Anda di halaman 1dari 20

27

PENGENALAN
Pengurusan prasekolah tidak dapat berkembang tanpa pengurusan kewangan yang
mantap. Ini termasuk merancang belanjawan yang realistik, memantau perbelanjaan supaya
menepati seperti yang dirancang dan mengetahui bila perubahan diperlukan. Pengurusan
kewangan memerlukan pengurus menguruskan hal-hal seperti merancang, mencari kaki
tangan, memimpin, mengawal dan menguruskan kewangan (Saayah Abu et al.2006).
Dalam sebuah prasekolah, guru prasekolah memainkan peranan sebagai seorang
pengurus kewangan dan merancang segala perbelanjaan bagi prasekolahnya. Sehubungan
dengan itu, guru prasekolah hendaklah peka terhadap peruntukan yang diberi dan membuat
satu perancangan yang mantap supaya segala peruntukan yang diperoleh dapat digunakan
secara optimum dan mencapai matlamat pendidikan prasekolah iaitu memperkembangkan
potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, sosial,
rohani, intelek dan sosial (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).
PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENYEDIAAN BUKU STOK
1.0 Jenis Bantuan yang Diperolehi.
Sebelum seorang guru prasekolah membuat anggaran perbelanjaan, guru hendaklah
peka terhadap peruntukan-peruntukan yang diperolehi. Berikut adalah jenis bantuan dan
maksud perbelanjaan.

Jenis Bantuan Maksud Perbelanjaan
Jumlah yang
diperuntukan
Bantuan Geran
Per Kapita
(PCG)

Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan
luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer
dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,
cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
RM 100
(seorang murid
setahun)
28

Program dan lawatan berunsurkan pendidikan
yang boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa
cuti persekolahan atau hari persekolahan.

Bantuan
Kokurikulum
Prasekolah
(BKKP)
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan
peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti:
Sukan/sukaneka;
Karnival Pendidikan Prasekolah;
Konvokesyen; dan
Lawatan.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan
pelaksanan aktiviti di atas adalah
seperti berikut:
urusan makan minum, penginapan, sewaan
dan pengangkutan murid serta guru pengiring
prasekolah/pembantu pengurusan murid;
perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan
habis guna;
pembelian dan penyelenggaraan peralatan
kokurikulum dan sukan prasekolah;
pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan
murid; dan
pembelian hadiah aktiviti.
RM 25 (seorang
murid setahun)
Bantuan
Makanan
Prasekolah
(BMP)
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan
peruntukan BMP adalah bagi tujuan berikut:
Perolehan bahan mentah memasak;
Gas/bahan api memasak;
Makanan tambahan; dan
Lain-lain perkara yang melibatkan
penyediaan/pemberian makanan berkhasiat
kepada murid di kelas prasekolah.
RM 2.00
(seorang bagi
200 hari di
semenanjung)

(Sumber : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012)
29


2.0 Perancangan Belanjawan Bagi Tahun 2014

2.1 Perancangan Perbelanjaan dan Penyediaan Stok Bantuan Per Kapita Murid (PCG)
TAHUN 2014
Peruntukan seorang murid setahun = RM 100.00
Jumlah Peruntukan setahun = RM 100.00 x 25 orang murid
Jumlah = RM 2500.00

Senarai barang yang menggunakan peruntukan Bantuan Per Kapita Murid (PCG)
Bil Perkara / Bahan Kuantiti
Harga
Seunit
Anggaran
Perbelanjaan
(RM)
1
Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran serta Alatan

Kad Manila 50 1.00 50.00
Kertas A4 (Putih) 10 rim 12.50 125.00
Kertas A4 (Kuning) 5 rim 13.00 65.00
Kertas A4 (Merah) 5 rim 13.00 65.00
Kertas A4 (Hijau) 5 rim 13.00 65.00
Kertas A4 (BIru) 5 rim 13.00 65.00
Pensel Warna 25 kotak 5.90 147.50
Pensel 2b 10 kotak 6.00 60.00
Warna Air 25 kotak 5.10 127.50
Crayon 25 kotak 4.00 100.00
Kertas Mahjung 50 helai 0.50 25.00
Gam 30 1.00 30.00
Gam UHU 10 3.90 39.00
Berus 25 batang 1.00 25.00
Gunting 30 1.00 30.00
30

Stapler 15 biji 4.90 73.50
Pin Stapler 20 kotak 0.60 12.00
2 Buku Cerita
Cerita Rakyat 1 set 10.00 10.00
Cerita Kanak-kanak 1 set 15.00 15.00
Children Short Stories 1 set 18.00 18.00
Nursery Rhymes 3 set 12.00 36.00
Big Book 10 buah 10.00 100.00
3
Aktiviti P & P dan Pertandingan

Topeng Haiwan 25 helai 3.00 75.00
Balloon 7 paket 5.00 35.00
Straw 2 paket 2.00 4.00
Batang ais krim 10 bungkus 2.50 25.00
Cawan kertas 5 bungkus 3.90 19.50
4 Buku Latihan
Bahasa Melayu 26 buah 3.00 78.00
Bahasa Inggeris 26 buah 3.00 78.00
Matematik 26 buah 3.00 78.00
Sains 26 buah 3.00 78.00
Muzik 26 buah 3.00 78.00
Buku mewarna 26 buah 3.00 78.00
Buku Latihan P & P 100 buah 1.00 100.00
5 Peralatan Permaian P & P
Puzzle 10 buah 10.00 100.00
Shapes 10 buah 11.00 110.00
Kitchen Beg 5 set 10.00 50.00
5 CD Interaksi
Bahasa Melayu 1 set 8.00 8.00
Bahasa Inggeris 1 set 10.00 10.00
Matematik 1 set 10.00 10.00
Sains 1 set 10.00 10.00
Pendidikan Moral 1 set 10.00 10.00
31

Pendidikan Islam 1 set 10.00 10.00
Muzik 1 set 10.00 10.00
Lagu Kanak-kanak 10 set 50 50.00
Nursary Rhymes 10 set 50 50.00
7 Perisian

Pemelajaran
Interaktif Melalui Internet (Zoom A)
Yuran
setahun

20.00

20.00
Hot Potatoes 1 CD 10.00 10.00
Sibilieus 1 CD 10.00 10.00
Encore 1 CD 22.00 22.00
JUMLAH 2500.00


2.2 Perancangan Perbelanjaan Bantuan Kokurikulum (BKKP) Tahun 2014
Peruntukan seorang murid setahun = RM 25.00
Jumlah peruntukan setahun = RM 25.00 x 25 orang
Jumlah = RM 625.00

BIL PERKARA
Harga Seunit
(RM)
Unit
ANGGARAN
PERBELANJAAN
(RM)
1
Lawatan
Bas
Makanan dan minuman

100
3

1
25

100.00
75.00

2
Sambutan Hari Lahir
Hadiah
Hiasan Kelas

2
2

25
25

50.00
50.00
32

3
Sukan Tahunan
Medal
Hadiah

2
2

25
25

50.00
50.00
4
Karnival Prasekolah
(i) Mewarna
Tempat pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati

(ii) Nyanyian dan Gerakan
Props
Makanan dan minuman
Tambang pengangkutan


10
7
5
2


4
1
1


3
3
3
16


25
25
25


30.00
21.00
15.00
32.00


100.00
25.00
27.00

JUMLAH 625.00
33


2.3 Perancangan Perbelanjaan dan Penyediaan Stok Bantuan Makanan Prasekolah
(BMP)
Peruntukan Seorang Murid untuk Sehari = RM 2.00
Jumlah Peruntukan 200 hari = RM 2.00 x 25 x 200
= RM 10,000.00
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGGAL MULA
PERSEKOLAHAN
AKHIR
PERSEKOLAHAN
JUMLAH
HARI
ANGGARAN
PERBELANJAAN
(RM2.00 x 25 x
jumlah hari)
1 02.01.2014 31.01.2014 22 1100.00
01.02.2014 28.02.2014 20 1000.00
01.03.2014 21.03.2014 15 750.00
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 -
22.03.2014 30.03.2014 9
31.03.2014 1 50.00
01.04.2014 30.04.2014 22 1100.00
01.05.2014 27.05.2014 19 950.00
CUTI PERTENGAHAN TAHUN -
28.05.2014 15.06.2014 19
16.06.2014 30.06.2014 11 550.00
01.07.2014 31.07.2014 23 1150.00
01.08.2014 31.08.2014 21 1050.00
01.09.2014 12.09.2014 10 500.00
2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 -
13.09.2014 21.09.2014 9
22.09.2014 30.09.2014 7 350.00
01.10.2014 31.10.2014 23 1150.00
01.11.2014 21.11.2014 15 750.00
CUTI AKHIR TAHUN
22.11.2014 04.01.2015 44 -
JUMLAH 10450.00
34



Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am = 209
Jumlah Hari Cuti Penggal = 81


2.3.1 Anggaran Perbelanjaan untuk Bulan Januari
Bulan Januari telah dipilih untuk menyediakan contoh anggaran perbelanjaan
makanan bulanan. Bulan Januari terdiri daripada 22 hari dan anggaran
perbelanjaannya adalah RM 1100.00

2.3.2 Menu Makanan bagi Bulan Januari
Bulan Januari terdiri daripada empat minggu dan berikut adalah ketetapan menu
makanan.
Minggu /
Hari
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
Isnin

Susu + Koko
Krunch+
Kismis
Nasi Goreng
Milo

Susu + Biskut +
Kismis
Mihun Goreng
Milo

Susu + Biskut +
Kismis
Nasi Goreng
Milo

Susu + Biskut +
Kismis
Mihun Goreng
Milo

Selasa
Susu + Kuih +
Kismis
Laksam @
Burger
Jus Oren

Susu + Biskut +
Kismis
Nasi Tomato
Jus Oren


Susu + Biskut +
Kismis
Laksa @
Nugget &
Kentang
Goreng
Jus Oren

Susu + Bubur
Nasi + Kismis
Cucur / Jemput
Udang
Jus Oren

35


2.2.3 Senarai Bahan Masak (Bahan Kering & Basah) dan Penyediaan Stok.
Senarai Bahan Basah
Bil. Perihal Bahan Kuantiti
Harga Seunit /
Sekilo (RM)
Anggaran
Harga (RM)
Catatan
1 Mee Kuning 5 bungkus 3.00 15.00
2 Kue Tiaw 5 bungkus 3.00 15.00
3 Laska 5 bungkus 3.00 15.00
4 Ayam 3 kg 8.90 26.70
5 Ikan Segar 2 kg 15.00 30.00
6 Udang Segar 1 kg 18.90 18.90
7 Sawi 5 ikat 1.00 5.00
8 Taugeh 500 gram 4.00 2.00
Rabu
Susu + Biskut +
Kismis
Mee Kari
Jus Tembikai
Susu
Susu + Honey
Star + Kismis
Nasi Lemak Bilis
Jus Tembikai
Susu

Susu + Biskut +
Kismis
Mihun Sup
Jus Tembikai
Susu

Susu + Koko
Krunch + Kismis
Nasi Lemak
Ayam
Jus Tembikai
Susu

Khamis
Susu + Bubur
Nasi + Kismis
Nasi Ayam
Jus Tembikai

Susu + Biskut +
Kismis
Kuew Teow
goreng
Milo

Susu + Honey
Star + Kismis
Nasi Minyak
Jus Tembikai

Susu + Biskut +
Kismis
Mee goreng
Milo

Jumaat
Susu + Biskut +
Kismis
Mee Hailam
Jus Tembikai

Susu + Kuih +
Kismis
Sandwic Telur
Milo

Susu + Biskut +
Kismis
Mee Bandung
Jus Tembikai

Susu + Kuih +
Kismis
Sandwich Sardin
Milo

36

9 Timun 15 0.80 12.00
10 Salad 1 kg 3.00 3.00
11 Tomato 3 kg 3.50 10.50
12 Halia 2 kg 7.00 14.00
13 Fish Cake 5 paket 2.50 12.50
14 Fish Ball 5 paket 3.00 15.00
15 Lobak Merah 2 kg 3.00 6.00
16 Ubi Keledek 1kg 10.00 10.00
17 Bunga Kobis 3 kg 3.00 9.00
18 Butter 1 paket 16.00 16.00
19 Minyak sapi 1 tin 14.00 14.00
20 Kacang Panjang 1 kg 12.00 12.00
21 Daun Bawang 2 ikat 1.00 2.00
22 Nugget 3 10.00 30.00
23 Oren 25 1.00 25.00
24 Kentang 3 kg 2.50 7.50
25 Tembikai 5 5.00 25.00
26
Minyak
Menggoreng
1 kg 8.00 9.90

JUMLAH 361.00


Bahan Kering
Bil. Perihal Bahan Kuantiti
Harga Seunit
(RM)
Anggaran
Harga (RM)
Catatan
1 Beras 10 kg 28.90 28.90
2 Telur 2 ikat 9.90 19.80
3 Bawang merah 3 kg 9.90 29.70
4 Bawang putih 2 kg 3.60 7.20
5 Cili kering 2 kg 7.50 15.00
6 Lada besar 5 paket 2.00 10.00
37

7 Santan Tin 5 2.30 11.50
8 Rempah Kari 5 paket 1.00 5.00
9 Rempah Sup 10 paket 1.00 10.00
10 Kulit kayu manis 1 paket 2.00 2.00
11 Buah pala 1 paket 2.00 2.00
12 Cengkih 1 paket 3.90 3.90
13 Bunga Lawang 2 paket 2.00 4.00
14 Tepung jagung 2 paket 2.50 5.00
15 Tepung Gandum 5 paket 2.50 12.50
16 Asam keping 5 paket 2.00 10.00
17 Bihun 10 paket 4.90 49.00
18 Ikan Bilis 1 kg 20.00 20.00
19 Kismis 1 kg 15.00 15.00
20 Susu Tepung Everyday 2 paket besar 43.00 86.00
21 Milo Tepung 2 paket 27.00 54.00
22 Biskut Oreo 10 paket 3.80 38.00
23 Biskut Tiger 10 paket 4.90 49.00
24 Biskut Chipsmore 10 paket 5.90 59.00
25 Honey Star 5 paket 12.90 64.50
26 Koko Crunch 5 paket 12.90 64.50
27 Tin Sardin 5 tin 10.80 54.00
28 Garam 1 paket 2.00 2.00
29 Gula 3 paket 2.50 7.50
JUMLAH 739.00
Jumlah Keseluruhan (bahan basah + bahan kering) = RM 1100.00
Setelah semua senarai bahan yang diperlukan telah disediakan guru harus
menyediakan nota minta (rujuk lampiran) dan berbincang dengan guru besar. Setelah kelulusan
dapat guru harus terima borang dan rekod dalam buku stok seperti yang disediakan di atas.


38

ANALSIS KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN.
Pengurusan kewangan yang telah dirancang di atas mempunyai kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri. Walaupun perancangan telah dilakukan dengan rapi dan teliti
tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan dan perlu dibaiki.
Walaubagaimanapun, kelebihannya seperti menepati surat pekeliling kewangan, penggunaan
peruntukan secara optimum dan peranannya dalam mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dinafikan.
Antara kelebihannya adalah pengurusan kewangan di atas telah menepati kriteria
perancangannya seperti yang tertera dalam surat pekeliling kewangan tahun 2014 dan
mengikuti garis panduan pengurusan kewangan bantuan persekolahan ke sekolah berdasarkan
per kapita dan enrolmen murid. Bagi membuat sesuatu perancangan kewangan, pengurus
kewangan hendaklah mengambil kira semua peruntukan yang diperoleh dan menggunakannya
untuk merancang perbelanjaan. Seperti yang disarankan dalam surat pekeliling tahun 2014,
bantuan geran per kapita (PCG) telah digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran,
bantuan kokurikulum prasekolah telah digunakan untuk menganjur dan melaksanakan aktiviti
seperti lawatan, sambutan hari lahir, konvekesyen prasekolah dan karnival prasekolah
manakala bantuan makanan prasekolah telah digunakan untuk menyediakan makanan yang
berkhasiat kepada kanak-kanak. Dengan mematuhi garis panduan surat pekeliling seorang
guru sebagai pengurus kewangan prasekolah telah menunjukkan bahawa ia telah
melaksanakan tugasnya dengan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak kerajaan.
Selain itu, anggaran belanjawan ini juga telah menggunakan peruntukan yang diperoleh
secara optimum. Setiap peruntukan yang diberi mempunyai perancangannya yang tersendiri
dan tidak ada wang peruntukan yang dibazirkan atau tidak diguna. Setiap peruntukan telah
dibahagikan mengikut keperluannya dan hal ini membantu guru prasekolah menjalankan aktiviti
dan program bagi tahun tersebut dengan lancar. Penggunaan peruntukan secara optimum
dapat membantu guru untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya
disebabkan oleh kemudahan dan persediaan kanak-kanak secara fizikal. Sebagai contohnya, di
bawah bantuan per kapita (PCG) guru telah memberi keutamaan kepada bahan keperluan
harian kanak-kanak seperti gunting, pensel warna, warna air, berus warna dan sebagainya
untuk membantu kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan keadaan tersedia. Dengan adanya bahan-bahan tersebut guru boleh melaksanakan
apa jua aktiviti tanpa sebarang kekangan dan kekurangan.
39

Di samping itu, pengurusan kewangan di atas juga membantu guru prasekolah untuk
melihat secara teliti tentang belanjawan keseluruhan bagi tahun 2014. Dalam perancangan
belanjawan bagi bantuan makanan prasekolah (BMP) setiap hari persekolahan telah dikira
supaya pembahagian wang bantuan dapat diagihkan secara seimbang kepada setiap bulan dan
tidak ada kekurangan wang untuk membeli barang keperluan masakan pada hujung tahun.
Begitu juga dalam peracangan belanjawan bantuan kokurikulum sekolah. Segala perbelanjaan
bagi setiap aktiviti telah dinyatakan dengan teliti. Jika dilihat dalam rancangan belanjawan
bantuan makanan prasekolah (BMP) bahan-bahan masakan dibeli secara pukal berdasarkan
kepada menu yang telah dirancang. Bahan-bahan keperluan dibeli secara pukal bagi
menjimatkan kos perbelanjaan, kos perjalanan, masa dan juga tenaga. Dengan ini, pembaziran
wang peruntukan dapat dielakkan dan wang tersebut dapat digunakan untuk membekalkan
makanan berkhasiat kepada kanak-kanak.
Pengurusan kewangan yang telah dilakukan juga dapat membantu guru untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Setiap perancangan dan pengurusan
sesuatu prasekolah akhirnya akan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan juga
pembelajaran. Begitu juga dengan pengurusan kewangan yang mantap. Pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti lawatan, projek, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, aktiviti
kelas, aktiviti seni dan sebagainya dapat dilakukan secara lancar dengan adanya persediaan
dari segi sumber kewangan. Alat bantu mengajar yang menarik dan peralatan yang sempurna
dapat menarik minat kanak-kanak serta menjadikan mereka melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif kanak-kanak juga dipengaruhi oleh tahap
kesihatan kanak-kanak. Kesihatan dan keselesaan kanak-kanak dipengaruhi oleh perancangan
bantuan makanan prasekolah. Penyediaan makanan yang secukupnya bagi kanak-kanak
menjadikan kanak-kanak lebih sedia untuk melalui proses pembelajaran. Dengan membekalkan
minuman pagi dan sarapan pagi yang seimbang, guru menunjukkan bahawa ia prihatin
terhadap kesihatan kanak-kanak dan guru juga menyediakan kanak-kanak melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penglibatan aktif kanak-kanak
guru prasekolah dapat mencapai objektif pengajaran dengan lebih cepat dan mudah.
Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah perancangan diatas tidak mengambil kira
sumbangan kewangan daripada pelbagai sumber seperti ibu bapa, organisasi atau persatuan
luar serta beberapa pihak luar. Dengan mengambil kira sumbangan kewangan daripada
pelbagai pihak seorang guru dapat merancang lagi pelbagai program yang dapat mencapai
matlamat pendidikan prasekolah. Program program yang dirancang memang terhad dan
40

perkara ini menunjukkan seorang guru prasekolah tidak bijak dalam pengurusan
prasekolahnya. Oleh itu, sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak hendaklah diambil kira.
Selain itu, perancangan yang dibuat juga perlu diperbaiki terutamanya perancangan
belanjawan bagi bantuan per kapita murid. Barang-barang seperti pensel, gunting, warna dan
sebagainya kemungkinan besar dibawah sendiri oleh kanak-kanak. Oleh itu, bukan semestinya
barang-barang tersebut disediakan bagi setiap kanak-kanak tetapi ia dibeli dalam kuantiti yang
terhadap misalnya dalam kuantiti sebanyak sepuluh. Hal ini dapat membantu guru
menggunakan wang yang dijimatkan demikian untuk membeli beberapa bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lain seperti CD interaktif, buku latihan, buku cerita, model dan sebagainya.
Melalui ini, wangyang diperuntukkan dapat digunakan dengan lebih berkesan lagi.
Kesimpulannya, analisis kelebihan dan kelemahan pengurusan kewangan adalah
penting supaya kelebihan dapat diteruskan dan kelemahannya dapat diperbaiki. Suatu
pengurusan kewangan yang mantap merupakan tonggak kejayaan sesuatu prasekolah untuk
mencapai visi dan misinya.

KAITAN ANTARA PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-KANAK DENGAN PROSES
MERANCANG PROGRAM PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada
tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali meliputi aspek perkembangan fizikal,
intelek, emosi, rohani dan sosial (Saayah Abu, 2009). Oleh itu, suatu proses merancang
program pusat pendidikan awal kanak-kanak hendaklah menitikberatkan perkembangan
menyeluruh kanak-kanak. Proses merancang program pusat pendidikan awal kanak-kanak
adalah berdasarkan beberapa perkara dan aspek iaitu, memenuhi keperluan agensi, mengenali
kanak-kanak prasekolah, persekitaran prasekolah, pengurusan sajian makanan, pengurusan
keselamatan prasekolah, penyimpanan rekod dan sebagainya. Kesemua aspek yang
dipertimbangkan dalam proses merancang pusat pendidikan awal kanak-kanak ini memainkan
peranan utama dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Sebagai fasa utama perancangan sesuatu pusat pendidikan awal kanak-kanak,
penubuhannya hendaklah memenuhi kehendak beberapa agensi dan diiktiraf penubuhannya.
41

Antara agensi yang bertanggungjawab untuk memberi pengiktirafan kepada penubuhan
sesuatu prasekolah adalah Jabatan Pelajaran Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Setiap agensi mempunyai spesifikasi prosedur
dan senarai semak yang perlu dipatuhi bagi menjamin pencapaian matlamat pendidikan
prasekolah. Sebagai contoh, di bawah peraturan Pihak Berkuasa Tempatan kesesuaian tapak,
kesesuaian tanah, kehendak bangunan, kehendak pengudaraan dan pencahayaan, kehendak
tingkap dan pintu dan kehendak kegunaan ruang hendaklah diikuti seperti yang tertera.
Misalnya, kehendak kegunaan ruang dalam prasekolah seperti menyediakan ruang bagi
kemudahan belajar dan bermain membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
kanak-kanak untuk memperkembangkan diri mereka dari pelbagai aspek. Contohnya, ruang
main dapat menyumbang kepada perkembangan fizikal seperti perkembangan motor kasar dan
motor halus serta koordinasi mata dan tangan.
Seterusnya, proses merancang program pusat pendidikan awal kanak-kanak juga ada
kaitan dengan perkembangan menyeluruh kanak-kanak apabila sesuatu perancangan
dilakukan selepas mengenali kanak-kanak prasekolah dari aspek perkembangan bahasa,
kognitif, intelek, sosioemosi dan fizikal. Kanak-kanak prasekolah terdiri daripada kanak-kanak
yang berumur lima dan enam tahun dan adalah wajar untuk mengenal dan memahami tahap
mereka pada umur tersebut dan menyediakan peluang kepada mereka untuk berkembang
secara menyeluruh di sesuatu pusat pendidikan awal. Sebagai contoh, pembahagian kelas
prasekolah kepada pelbagai sudut seperti sudut sains dan matematik, sudut bahasa, sudut
agama, sudut komputer, sudut permainan dan sebagainya dapat memperkembangkan kanak-
kanak secara menyeluruh. Misalnya, apabila kanak-kanak berada di sudut komputer,
berlakunya perkembangan intelek seseorang kanak-kanak dengan menguasai kemahiran
menggunakan komputer pada usia yang awal lagi serta dapat mengaplikasikan ilmu dan
kemahiran tersebut sewaktu berada di sekolah rendah nanti.
Pengurusan persekitaran prasekolah dalam sesuatu proses perancangan pusat
pendidikan awal kanak-kanak juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh. Guru hendaklah menyesuaikan susun atur ruang prasekolah dengan
keperluan kanak-kanak. Kemudahan penjagaan kanak-kanak perlu selesa dan praktikal dengan
tahap pembesaran dan saiz kanak-kanak. Antara faktor yang diambil kira sewaktu proses
perancangan dari aspek persekitaran prasekolah adalah keselamatan, kemudahan capaian,
perwatakan estetik, ruang peribadi dan kebebasan bagi aktiviti sendiri. Kesemua ini, harus
dipertimbangkan dalam ruang dalam dan ruang luar prasekolah. Ruang dalam prasekolah
42

membantu kanak-kanak berkembang dari aspek sosial, emosi, kognitif dan intelek. Misalnya,
pernyediaan ruang untuk aktiviti seni membantu kanak-kanak melahirkan perasaan mereka
dalam bentuk lukisan, ruang kognitif membantu kanak-kanak menjana idea baru dan
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah manakala ruang bahasa membantu kanak-
kanak memperkembangkan bahasa mereka dan begitu juga dengan ruang-ruang seterusnya.
Di ruang luar prasekolah, kanak-kanak boleh terlibat dan melakukan aktiviti fizikal. Ia juga
dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat pemerhatian dan penerokaan serta kawasan bagi
menjalinkan hubungan sosial. Kawasan permaian yang disediakan dengan kayu imbangan,
panjat monyet, papan gelongsor dan terowong kereta api dapat memperkembangkan fizikal
kanak-kanak seperti motor kasar, imbangan badan, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular
dan sebagainya. Ruang luar yang lain seperti sudut air, pasir dan kebun tidak kurang
peranannya dalam memperkembangkan fizikal kanak-kanak.
Prasekolah merupakan tempat transit pertama kanak-kanak sebelum melangkahkan
kaki ke alam pendidikan yang lebih formal. Prasekolah menjadi faktor utama pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak meninggalkan rumah dan berpisah daripada
keluarga terutama ibu bapa mereka buat kali pertama. Oleh itu, aspek keselamatan hendaklah
dtitikberatkan untuk kesediaan emosi kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran di sesebuah
prasekolah. Aspek keselamatan fizikal dan emosi atau psikologi dijadikan kriteria utama dalam
proses perancangan program pusat pendidikan awal kanak-kanak. Keselamatan psikologi
merujuk kepada tanggapan kanak-kanak pada persekitaran mereka. Kanak-kanak secara fitrah
peka pada persekitaran mereka selamat atau sebaliknya, menyenangkan ataupun tidak, selesa
atau merimaskan (Saayah Abu et al, 2006). Dengan penyediaan persekitaran prasekolah yang
selamat kanak-kanak dapat memperkembangkan diri mereka tanpa sebarang masalah.
Selain itu, perancangan pusat pendidikan awal kanak-kanak juga harus mengambil kira
pengurusan sajian makanan bagi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu menerima makanan yang
berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan tidak berkualiti menjejaskan perkembangan
kanak-kanak (Saayah Abu et al, 2006). Makanan seimbang hendaklah dibekalkan kepada
kanak-kanak. Seorang guru prasekolah hendaklah membuat perancangan pemakanan,
prosedur-prosedur perancangan makanan serta mempunyai pengetahuan dalam pemakanan.
Bahan-bahan masakan yang dibeli hendaklah berkualiti dan dikendalikan dengan baik. Selain
itu, kebersihan tempat penyediaan dijamin bagi menyediakan makanan yang berkhasiat kepada
kanak-kanak. Pembekalan makanan yang seimbang kepada kanak-kanak menjadikan mereka
lebih tersedia dari segi fizikal mereka untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
43

Amalan makanan seimbang membantu kanak-kanak menghindari pelbagai penyakit. Oleh itu,
pengurusan sajian makanan penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Kesimpulannya, sesuatu proses merancang program pusat pendidikan awal kanak-
kanak merupakan sesuatu yang luas dan selain daripada aspek-aspek dibincangkan di atas,
terdapat juga aspek-aspek lain yang boleh memperkembangkan kanak-kanak secara
menyeluruh. Suatu pusat pendidikan awal kanak-kanak haruslah menjadi sesuatu yang
bermakna kepada kanak-kanak dan membantunya menyediakan diri ke arah pendidikan yang
lebih formal di sekolah rendah.















44

REFLEKSI INDIVIDU
Bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Puan Normala binti Mehat kerana telah memberi peluang untuk saya
meluaskan ilmu pengetahuan kami dan telah membimbing kami dari semasa ke semasa. Hasil
daripada tugasan yang dilakukan saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan juga dapat
memanfaatkan pengalaman tersebut pada masa akan datang.
Di bawah tugasan ini, kami secara kumpulan dikehendaki untuk merancang dan
melaksanakan sebuah model 3D pelan lantai sebuah prasekolah dan menghasilkan satu carta
organisasi pengurusan pusat prasekolah. Manakala secara individu setiap orang dikehendaki
untuk rancang dan laksanakan contoh pengurusan kewangan program prasekolah serta
membuat satu esei tentang kaitan antara perkembangan menyeluruh kanak-kanak dengan
proses merancang program pusat pendidikan awal kanak-kanak. Pada pendapat saya, tugasan
ini memang menjadi cabaran pada kami untuk menyiapkannya disebabkan oleh skopnya yang
luas dan memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk menyempurnakannya.
Sehubungan dengan itu, pelbagai sumber telah dirujuk untuk menghasilkan hasil kerja yang
berkualiti.
Bagi tugasan kumpulan, masa yang lama telah diperuntukan supaya satu model 3D
prasekolah yang menarik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dapat disediakan. Penghasilan model 3D telah membantu kami mengenal struktur
kelas prasekolah dengan lebih teliti dan kami sedar bahawa setiap bahagian dalam prasekolah
memainkan peranan penting dalam perkembangan diri kanak-kanak dari pelbagai aspek.
Manakala, penghasilan carta organisasi bagi sesebuah pusat prasekolah juga telah membantu
kami memahami keperluan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat prasekolah
kebangsaan.
Tugasan individu pula, memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada diri
saya. Pengurusan kewangan dan penyediaan buku stok bukanlah sesuatu perkara yang mudah
malah ia memerlukan ilmu dan kemahiran tertentu. Namun, saya dapat melaksanakannya
dengan baik. Bagi mendapat pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan penyediaan
buku stok saya telah berhubung dengan beberapa guru prasekolah dan mereka telah memberi
45

panduan untuk menyiapkan tugasan saya. Bukan itu sahaja, ahli-ahli dalam kelas juga telah
berkongsi pelbagai maklumat supaya sama-sama berjaya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Dengan melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin sebagai seorang bakal guru
prasekolah. Ilmu pengurusan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dikuasai tetapi saya berjaya
menguasainya dengan sebanyak yang boleh menerusi tugasan ini. Tanpa tugasan ini, saya
langsung tidak mempunyai pendedahan tentang pengurusan kewangan dan penyediaan buku
stok. Kemahiran dan ilmu yang diperolehi sekarang dapat saya manfaatkan selepas menjadi
seorang guru prasekolah dan mengendalikan satu prasekolah secara individu. Bukan itu
sahaja, penyediaan carta organisasi telah memberi pengetahuan kepada saya bahawa guru
prasekolah memainkan peranan sebagai setiausaha dan mempunyai pelbagai tanggungjawab
yang perlu dipikul dan dilaksanakan.
Pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman
saya tentang perkembangan individu. Pada pendapat saya, perkembangan individu di sini boleh
merujuk kepada perkembangan diri sendiri dan juga kanak-kanak. Melalui tugasan ini saya
dapat meningkatkan perkembangan mental saya apabila saya dapat berfikir secara logik dan
dapat menganalisis kelebihan dan kelemahan pengurusan kewangan yang telah dilaksanakan.
Pelaksanaan tugasan ini juga dapat meningkatkan perkembangan emosi saya iaitu saya dapat
meningkatkan kemahiran saya untuk mengawal perasaan dalam sesuatu situasi. Contohnya,
apabila pada mulanya berasa tekanan untuk menyiapkan tugasan yang mencabar ini, tetapi
lama kelamaan saya dapat menguruskan emosi saya dan telah mengorak langkah untuk
menyempurnakan tugasan secara individu.
Tugasan ini juga telah meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan individu
kanak-kanak. Sesuatu pusat pendidikan awal yang dibina mampu meningkatkan perkembangan
individu kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek sosial, emosi, intelek, bahasa dan
psikomotor. Perkembangan individu kanak-kanak bergantung kepada peranan yang dimainkan
oleh sesuatu pusat pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, proses perancangan, penubuhan
dan pengurusan program prasekolah hendaklah mantap dan berkesan. Dengan adanya satu
pengurusan prasekolah yang baik, perkembangan kanak-kanak prasekolah akan berlaku
dengan mudah dan cepat. Kanak-kanak akan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka apabila mereka disediakan dengan suasana
pembelajaran yang kondusif dan merangsangkan.
46

Kesimpulannya, saya berharap pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan ini dapat
saya praktikkan pada masa yang akan datang. Pelaksanaan tugasan ini telah memberikan
inspirasi bagi diri saya untuk terus berusaha dan menjadi seorang guru yang cemerlang.
Kesediaan saya dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti pengurusan kewangan,
penyediaan buku stok, perancangan, penubuhan dan pengurusan sesebuah program
prasekolah dan carta organisasi prasekolah menjadikan saya lebih berminat dan yakin terhadap
kursus major saya. Saya berharap semua ilmu yang diperoleh daripada tugasan ini dapat saya
manfaatkan pada setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai