Anda di halaman 1dari 34

Terbaru

Gulai Ikan Merah Aroma Ketumbar Ibu Mertuaku


Kerabu Tomato Bersama Ikan Masin dan Ikan Bilis
Jemput-Jemput Roti
Popular
Kek Pisang Gebu
Kek Coklat Moist ( kukus)
Kek Batik
Menu Utama
Home
Profile
Gadget dari Jepun
Kuih Muih
Jemput-Jemput Roti
Masakan - Kuih Muih
Search
cari masakan..
J MC di Media Cetak
Hubungi admin JMC
Pertanyaan/Tempahan
iklan
Informasi dan ruj ukan
Etika Copy Dan Paste
Cara Meninggalkan Komen
Watermark atau Cop Mohor
Tips-Tips Membuat Roti
Morning Banana Diet
My DSLR Olympus E-520
Passport Bayi Lahir Di
Jepun
Entry Khas Water Roux dan
Gelatin
Jenis-jenis tepung
Kebaikan Beras Perang dan
Telur Ayam Omega 3
Masakan
Kek
Roti
Kuih Muih
Pasta
Mee/Sup
Ayam
Daging
Ikan
Nasi
Pencuci Mulut
Makanan Laut
Sayur
Biskut/Pastri
Minuman
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, lama dah ros janji nak bagi resepi
jemput2 roti ni kan, baru teringat tadi ni, serius nak buat nye punyelah senang, bahan2 pun
senang nak dapat, anak-anak ros ni kan, pagi-pagi memang suke makan roti tu, tapi
tepinye tak mau, keras katanya, jadinya ros simpan tepi nye tu buat jemput2....letak je ape
yang kita nak dalam adunan tu, asal sedap. Resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat
Mencuba
Gambar diambil guna iphone je, tak guna DSLR, jadi nya kurang berkualiti. : )
Jemput-Jemput Roti
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
SAJI MEI 2013
MIDI Feb 2013
MIDI Ogos 2012
Snek/Makanan Ringan
Blog
Jalan-jalan
Keluarga
Pengunj ung
We have 474 guests online
J MC di facebook
Berehat sebentar. .
1 cawan tepung gandum
8 keping roti yang diambil bahagian tepinya sahaja, ( tepi roti dipotong kecil)
1 biji telur
sedikit hirisan kobis
sedikit hirisan bawang besar
sedikit hirisan daun bawang
beberapa ekor udang yang dibuang kulit dan dicincang kasar
sedikit garam
- sedikit air, kuantiti air bergantung pada kepekatan adunan ya, air yang diperlukan lebih
kurang 1/2 cawan, kepekatan adunan sama macam kita buat jemput-jemput bilis yang
biasa tu : )
caranya
1. Didalam bekas adunan, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati, tepi roti akan elok
sebati dalam adunan ni nanti, jangan risau ya, di sarankan perap adunan selama 30 minit
baru di goreng.
2. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan minyak dan jemputkan adunan
menggunakan tangan atau sudukan adunan kecil-kecil di dalam kuali, goreng hingga
keemasan. ( fungsi adunan di perap ialah supaya semua bahan mesra dan jemput2 roti ini
akan kembung sedikit apabila digoreng nanti.
3. Setelah jemput-jemput masak, angkat dan toskan minyak yang berlebihan. Sedap
dimakan panas-panas dan dicicah bersama sos cili. Selamat Mencuba.
Harian Metro 14 Dec 2011
Jelita Disember 2011
Mingguan Wanita Julai 2010
Novel Resipi Hati
Nota: Jika ingin masukkan ikan bilis bagi menggantikan udang pun boleh, dan jika tidak
mahu masukkan telur boleh juga boleh gantikan dengan hirisan kentang yang dicincang
halus.
Untuk mendapatkan tekstur jemput-jemput yang rangup dan sedap, boleh juga gunakan
air suam sebagai ganti air biasa, jemput-jemput akan rangup dan jadi lebih sedap. : )
Add new comment
Kuih Puteri Ayu Yogurt
Masakan - Kuih Muih
Ruang Iklan
J om J amu Mata
Akses sej ak 1/1/2010
Hari ini 3263
Semalam 8585
Minggu ini 20228
Minggu lepas 56169
Bulan ini 189745
Bulan lepas 234141
Jumlah 7854828
Visitors Counter
Tetamu J M dari. .
Live Traffic Feed
A visitor from Kuala
Lumpur, Malaysia
viewed Rempeyek
Kacang Rangup 1 secs
ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed
"Resepi Karipap Rangup"
14 secs ago
A visitor from Melaka
viewed "Kek Coklat Moist
( kukus)" 1 min ago
A visitor from Klang,
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, Alhamdulillah berkesempatan nak update
blog hari ini, sebab ros dah bercuti panjang dari kelas seharian, kuih ni ros buat semalam,
tiba-tiba teringin nak buat kuih puteri ayu, sedap bila dimakan bersama teh o panaskan,
ros masukan juga plain yogurt dalam adunan ni, hasilnye puteri ayu yang gebu dan lebih
lembut, resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba : )
Real-time view Menu
( kukus)" 1 min ago
A visitor from Klang,
Selangor viewed "Seafood
Paella" 1 min ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "Kuih
Muih" 1 min ago A visitor from Kuching,
Sarawak viewed "Roti" 1
min ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed
"Goreng Kailan Ikan Masin"
1 min ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "Roti
John Sos Lada Hitam" 1
min ago
A visitor from Malaysia
viewed "Ayam Masak
Merah Wangi" 1 min ago
A visitor from Petaling Jaya,
Selangor viewed "Biskut
Arab Susu dan Salam
Aidiladha Buat Semua" 1
Populasi J M
Recent Visitors
J amu mata seketika. .
adunan puteri ayu dan puteri ayu sebelum dikukus
Kuih Puteri Ayu Yogurt
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
3 biji telur
3/4 cawan gula ( nak blender halus pun boleh)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar plain yogurt @ natural yogurt
( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)
Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan 1/2 sudu kecil
tepung gandum dan garam.
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan, kemudian asing putih dan kuning
telur, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi
sehingga betul2 kembang dan putih ( meringue) ketepikan, selepas itu di dalam bekas yang
belainan, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang.
2. Selepas itu satukan kuning dan putih telur yang dipukul tadi, kacau sebati, kemudian
masukkan plain yogurt, ovallette, pukul lagi, masukan pula tepung sedikit demi sedikit dan
santan berselang seli, kacau sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau atau pandan
emulco, kacau sebati supaya warna hijau sekata, perap adunan lebih kurang 20 ke 30
minit sebelum di kukus. Panaskan kukusan.
3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan,
tuangkann adunan ke dalam acuan puteri ayu dan selepas air kukusan mendidih kukus
lebih kurang 7 minit. Angkat dan boleh dihidangkan sebagai menu minum petang, selamat
mencuba.
puteri ayu sedang di kukus, ros tutup penutup kukus tu dengan kain supaya air kukusan
tidak jatuh di atas permukaan kuih puteri ayu
siap dah dapat banyak juga dari aduanan di atas
sesuai sebagai menu minum petang
Lembut dan gebu teksturnya
Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
- jika tidak mahu asingkan putih telur dan kuning telur pun boleh, tapi pastikan telur
dipukul dengan gula sehingga kembang.
-. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
-. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus
keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.
Comments (1)
Satsumaimo Pie ( Sweet Potato Pie)
Masakan - Kuih Muih
pie keledek jepun yang masih belum dibakar
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, ros try buat pie keledek ni minggu
lepas untuk dijadikan menu minum petang, rasanye sedang elok manis dan rangup pastry
puff nye tu, sangat sesuai lah dimakan bersama secawan teh jepun yang tawar, dapat
banyak juga dari bahan di bawah ni, cik abang ros siap bawak gi ofis bagi kawan-kawan
dia, anak ros pn suke....bijan hitam tu sebagai penyeri, boleh lah cuba ya, sebagai satu
kelainan untuk dihidangkan untuk keluarga tersayang, Selamat Mencuba.
Satsumaimo Pie ( Pie Keledek Jepun) - sweet potato pie
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
340gram isi keledek yang telah direbus dan dilecek ( kalau takde jual keledek jepun, nak
guna keledek ape ape jenis pun boleh)
35gram gula
40 gram mentega
1/2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
untuk bahagian bawah puff
4 keping pastry puff segera (frozen)
Untuk topping
sedikit bijan hitam
baki telur untuk gliss
- Untuk rasa yang mewah dan sedap, sila jangan tukar bahan mentega ke marjerin
ya....supaya doh inti keledek ni lembut dan mudah dipiping nanti.
Cara-caranya
1. Ambil isi keledek yang siap dilecek dan campurkan dengan mentega, gula,telur dan esen
vanila, gaul sebati, wrap dan perap di dalam peti ais lebih kurang 30 minit ke satu jam.
2. Kemudian masukkan isi keledek tadi di dalam piping beg dan gunakan ape jua nozel
kegemaran anda, ros guna nozel bentuk bunga.
3. Keluarkan puff pastry dan bahagi puff pastry pada lima bahagian, kemudian pipingkan
isi keledek tadi di atas pastry puff , cara piping mengikut hasil seni tangan dan kreativiti
masing-masing ya.
4. Tabur kan atasnye dengan bijan hitam, kemudian glis perlahan atasnye dengan baki
telur, susun atas dulang pembakar, jangan rapat sangat antara satu sama lain ya.
5. Panaskan oven suhu 180darjah dan bakar pie selama 40 minit ataupun sehinga
permukaan pie perang. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama teh jepun ataupun
teh kegemaran anda. Selamat Mencuba.
pie keledek yang baru siap dibakar
kasi garing sikit permukaan nye tu baru sedap
nilah rupa keledek manis jepun
guna puff pastry yang ready made je
rangup dan sedap pie ni
-Kalau nak tebalkan sikit bahagian inti nye tu pun boleh, lebihkan sikit masa pembakaran
ya, bahagian pastry puff tu kalau lagi garing lagi sedap tau....: ) Selamat Membakar Pie
Keledek....
Comments (2)
Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite)
Masakan - Kuih Muih
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni dah masuk 1 September 2013,
kejap je masa berlalu...dah masuk bulan 9 dah, sejak bulan puasa bulan 7 yang lalu ros
sudah jarang mengemas kini blog kesayangan ros ni, sibuk sikit dan ade je hal yang perlu
di selesaikan, InsyaAllah bermula bulan September ini ros akan aktif kembali, semoga ros
diberi masa dan kesempatan untuk berkongsi pelbagai resepi masakan bersama semua, di
bawah ini ros sertakan resepi apam marble mitsuya cider yang ros buat minggu lepas, ros
suke kan rasa nye yang lembut dan gebus sentiasa, ros gunakan mitsuya cider ataupun di
Malaysia boleh diganti dengan aiskrim soda ataupun sprite, jika tergoda dengan rupa apam
marble ros ni, boleh cuba buat ya, Selamat Mencuba.
Apam Marble Mitsuya Cider
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahan
150gram tepung gandum
3 biji telur
90gram gula
1 penutup (2 sudu kecil) esen vanila
100ml air mitsuya cider atau aiskirmsoda atau sprite
sedikit pewarna hijau
2 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
1. Ayak tepng gandum bersama baking powder, ketepikan, kemudian telur di asingkan
putih dan kuning nye, pukul putih telur hingga berbuih sedikit, selepas itu masukkan
separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga putih telur menjadi kental (meringue), ketepikan.
2. Selepas itu pukul kuning telur bersama baki gula hingga kembang. Masukkan tepung
sedikit demi sedikit berselang seli dengan air mitsuya cider, gaul mengunakan spatula
ataupun senduk kayu, masukkan pula esen vanila, gaul sebati, akhir sekali, adunan
meringue (putih telur) di bahagi tiga bahagian, dan masukkan satu bahagian meringue di
dalam adunan tepung tadi, ulang langkah tadi sehigga adunan meringue habis, pastikan
meringue sebati dalam adunan tepung.
3. Adunan di bahagia 2 bahagian, satu bahagian biarkan warna asal dan satu lagi
diwarnakan dengan warna hijau, masukkan beberapa titik pewarna hijau dan sedikit
pandan emulco ( pandan emulco ni kalau takde pun takpe), sediakan loyang, alas loyang
bulat dengan baking sheets ( kertas minyak) sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit
minyak, sendukkan satu bahagian adunan asal di dalam loyang dan letakkan satu lagi
senduk adunan hijau di atas adunan warna asal, selang selikan adunan, ulang langkah tadi
sehingga adunan semua habis.
4. Panaskan Pengukus, biarkan air kukusan mendidih, Tutup loyang bulat dengan
alumunium foil ataupun baking sheet, kukus apam marble selama 40 hinga 45 minit
ataupun sehingga apam marble masak, cucuk dibahagian tengah apam dengan
menggunakan lidi sate, jika tiada adunan yang melekat, maknanye apam marble sudah
masak.
5. Setelah masak, keluarkan adunan dari loyang bulat dan sejukkan, potong dan sedia
untuk dihidangkan, boleh juga dimakan bersama kelapa parut ataupun dimakan begitu
sahaja, Selamat Mencuba.
apam marble yang baru siap dikukus dan dipotong
lembut je apam ni, wangi dengan aroma daun pandan
makan macam tu je pun sedap, tak payah dengan kelapa parut
- Jika mahu pelbagaikan warna apam marble ni boleh juga, ikut selera masing-masing,
Selamat Mencuba.
Comments (1)
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Masakan - Kuih Muih
Assalammualaikum dan selamat petang semua, ros memang suke makan durian, tapi
durian sangat sukar nak dapat kat Jepun ni, dah lama rasanya tak makan kuih seri muka,
beras pulut ros guna yang jepun punye, sbb takde stok beras pulut thai, rasa same je,
cuma beras pulut jepun tak guna byk air bila memasaknye, bila dah masuk lempuk durian
dalam adunan ni, rasanya cukup kaya dgn aroma durian , ros suke, bila hidang kt husband
ros pun dia suke, rasa tak manis sgt, actually byk kali nak buat kuih seri muka sampai
betul-betul jadi, kuih Melayu agak renyah, tapi bila dah tau buat sure jadi punye, kena byk
latihan, yang pasti kuih melayu memang sedap dan kaya dengan aroma santan kelapanya,
Resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.
Kuih Serimuka Lempuk Durian Perantau
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahagian Bawah Pulut
1 1/2 cawan beras pulut ( ros guna beras pulut jepun)
2 cawan air
1 sudu kecil minyak masak
sedikit garam
Cara-caranya
1. Bersihkan beras pulut, kemudian masukkan air, 1 sudu kecil minyak masak dan garam,
kacau sebati, kemudian masak menggunakan rice cooker seperti biasa.
2. Setelah pulut masak, ambil loyang dan alaskan dengan plastik wrap, ambil pulut yang
masih panas lagi tu, dan tekankan padat pada dasar loyang, boleh padatkan guna sudu,
senduk ataupun sudip goreng burger tu, padat-padatkan keliling dan seluruh permukaan
loyang. Ketepikan, kemudian buat lapisan atas seri muka pula.
Lapisan atas seri muka lempuk durian
1 paket santan serbuk ( kalau guna santan serbuk pandan lagi bagus)
1 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
350ml air
1/2 cawan gula
secubit garam
Sedikit pewarna hijau
3 sudu besar lempuk durian
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar sebati, kemudian curahkan bahan
yang dikisar tadi di dalam periuk dan kacau hinggga agak pekat, jagan sampai berketul,
kira tak sampai mendidih lah, bila dah agak pekat tu, curah pula di atas loyang yang beri isi
pulut tadi.
2. Panaskan pengukus dan kukus seri muka selama 30 ke 40 minit, sejukkan baru
dipotong, kalau simpan dalam peti ais semalaman lagi senang untuk dipotong, sedap
dijadikan menu minum petang, kaya dengan aroma durian dan rasa lemak dari santan.
sedap, ros suke sangat kuih serimuka lempuk durian ni
berketul-ketul dah masuk mulut
Nota: ros letak pewarna hijau sikit je, biar jadi macam warna hijau pucuk pisang, dan bila
makan tu susah nak behenti, banyak je masuk mulut, selamat mencuba ya kawan-kawan.
Comments (1)
More Articles. . .
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Apam Mekar Tepung Beras Kak Fida
Donut Yogurt Vanila
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Jooml a Templ ates desi gned by Web Hosti ng
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Page 1 of 23
2009 Bukan Sekadar Masakan
All Rights Reserved.

Anda mungkin juga menyukai