
16

Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk
mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru
menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara
tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan
sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah
laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru
sekolah.Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain
Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah
Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar
Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004,
beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-
undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja
melakukannya,. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap
tahun, dan ini telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa
oleh pihak berkenaan.``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu
perbuatan mereka itu
menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu
telah memberi contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di
Malaysia seperti berikut:

(1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong
bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan.
(2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk
melancung ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di sekolah
berkenaan.
(3) Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin
asramasekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.
(4) Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma
keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.
(5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat
kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.
(6) Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikana. Pengurus
sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan
17

dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke
B
(7) Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah
dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan
sebaliknyakerja lain dibuat.
(8) Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk
pelajar-
pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak
betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah
200 orang pelajar yang diberikan makanan.
(9) Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada
kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara.
(10) Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada
syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan
peralatan sukansekolah.
(11) Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan
bilikguru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik
milik isteri/suaminya.
(12) Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada
pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.
(14) Contoh kes pecah amanaha. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan
kerajaan kepada pelajar berada, danbukannya pelajar miskin seperti dikehendaki
oleh peraturan.
(15) Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada
Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya
dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah
amanah.Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di
atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di
kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di
Kuantan,Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya
telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian,
30/6/2004).Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan
18

oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah
menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah
meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).Selain
daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya
kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar,
penguasa,penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus
kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui
pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.12/1988,Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan,
Pengetua dan GuruBesar diingatkan bahawa kebenaran tidak boleh diberi
kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu... Walau bagaimanapun,
kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon
untuk membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti perayaan Hari
Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat
perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan pelajar-pelajar danlain-lain guru.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia)

ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti
bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan
progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan
mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik.
Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan
amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian
pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru
bergantung kepada konsep guru sebagai berikut:
Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
Penggerak kepada usaha pelajar.
Pembimbing dan model.
Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip
pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping
19

meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa
latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu
seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam
program latihan pengajar:Kemahiran profesional belum mantap. Latihan mengajar
menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan
profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan
sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat
yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.Kekurangan bimbingan dan
tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar.
Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar
di dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor
perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan
housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas
itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan
persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikatdengan tatasusila profesion
kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.Jangka masa latihan yang
singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang
dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah
mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa
perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program
diploma pendidikan di university mengambil masa 9 bulan termasuk latihan
mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada
suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup.

Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah terancang dan
berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini
pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan
mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.Pendidikan
guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru
terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh
guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan
mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil
atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para
20

guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.Mengikut kajian
Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83
% daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang
berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca
minoriti guru yang menghadiri program adalah bilangan kursus yang ditawarkan dan
bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak
penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan pengarah IPG
bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang
berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan
sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak
menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah
mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti
kursus dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke
pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk
mengikutinya

CALON GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada
golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan
pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program
lain. Malaysia dilanda dengan banjir siswazah akibat daripada dasar
pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang
pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan
pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah
diserapkan ke profesion perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam
pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau
kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan
faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion
perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-
profesion lain seperti peguam, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang
menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus
21

SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya
gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari
STPM.Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang
ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang
memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar
berminat menjadi guru.Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih
rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang
lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik
pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan
imej penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang
perguruan dinaikkan dari CGPA2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-
kajian seterusnya menunjukkan latarbelakang akademik pelajar pendidikan
perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain
(Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou, 1985).Gambaran yang
jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada
pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang- undang.
Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata
tidak dapat dijadikan ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak
baikadalah sangat penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon
program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang
diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru
sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang guru yang baik. Kredibiliti guru
bergantung kepada:Nilai sikap motivasi faktor personalitifaktor aspirasi dedikasi,
komitmen dan kepuasan diperolehi.sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan
bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan
kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya
seperti berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila
ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran,
22

dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru
baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika
perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru
besar juga akansentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam
pengurusan sekolah.

Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru
supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan
sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guruMelalui program berkenaan
membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah IPG
mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing,
seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan
motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan
prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat
mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi
memperkasakan sekolah kebangsaan.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan
melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu
dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan
pedalaman, luarbandar dan bandar

Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal
ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling
berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa
(autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak
pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan
kakitangan sekolah.

23

Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara jelasnya,
pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme
dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmudengan
menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini
seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan
danHargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam
pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih
profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-
langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang
sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah
Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan
pembangunan pelajar.
Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau
perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan
profesionalisme pendidik. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama
menjalankan idea yang diciptauntuk mencapai matlamat mereka.
Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai
masalahpelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan
pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu
mengajar

PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang
dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya
professional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan
aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat
dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam
program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam
tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan
pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan
dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap
etika dan profesion keguruan.

24

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic
backgroundsand career aspirations of education and non-education majors. Journal
of TeacherEducation, vol.36(No.3): 27 30

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63

Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University
ofMichigan.

Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. Some answers about the quality of
teachereducation students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.

Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School?
Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam
perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor
Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti.
PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of
ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue
2.Academic Search Premier.

Suprihadi dan Soehartono (1982) Comparing academic backgrounds and
careeraspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher
Education,vol.36(No.3): 27 30Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th
Edition). New Jersey : Prentice Hall.

Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan.
EarlyChild Development and Care Journal, 78, 95-109.