Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
.
Ya Allah,
Kami berkumpul pada pagi yang mulia ini, untuk menyatakan kesyukuran kami diatas nikmat yang
engkau berikan. Kami berkumpul pada pagi ini, untuk menyatakan kesyukuran kami atas nikmat
keamanan dan kesihatan. Yang mana dengan nikmat itu kami dapat berkumpul pagi ini untuk sama-
sama berbincang, bertukar-tukar pendapat demi memajukan sekolah ini.
Ya Zaljalaliwalikram,
Berkatilah majlis ini, kurniakanlah rahmah dan hidayahMu , agar Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini
berjalan dengan lancar dan penuh dengan kebaikan. Semoga dengan inayahMu jua kami mendapat
idea-idea yang baik dan bernas untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian akademik dan juga
sahsiah pelajar-pelajar sekolah ini
Ya Allah! Perbaikilah segala kesilapan kami Perbaikilah juga hubungan silaturrahim diantara kami dan
lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada
kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang
tersembunyi dan juga hindarilah kami dari perbalahan , persengketaan dan juga salah menyalahkan
sesame kami. jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga
pelajar di sekolah ini.Ya Allah, kurniakanlah keberkatan pada pendengaran dan penglihatan kami , hati-
hati kami dan isteri kami , keturunan kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha
penerima taubat lagi Maha Penyayang , jadikanlah kami orang yang bersyukur di atas nikmat-nikmatMu,
sentiasa memuji nikmat pemberianMu, menerima dengan redha pemberian nikmatMu dan
sempurnakan nikmatMu ke atas kami.
Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan kami hingga
kesudahannya dan sebaik-baik hari kami disaat kami bertemuMu.
Berkatilah usaha-usaha kami, kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami kekayan ilmu
pengetahuan, hiasilah dengan sifat yang murni dan sopan-santun, muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkan diri kami dengan kesihatan yang sempurna.
. .